logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 17 May 2013

L05: Gunung Gagau

Ekspedisi Gunung Gagau

Tarikh: 8-13 Febuari 2005
Tempat: Terengganu

Gunung Gagau merupakan satu gunung yang jarang kita dengar pendakiannya. Gunung yang  berada di Hutan Tasik Kenyir menjadi senarai untuk didaki ahli OGKL. Berada di kawasan Taman Negara Pahang yang telah di wartakan sebagai kawasan lindungan menjanjikan panorama yang indah dan cabaran yang hebat. Akhirnya Febuari 2005 Kelab OGKL cuba merialisasikan cabaran Gunung Gagau. Ikuti coretan peribadi kisah pengembaraan OGKL ke gunung ini.


08.02.2005 (Selasa)
9.00 - 11.00pm
:
Hentian Putra, Taman Jaya, PJ
Ieda dan Rizal sampai kat sana dalam pukul 9.45 malam. Fahmi, Fakrul dan Bob sibuk membahagi ration kepada setiap peserta. "BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING". Kak Fazid sibuk menerima panggilan dan membuat pangilan kepada peserta yang tak tahu direction tempat tersebut. Ration di bahagikan kepada setiap peserta. "MAKAN SEDAP, KENA LE BAWAK RATION LEBIH". Kelihatan beberapa rakan XPDC yang ieda tidak kenali. Tak pelah nanti kita akan berkenalan jugak kan. Tunggu punya tunggu bas yang di nanti tiba juga akhirnya. Lawa basnya, bas Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Bas dah sampai tapi masih ada peserta yang belum sampai. Bila di hubungi dalam tren katanya - Hafez. 

11.00pm - 12.00am
:
Bas bertolak dari hentian Putra menuju ke Tasik Kenyir. Si Fakul dan Fahmi orang yang sibuk dok mengira bilangan ahli XPDC takut ada yang tertinggal. Kak Fazid lak sibuk ngan dokumen2 untuk XPDC ini. Keadaan yang awalnya riuh rendah dengan gelak tawa dan guruaan antara kami semua beransur menjadi sunyi sepi coz time to sleep. Berbagai aksi dapat di lihat.

09.02.2005 (Rabu)
12.00am - 7.00am
:
Masih dalam perjalanan menuju ke Tasik Kenyir. Ieda asyik terjaga je sebab rasa lamanya perjalanan. Dah letih dah tido, tapi orang lain ieda tengok asyik dan khusyuknya tido. Adakah mereka semua bermimpi yang INDAH2. Jelousnya. Kenapa ieda tak lena seperti diorang semua. 

Bas berhenti di petrol pump untuk ahli XPDC menambah ration (peribadi) untuk di gunakan sepanjang XPDC. Panggilan toilet lebih memanggil untuk di kunjungi. Ahhhh....bukan hanya aku yang setia dengan mu. Ketika bas mahu meneruskan perjalanan secara tiba-tiba terdengar jeritan "Eh Hafiz mana ? ,.....ada yang dah start gelak dah...asyik tertinggal je mamat sorang nie. Walau bagaimana pun kami semua tetap menunggu. Nampak kelam kabut si Hafiz. Perjalanan sekali lagi berhenti di R & R Gambang utara. (Maaf masa tidak dapat di pastikan, mata mengantuk). Yang tido tido le, yang turun gie minum, minum jugak. Ieda dah gelisah dah nak turun tapi kak Leha lena, malas nak kacau. Tapi akhirnya .....jeng...jeng turun jugak, nampak Kak Nita baru balik dari sembahyang Isyak.

Ieda gie masuk solat isyak sorang2 kat surau tu. Masa masuk tu tak le takut sangat tapi bila dah start sembahyang, tetiba rasa semacam je. Dalam ati dok teringat macam mana le kalau waktu beri salam tu ada orang lain selain ieda, macam cerita yang ieda pernah baca dalam Mastika. Iskkkkk selisih tak nak le ieda alami cam tu.

Lebih kurang pukul 6.20 pagi kami sempai ke Masjid Kuala Berang untuk menunaikan solat subuh. Ramai jugak orang yang bersembahyang. Kelihatan juga beberapa bas sekolah, rombongan seperti kami agaknya. Lepas kesemuanya selamat mendirikan solat subuh kami menuju ke sebuah kedai makan. Rasanya kenalan kepada pak cik bot tu. Sedap gak makan kat situ. Kan Che Din kan ....???. Teringat lak pasal nasi kuning....nak tahu tak apa...rupanya pulut Hai lain padang lain belalang lain negeri lain panggilnya. Apa-apa sahaja lah Labu.

8.00am -10.00am
:
Perjalanan di teruskan ke Tasik Kenyir. Perancangan awal kami akan menaiki bot dari Pengkalan Gawi tetapi kami terus ke Pengkalan Jenagor....perjalanan melaluai beberapa buah kg dan menyusuri tepian tasik kenyir yang indah. Memang best permandangan kat kawasan nie. Kami akhirnya menjejakkan kaki ke pintu masuk utama ke kawasan Tasik Kenyir. Sementara si Fahmi menyelesaikan urusan dengan guard tersebut ieda dan beberapa rakan sempat bergambar di Singboard dan tepi tasik Kenyir.Kami berkumpul sementara menantikan kedatangan bot yang akan membawa kami ke kaki gunung Gagau.

10.00am - 1.30pm
:
Bot sampai. Kami semua begitu ghairah untuk menaikinya. Seronok siottt...First2 naik semua sibuk bergambar. Pose tu pose nie. Macam-macam pose ada. Bila dah naik bot, masing-masing buat keja sendiri leee. Ada yang mengelamun, ada yang tido, ada yang berborak. Ieda mengabil kesempatan untuk berborak dengan bot man. Apa yeeekkk namanya ieda pun dah lupa dah. Bot man tu pendiam sikit orangnya. Susah betul nak ajak berborak. Tanya pasal gng Gagau, senang je jawapannya. "Ada 14 bukit kena lalu". Iskk dalam ati dok fikir mampu ke ieda nak daki gng nie. Gengam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang menyelup perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Menarik betul permandangan yang di hadiahkan kepada kami semua. Ieda betul-betul tertarik. Termenung menyaksikan kebesaran Allah s.w.t. Tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Betul ke ? Kami berhenti seketika di Tanjung Mentong. Dengar khabarnya ada insan yang tak tahan nak ke toilet yeeee... Betul ke Kak Fazid ? Bila tiba di Tanjung Mentong, boleh di katakan semua peserta xpdc turun untuk melepaskan hajat sama ada kecil dan besar. Chalet di sini cantik juga dengan permandangan yang membelakangkan tasik kenyir. Menarik, tapi kesuraman keadaan yang ieda tak berapa suka. Sunyi dan suram. Takut le kalau dok sorang-sorang. Perjalanan di teruskan menuju ke sungai Cicir.

Haaaa....perjalanan kali nie, menyaksikan balak-balak yang tersangkut di antara satu sama lain dalam kelompok yang banyak. Ada jugak balak-balak yang dah mati tapi masih kekal di dalam air. Cantik. Kelihatan juga pemancing yang datang dengan keinginan untuk mengalami sendiri pengalaman memancing di Tasik Kenyir. Kami di fahamkan sewa bot untuk memancing adalam RM 800.00 untuk 3 hari 2 malam. Menarik tu - Fakrul Selalu menggunakkan perkataan nie.

1.30pm -1.00am
:
Kami semua selamat sampai di Camp site Sungai Cicir. Semua dah start packing barang, makan, tukar baju, sembahyang dan apa-apa yang patut untuk memulakan tracking ke camp site Pak Chow. Perjalanan di jangka selama 5 jam. Fahmi dah mula bising2. mengingatkan kami supaya bersiap sedia untuk trekking. Kami mendengar taklimat daripada guide yang di lantik iaitu Encik Rosli dan 2 lagi pembantunya. Alhamdulilah semuanya mendegar taklimat dengan tekun, tak caya !!!!!

Sebelum memulakan tracking, bacaan doa di baca oleh sapa yeeekkk...tak ingat dah. Sorry leee. Encik Rosli akan jadi sweeper dan 2 guide lagi akan menjadi lead kepada kami semua. Permulaan tracking lagi kami telah di hadiahkan dengan terpaksa melalui berkali-kali rumpun buluh. Perjalanan yang rancak menjadi semakin slow bila kami semua dah ala-ala letih dan lesu. Kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana guide kami tidak dapat mengecam trek yang sebenarnya. Dalam ati ieda dok berdoa agar perjalanan kali nie selamat pergi dan selamat balik, nak tahu sebab apa.......ieda beritahu kat mak hanya nak gie Tasik Kenyir je.

Dalam keriuhan bila berhenti take 5 ada je cerita-cerita yang keluar bagi memeriahkan suasana yang agak keletihan. Haaa....ada gak yang bawak air oren siap tayang kat semua orang lagi heeee...heeee...sapa nie yeeee En. Azaruddin. Walaupun perjalanan terhenti beberapa kali tapi kami semakin cekal untuk menawan puncak gng Gagau. Mana taknya teringat kata-kata si Juice....."Ieda gie gng Gagau alamatnya mengagau leeee."- Tak pe Juice, Ieda akan butikan bahawa dengan OGKL insyallah akan berjaya. Kami telah tersasar dari trek yang sebenar...berhenti kat trek yang menCANAK ke bawah. Guide dan beberapa rakan xpdc mencari dan mengesan kembali trek yang telah hilang. Sebenarnya kami telah tersalah trek dan terpaksa berpatah semula.

Pihak urusetia mengambil keputusan untuk berhenti bagi menghormati azan magrib, (walaupun tak dengar). Kami rest lama gak sebab guide, Fahmi dan beberapa ahli xpdc menjejaki trek untuk ke camp Pack Chow. Waktu nie kami hampir kehabisan bekalan air dan kebetulan hujan turun dengan ala-ala renyai. Masak air dan jadilah air teh. Best ohhh...tak caya tanya le kat kitorang semua. Betul tak Fakrul ?

Masa nie jugak kami mengambil kesempatan untuk meluruskan kaki dan pinggan yang mohon sangat-sangat supaya berehat seketika. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Sambil tu ada juga cerita-cerita yang keluar dari orang-orang yang berpengelaman mengenai apa yang terjadi kepada kami semua. Ieda kena marah dengan Abboy, sebab cakap "kita dah tersesat jalan" - Betul jugak tu, bila dalam keadaan seperti ini kita tidak sepatutnya melemahkan semangat dan mental rakan-rakan yang lain. Yang paling baik adalah diam. Teringat la kata-kata pak presiden "BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN".

Terdengar bunyi letupan mercun...menandakan yang group tersebut telah menemui jalan untuk ke camp site di mana di situlah kami akan bermalam. Alhamdudilah....... Malam nie kita overtime...kata si Fahmi. Overtime pun overtime le asalkan sampai ke tempat yang di tuju. Mana taknya kami telah kehabisan bekalan air dan badan dah berlengas mintak supaya di bersihkan. Trek untuk ke camp Pak Chow betul-betul mencabar kami mana taknya kami terpaksa merendah kegelapan malam dengan suluhan lampu torch light.

