logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 24 April 2019

XPDC OGKL @ TASIK KENYIR (SANTAI HOUSEBOAT + GUNUNG TEMBAT)

Assalamualaikum kepada tuan&puan.. Khas buat kepada pendaki yang ingin bersantai dengan BERMALAM DI ATAS HOUSEBOAT sambil MEMANCING IKAN. Terdapat juga pilihan untuk mendaki GUNUNG TEMBAT yang terletak di TASIK KENYIR, TERENGGANU DARUL IMAN.
Kami dari pihak OGKL ingin menjemput anda semua untuk menikmati keindahan alam dan sungai...
Seperti berikut:
Tarikh penyertaan: 31.08.2019 - 2.09.2019 (3H2M) 
Lokasi: TASIK KENYIR, TERENGGANU
Peserta: 30 orang MAX
(Pengesahan tempat berdasarkan deposit @ bayaran penuh yang akan didahulukan)

Tarikh tutup penyertaan: 10.8.2019

Kepada yg berminat untuk menyertai XPDC tersebut boleh berhubung dengan AJK OGKL yang berikut:

Qois( 019-4492990)
Azim (+60137565451) 
Azizan (+60172852958)

Bayaran deposit (beserta resit) sebanyak RM150 sebelum 1.5.2019 dan TIDAK akan dikembalikan.
Bayaran penuh hendaklah dilakukan sebelum 10.8.2019.
* *Boleh dibayar secara ansuran@bulanan (min RM50/setiap bulan)
ke atas:
Nama: Ahmad Qois b Zawawi
No akaun : 163037118536 
Nama bank : Maybank Berhad

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran Seperti berikut:- 
⛰️ Pemandu arah
⛰️ Rumah Bot
⛰️ Makanan sepanjang XPDC 
(3xBF, 3xL & 2xD)
⛰️ Permit pendakian (bagi yang memilih untuk mendaki G. Tembat) 
⛰️ 1st aid kit
⛰️ Pengangkutan carpool/bas* ( LRT Gombak - Tasik Kenyir- LRT Gombak)
*30 org peserta
⛰️ Insurans Perjalanan 
⛰️ Pengurusan

*Bertolak dari LRT Gombak pada 30.08.2019 (Jam 10.00pm)
Jangan lepaskan peluang yang RARE ini. Hubungi AJK bertugas dengan kadar segera.

Ekspedisi Gunung Berantai 2019

Salam hujung minggu dan salam rekreasi.

Alhamdulillah. Tarikh 20 April 2019 semalam, Kelab OGKL telah berjaya menamatkan Ekspedisi Gunung Berantai yang terletak di Maran, Pahang. Trip daypack yang disertai oleh seramai 15 orang ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berjaya ditamatkan pada jam 5.00 petang.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kami. Salam perkenalan kepada kenalan baru dan salam ukhuwah kepada kenalan lama. Semoga silaturrahim yang terjalin kekal selamanya.
Info:
1. Gunung Berantai (770 mdpl) yang terletak di Maran Pahang ini memerlukan permit mendaki yang boleh dimohon di Pejabat Hutan Daerah Temerloh. Bayaran RM10 dikenakan untuk setiap peserta.
2. Bagi peserta yang ingin bermalam sebelum pagi pendakian, anda boleh bermalam di Masjid Sultan Ahmad Shah (Bandar Jengka), Masjid Kg Jara, (Maran) atau Masjid Kuala Sentul (Maran).

