logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 3 July 2013

L07: Ekspedisi Bah Gading versi NieFeng

Bah Gading – 13-15 Julai 2007

OGKL

13 July 2007

Hari ni sepatutnya rushing balik tp aku lenggang kankung lagi kat opis sbb barang2 dah siap aku pack semlm. Ptg tu balik terus bersiap2, mandi pun awal sket. Lepas magrib terus minta Isteri aku hantar ke komuter shah alam. Jijan yg janji nak pergi sama dgn aku pun sama ada kat sana tgh beli tiket. Kami kemudian naik komuter ke Stesen KL kira2 jam 8.30 mlm.

Tiba di Stesen KL lebih kurang 9.00 mlm. Dua kawan aku Wafi dan Zafrul rupanya sudah berada di Restoren Teratai. Semasa kami tiba sudah ramai yg ada, namun aku belum pasti yg mana akan ikut kami kali ini. Selepas bertegur sapa aku kemudian melayan dua kawan aku itu. Setelah semua sampai, kami diberi taklimat sedikit oleh Deeno sekalu pak presiden dan dengan kekuatan seramai 39 org diketuai oleh Che Din kami bergerak ke Pekan Bidor dgn bas kira2 jam 11.00 mlm.

14 July 2007 – Hari Malang sedunia.

Sampai di KFC pekan Bidor kira2 jam 1.00 pagi. Najib, Pak sedara Jijan yg sampai lebih awal dari kami (tiba 10.00 mlm bertolak dari lumut jam 8.00 mlm) duduk di caltex sbb tak tahu nak duduk kat mana hehehehe. Kami kemudian bergerak sedikit ke Masjid sebelah KFC sementara menunggu 4WD yg akan mengambil kami ke Pos Gedong. 4WD kami tiba kira2 jam 1.15 pagi. Selepas membuat police report kami kemudian bergilir2 tunggu giliran utk ke Pos Gedong. 4WD sebuah org dekat 40, mau 4 trip ari ni. Mula aku tak mau la berebut2 nak masuk 4WD awal2 rilek la sekejap kat masjid. Tp tiba2 dengar ada kekosongan lagi aku terus mengofferkan diri aku utk naik dulu, Sampai awal boleh tidor lama sikit.

Kami kemudian bergerak meninggalkan masjid menuju Pos Gedong. Aku yg duk blakang ni tak tahu apa yg berlaku dihadapan, yang aku tahu tah berapa kali la kami berhenti, pusing balik, naik bukit turun bukit, keluar jln tar balik, pastu dgr driver telepon. Aku rasa mmg sah kami sesat!!!!. Bau diesel dan getah disekeliling kami membuatkan aku rasa mual. Tak lama kemudian “ Baby tepi sikit aku nak muntah” weeekkkkk. Huh lega. Setelah berjam2 sesat akhirnya kami menemui satu perkampungan org asli, tp aku tak tahu la ni Pos Gedung ke Pos apa. Apapun 4WD yg bawa kami terus membawa melalui tepi sebuah sekolah sebelum belok ke kanan untuk membawa kami kedlm lagi. Sblm meneruskan perjalanan kami jumpa satu pondok. Ada org dlm tu “Pos Gedong” tanya driver kami. “Dalam lagi” jawab dia. Jauhnya aku rasa Pos Gedong ni, katanya sejam aje dari pekan Bidor.

Jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Perut aku lak makin lama makin meragam aduhhhhhhh. Selepas melintas dua buah sungai 4WD kami berhenti. Aku pun mengambil kesempatan ini utk melepaskan hajat aku. Berpandukan headlamp azizan dan botol air mineral aku mencari lokasi yg sesuai lps tu legaaa hahahaha. Berhampiran tempat kami berhenti tu aku dgr bunyi sungai dekat sgt. Oleh kerana mlm + pewai naik 4WD aku tak berani lanak jln jauh. Dipendekkan cerita, setelah berbincang, kami setuju utk berpatah balik menuju ke sekolah yg mula2 kami jumpa. (sbb kebykan log kami baca, diaorg tidur kat sekolah Pos Gedong sblm mendaki Gunung Bah Gading, Cuma kami tak tahu sekolah apa yg kami jumpa td) perjalanan diteruskan, jam 4 pagi kami sampai ke sekolah itu. Mula2 aku sampai aku suluh nama sekolah itu, Sekolah Kebangsaan Pos Senta. “Eh ni bukan PosGedong” kata hatiku. Apapun disbbkan pewai+ mengantuk aku pun tidur dibahagian luar sekolah tersebut.

Aku tersedar bila kawan aku, Wafi kejutkan aku utk solat subuh. Jam 6.30 pagi, adess malasnya. Tp disbbkan dah terjaga aku rasa baik aku bangun la. Kami ambik air smayang kat tandas. Paip ada satu sahaja kat luar aje. Lps ambik air smayang, Abg Fahmi tegur aku “Eh Spek kau tu” aku cuba mencari, Praapppp. Adesss patah spek aku, apalah malang nasib ari ni hahahahah. Naisb aku masih baik kerana spek tersebut tu masih boleh aku pakai dgn mengunakan sebelah bingkai aje, Sebelah lagi patah aku masuk dlm poket. Senget sikit takpelah aku cuba betulkan dgn topi aku pakai. Setelah solat subuh kami siapkan diri utk trekking dan sarapan. Sarapan ari ni roti arab dgn gulai, woo best woo ingat nak tambah tp kena warning la plk sob sob.