Part yang paling mencabar bila kami terpaksa menurun bukit yang agak mencanak dengan berpandukan tali yang di ikat antara pokok dan pokok yang lain. Keadaan tanah yang licin juga mengingatkan kami supaya lebih berhati-hati. Sesekali terdengar jeritan daripada sweeper supaya kami memperlahankan langkah kerana telah terpisah dengar group di belakang. Dari hadapan kelihatan cahaya lampu torch light, menarik gak nie...sebab trek yang kami laluai berbengkang bengkok. So cahaya lampu tersebut seolah-olah menari-nari. Memang menarik.

Dari jauh kedengaran bunyi desiran air yang mengalir. Alhamdudilah dan dekat nak smapai dah rupanya. Akhirnya kami semua selamat sampai ke camp Pak Chow pada pukul 10.15malam. Seperti biasa le kalau dah sampai ke camp site, pasang khemah, mandi dan apa lagi makan le. Bagi kami para peserta apa lagi mandi le, tapi pihak ajk terutama kak Fazed, Fahmi, Che din dan Fakrul terpaksa melaksanakan satu lagi tanggujawab iaitu masak untuk kami semua. Tq very much.

Ieda, kak Mar, Mek, kak Liza, dan kak Nita tak melepaskan peluang untuk mandi manda. Best betul dengan air yang sejuk sampai ke tulang, tapi menarik sangat. Sambil mandi siap kaki kena gigit, gigit main-main dengan ikan. Best tau. Malam tak dapat tengok ikan-ikan tu, tunggulah siang, ieda nak tengok banyak ke ikannya.

Menu kami malam nie :- Nasi jagung, Ayam masak kurma, Sayur Campur & Papodom. Memang best mana taknya perut dah lama, tapi ieda paling takut makan dalam hutan, takut sebab tak reti nak buang air besar dalam hutan. Terpaksalah Ieda control. Lepas dah makan apa lagi tido leee...

10.02.2005 (Khamis)
8.30am-10.30am>
:
Masing-masing baru bangun tido, tapi ieda rasa ajk mesti bangun awal mana taknya, kena masak lagi untuk kami. Iskk terharunya. Esok awal-awal lagi ieda turun ke sungai, sah memang banyak ikan. Pagi nie jugak guide kami sempat memancing ikan. Dapat ikan Kelah. Dapat ke ieda rasa ikan tu. Nak gak rasa...orang kata sedap.

Menu kami pagi nie ialah :- Nasik goreng kampung. - Nasi yang di masak oleh Che Din waktu semua orang dah melelapkan mata malam semalam. Che Din nie memang best leee. Siap ada cerita lagi di sebalik nasi yang di masak. Haaa...nak tahu kena leee baca balik catatan Che Din dalam mailing list atau interview je Che Din. Kak Fazid dan Fahmi sibuk lagi memasak untuk kami tapau makan tengah hari. Menu ialah :- Bihun sup.

10.30am-1.45pm
:
Setelah segalanya siap sedia, kami sekali lagi terpaksa BerKAYUH ke camp site B. Perjalanan kali nie agak landai berbanding semalam, tapi kerap kali terhenti-henti sebab banyak betul pokok tumbang dan guide sendiri blur dengan trek yang patut di lalui. Yang bestnya kami semua terpaksa melangkah satu balak yang melintang di tengah-tengah trek kami. Mana yang tinggi senang lee, ieda terkial-kial jugak le. Mana taknya balak tu besar sungguh. Tepi-tepi tu pulak banyak pokok duri. Terpegang jugak lah duri tu. Kami akhirnya selamat sampai ke camp site B lebih kurang pukul 1.45 petang. Alhamdudilah.

1.45pm-6.45pm
:
Pasang khemah, makan dan sekali lagi si Fahmi mengingatkan kami bahawa perjalanan ke puncak terpaksa di teruskan ari nie. Takut bila esok kami semua makin penat sebab perjalanan yang lagi jauh dan panjang. Apa-apa sahaja yang baik kami akan ikut, maklumlah mereka semua dah lebih berpengalaman. Kami bertolak menuju ke puncak gng Gagau tepat pukul 2.30petang. Kali nie perasaan melonjak-lonjak untuk menjejakan kaki ke puncak gng di mana bersempadan dengan 3 negeri. Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Kali nie kami di fahamkan bawa trek agak menCANAK dari trek yang semalam kami lalui. Dalam ati dok fikir mampu ke ieda ? Insyallah...kami berhenti seketika di last water point. Air berwarna kekuningan. Nak tak nak kena gak tapau air untuk bekalan ke puncak. Perjalanan di teruskan dan kami terpaksa melalui permatang yang agak panjang. Ieda dok check lumut. Pegang-pegang lumut tu kering, belum sampai ke aras yang mempunyai kelembapan yang tinggi. Ieda on trek dengan Azaruddin dan on the way bertemu dengan kak Fazid. Teringat kata-kata Yasir "Ieda dapat jalan depan kak Fazid pun dah kira ok dah". Tapi tak leh lah Sir, kak Fazid dah otai. Ieda junior.

Kami sama-sama menyusuri permatang yang agak panjang sambil berborak-borak. Fahmi dah jauh ke hadapan. Kak Fazid menunggu jeritan dari puncak yang di janjikan oleh Fahmi. Jalan-jalan tak dengar gak lagi....isk mental kena kuat. Guide kami telah menunjukkan batu sempadan 3 negeri. Ambil gambar di batu sempadan tersebut dan perjalanan teruskan. Dah lalui permatang kena turun plak...lepas naik tu baru le kami lalui satu kawasan yang betul-betul buat ieda terpesona. Kan kak Fazid kan ? Ada gambar yang kami ambil tapi dari camera Amri. Amri mana gambar tu ? ieda nak tau...Camera Ieda ada pada abang Mat Norr.

Ieda tumpang beg dia. Pukul 5.45 kami selamat sampai ke puncak Gng Gagau yang tak berapa besar. View tak nampak sebab kabus tebal. Hajat hati nak lihat keindahan tasik kenyir dari puncak gng, tapi hampa. Tak pe lah...Group terakhir yang sampai pukul 6.20. Seisi berfoto. Di sebabkan puncak yang kecil seisi berfoto tersebut terpaksa di pecahkan kepada 2 kumpulan, group wanita dan group lelaki.

6.45pm-9.45pm. : Perjalan turun ke camp site B. Perjalanan yang memaksa kami OVERTIME lagi malam nie. Kak Fazid berlari-lari mengikut jejak guide. Kak Fazid cucuk guide. Seronok tengok kak Fazid nie. Cergas dan ceria jeeee on trek. Ieda try nak ikut cara kak Fazid, tapi still tertinggal kat belakang. Kami terpaksa berhenti di satu kawasan untuk menghormati azan magrib dan menunggu rakan-rakan di belakang. Unggun api di hidupkan. Dalam kegelapan malam ieda paling takut ngan pacat. Naik tanpa di sedari. Gatal tu yang ieda tak tahan.

Bila semua dah berkumpul seketika riuh juga mana taknya dengan lawak-lawak yang keluar dari mulut abang Bob di sokong oleh rakan-rakan yang lain. Perjalanan di teruskan lagi, kami tiba di camp site B dalam pukul 9.45 malam. Rehat seketika dan masing-masing mengambil kesempatan untuk mandi. Memang best mandi setelah seharian tak jumpa dengan air. Haaa.......waktu mandi nie pun ada cerita yang tersendiri. Si Mek nya cerita...heeee...heeee...Mek mana leee Mek yeee. Moga kita di pertemukan lagi di lain xpdc.

9.45pm-12.00pm
:
Menu malam nie :- Nasi putih, kari ikan masin dengan terung, Sup sayur dan keropok sayur. Best...Kak Fazid memang pandai masak. Sorry Che Din, di Bantu oleh Che Din dan Fahmi. Si Fakrul dok kemas ration-ration. Bagus betul leee. Malam nie sekali lagi kami makam sahur. Haaa...malam nie Ieda dapat makan ikan kelah goreng yang di pancing oleh guide di camp site Pak Chow. Berselera sungguh ahli xpdc makan. Seronok tengok. Sekelompok kat sana. Sekelompok kat sana. Dah makan apa lagi time to slep le. Tido, sekali lagi best.

11.02.2005 (Jumaat)
11.00am-2.30pm
:
Menu pagi nie :- Nasi putih, rendang daging dan sambal belacan. Sementara tu kak Leha, kak Mar masak bihun goreng untuk tapau makan tengah hari. Bersiap sedia untuk perjalanan pulang ke camp site di tepi Tasik Kenyir. Tapi kami di ingatkan perlu berhenti di camp Pak Chow untuk makan tengah hari. Sekali lagi ieda nak ikut jejak kak Fazid. Tapi hampa.... Group pertama yang sampai ke camp Pak Chow, Guide (Of course le), Fakrul, Kak Fazid, Amri, Kak Nita, Faizal, dan ieda. Kami sempat le mandi-mandi dan guide tersebut sempat gak le mancing ikan. Memang best le mandi kat sungai nie. Di temani oleh ikan-ikan yang riang berenang kesana sini. Banyak tau ikan-ikan tu. Ieda siap nak tangkap dengan tudung lagi tapi tak dapat.

Kami dapat maklumat yang ada seorang peserta injured. Tapi kami semua dok berteka teki sapa leee... Lebih kurang 1/2 jam, group yang kedua sampai. Rupanya kak Liza yang injured. Kesihan dia.... Dalam dok rehat sambil makan tengah hari, Fahmi dan Che Din sibuk dok membahagi kandungan beg kak Liza. Yealah kan...tak kan orang sakit kena pikul beg yang berat. Tapi ieda tak ambik pun...sebab Fahmi kata LELAKi. Yang pasti baju basah kak Liza tu yang buat beg berat. Apa-apa pun perjalanan terpaksa di teruskan. Ieda tolong urut kaki kak Liza. Cian dia, mesti sakit sebab sampai menangis. Teringat ieda kes kaki ieda kejang masa kat gng Kenderong. Kak Leha dan Che Din menyasikan air mata di gng pertama Ieda. Tapi gng Kenderong membawa seribu satu kenangan yang tak akan berulang.

2.30pm-5.45pm : Sekali lagi terpaksa berKAYUH ke camp site terakhir. Haaa...tu bukit yang kami turun di malam hari. Puhhhhh CANAK giler. Nak tak nak kena leee jalan dan terus jalan. Tension bila dari bawah tengok orang atas...iskkk bestnya dah sampai kat atas. Lepas 2 bukit yang CANAK giler tu kami berehat seketika bagi menghilangkan lelah. Beberapa ahli dah terpisah dari group di belakang. Haa..masa nie kami di guide oleh Uncle Pa. Fakrul, Faizol, Kak Fazid, Amri, Faizal dan Ieda adalah kelompok yang di hadapan.