Sedikit ringkasan aktiviti:
Aktiviti pendakian kali ini telah diketuai oleh jurupandu arah daripada PMGM iaitu saudara Fendi. Perjalanan dimulakan pada jam 9.00 pagi melalui sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Jara. Di sepanjang trail ke puncak, kami disajikan dengan keunikan formasi batuan yang membentuk bukit, keindahan pokok-pokok yang tumbuh serta burung-burung yang terdapat di hutan ini. Antara yang sering kelihatan ke sana ke mari adalah spesis enggang.
Laluan untuk ke puncak pula ada yang boleh dikira mudah kerana sedikit landai dan ada juga yang dikategorikan sebagai sukar kerana memerlukan peserta mendaki tebing batuan menggunakan tali. Terdapat juga pemandangan menarik di sepanjang trail yang boleh peserta rakamkan sebagai kenangan.
Tepat jam 1.15 tengahari, semua peserta tiba di puncak Gunung Berantai. Kesemua peserta kemudiannya menikmati makan tengahari sertai bergambar kenangan sebelum bergerak turun pada jam 2.15 petang. Tepat jam 5.00 petang, ke semua peserta telah selamat tiba di starting point. Alhamdulillah, tiada sebarang rekod kecederaan dialami oleh mana-mana peserta.
Kesemua peserta kemudiannya bergerak ke Masjid Kuala Sentul bagi tujuan membersihkan diri sebelum ke RNR Temerloh bagi misi #patintempoyak untuk makan malam. Selesai makan malam, kesemua peserta bergerak pulang ke rumah masing-masing. Semoga berjumpa di lain aktiviti.
Special kredit kami tujukan kepada :
1. Pejabat Hutan Daerah Temerloh
2. Jurupandu arah , Saudara Fendi Muhamad Afandi Mat Lias daripada PMGM
3. Peserta-peserta ekspedisi
- Abg Mizi, Abg Othman Naim, Zulfa, Pakteh, K. Rohaiza, K Eija, Kak Sue & Amra
4. Sahabat AJK OGKL 2019 yang membantu sebelum, semasa dan selepas aktiviti berlangsung
- Azizan (KP), Khal, Kem, Cikgu Ros, Shahru & Nanu




MAJLIS IFTAR OGKL 2019


Tarikh : 11 Mei 2019 /6 Ramadhan 1430H (Sabtu)
Lokasi : Teratak Bonda, No52, Jalan Alam Suria 16/55, Bandar Puncak Alam, Selangor.
(bit.ly/WazeTeratakBonda / bit.ly/TeratakBonda)
Masa : 6 pm – 11 pm (rewang bermula 12pm)

Assalamualikum wbt dan Salam Ramadhan Almubarak!🌙🌙🌙
Segala puji bagiNya di atas kurniaan dan kesempatan untuk kita bersua kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan iaitu Ramadhan Almubarak yang bakal berkunjung tiba.

Di sini, kami dari pihak Kelab OGKL dengan rasa merendah diri ingin menjemput semua rakan dan sahabat taulan, tidak kira berbeza latar belakang agama dan bangsa, untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Iftar OGKL 2019 yang bertetapan seperti di atas.

Ringkasan perjalanan majlis:
6.00 pm - Ketibaan tetamu
6.50 pm - Tetamu mula bersedia dengan hidangan
7.20 pm - Bacaan doa hajat & doa berbuka puasa
7.21 pm - Berbuka
7.45 pm - Solat Maghrib (berjemaah)
8.36 pm - Solat Isyak dan tarawikh (berjemaah)
9.30 pm - Santai dan usai

Sila ambil ambil maklum dengan perkara berikut:

1) Tema :Rewang Kampung

2) Juadah berbuka akan disediakan oleh pihak OGKL. Namun, jika terdapat sebarang sumbangan berbentuk portluck dari peserta, pihak kami amat mengalu-alukan niat murni tuan/puan. Semoga Allah dapat membalas segalanya.

3) Bagi yang berkelapangan untuk bersama-sama bergotong royong menyediakan juadah untuk berbuka puasa, amatlah berbesar hati kami menyambutnya.

Jika terdapat sebarang soalan, sila berhubung dengan AJK seperti berikut :-

Zulfadli : 017 616 2894
Mustafa (Kem) : 017 304 4325
Alif : 013 200 4820

Atau boleh berhubung dengan mana-mana AJK OGKL.

