logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday, 24 November 2024

Trip Bukit Gasing

 𝑻𝑹𝑰𝑷 𝑴𝑨𝑲 𝑩𝑨𝑷𝑨𝑲 𝑫𝑨𝑻𝑨𝑵𝑮 𝑳𝑨𝑮𝑰!



BUKIT GASING, PETALING JAYA
Lokasi: Bukit Gasing, Petaling Jaya
Tarikh: 23 November 2024 (Sabtu)
Yuran: RM5
Yuran Meliputi :
Kunyah-kunyah
Berminat? Boleh terus hubungi..
1. Azim (013 756 5451)
2. Badek (012 776 7426)
atau mana-mana AJK OGKL yang dikenali untuk sebarang urusan dan pertanyaan.
"Khazanah Alam Warisan Rekreasi"

Saturday, 23 November 2024

Badminton OGKL November 2024

 AKTIVITI BULANAN KELAB OGKL

Disamping menggemarkan hutan, dalam usaha merapatkan ukhwah antara ahli, kami turut mengadakan aktiviti bulanan iaitu bermain badminton secara santai, bersama! Dengan niat untuk bermasyarakat, kesemua lapisan masyarakat dijemput untuk menyertai program ini!

KELEBIHAN MENGIKUTI PROGRAM
✅
Harga bajet
✅
Bersosial sambil mengeluarkan peluh
✅
Sering mendapat tajaan
✅
Terbuka untuk tajaan (sebarang bentuk tajaan)

KELAYAKAN MENYERTAI PROGRAM BADMINTON KELAB OGKL:
✅
Tak kenal yang mana raket, yang mana bulu tangkis
✅
Baru belajar servis. Itupun ke laut
✅
Boleh bermain pukul-pukul
✅
Smash boleh main aim dahi member
✅
Sepupu Lee Chong Wei

Untuk masuk dalam whatsapp group 'Badminton OGKL' dan mendapatkan maklumat terkini, boleh menghubungi Ketua Program kami,
Saudara Najib : (012-4733217)

Jangan lupa, sokong kami dengan mengikuti kesemua Media Sosial kami!
"Khazanah alam warisan rekreasi"








Friday, 8 November 2024

Majlis Tahlil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

In sha allah Khamis malam Jumaat nanti kami dari pihak OGKL, akan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil. Bacaan Yassin dan Tahlil ini juga buat sahabat2 yang telah pergi meninggalkan kami:
1. Erwan Bin Lasahebe(Wak)
2. Ahmad Zamri Bin Hj Abd Hamid(Rambo)
3. Ramli Bin Abdul Majid
4. Rumaizah Bt Mad Shahar
5. Yusof Bin Abu(Uncle Chop)
6. Zaidi Bin Bidin
7. Ahmad Bazlan Bin Maidin(Lan Todak)
8. Pazli Bin Razali
9. Muhammad Al Hafidz Bin Zulkifli
Tahlil ini akan di buat secara 'Online' di pimpin oleh adik salah seorang sahabat kami saudara Ustaz Mohd Asri Ishak. Justeru itu kami ingin menjemput semua sahabat2 yang mengenali Allahyarham dan Allahyarhamah untuk turut serta.
Tarikh: 7 November 2024 bersamaan 6 Jamadilawal 1446M
Masa: Sekitar 8.30pm atau selepas isyak
Semoga Allah memberkati majlis ini.
Wasalam