Kami berhenti beberapa kali sebab dah tak confiden denga trek yang dilalui. Tapi kami ikut plate Gng Gagau Challenge. Sah betul... dalam keadaan hujan, perjalanan di teruskan dengan hanya satu azam lagi iaitu nak sampai ke camp site Tasik Kenyir. Sambil trekking sambil borak, Kak Fazid dan Fakrul menyakinkan ieda yang trek ke Tahan, bukit malang lebih kurang macam nie leee. Tapi Ieda tak yakin lagi untuk ke Gng Tahan, walaupun ada peluang yang datang. Insyallah di lain tahun le kot. Now nak try gng yang rendah-rendah dulu. G7 dalam impian, sama ada menjadi kenyataan atau tidak, biarlah masa yang menentukan.

Masa on trek dengan Fakrul, asyik mengenakan ieda jeee. KAYUH...KAYUH...jangan tak KAYUH...geram jeee. Tapi mental kena kuat. Kak Fazid memecah keheningan kami semua bila menyatakan yang dia terdengar bunyi bot. Yeee...keeee ? Haaa..lama tu ieda lak nampak air Tasik Kenyir. Si Fakrul menyatakan ada satu lagi bukit yang betul-betul mencanak sebalum sampai ke camp site. Sahaja jeee. Benci betul, mata ieda tak pernah lagi menipu ieda Cuma kadang kala tak nampak je. Akhirnya kini pasti, kami telah selamat sampai ke tempat yang di tuju. Alhamdudilah. Rehat jap...pacat banyak betul la kat sini. Iskkk geli betul. Ieda berebut camp site dengan si Faizal. Akhirnya Faizal beralah dan ambil camp site di belakang sikit dari camp site yang ieda pilih tu. Kak Fazid plak menyokong ieda.

Mandi kat tasik tu, tapi airnya berbau sikit. Lepas mandi, relaks lagi and dalam pukul 6.45 petang group termasuk swepper sampai ke camp site. Semunya selamat sampai. Sekali lagi thank go God. Malam nie sure menjanjikan satu malam yang membawa seribu satu kenangan bila Kak Mar dan Mek menyatakan terasa kelainan. Faham-faham je la yeeee...

Menu malam nie :- Nasi Putih, telur dadar, ikan masin dan sup sayur. Zaidi buat unggun api dan kami mendapat ikan yang di hadiahkan oleh bot man kami. Ikan tasik...apa yeeee nama ikan tu, sorry ieda dah lupa. Ikan tu kami bakar. Best....Mungkin inilah hadiah kami setelah berjaya menawan gng Gagau. Kami di kejutkan dengar berita ada bot karam. Bot memancing, terlebih muatan. Alhamdudilah tiada kehilangan nyawa. Setelah seisi menjamu selera...malam nie je betul-betul di namakan makan malam.

Yang ieda ingat Cuma Encik Rosli. Mata pun dah berat...apa lagi tidolah. Sebelum tu gie buang apa-apa yang patut. Nampak Fahmi, Che Din, Bob, Hafez. basuh pinggan kat tepi tasik. Bila mata dah ngantuk apa lagi tidolah....Panas betul tido kat khemah, tapi terpaksa la. Terdengar perbualan si Rizal dan Zaidi macam-macam cerita keluar. Sorry bukan nak mencuri dengar tapi memang terdengar. Boleh le plak si Rizal berborak ngan orang.

12.02.2005 (Sabtu)
7.00am-12.00am
:
Awal pagi lagi dah bangun, coz kami di fahamkan bahawa bot akan datang pada pukul 9.00am. Menu sarapan :- Roti Nan dan kuah dalca. Kemas mana-mana yang patut dan apa lagi siap le naik bot. Kami akan singgah di Gua Bewah, yang mana merupakan satu tarikan Tasik kenyir. Ieda terpaksa menumpang cahaya torch light dari orang lain kerana bateri torch light ieda memang dah kong giler. Malap je. Sebut pasal bateri, lupa lak nak ucapkan tima kacih pada Bob. Kami di fahamkan terdapat satu lagi gua di bawah gua Bewah tetapi telah di tengelami air. Nama gua tersebut Gua Taat. Dengarnya ada insan membuat luahan hati kepada Che Din. Kalau nak tahu nie kena jumpa ngan Che Din.

Setelah selesai menjelejah Gua Bewah perjalanan di teruskan ke Pengkalan Jenagor. Sampai ke sana, bas dah setia menanti kami. Ucapkan terima kasih kepada bot man dan lambaiaan akhir kami kepada mereka. Insyallah berjumpa lagi kita di lain xpdc. Gng Gagau lagi ke ? Iskkk tak sanggup mengagau. Selamat menaiki bas, singgah di pengkalan Gawi. Membeli sourviner untuk kawan dan diri sendiri. Makan di tepi tasik, fuhhh memang best.

Sekali lagi bas berhenti untuk membenarkan kami membeli belah di pekan apa yeeeekk...lupa lak nak Tanya apa nama pekan tu. Rasanya Kuala Berang. Ada gak yang memborong keropok dalam kuantiti yang banyak. Tapi yang paling best dalam bas dok sibuk baca paper. Maklumlah dah terpisah dengan dunia luar salama 4 hari. Mek dan guide turun kat Kuala Berang. Kami meneruskan perjalanan ke KL. Dalam bas apa lagi tido leee.

12.00am-1.30am
:
Kami selamat sampai ke KL Sentral lebih kurang pukul 1.30pagi. Masing-masing mencari alternative untuk pulang ke rumah. Thanks sekali lagi kepada abang Bob sebab sudi menumpangkan ieda ke BTR. Mungkin itulah tanggujawab pihak ajk, Fahmi dan Kak Fazid terpaksa menguruskan sapa yang menumpang sapa. Thanks a lot. Akhirnya XPDC Tasik Kenyir dan Mendaki Gunung Gagau TAMAT di sini. Moga berjumpa lagi kita di lain xpdc.

Di kesempatan ini Ieda ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urusetia dan ieda ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas kesalahan sama ada secara sedar dan tidak sedar. Ieda hanya insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Apa-apa pun mengenali kalian semua merupakan satu memori dalam hidup ieda.


AJK :  1. Fahmi Bin Mohd Tauhid (Ketua)
          2. Fazidah Binti Ahmad (Cheff)
          3. Fakhrul Annuar Bin Ahmad Zabidi (Lead)
          4. Khairuddin Bin Mohd Nor (Sweper)
Peserta :
1. Ab Faizal Ali Bin Ab Bari - Abboy
2. Amrin Bin Ibrahim
3. Appaduria A/L Kuppusamy - Uncle Appa
4. Assari Bin Yusof - Model
5. Azaruddin Bin Md Tarmizi
6. Maskamah Binti Hj. Hadri - Kak Mas
7. Mohamad Noor Majid - Abg Mat Nor 
8. Mohd Faizal Mohd Nor 
9. Mohd Zaidi Bin Mardzuki - Zaidi
10. Norliza Binti Ismail - Kak Liza
11. Norita Binti Abdul Manaf - Kak Nita
12. Hajah Zaleha Binti Abu Samah - Kak Leha
13. Zarida Binti Hj. Mahmud - Ieda
14. Mohd Hafez Bin Zulkefey - Hafez
15. Nik Adhiati Binti Nik Ismail - Mek
16. Wahidah Takinee Binti Mokhtar
17. Mohamad Faizul Bin Abdullah
18. Ahmad Sharizal Bin Masuri
19. Mohd Fazli Ibrahim - Abg Bob   

Catatan peribadi :-
Zarida Binti Haji Mahmud
Kosijaya Didactic Sdn. Bhd.

Thursday, 16 May 2013

Nota AGM Pertama 1995


Wednesday, 15 May 2013

L05: Ekspedisi Gunung Besar Hantu

EKSPEDISI MENDAKI Gunung Besar Hantu,
JELEBU, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
16 ~ 17hb. JULAI 2005

Peserta :

01. Che Din Pengarah Program 
02. Deeno AJK 
03. Juz AJK 
04. Yaser AJK 
05. Hadzrey AJK 
06. Ina AJK 
07. Apip AJK Sokongan 
08. eRyn AJK Sokongan
09. Saf AJK Sokongan 
10. Bob AJK Sokongan 
11. Pa'am RKKC (Radio Karat Kg. Chennah) 
12. Zuraimi Mentor 
13. Mail Protégé I
14. Fahmi Protégé II
15. Shafiee Berlenging 
16. Khairul Tukang Taip
17. Sabariah Flower Horn
18. Kecik Alur Limpah 
19. Zaini Raksaksa Sawi 
20. Cikgu Tim Myo 
21. Ida 
22. Bib 
23. Syita 
24. Zeni G 
25. Ros 
26. Fuza

Seperti yang dijadualkan pada 16hb Julai 2005 kami seramai 26 orang yang diketuai oleh pengarah program Che Din memulakan perjalanan dari restoran teratai kuala lumpur menuju ke Kampung Chennah, Jelebu Negeri Sembilan. Sebelum memulakan perjalanan kami sempat bersarapan pagi di restoran tersebut dan mendengar sedikit taklimat ringkas serta bacaan doa selamat oleh Sheikh Yaser mengiringi kepergian kami.

Jam 9.00am kami meninggalkan Teratai dan menuju ke Hulu Langat utk mengambil Juz terlebih dahulu. Kedatangan kami jam 9.40am disambut oleh Juz ngan buah rambutan dan durian. Selain kami makan kat situ, sempat mak Juz menyuruh kami bawak bersama buah tersebut untuk trip kali ni. Dengan rasa sopan santun dan rendah diri kami memuatkan buat rambutan dan durian tersebut kedalam boot kereta masing2.

10.05am dari rumah Juz terus ke Kg. Chennah. Melalui jalan lama dari hulu langat ke jelebu begitu mengasyikan ngan keindahan panorama bukit bukau disekeliling. Tak terkecuali pemandu harus lebih memberi perhatian kepada pemanduan kerana keadaan jalan raya yang penuh ngan selekoh yg tajam. Jam 10.50am pagi kami tiba di Kampung Chennah, sambil pemandu 4X4 tersenyum menyambut kedatangan kami. Cikgu jugak sempat melirikan senyuman manja yang menunggu kehadiran kami dari jam 9.00am lagi. kerana Cikgu diberitahu oleh Che Din kalau tak de jam 9.00am, alamat kena tinggal. selain Che Din yang sibuk ngan laporan utk diserahkan ke balai polis, peserta juga mengambil bahagian meletakan haversack kedalam jeep dan menyalin pakaian utk trekking.

Kumpulan pertama menaiki jeep jam 11.30am menuju ke Kg. Toho, iaitu perkampungan orang asli dan mendapatkan khidmat jurupandu. 11.50 kami tiba di Kg. Toho dan membawa bersama Daud serta Sidi selaku jurupandu kami nanti. Dari Kg. Toho kami meneruskan perjalanan ke kaki gunung pada pukul 12.10pm. tidak lama kemudian pada jam 12.27pm kami sampai dan menurunkan haversack serta durian yang ikut serta dalam ekspedisi ini. Sementara menunggu kumpulan kedua tiba, kami sempat mengopek buah durian dan dimasukan kedalam bekas utk dibawa ke puncak nanti. Namun jelas kelihatan buah durian tersebut banyak disumbat kedalam perut berbanding kedalam bekas 'tupperware' yang disediakan. Disini juga peserta tidak ketinggalan utk membuang air, baik yang kecik maupun yang besar, sebelum memulakan pendakian. Disamping itu ada juga peserta mengambil kesempatan utk tidur biarpun beralaskan jalan tar.