Kami berharap dengan kehadiran pihak anda dapat memeriahkan lagi majlis disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin sesama kita di masa akan datang.

Sekian terima kasih.
Salam Ramadhan Almubarak.

Minda Trivia 25 April 2019

Minda Gunung 24 April 2019

#MINDAGUNUNG EPISOD 4: GUNUNG DAN KEROHANIAN 🤲

Minda Trivia 23 April 2019

Thursday, 18 April 2019

Minda Trivia 18 April 2019

#MINDATRIVIA Tahi Ikan Paus 🐳🐳 

Wednesday, 17 April 2019

Minda Gunung 17 April 2019

#MINDAGUNUNG Episod 3: Tips Mengambil Air Sungai 🏞️

Tuesday, 16 April 2019

LAPORAN PENUH TRANS PANTI - 6 APRIL 2019

Salam, 

Pada 6 April 2019 yang lepas, Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) telah mengadakan satu aktiviti mendaki Trans Panti di daerah Kota Tinggi. Ekspedisi mendaki kelolaan OGKL yang julung kali diadakan di selatan tanah air ini, diketuai oleh saudara Azim Jalil dan dibantu oleh saudara Sofian Wahab dan saudara Qois Zawawi. Seramai 27 orang peserta termasuk kru telah menyertai pendakian kali ini dan dipandu oleh Encik Nizam Sharif dari NZ Outdoor sambil dibantu oleh 2 orang kru NZ Outdoor. Seawal 9.30 malam, sehari sebelum para peserta yang menaiki van sudah mula menunggu van di TBS. Seramai 7 orang peserta menaiki van yang disediakan manakala yang lain memilih untuk bergerak sendiri. Perjalanan dari KL ke Masjid Kota Tinggi mebngambil masa selama lebih kurang 4 jam. Peserta yang terawal tiba di masjid ialah Azrah pada pukul 4.00 pagi manakala Alia menjadi peserta terakhir yang tiba pada pukul 7.00 pagi. Usai melakukan solat subuh, para peserta mula bergerak ke kedai makan pada pukul 6.45 pagi. Sarapan nasi lemak dan teh o panas telah disediakan bagi melicinkan urusan sarapan. Pada pukul 7.15 pagi, para peserta mula bergerak ke tempat parking untuk menaiki lori. Pek makanan tengahari dan snack juga turut diedarkan ketika ini. Lebih kurang 8.00 pagi, lori mula bergerak menuju titik permulaan mendaki. Sebanyak dua lori telah digunakan untuk memastikan keselesaan peserta mengharungi 1 jam perjalanan menaiki lori.


keadaan di dalam lori 
peserta  bersiap sejurus tiba di titik permulaan

Lori telah tiba di titik permulaan pada pukul 9.00am. Selepas sedikit sesi taklimat dari ketua program dan pihak NZ Outdoor, sesi regangan badan telah diadakan dengan diketuai saudara Azim. Selsai sesi regangan badan, bacaan doa oleh saudara Awwab telah diadakan untuk untuk mendapatkan keberkatan sepanjang perjalanan kami nanti.

Peserta bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan

Perjalanan dimulakan pada pukul 9.10am. Checkpoint pertama yang bakal ditempuh oleh para peserta ialah Batu Tenggek. Pada fasa ini, peserta dihidangkan dengan trek memanjat di sepanjang perjalanan. Mengikut penilaian ketua program, tahap kesusahan untuk fasa pertama ini ialah A-. Trek ini agak menguji stamina para peserta terutamanya yang masih belum tidur di sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur. Kerap terdengar komen-komen nakal seperti, “Kata santai!”, bergema sepanjang perjalanan. Ketua program hampir mati akal untuk memotivasikan para peserta. Akhirnya selepas 2 jam 15 minit perjalanan dan beberapa kali berhenti mengambil nafas, para peserta selamat tiba di Batu Tenggek pada pukul 11.25am.