Tepat jam 2.00pm deruman injin jeep memberitahu kami ketibaan kumpulan kedua. Selepas mengagihkan ration dan kudapan, kami melakukan senaman regangan sebelum memulakan pendakian. Jam 2.30pm wisel dibunyikan menandakan masuknya waktu kerja berat bagi pendaki dan mereka yang sama waktu dengannya. Sepanjang pendakian kami terpaksa meredah pokok resam dan menjadi resam bagi peserta yang memakai seluar dan t-shirt berlengan pendek mendapat cederahati berupa calar balar baik kat kaki maupun tangan. Setelah meredah pokok resam dan treking ala bersantai jam 4.00pm kami sampai kat Kem Hantu Air. Dikawasan ini perlulah diberi lebih perhatian kepada mereka yang berantu ngan air. Sudah pasti mereka tidak ketinggalan merasai kesejukan air kat kem tersebut. Disini juga kami disediakan roti cicah sup cendawan dan tea o. disamping menikmati hidangan Pa'am mengadakan pakatan dan perbincangan utk merebut jersi kuning selaku raja bukit utk peringkat kedua bagi laluan Kem Hantu Air ke kem orkid.

Setelah mengisi perut utk makan tengahari kami menyambung kembali tugasan yang masih belum selesai pada jam 5.00pm. disini kemahiran dan kebolehan peserta menyusup rimbunan pohon dapat dilihat. Dan tidak terlepas aksi haversack tersangkut dapat dipertontonkan. tidak lama selepas itu kami melalui satu kawasan agak terang yang mana lalang sedang dijilat api, dengan seberapa pantas Apip dan Pa'am menunjukan kebolehan mereka memadamkan kebakaran. Dalam masa yang singkat api tersebut berjaya dipadamkan. Peserta lain mengucapkan tahniah dan memberi tepukan gemuruh yang diketuai oleh Deeno. Kami meneruskan trekking melalui sebatang anak sungai, dan peserta diingatkan agar mengambil air utk kegunaan sendiri, sebelum tiba di Kem Orkid.

Treking, berehat dan bergambar aktiviti yang tidak dapat dipisahkan. Akhirnya jam 7.10pm kami tiba di kem orkid. Yahoo dot com, dengan berdirinya fly sheet serta khemah memberitahu yang kami tak perlu kerja obertaim hari nie. Setelah merujuk kepada Deeno diberitahu kami tidak dapat bermalam di puncak kerana kawasan utk mendirikan khemah agak terhad dan mana mungkin dapat menampung kami seramai 26 orang. Kelihatan quarter master (AJK Dapur) sibuk menyediakan menu utk makan malam. Aku, Yaser, Cikgu, juz dan Ina dengan kadar segera membawa seberapa mampu botol kosong dan turun untuk mendapatkan air. Selain dari mengisi air kedalam botol kami juga sempat membuang air terutama air kecil, kami juga mengambil kesempatan ini utk mandi biarpun air tersebut agak sejuk. selesai mandi dan membawa botol naik keatas kami bertembung dengan mereka yang turun utk trip kedua yang mana dikepalai oleh Bob. Sempat Cikgu memesan agar tutup air setelah digunakan. Ini kerana mengelakan catuan air yang dikenakan oleh kerajaan negeri sembilan.

Para petugas sibuk menyediakan makan malam didapor dan kebanyakan kaum bapa yang lain lebih tertumpu di bangsal kecuali Kecik. Ini kerana rambut dia yang panjang lagi ikal mayang membolehkan beliau utk turut bersama didapur. Kalau didapur riuh dengan periuk belanga kat bangsal juga tidak kurang hebatnya cerita Che Din dan karatnya. Akhirnya acara makan malam dapat diadakan jam 10.00pm. masing2 tidak melepaskan peluang menunjukan aksi makan dengan gaya yang tersendiri. Selesai makan dan membersihkan kawasan dapur, para peserta berkumpul dan sessi suai kenal diadakan. Tukang karut yang bertugas pada malam ini tak lain dan tak bukan iaitu jejaka terhangat dipasaran 'Che Din'.

Sessi soal dan yang kena jawab Che Din berjalan lancar diikuti dengan gelak ketawa manja dari peserta. Namun gelak yang disangka hingga kepagi terpaksa dihentikan jam 12.00am bagi memberi laluan kepada peserta utk tidur. Ini bagi mempastikan peserta bangun seawal pagi dan meneruskan pendakian kepuncak pada esok pagi. Peserta dibahagikan kepada tiga tempat tidor yang mana peserta wanita ditempatkan dibanglo mewah berupa khemah, setengah peserta lelaki di rumah teres iaitu bawah fly dan terakhir kat bawah bangsal usang peninggalan orang yang terdahulu. Apapun acara tidur diadakan dengan jayanya sambil dengkuran peserta memeriahkan lagi awal pagi di kem orkid.


Pada 17hb julai 2005 jam 6.30am suara Deeno memecah kesunyian pagi, mengejutkan peserta yang tido mati, tidor tak mati, tido ayam dan yang tak tido-tido. Peserta diingatkan utk membawa air serta kudapan utk kegunaan ditrek serta puncak nanti. Selesai melakukan senaman pagi yang diketuai oleh Che Din jam 7.54am kami mendaki ke puncak Gunung Besar Hantu. Trek dari kem orkid ke puncak agak mencanak. Disamping keadaan trek yang sempit dan peserta yang lebih muatan dihadapan memaksa peserta lain memperlahankan pendakian. Peserta juga tidak digalakan memotong digarisan berkembar. Pendakian pada hari ini juga disulami dengan teka teki anjuran Pa'am (RKKC).Sepanjang pendakian g berjaya menewaskan Ros dan mendapat peratusan undi lebih tinggi di dalam menjawap setiap teka teki yang diajukan oleh deejay yang bertugas pada pagi ini.

Jam 9.22am kami tiba di puncak Gunung Besar Hantu. Cuaca dipuncak yang agak cerah membolehkan kami melihat puncak Genting Highlands dan Gunung Benom, serta rangkaian gunung2 lain disekeliling. Kami tidak melepaskan peluang bergambar dipuncak gunung utk dijadikan kenangan apabila turun nanti. Selesai sessi 'grup photo' peserta mula meninggalkan puncak dan trekking menuruni puncak Gunung Besar Hantu. Namun tidak bagi kami selaku kumpulan terakhir, utk terus bergambar di kawasan sekitar puncak gunung tersebut. Jam 10.32am barulah kami meninggalkan puncak dan turun menuju ke kem orkid. Peluang menuruni puncak ini juga digunakan sebaik mungkin bagi Ros dan g utk mendapatkan markah tertinggi dari pihak penganjur. Biarpun sibuk dengan mengemukan soalan kepada g, Ros dan Syita. Pa'am selaku dj pada pagi ini turut membuka talian bagi pendengar menalipon untuk membuat ucapan dan pilihan mu di RKKC. 

Dari puncak hanya mengambil masa 1jam 6minit utk sampai ke kem orkid. Setibanya kami di kem orkid kelihatan Che Din dan krew dapur sibuk menyediakan menu utk sarapan pagi. Diberitahu menu utk pagi nie berupa roti nan dan kari ayam. Che Din sekali lagi menunjukan kemahiran dan kehebatannya dalam menyediakan kari ayam tersebut. Keterreran Che Din mengacau kari sambil menonggeng sukar ditandingi oleh mana2 peserta. Disamping itu Deeno juga menyarankan agar peserta lain untuk berkemas dan menyiapkan diri bagi menyambung trekking turun ke Kem Hantu Air dan seterusnya ke Air Terjun Kijang Jatuh. Akhirnya acara yang dinanti2kan oleh peserta diadakan iaitu acara 'mari makan bersama Che Din'. Kesedapan menu yang disediakan membuat peserta tidak terkata ketika sedang menikmati hidangan. Selesai makan dan mengemas jam 12.52pm kami meninggalkan kem orkid dan menuju ke Kem Hantu Air. Kalau pendakian semalam banyak terhenti dek kerana iklan 'take 5 & kit kat', hari ini perjalanan turun peserta tidak menoleh kebelakang dan laju meninggalkan peserta lain. Dengan kelajuan yang tak terbatas, terkadang kami disapa mesra oleh pokok resam. Nasib baik gak la aku mengenakan baju pemberian kak mas semasa kami sama2 trekking ke Gunung Rajah tempohari. Kalau tak mungkin juga aku senasib ngan Syita yang membawa pulang cenderahati kenangan iaitu calar balar kat lengan. 

Kelajuan peserta terbukti bilamana jam 1.48pm kami telah pun tiba di Kem Hantu Air. Selain dari berehat dan menghilangkan penat, peserta juga tidak menunggu lama untuk mendapatkan tandas awam yang disediakan dimerata tempat. Jam 2.18pm kami menyambung perjalanan menuruni Kem Hantu Air seterusnya ke Air Terjun Kijang Jatuh. Setibanya kami di simpang masuk ke air terjun, kelihatan sedang menunggu kami ialah protégé I yang risau kami tak perasan simpang tersebut. Selain itu terdapat juga dahan kayu yang sengaja diletakan oleh peserta terdahulu utk memberitahu simpang ke air terjun. Kelihatan peserta bersungguh-sungguh utk segera sampai ke air terjun dan tak sabar utk merasai sendiri kesejukan Air Terjun Kijang Jatuh. Sebelum tiba di Air Terjun Kijang Jatuh kami juga terpaksa menuruni anak tangga yang agak curam. Dan mengikut kata serta kiraan kasar dari Juz keseluruhan anak tangga tersebut mempunyai dua ratus lebih kesemuanya. Tak pasti lak yang lebih tu berapa banyak lagi. Tipu juz, tipu la aku. 

Kami semakin tidak sabar bila bunyi deruan air terjun semakin kuat diikuti dengan permandangan air terjun yang menarik. Akhirnya jam 3.10pm kami tiba dikaki Air Terjun Kijang Jatuh. Kelihatan peserta awal sibuk merakamkan permandangan serta aksi2 pendaki yang sibuk dok posing. Cikgu juga sempat menyediakan tea o halia barang segelas dua, utk kami nikmati. Peserta yang tiba dahulu tidak melepaskan peluang utk merasai kedinginan Air Terjun Kijang Jatuh. Aku lebih selesa dengan merakamkan aksi peserta dan keindahan air terjun tersebut, sambil dapat menyejukan badan terlebih dahulu. Terdapat juga peserta yang mengambil peluang utk melelapkan mata. Aku juga mengharapkan ada la sekor dua kijang yang akan jatuh dan buleh kami jadikan lauk utk petang ni. Namun harapan tinggal harapan kerana kijang yang ditunggu tak gak jatuh. Aku juga turut mengambil peluang utk merasai sendiri kesejukan Air Terjun Kijang Jatuh. Kesejukannya membuat aku tidak dapat bertahan lama untuk mandi, namun tidak kepada mereka yang berhantu main air. Disamping sibuk dengan bermain air, ina, juz dan krew dapur ogkl yang lain sibuk menyediakan menu tengahari iaitu meehun tomyam. Selesai mandi kami menikmati beehun tomyam yang telah tersedia utk kami. Dengan baju yang basah serta badan yang sejuk aktiviti makan tengahari berjalan dengan lancar. Peserta juga tidak menunjukan segan silu utk terus bertambah. 