Batu tenggek dari trek perjalanan 
Bergambar kenangan di batu Tenggek

Selepas selesai sesi penggambaran di Batu Tenggek, perjalanan diteruskan lagi pada pukul 12.00pm menuju checkpoint kedua, Panti Utara. Pada fasa kedua ini, keadaan trek yang sangat landai berjaya menaikkan kembali moral para peserta. Ketua program juga turut berasa lega apabila para peserta kembali menyanyi riang dan bertepuk tampar sepanjang perjalanan. Namun jauh di sudut hati, ketua program turut mengeluh selepas dimarah ketika trek menaik namun tidak dipuji ketika trek landai. Trek yang landau ini juga turut dihiasi dengan pemandangan pokok-pokok berbatang kecil di sepanjang perjalanan. “Spot ini macam di CBL la!”, ulas salah seorang peserta. Mereka turut tidak melepskan peluang untuk mengambil gambar di sepanjang trek.

Para peserta bergambar di tengah trek 
Pelbagai aksi lucu para peserta 
Pokok periuk kera 
Cendawan beracun 
Papan tanda Panti Utara 
Ketua Program di puncak Panti Utara

Namun begitu, akibat terlalu santai berjalan di sepanjang trek, hampir kesemua peserta telah terlepas papan tanda menunjukkan puncak Panti Utara. Hanya ketua program yang kebetulan berada di belakang sekali tiba di lokasi papan tanda lebih kurang pada pukul 12.25pm dan berpeluang mengambil gambar di puncak ini. Keadaan puncak yang hampir-hampir sama tinggi dengan trek juga tidak membantu sama sekali.

Tepat pada pukul 12.50pm, para peserta mula tiba di puncak Panti Timur. Ketua program telah mengambil keputusan untuk berhenti berehat lama di sini bagi memberi peluang kepada para peserta untuk makan tengahari dan menunaikan solat zohor. Alas duduk telah dibentangkan dan ramai dari para peserta mengambil peluang ini untuk baring dan melepaskan lelah di dada. Kru juga telah menyediakan minuman panas, teh O, untuk para peserta. Namun sedikit kecil hati dirasakan oleh pembuat teh O apabila minuman yang dihidangkan telah menerima kecaman akibat kurang manis dan dibandingkan dengan air yang disediakan oleh pakar membuat teh O OGKL iaitu saudara Ijam. “Sudahlah penat memikul air, sudah dibuat dikecam pula.” Getusnya di dalam hati. Selama satu jam telah digunakan untuk berehat di sini. Sebelum bergerak, para peserta telah bergambar kenangan di papan tanda Panti Timur.

Papan tanda Panti Timur 
Para peserta berehat melepaskan lelah 
Gambar kenangan peserta di Panti Timur

Tepat pada pukul 2.00pm, perjalanan diteruskan lagi menuju Panti Tengah. Keadaan peserta yang baru sahaja menyantap nasi putih lauk ayam kicap dan berulamkan dua biji epal kembali segar dan bersemangat. Keadaan trek pada fasa ketiga ini adalah turun naik namun tahap naik dan turunnya tidak terlalu jauh. Para peserta telah dihidangkan dengan pemandangan gunung-ganang di sekitar kawasan itu serta pemandangan bandar Kota Tinggi. Malang tidak berbau, selepas sejam perjalanan seorang peserta, Fiza, telah mula diserang kekejangan otot dan perjalanan mula menjadi agak lewat. Namun dengan kekuatan semangat dan urutan oleh Encik Nizam, Fiza tetap meneruskan perjalanan dengan sengihan. Para peserta telah telah berjaya berkumpul di puncak Panti Tengah pada pukul 4.00pm.