Deeno setelah selesai mandi dan makan, tiba masanya utk beliau mengenakan pakaian yang sesuai utk balik nanti. Namun segalanya tidak seperti yang dirancang, bila sedang beliau menyalin seluar, Pa'am dengan perancangan yang rapi membawa bersama beehun tomyam dan menghadiahkan mandian beehun tersebut kepada Deeno. Jirusan beehun tadi merupakan hadiah hari lahir buat Deeno. Semoga tuan presiden dilimpahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Tak lama selepas kami bersuka ria dan berrsiap sedia mengemas dan menikmati beehun tomyam, hujan mulai turun dan memaksa kami berkemas dengan kadar segera. 4.35pm kami meninggalkan Air Terjun Kijang Jatuh dan trekking ke lokasi dimana jeep menunggu kami. Dengan menjangkakan kami akan menaiki jeep utk trip kedua, maka perjalanan dilengahkan dan sempat kami mengenakan kopi panas bagi meredakan kesejukan akibat hujan yang mula membasahi kami. Jangkaan kami meleset, kerana mereka masih menunggu dan akan ke Kampung Chennah bersama kami. Dengan ketiadaan trip kedua kami terpaksa menggunakan setiap ruang yang ada dan haversack terpaksa kami letakan di atas bumbung. Kepadatan peserta didalam kedua-dua jeep, memaksa Daud dan Sidi selaku jurupandu kami balik dengan berjalan kaki ke kampung halamannya. Selesai mengikat haversack dan menyumbat kami kedalam jeep, 5.20pm jeep membawa kami ke Kampung Chennah. Sepanjang perjalanan kami yang duduk dibelakang jeep ditemani kesejukan, ini juga memaksa Pa'am dan Deeno mengambil alih tugas Saf Pauzanah pada petang ini. Diberitahu beliau tak dapat bertugas kerana cuaca sejuk. manakala dibelakang agak riuh dimana dengan ketiadaan g dan Ros memberi peluang kepada Bib dan Sabariah (FH) mengintai peluang utk mendapat tempat didalam episod 'mencari cinta' buat Che Din. Apapun rancangan ini terpaksa disambung berikutan kami telah pun sampai di balai polis Kampung Chennah pada jam 6.48pm.

Che Din selaku pengarah program pergi ke balai polis serta melaporkan kepulangan kami. Sementara itu yang lain pergi ke masjid berhampiran. Selesai mandi dan mengenakan pakaian utk balik yang sesuai, kami menunggu masuknya waktu maghrib utk membolehkan menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid berkenaan. Setelah selesai solat peserta diminta berkumpul diperkarangan masjid dan Deeno mengambil alih bagi acara penutup. Denno menyatakan rasa terima kasih kepada semua peserta kerana sikap kerjasama dan semangat kumpulan yang ditunjukkan. Tanpa sikap dan semangat demikian, sukar sesuatu program itu dijalankan. Kesemua peserta juga diberi peluang utk memberikan sebarang komen untuk ekspedisi ini. Akhirkata kami bersyukur kerana pendakian berjalan dengan lancar dan kesemua peserta selamat menawan puncak Gunung Besar Hantu. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terbabit didalam menjayakan ekspedisi ini. Besar harapan saya agar kita dapat bertemu lagi pada ekspedisi akan datang. Saya juga mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang ekspedisi yang mana mungkin tanpa saya sedari dan juga dari penulisan yang tak seberapa nih.


Take nothing but photographs, leave nothing but footprints.

- hanya Tukang Taip,
Khairul Annuar













Tuesday, 23 April 2013

L04: Santai Hawaiian Night


Santai Hawaiian Night


BUDAYA berpersatuan bukan sekadar menjalankan aktiviti dalaman bersama-sama tetapi juga perlu diselitkan dengan kegiatan riadah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli dan anggota keluarga terbabit. 

Atas kesedaran inilah Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) tampil menganjurkan program Hari Keluarga yang dinamakan Santai’ 04 di pantai peranginan Port Dickson, baru-baru ini.

Santai’ 04 yang turut meraikan 11 tahun penubuhan kelab itu berjaya mengumpul seramai lebih 60 orang ahli, anggota keluarga serta peminat rekreasi bersama-sama menikmati suasana damai di AnCasa Resort Allsuites.

Program dua hari itu diketuai Presiden OGKL, Zainuddin Lot yang dibantu barisan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan semua perancangan berjalan lancar. Selain berkumpul, Santai’ 04 juga membuka ruang untuk ahlinya beriadah dengan aktiviti sukan bola tampar pantai dan tarik tali. Maklumlah sebelum ini masing-masing lebih dikenali dengan bakat memanjat gunung saja.

Acara kemuncak Santai’ 04 adalah jamuan makan malam yang turut dihadiri tetamu istimewa, pendaki Everest, Muhammad Muqharabbin Mokhtaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Kobin. Selain memeriahkan majlis, beliau turut melancarkan laman web rasmi OGKL yang beralamat www.ogkl.com.my yang lebih mudah dan ringkas.

Kobin berkata, perkembangan OGKL memang mengagumkan kerana ia sudah bertahun-tahun bergiat aktif dalam bidang pendakian gunung dan mengumpul ahli dari segenap lapisan dan latar belakang. Beliau juga tertarik dengan laman web yang baru dilancarkan itu kerana ia lengkap dengan maklumat terkini dan kisah menarik mengenai pendakian gunung di Malaysia selain beberapa destinasi luar.

“OGKL adalah sebuah pertubuhan yang mantap dan cukup dikenali dalam bidang pendakian. Mungkin saya berpengalaman mendaki di luar negara tetapi ahli OGKL lebih arif mengenai pendakian gunung di Malaysia. Saya percaya mereka juga mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia pendakian satu masa nanti,” jelas Kobin yang turut berkongsi pengalaman mendaki Everest bersama teman karibnya. Mohd Reduan.

Selain bercerita mengenai Everest dan mempromosi pendakian solonya ke tujuh puncak di tujuh benua, Kobin menjadi juri Pakaian Terbaik sempena majlis Hawaiian Night yang diadakan pada malam itu. Wira negara ini juga menyampaikan sijil ekspedisi kepada ahli OGKL yang berjaya menakluki beberapa gunung pada tahun ini termasuk Gunung Merapi-Singgalang, Gunung Kenderong dan Ekspedisi Berakit di Sungai Perak.

Antara acara menarik yang diketengahkan pada malam itu termasuklah cabutan bertuah serta pertandingan karaoke yang turut mendapat kritikan ala AF daripada tiga juri istimewa. Kobin juga turut menyumbangkan suara dalam mewarnai majlis gilang gemilang itu yang mendapat tajaan Adidas, Tayangan Unggul, Channel [V], TM Net, EMI Music, Palace of the Golden Horses serta beberapa penaja lain.

Keesokannya, ahli OGKL bersemangat dengan aktiviti Amazing Factor yang menyaksikan enam pasukan berhempas pulas memaksa diri menelan makanan pelik seperti peria, telur mentah, makanan bayi, cili padi, petai, cencaluk dan macam-macam lagi.

Kemudian mereka meredah hujan dalam acara Ribbon Race yang memerlukan pasukan mencari reben warna masing-masing mengikut klu yang diberikan. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat sepanjang acara Amazing Factor ini berlangsung kerana ia menyaksikan gelagat ahli yang terpaksa mencuba sesuatu yang baru dengan penuh semangat.

Sememangnya, Santai’ 04 adalah program yang cukup bermakna dan menghiburkan kerana ahli bukan sekadar dapat berehat bersama rakan-rakan tetapi juga mendekatkan ahli keluarga dengan OGKL.

Izza Safinaz Ibrahim

foto hiasan

Wednesday, 17 April 2013

L04: Trans Gopeng - CH

Trans Gopeng - Cameron Highlands

04/05/04

Tarikh: 21-25 February 2004
Tempat: Gopeng - Cameron Highlands


Masih didalam cuti MC 1 hari ni. Lepas ke clinic singgah jap di cc .

Saja nak ucapkan tahniah kpd kesemua 20 peserta yg mengikuti xpdc ini . Anuar, Kak Aishah , Adanan , Sham ,Sheikh Yassir , roland-Olan , Huslan jerung liar , Rixal- rixaldinho ,Hanum-Ezlyn ,Wid-keluang , Uncle Appa Towkay , Rambo , Cikgu Rosli , Chigu Nor , Wahidah Wassini , Abboy , Al-Condor , Hadzrey , chedin dan saya sendiri.

Segala disiplin & kerjasama dari para peserta adalah penting didalam menjayakan sesuatu program/xtvt@xpdc. Korang semua memang best!

Terima kasih yg tidak terhingga kepada kesemua AJK OGKL yg meskipun ada yg tidak turut serta tetapi membantu urusetia xpdc dari peringkat perancangan,mesyuarat,membuat menu,menyediakan masakan, listing, membeli & memacking rations.

Terima kasih & tahniah juga kepada kesemua urusetia xpdc yg secara langsung mengendalikan keseluruhan program ini yg diketuai oleh setiausha kelab , Anuar yg dibantu oleh Kak Aishah , Adanan , Sham & Yassir.


Ingin juga saya mengucapkan syabas kepada Zambri EMBO (Rambo)kerana mempunyai sikap perhatinan yg tinggi serta sanggup turun balik untuk membantu & rescue team MMU yg kecapekan meskipun grup ogkl sudah pun selamat tiba ke destinasi. Satu sikap@tauladan yg harus diamalkan oleh kesemua ahli OGKL, Insya Allah.

Tahniah juga buat Wahidah Wassini yg berani mengatasi fear factornya mencuba xpdc treking yg melebihi 2 hari buat pertamakalinya .

Tahniah kepada Yassir & Cikgu yes ( Rosli) yg berjaya memancing 5 ekor ikan tenggas yg amat enak/manis sekali rasanya.

Tahniah kpd Uncle Appa 57 tahun ( Keluang ) yg buat kali ke3 mendaki bersama kami berjaya menghabiskan xpdc pod kali ini . Uncle Appa yg tergulung diantara team ogkl pencucuk guide dari hari pertama lagi menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang yg boleh diperlecehkan dgn umur . Calang2 orang muda pun malu dgn beliau. Terima Kasih kepada Uncle kerana membelanja kami sarapan kami di Gopeng & Satay 200 cucuk di Cameron Highland.


Tahniah juga buat Abboy & Al_condor yg mengidupkan suasana hiburan keIndiaan didalam hutan. Al_condor dapat gelaran baru lagi di Kem Yusuf dgn panggilan bari AL-"G" ....err...G-String .Nak tahu kenapa ? tanya kengkawan lain ek!

Tahniah kepada team lead di ketuai oleh Olan & Sham diikuti oleh Huslan , Rixal ,Cikgu Rosli , Rambo , Uncle Appa , Wid , Kak Aishah, Abboy , & Anuar ,kerana kalau korang lambat /tak cekap alamatnya team kita tak dapat tempat yg bagus kerana berebutkan kem site dgn team MMU.