Para peserta berehat di view spot 
Sessi mengurut Fiza 
Bergambar kenangan di puncak Panti Tengah

15 minit, itulah adalah masa yang diambil untuk menyelesaikan urusan bergambar di puncak Panti Tengah sebelum perjalanan disambung menuju Panti Barat pada pukul 4.15pm. Ini kerana menurut perkiraan, perjalanan telahpun lewat selama sejam dari jangkaan asal. Perjalanan ke Panti Barat juga adalah landai namun dihiasi pelbagai tumbuh-tumbuhan meliar termasuk rengas. Peserta sangat berhati-hati ketika melalui trek ini untuk mengelakkan kecederaan. Akhirnya pada pukul 4.45pm semua peserta berjaya dikumpulkan di check point terakhir ini. Semua peserta telah mengambil peluang ini untuk berehat lama dan menikmati pemandangan. Antara pemandangan yang dapat dilihat dari puncak ini ialah bandar Kota Tinggi, Gunung Muntahak dan Gunung Sisek.

Papan tanda puncak Panti Barat 
Peserta bergambar kenangan 
Pemandangan dari puncak Panti Barat 
Bersantai di puncak Panti Barat 
Qois bersama peserta cilik 
Pangkin di pucak Panti Barat 
Peserta bergambar kenangan di puncak Panti Barat

Akhirnya selepas puas bergambar di puncak Panti Barat, perjalanan menuju ke parking kereta menjadi fasa terakhir dalam siri pendakian pada kali ini. Perjalanan turun bermula pada pukul 5.45pm dan sebelum perjalanan menurun sebenar bermula, para peserta telah diuji lagi kali ini dengan trek teknikal 90 darjah yang memerlukan bantuan tali untuk turun. Rata-rata peserta berjaya turun dengan selamat namun terdapat beberapa peserta yang terlalu gayat sehingga memerlukan bantuan para peserta lain untuk turun. Selepas pelbagai rintangan dan drama dilalui, peserta terakhir berjaya turun dari trek teknikal ini pada pukul 6.20pm. Perjalanan fasa terakhir ini hanya menemukan trek menurun sahaja dan peserta terakhir selamat tiba di kawasan letak kereta pada pukul 8.20pm. Peserta telah bersama-sama bergerak ke masjid untuk mengurus diri, makan malam di kedai makan berkaitan dan bergerak ke homestay yang disediakan pada pukul 11.00pm. Semuanya selamat, Alhamdulillah.

Keadaan trek yang sangat teknikal 
Peserta dalam keadaan sangat penat

Monday, 15 April 2019

Minda Trivia 16 April 2019

Timbul kesedaran tentang sisa2 pembuangan yang sukar dilupuskan.. ayuhhh sertai #pickitupchallenge: Yong Belar Daypack
Tarikh: 27-28 April 2019
Bayaran: RM 80 (guide, permit, powil, baju, pengurusan)
Limit : 50 orang
Pendaftaran:
Badek
0127767426

Wednesday, 10 April 2019

Minda Semasa 11 April 2019

Gangguan manusia merupakan faktor utama mengancam alam semulajadi melalui pembukaan tanah untuk pertanian, perhutanan, perindustrian dan perbandaran. Kejadian tanah runtuh, banjir, perubahan cuaca dan jerebu adalah antara kemusnahan hutan. Moga ianya memberi kesedaran pada diri kita semua untuk memelihara hutan kita yang kian tenat 🌱🌱
#mindasemasa


Tuesday, 9 April 2019

Minda Trivia 9 April 2019

#MINDATRIVIA 9 April 2019
Sisa pepejal adalah salah satu punca pupusnya hidupan liar di hutan mahupun di lautan.. sama-samalah kita menjaga alam sekitar untuk kesejahteraan bersama 🐳

Thursday, 4 April 2019

Minda Semasa 4 April 2019

#MINDASEMASA Aktiviti Pembalakan 🌲🌲 4 April 2019


Tuesday, 2 April 2019

Minda Gunung 3 April 2019

#MINDAGUNUNG Episod 2: Hipotermia 3 April 2019


Monday, 1 April 2019

Minda Trivia 2 April 2019