Tahniah juga kepada team yg enjoy trekking kat hutan macam Cikgu Nor , Wahidah , Chedin ,Al-Condor , hanum , Hadzrey, Yassir , Nan & saya yg bhgn belakang yg dapat rileks lama .

Kelab memohan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan @ ketidaksempurnaan disepanjang perjalanan program ini. Kelab telah sedaya mungkin merancang sebaik-baiknya bagi kelancaran sesuatu program tetapi kadangkala tidak dapat mengatasi perkara2 yg diluar jangkaan / luar bidangkuasa kelab. Kelab akan cuba memperbaiki dari masa kesemasa jika diberikan kesempatan.

Abd. Rashid Abd. Rahman

P/s Dari sekarang , semua kena prihatin mengenai ration apa yg dibawa didalam beg ? Jika urusetia tanya " siapa bawa ration itu - ini...bla....bla..bla ...? semua dapat jawab dah kerana memasing dah check dah semua ration yg diberikan kpd mereka he..he..he....

Saturday, 13 April 2013

L04: Journal Singgalang - Marapi

Journal of Singgalang - Marapi Adventure



Wednesday, 25th August 2004

The trip starts off at Puduraya Bus Station on the 25th of August 2004. The OGKL members, friends and families were waiting near Puduraya police station since 9 pm. They were Deeno, Fakhrul Anuar, Bullet, Yap, Kak Zaleha, Yassir, Abdul Hisham, Hadzrey, Idzam, Bob, Azlen, Jusrizaldi, Salina, Ahmad Rafaei, Mohd. Faizal, and Mohd. Faizul. Group pictures were taken with club flag celebrating the beginning of Merdeka Expedition. The bus took off at 10 pm sharp where we bid family and friends the final farewell. We took the Transnasional bus which costs us RM8. It was a nice 2 hour plus bus ride. Everyone was eager for the trip and nobody dares to sleep, yet. I think it's due to the 'I won't miss a thing' sensation, but yet, everyone was enjoying the bus ride to Malacca. We reached Melaka Central at 11.55pm and Hotel Mansoor at 12.15 am.

At the Hotel Mansoor front, we were greeted by one of the hotel staff. We were then directed to a corner of reception area where we rest our backpack. Boon Lee (Miss Tan), Mohd. Nor, Amrin, and Muhd. Suhaimi were found sipping teh tarik outside the hotel. The latter were from Singapore while the former three arrived from Johor and Melaka. We had a late supper and combined and distribute our rations and tents in the dormitory. Everyone went to bed around 2:30 am and snores at 2:31 am.

Thursday, 26th August 2004

We woke up at 6:30am. While waiting for our turns for shower, some of us made the final look through and arrangements of backpacks. The Committee Members made sure that the weight is distributed evenly to each backpack. It's quite a heavy load to pack but then, it's a pretty long trip.

All of us were ready and started walking to Malacca jetty at about 7:30 am. It's only 10 minutes walk from the hotel. Deeno collected all passports and were handed to the Ferry Malaysia Express booth. Those were individual international passports as well as group passports. The fare for one person return Malacca - Dumai is RM150.00. Money changers were also located close to the booth.

We had our breakfast and it was the last Malaysian meal of the expedition. The President gaves a speech and Yassir read out some do'a. Among other things, Deeno expressed that our objective to Sumatra is not only to climb mountain or shopping, but to see and learn first-hand while perhaps experience the lifestyles of the inhabitants. He also warned us not to entertain any of those porters or beggars in Dumai jetty. We then entered the Malaysian immigration building and through to the transfer boat. The smaller boat departed at 9.50 am and in about 10 minutes we were transferred to the Ferry Malaysia Express for a super smooth 1 hour and 45 minutes ride to Dumai.

Dumai is much warmer than Malacca. Its oil refinery and tankers can be seen almost along Dumai's coastline. The region is rich with oil and yet to be discovered. This would explain the sticky and greasy feeling on our skin.

Upon the arrival, we manage to peacefully go through Indonesian gate without any disturbance or charge from the porters. It's another 10 minutes walk to the 'Bis Pariwisata'. Waiting are a driver and a co-driver, both named Zul and are locals of Bukittinggi.

Stuffed our backpacks in the compartment and drove to a nearby Rumah Makan Pak Datuk (restaurant) to endeavour Minang food. It was delicious at about Rp336,000 for 20 hungry people or RM7 pp, very cheap, eh? However, some complained that lauk is too hot.

So we depart to Bukittinggi at 1:30 pm. The road is two lanes with not much of traffic, only to slow down for some potholes. We could see roadside construction everywhere and mostly been done by Sumatran's hand. We reached Kandis, Riau at 4:50 pm. It's still a hot day; we are allowed to do solat and have drinks at the stop. Ina ordered an iced tea (or "teh ice, with milk"), but delivered a glass of cold goat milk instead. Everyone thought it was funny, after that Ina slowly re-ordered again with a serious tone. The waiter finally understood that tea part, but didn't get the milk part. So, there you go… we move on to the next stop, Bukit Kincung, Batu Bersurek…

It was 8 pm at Rumah Makan Musafir and there was no electricity, and we were quite starving. The group has to decide whether to move on to the next restaurant (another 2 hour drive) or to wait until the diesel generator working again. We waited for about half an hour because we are stopping over to pray anyways. Then the lights are on and we had our Minang dinner at about 9 pm.

Friday, 27th August 2004

Arrived at Bukit Tinggi at about 12:30am. The half awake crowd transferred the backpacks to Ibu Halimah's family house. It is located at Bulaan Kamba Kubang Putih. The house was an ordinary kampong type house with three bedrooms, medium sized hall, a kithen, and a bathroom/toilet. The 16 guys slept in the hall while the girls get one of the bedrooms. It was quite chilly night, but we were given enough blankets and pillows. Thanks to Ibu Halimah's family. We slept at about 2 am.

Everyone was awake at about 6:30 am. The girls cooked nasi lemak for breakfast. We ate happily with Ibu halimah's family and at 7:30 am, we all packed and start the journey to Kg Dusun Tua. The kampong located at the foot of Mount Singgalang, at about a fifth of its height. We observed that most houses and even mosques here have a medium sized pond adjacent to the building. It is perhaps a fishpond for the household, although some women seen to have their laundry done at the pond. The road towards Kg Dusun Tua was very narrow and winding, but Zul, the bus driver skilfully twist and turn the vehicle as the route allows. We arrived at the highest residential peak safely.

Kak Zaleha donates some books to the pupils of Sekolah Dasar (Primary School) Kg Kota Tua. The view from up there is magnificent and perhaps the school has the best view of Mount Marapi. Regardless of the school and village being underdeveloped (compared to its city counterpart and of course in Malaysia), we noticed that school children are happy as we received a very warm welcome from the villagers and school staff. Cikgu Yufrizal (the school headmaster) explained that the school's development was left behind after President Suharto left his throne. However, it is very sad to see the bright and cheerful kids had to gain knowledge at the tired building where the teachers are mostly volunteered to service.



We left our backpack at the school lounge and head down to Koto Baru, where we stayed at Cikgu Yufrizal's house for the noon, and performed Friday prayers at the nearby mosque. Even during the hot day, the tap water is cold. Then we had our lunch at a nice Minang eatery. Despite the nicer food, the price is cheaper in the rural area.

At about 4:30 pm, we started stretching instructed by Kak Zaleha and bid farewell to Cikgu Yufrizal's wife. A very happy and friendly bunch. We trekked up to Kg. Dusun Tua. Reached the primary school at 5 pm and we collected our backpacks before started our journey towards Mt. Singgalang. Two guides headed the line while Cikgu Yufrizal followed the group.

It was getting dark and were told that it would take four to six hours to reach the mountain's peak and that has without a doubt uplift our spirit to reach the peak quicker. And the journey goes on until dark and through rain.

We are divided to four groups. The trekking was both very challenging and tiring. Our visibility is very limited because we had to climb in darkness. However, all along the route, the full moon is visible at north, giving the illusion that we are getting closer to the clearings ahead. That probably had given us some extra push while fighting with cold and hunger because we had skipped dinner that night. With backpacks taller than ourselves, these conditions did not allow us to march as quickly as we would imagine. As a result, at about half way up to the summit, we had to take five almost every 15 minutes, as to either purely resting or to eat some light snacks and drink. There was no campsite found along the trek except for the final half and hour.

As we climbed closer to the peak, we noticed something which is much different with Mt. Singgalang compared to the other mountains. Firstly, there were huge trees with big trunks covering the rim of its non-active volcanic crater. And secondly, there's only a small field of 'bonsai' trees were found along the track, and that was the first camping site we came across. In any case, we could see an astonishing view of the town and experience smooth refreshing breeze from the latter.

Saturday, 28th August 2004

The first group arrived at Telaga Dewi at 12:30 am while the sweeper group at 4am. We opened the tents there and cooked supper. The temperature was chilly but bearable due to food intake and campfire. We caught some zzzs until 6:30 am.

Early in the morning, we climbed up to the summit of Mt. Singgalang. It's about 15 minutes walk from Telaga Dewi. We noticed that the track was much different in the daylight (of course). All along the way, we can see mosses living on the moist surface of another bigger plant. This type of natural habitat is unique to Singgalang as it is rich with water. The all-year damp and wet surrounding promotes the growth of these thick masses and covers every area even on the wood of a living tree. Even the ground was spongy.

When reaching the peak, the first thing that we could recognise was the view of Mt. Marapi, with its smoke coming out from the crater. And the clear sky with a lot of houses, ponds and streets underneath. So, the area instantly became a studio for taking pictures. The painstaking climb which we had experienced the night before was gone with the cool breeze.

We notice that there was an RCTI aerial structure located at the peak with cables that goes down towards the foot of the mountain. The cables would easily be at least 4 km long!!



At 8:30 am, all of us had our breakfast (noodles, cucur and coffee), packed and ready to roll. We descended along the RCTI aerial cables, through a challenging track of dense jungles, bamboos, and vegetable plantations. Mt. Singgalang track ends up at RCTI building where we can walk through a concrete road towards the bus. Along the road we could see acres of chilli, sugar cane, and cabbage plantations. There are also sugar factory. We noticed the all farming work are done by the Sumatran's hand without much use of machineries.

The bus took us to Ibu Halimah's house where we unpacked and repacked the backpack, only to carry drinks and ration stuff for Mt. Marapi journey.

We ate dinner at a Minang Restaurant and start trekking to Mt Marapi from Koto Baru, the base of the mountain. We left the bus at the side of a road and walk about one and a half hour towards the registration booth. The mountain is a more popular climb compared to Singgalang whereby the track and its camping sites has been controlled and supervised by the locals. The mountain ranger gave a few handy tips and warned us to be on the peak for a maximum time of half an hour. This is due to the last 'unexpected' accident whereby eruption occurs two years ago.

After registration, we walked up along a single lane path. It's a two hour ascending walk towards Pasanggrahan, a spot for rest and relax (or maybe overnight). There we met a group of student climbers from Medan. They are very friendly and easy to talk to. We had some coffee and snacks to get energised and to overcome the chilly night. At 11 pm, we start our journey up toward the peak of Mt. Marapi. We went through hundreds of camping ground especially at the foot of the mountain. All of them were occupied for this weekend but camping in Mt. Marapi was in the schedule.

Sunday, 29th August 2004

The track was a mixture of steep and very steep climb with a very recreational feeling in every step. Evidently, the climb was not as tiring and terrorising compared to Singgalang, mainly due to a much lesser load on our back. Many local climbers walked pass us and some sang and dance all along the way up. Some were not wearing any shoes, and some have climbed up for the fourth time. And at sunrise, we found out why people kept on coming here…

We manage to reach on a levelled area of the crater at 7:30 am. The place was full of dark grey molten larva rocks. The view from up there was so breathtaking, though there was always a stint smell of sulphur around the volcanic chasm. Mt. Singgalang was standing high on the west and some say we can almost see Padang (West Sumatra). We took pictures and went up towards the very steep mouth of Marapi. It is as long as 1 km in diameter. So, we walked as far as half kilometre towards the south of the mountain, where Merpati peak is located. For a beginner, the step up was really scary as the ground was made up of loose rubble and hardened sulphur. There was few teenagers offering what they called 'bunga abadi' or the ever blossom flower (adelweiss). It was taken from a garden located at the south of the mountain.



After taking many pictures, we descended down towards Pasanggrahan. Besides raining a little bit and caused a slippery track half along the way, some of us has foot injury and had to slow down a little, although the local kids just running fast without a shoe. The camping site we seen occupied last night was all vacant today and all is left was heaps of garbage that was not a real eye candy.

At about a kilometre (45 minutes) away from Pasanggrahan, we noticed there were two men, both carrying a sack of traditional herbs and roots collected from Marapi's foothill. Close by was a very practical stall selling instant noodles, fruits, kuih-kuih, and cold and hot drinks.

We reached Pasanggrahan to shelter ourselves from the rain and head down towards the bus.

At 3 pm, we reached Ibu Halimah's house, packed and bid farewell to the beautiful family and later checked in to a hotel in Bukittinggi and had dinner and a night rest.

Monday, 30th August 2004

After breakfast, we head up towards Padang. It's a six hour drive to the beach where we had lunch at a beachside café. Close to the café was some fisherman just landed from a fishing trip.

Padang was a small capital with lots of Minangkabau buildings, horn-shaped roofs. The west Sumatra capital is famous for its silver, hand weave, embroidery and woodcarving souvenirs. All are available for tourists. The people here are friendly and very generous with smiles and nice words.

Later during the day, we head back towards Bukittinggi for a shopping spree. In the middle of the town was a clock tower with Minangkabau roof named Jam Gadang. It overlooks the market square and the town's historical surroundings. Besides Jam Gadang were locals sitting down chilling. There are some small kids asking for money. Similar souvenirs were available for tourists.

We started our journey to Dumai at 8:30 pm.

Tuesday, 31st August 2004

We arrived at Dumai just after Subuh. Packed and clean our selves up before breakfast at a nearby restaurant. There Deeno gave a speech and everyone congratulate each other on our adventure. All of us sang Negaraku as apparent to our National Day.

Head east to the jetty where we bid our sallam and thanks to the Zuls and later through immigration. We safely reached Malacca at 2 pm and towards KL at 3 pm.

By Faizul

Wednesday, 10 April 2013

L04: Program Menderma Darah OGKL



Program Menderma Darah OGKL
Tarikh: 11 Januari 2004
Tempat: Tabung Darah Negara, Kuala Lumpur

Kelab OGKL memulakan project/ program awal tahun 2004 dengan program amal - Menderma Darah di TDN pd sabtu lepas. Seramai 19-20 org yg sempat bersama kami pd kali ini. Terima kasih pd semua yg sudi menderma.

Saya yg agak lewat datang kerana singgah ke rumah sepupu saya yg akan melangsungkan perkawinannya. Yg kelihatan sempat hadir pagi itu tak silap ....err.. Fazid, Huslan jerung, kak Aisyah, Zul Zener, Sheikh Yassir al-Afghan, Fakhrul , Mas Eliza, Bullet, Lin Ton, Leman Hassan Sas, Bob, Juz Rizaldinho, Che Deen, Sham JV, YL Yap, Fahmi dan Izam .

Izam yg selalunya rajin menderma plasma tetapi bagi meraikan rekan2 yg lain....menderma darah pula pd kali ini. Uncle Yunus Mahadi ( Bekas penasihat OGKL) juga sempat menjenggah kami di situ . Terima kasih kepada Uncle Yunus kerana beliau sudi menyalurkan sumbangan RM500 kepada Tabung Kelab OGKL bagi menyemarakan lagi kegiatan kelab pada tahun 2004 ini.

Wahidah yg bekerja di Pusat Darah Negara menjadi host kami kerana tiada kegiatan mobile pada hari tu. Ramai juga penderma dari IPTS yg datang menderma darah. Penderma di berikan makan & sijil selepas menderma. Pada yg tidak dapat sijil lagi , sila tunjukkan buku pendermaan kepada Wahidah untuk pengeluaran sijil.

Selesai di PDN kami ke kedai outdoor di jalan ampang kemudian terus pergi minum di Belakang Risda . Cara tak sengaja , Dak Zeq juga ada disitu ...apa lagi riuh rendahlah dibuatnya ! Yg lain merancang untuk ke Ampang point kemudian pergi bowl. Saya & Aishah kena balik kerana terpaksa gi rewang di rumah sepupu yg kawin tu.

Semuga amalan menderma darah kita hari ini berterusanlah hendaknya. 3 @ 4 kali setahun memadai rasanya. 
Juga tahniah kepada mereka yg menderma buat pertama kalinya. Ada 2 -3 orang yg berjaya memberanikan diri mereka . Tahniah ! dan syabas !

Abdul Rashid Abdul Rahman

Tuesday, 2 April 2013

L04: Berakit Kuala Kangsar



XPDC BERAKIT (KUALA KANGSAR - PARIT) PERAK

30.04.2004 - 02.05.2004

Jumaat 30.04.2004 - KL - Kuala Kangsar

Kami para peserta di minta berkumpul di Restoran Teratai Daya Dumi. Ieda, Ida dan Zu adalah antara yang terawal sampai. Punyalah nak menetapi janji, pukul 8.05 lagi kami dah sampai. Tunggu punya tunggu jarum jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam. Tak nampak pun orang yang lalu lalang bawak beg besar-besar. Iskkk…iskkk…mana diorang nie. Tak jadi ke ? Call kak Fazidah….jawapanya "on the way - sangkut jem giler nie". Dalam hati merungut jugak kalau dah jem kenapa tak keluar awal. Macam kami nie, siap ambil time off lagi. Setelah melepak dan melepak, datanglah seorang mamat nie, tapi namanya terlupalah pulak, bercerita bahawa dia adalah insan yang di pertanggujawabkan untuk segala peralatan di Kuala Kangar. Menurutnya dia tidak dapat menjoinkan diri kerana baru sahaja mula bekerja. Apa-apa sahaja lah. Di sebabkan Daya Bumi hendak di tutup kami pun keluar ke jalan utama. Sampai kat air pancut tu, kesabaran kami di tahap maksimum, Ida call Denno, jawapan yang di terima "kami di Restoran Teratai nie, koarang kat mana nie ?". Tergelak jugaklah rupanya dah misunderstanding, berkumpul di bahagian luar Restoran Teratai bukan di bahagian dalam bangunan. Sabar ajelah. Sepanjang perjalanan ke bahagian luar Restoran Teratai kami asyik tergelak aje. Apa-apa pun akhirnya kami beragabung dengan OGKL.

First at all, kami membayar yuran penyertaan untuk menjoinkan diri dalam aktiviti berakit nie. Pembayaran di buat kepada Fakrul. (Lembut mcm tak caya plak, aktif dalam panjat memanjat nie). Lepas tu borak sana borak sini. Kami di fahamkan bahawa bas tersangkut dalam jem di jalan Kuching. Iskkkk…iskkkk lambatnya. Biasalah KL bila aje ada cuti semua jalan sesak. 

Akhirnya bas yang di tunggu sampai juga. Kami bertolak ke Kuala Kangsar dalam pukul 11.00 malam. Memula tu dalam bas bukan main bising, last-last semua terlelap. Maklumlah dah penat menunggu. "Penantian Suatu Penyeksaan". Kami singgah di R & R Tapah 2.30 pagi. Fuhyoooo, ramainya manusia. Pehhh nak masuk bilik air pun beratur punya le panjang. Apa lagi nak membeli. Tengok aje le mak cik tu makan mee sup panas. Pehh mesti sedap giler kan. Kalau tak sedap pun sedap jugaklah tambahan perut tengah lapar giler + cuaca yang sejuk. Iskkkk…telan air liur ajelah.

Setelah segalanya settle kat situ kami pun menuju ke bas. Banyaknya bas sekolah. Alamak lupa nak ingat plat no bas tu. Dari belakang ke depan, dari depan ke belakang….tu dia. Nasib baik nampak si Jerung Liar kat tepi longkang tu. Alhamdudilah…kalau tak call kak Fazid le jawabnya. (Sorry kak no akak aje yang kami ada). Selain daripada kami si Ina dan Paei pun sesat dalam pencarian bas tu. Ini mungkin sebab mamai kot. Apa-apa pun bas kembali bergerak dalam keadaan yang sesak.

Kami selamat sampai ke Kuala Kangsar lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lega rasanya. Dapat meluruskan pinggan yang dah macam nak patah dan menormalkan kembali suhu badan. (sejuk giler dalam bas tu). Perjalanan dari KL ke KK kami rasakan seperti perjalan dari KL nak ke KB. Bertolak malam sampai pagi. 
Kami bergerak ke Jeti Kuala Kangsar.

31.04.2004 - Kuala Kangsar - Kg Senggang Manong

Meriah gak pekan Kuala Kangar nie. Ada 'Karnival Sukan Air' di jalankan. Sebahagian besar peserta gie solat subuh kat masjid Kuala Kangsar. Ieda dok stay kat jeti aje. Sambil tu bukak diari. Catit serba sedikit. Siap jugaklah sebuah sajak di situ. Tapi tak leh di dedah kan kat sini. Hanya untuk simpanan ku. Kami bersarapan pagi nasik lemak tak sedap. Tapi sebab lapar, makan jugak leeee….Si Fakrul macam pandai masak aje. Komen tu komen nie, ada betulnya komen-komen dia tu. 

Kami naik bot menyeberang ke seberang sana. Hari nie, kat sini ramai sangat orang sebab ada karnival sukan air. Sultan Perak pun akan turun. Nampak meriah. 
Kami sampai kat balai raya. Kelihatan ada buluh, pelampung, tali dan life jaket. Tukar baju yang sesuai untuk berakit dan senaman. Guru senaman kami adalah Cikgu Leha. Selepas tu kami telah di pecahkan kepada 3 kumpulan :-

1. Kump Solomon 2. Kump Doremon 
Ketua : Denno Ketua : Abang Jamal
Ahli : Saf (Wife Deeno) Ahli : Fakrul 
Paei (Pak We Ina) Kak Tini
Ina (Mak We Paei) Cikgu Leha (Guru Senaman)
Zu (Kosijaya) Ida (Kosijaya)
Apid (Adik Denno)

3. Kumpulan Payung
Ketua : Fahmi (Pak We Kak Fazid)
Ahli : Huslan (Jerung Liar)
Kak Nita
Kak Fazid (Mak We Fahmi)
Sabariah (Apa-apa sahaja lah kau nie sabariah)
Ieda (Kosijaya)

Setiap kumpulan di bekalkan dengan 20 batang buluh, 6 biji / buah pelampung dan segulung tali. Taklimat secara ringkas telah di berikan oleh Denno. Selebihnya pandai-pandai le….Kami start membuat rakit pada pukul 9.45. Masa yang di berikan adalah selama 1 jam. Group lain semuanya dah siap, tapi group kami (group 3) masih belum siap dan kekurangan tali. Memohon simpati daripada Group Doremon. Diorang tak bagi…sedihnya. Tapi mujurlah si Denno, memberi ihsan talinya kepada group kami. 

Alhamdudilah kesemua group selamat menyiapkan rakit masing-masing. Apa lagi luch time. Heeee…tengah hari nie kami di hidangkan opppsss…silap nasi bungkus, lauk ayam sambal, ayam masak kicap, sayur dan ulam-ulaman. Siap ada sambal belacan lagi. Apa-apa pun perut yang lapar telah kenyang, mata mula mengantuk. Heee….heeee…masih ada cabaran yang perlu di hadapi.

Kami mula berakit pada pukul 12.30 tgh hari. Sebelum itu kami di minta masuk ke dalam sungai untuk satu aktiviti yang di namakan "Water Confident". Apa lagi bila rakit dah dalam air….terasa seronok dan debarannya. Ieda takut…timbul ke rakit ieda nanti !!!!!!. Masa nak naik tu, macam-macam ayat dah keluar dah, akhirnya kami semua mampu tersenyum sebab memang best. Mula berakit…excited tau. Permandangan di sepanjang perjalanan memang mengasyikan. Kami melaluai Masjid Ubuaidiah (Kalau silap sila le betulkan) dan Istana Sultan Azlan Shah. Lawa giler. Kami juga terpaksa menempuhi kg-kg di sepanjang aktiviti berakit tersebut.
Aktiviti berakit nie telah di bantu oleh 2 orang bot man, iaitu abang Man dan Mathadir. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri adalah arahan yang biasa di arahkan oleh mereka berdua. Dalam hati merungut juga dah elok-elok di kiri kena ke kanan. Bukan senang nak cross sungai tu. Iskkkk…iskkkk…letihnya. Tapi biasalah tu yang di namakan cabaran kan. Kak Nita, tangan ieda dah lenguh, Lan nah kau plak !!!!!!!!!!

Sampai satu part masa berakit tu rakit kami semua kena tunda dengan bot man sebab lubuk kat area tu. So di tunda satu persatu rakit. Heeee……..seronok aje, Group 3 - Group paying sentiasa di hadapan. Tiada cabaran daripada Group Salomon dan Group Doremon. 
Alhamdudilah kami selamat sampai ke camp site lebih kurang pukul 5.30 petang. Petang tu kami makan kuih and air the susu. Buat tu buat nie termasuk le pasang khemah. Lepas tu apa lagi mandi. Siap ada satu soalah pulak tu : "kita nak mandi kat mana nie ?". Sapa yeeeekkk…yang pasti sungai le jawabnya. Malamnya kami sekali lagi di hidangkan dengan nasik goreng dengan ayam bakar. Peeehhhh dalam hutan makan apa sahaja rasa sedap. (Sebab dah tak ada pilihan kot) heee…heeee… Apa-apa pun ayam bakar tu siap ada chefnya tersendiri tau. Jangan tak caya.

Masa aktiviti memenuhkan perut memasing tu, kami mendapat berita gembira yang bot man kami telah mendapat ikan patin seberat kira-kira 4 kilo. Besar and keputusan di ambil untuk bakar ikan tersebut. Thanks abang Man and Mathadir. Tengok ikan patin teringat padamu. 

Aktiviti suai kenal di adakan selepas makan. Semua orang wajib menghadirkan diri. Satu persatu memperkenalkan diri. Di kesempatan ini juga kami telah mengetahuai dari mana dapatnya nama seperti :-

1. Jerung liar (Huslan) : Gie memancing ke Tioman, tapi tak dapat ikan…so member Huslan mengelarkan dia sebagai Jerung Liar.

2. Deeno : Ramai sangat yang bernama Din. Umumkan diri sebagai Deeno di hadapan lebih 180 students masa di UiTM.

Ada satu trajedi yang telah menimpa Fahmi di ceritakn semula oleh Fahmi, Fakrul, Deeno dan semua yang menyasikkanya. Ehhh…ngerinya. Tak tahu macam mana nak cakap. Tapi ahlamdudilah masih boleh aktif Cuma kena jaga-jaga dengan kakinya. Katanya semangat pernah down, tapi sebab dah minat kan. Cerita daripada Abang Jamal juga tak kurang hebatnya. Kagum sungguh dengan abang Jamal nie, walaupun antara yang paling senior tapi semangat masih WAJA lagi tu. Saf juga boleh di kagumi, walaupun mengandung tapi semangat tetap menyala. Heeee….husband dan wife sama aje.. Malam nie juga Deeo mengatakan yang Zu tadak dapat meneruskan aktiviti berakit sebab terpaksa pulang ke KL atas masalah yang tidak dapat di elakkan. Malam nie juga menyasikkan si Sabariah bersedih sebab kameranya jem Mungkin sebab masuk air kot. Kesihan dia monyok aje. Apa-apa pun sabar ajelah Sabariah and Ina. Sebut pasal kamera pasti menjeling ajelah diorang berdua nie. Tengah dok kenal ahli, kami di hidangkan dengan ikan patin bakar. Masa siap masak tu rasa macam sedap aje. Tapi setelah di makan, mungkin sebab besar, dah tak rasa sangat dah patin nya. Apa-apa pun thanks sekali lagi kami ucapkan kepada abang Man and Mathadir. 
Malam melabuhkan tirainya. So kami semua pun tido leeeee…..

01.05.2004 - Kg Senggang Manong - Parit

Pepagi lagi kami di kejutkan dengan jeritan suara daripada Deeno. Solat subuh katanya. Ehhhh sejuknya. Bila segalanya selesai, kami di hidangkan dengan breakfeast pagi nasi lemak + telur goreng + teh panas, Cuma buah bidara aje tak ada… Setelah segalanya selesai, acara membuka khemah, bersenam dan bersalam-salaman dengan Zu yang akan pulang ke KL. Hari nie kami akan bertolak dari Kg.Senggang Manong ke Parit.

Kami bertolak pada pukul 9.45 pagi. Sebelum tu dah puas dok posing sana, posing sini, snap sana, snap sini. Kenangan terakhir di Kg Senggang Manong. Kami di fahamkan bahawa kami akan berakit lebih kurang 5 jam. Bila di congak-congak insyallah kami akan sampai pada pukul 3.00 petang. Semangat daripada Group Doremon and Salomon berkobar-kobar untuk menewaskan group Payung (Nama tak komersial lansung - Kak Fazid and Kak Nita tolong le jawab yeeeee…kalau ada pertanyaan). Alhamdudilah segala-galanya berjalan dengan lancar dan sepanjang berakit beberapa kali kami telah berehat di tengah-tengah sungai. Seronok sangat. Semuanya ada. Siap bergambar lagi tu. Tak akan ku lupakan. Nak di jadikan cerita, group Doreman telah kekurangan pelampung sebab 2 daripada 6 pelampungnya dah kempis. Terpaksalah diorang duduk di bahagian hadapan. Kasihan diorang…kasihan diorang….Group Saloman mendapat tenaga muda….oppssss adik kepada Deeno mengantikan Zu yang pulang ke KL. Group Payung sejak dari mula mendahaluai daripada group yang lain. Di akhir garisan…….dah nak sampai le nie. Kami semua terpaksa di berhentikan di kira-kira 50 meter dari tempat sebenar untuk tamat. Ini adalah di sebakan paras air yang naik dan terdapat pokok besar yang menghalang kami. Kami di tunda ke tepi sungai dan terpaksa menahan dengan menarik pokok-pokok yang tumbuh di tepi sungai. Bagi group paying, nasib baik Jerung memakai sarung tangan. So…lekat le tangan nya ke pokok tersebut. Atas arahan abang Man, kami yang di atas rakit di paksa terjun ke dalam sungai. (Kak Nita hajat ieda tercapai) Ingat ke cetek rupa-rupanya dalam. 2 group yang lain juga mengalami perkara yang sama. Kami di angkut oleh bot man seorang demi seorang untuk di hantar ke jeti pekan Parit. Akhirnya Parit kami datang….
Kami sampai ke Pekan Parit lebih kurang pukul 4.30 petang. Di jamu dengan makanan tengah hari iaitu macam nasi kenduri. Daging rendang dan sayur kubis. Lepas makan, gie masjid Parit. Mandi…..mana yang nak solat, solat le…mana yang dah siap gie ke tempat tadi. Kami mendapat berita bahawa kami terpaksa balik ke KL pada petang yang sama juga. Bas akan bertolak pada pukul 5.45 petang. Ada juga kata-kata dari kalangan kami "aku kempunan makan meee bandung pekan parit." Eeehhh memang betul. Ingat ke dapat le merehatkan diri seketika. Rasa masih belum puas mengenali dan bermesra dengan member OGKL. Kata akhir daripada Deeno, mengucapkan TAHNIAH kepada semua yang terlibat dan keputusan rakit terbaik adalah jatuh kepada GROUP PAYUNG. (ada tuah nama tu). So…sepanjang perjalan ada gelak tawa bila mendengar cerita daripada abang Jamal. Kami selamat sampai ke KL pada pukul 10.15. Masing-masing mencari haluan sendiri untuk pulang. Jumpa lagi kekawan semua. 

Apa-apa pun kami semua berpuas hati dan merasa sungguh seronok.

"TAHNIAH KEPADA OGKL DAN SEMUA YANG TERLIBAT"
"UCAPKAN TAHNIAH JUGA KEPADA DIRI ANDA"
"JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN" 
"DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"

Catatan peribadi
Zarida Binti Haji Mahmud

p/s : yang tidak akan di lupakan :-
1. Kak Fazid dan keladi bunting.
2. Sabariah dan Ina pasal kamera.
3. Kak Leha dan ikan patin
4. Group Doreman - 2 Pelampung kempis & sentiasa di tunda.
5. Group Salomon - Sentiasa mencari jalan sendiri. Orang ke kiri, dia ke kanan
6. Deeno dan family - Thanks a lot.
7. Paie - hantu ikan patin rupanya mamat nie

Ieda mengambil kesempatan nie untuk memohon maaf kiranya ada perlakuan dan tingkah laku secara sengaja dan tak sengaja telah menyinggung hati dan perasaan semua orang. Kita jumpa lagi di lain xpdc. Insyallah.