Nina si Makcik Kantin sibuk wat bihun goreng utk makanan tghari kami. Ketika kami membuat pembahagian ration, Budak2 sekolah mula masuk sekolah, Para paparazzi sibuk duk ambik gambar ayam la budak sekolah la hahahahaha. Jam 8.30 pagi kami bertolak selepas taklimat dari ketua ekpedesi dan senaman dari Pakli, meneruskan perjalanan kami ke Pos Gedong yg mengambil masa kira2 3 jam utk sampai. Kami meninggalkan Pos Senta dgn lampaian dari murid2 sekolah dari dlm kelas masing2. Perjalanan ke Pos Gedong melalui jalan yg sama 4WD kami lalui semlm. Cuma aku tak tahu la kat mana tamatnya jln tersebut. Diperteghan jln sempat jugak la kami ditegur oleh cikgu2 (pd sangkaan kami) yg menuju ke pos gedong menggunkan motosikal. “jauh woo 3 jam ada la” mental2 hahahahah. Aku berjalan bersama2 Dr M, dan Zafrul. Wafi yg mula2 bersama telah menuju kedepan. Dlm perjalanan tu sempat gak aku wat lawak nak tunjukkan tempat aku melepaskan hajat semlm hahahahahah. Setelah 2 jam berjalan. Kami jumpa 1st group sedang berehat. Pantai jugak take 5 budak2 ni hahahahha. Kami kemudian meneruskan perjalanan melepasi sungai (sungai seblm kami u turn mlm tadi). Oleh kerana terdapat simpang kami tak tahu mana satu arah Pos Gedung. Ditepi sungai terdapat satu pondok. Disini kami melepaskan lelah kami sementara Amad mencari jln ke Pos Gedong. Kemudian berpandukan petunjuk oleh seorang budak org asli (yg diberi rasuah oleh Amad), kami mengikut jln sebelah kiri selepas sungai ke 3, melalui satu perkampungan sblm melintas sengai dan seterusnya tiba di sekolah kebangsaan Pos Gedung. Fuh lega rasanya, kami tiba dlm jam 11.00 pagi, setelah 2 ½ jam menapak huhuhuhu. Cikgu2 yg kami temui ditgh jln tadi menyambut kedatangan kami. Sebelah sekolah terdapat padang yg luas. Aku terfikir tadi kalau la 4WD tu lajak sikit lagi mlm tadi, boleh la tidur atas padang yg empuk ini. (tak guna ingat yg lps). Amad pergi cari guide sementara kami duk berehat.

Amad kemudian datang dan beritahu guide dtg lambat sikit, jd kami membuat keputusan utk makan tghari dulu. Aku dan Abg Apip ke sekolah utk mengambil air utk diminum. Selepas makan kami dimaklumkan utk menyediakan air minum lebih sedikit kerana kami bakal mengunakan jalan balak nanti. Dlm jam 1.00 kami bersiap2 utk pegi mendaki. Kali ini kami diketuai oleh guide org asli (apa nama dia daaa bogey) dan Nina dari OGKL. Perjalanan dimulakan melalui kwasan rumah org asli. Tiba di tgh jln, kami ditegur oleh penduduk disitu. Tah apa dickpkan dgn guide kami tp dari butir tu aku tahu la dia sdg bgtau kami nak ke Bah Gading. Dia nasihatkankami menggunakan jln sungai, lebih teduh, jln balak panas, dah huru hara dah guide kami. Dia tanya kami lak nak guna jln mana. Masa tu Che Din dan Abg Fahmi dah ada dgn kami. Setelah dipersetujui kami membuat keputusan utk ikut jalan sungai. Jln kami menyusuri kebun durian sebelum kami melalui sungai pertama uh uh uh.

Sebanarnya aku pun tak tahu berapa byk sungai yg kami lalu, tp aku rasa dlm 16 batang sungai besar dan kecil kami lintas. Kawasan berbatu yg licin serta kawasan curam yg kami lalui menyebabkan kami terpaksa 200% berhati2. Apapun ada diantara kami yg jatuh jugak dlm berhati2. Syukur la takde apa2 kecederaan serious kami alami sepanjang trekking menggunakan jln sungai ini. Kami berehat dua kali sepanjang trek ni. termasuklah satu kawasan air terjun yg boleh dikira cantik jugak la. Dan kedua adalah sungai kedua terakhir sebelum kami jumpa jln balak. Boleh dikatakan lama jugak la kami berehat disini sambil menunggu kawan2 yg belakang sampai. Kawasan sungai tersebut agak sempit utk menampung kami yg semakin lama semakin ramai sampai. Setelah berbincang dgn Abg Fahmi, kami membuat keputusan utk menunggu diatas jln balak yg pd kami sepatutnya lebih luas dari kawasan sungai ini. Menurut guide dari sungai itu ke trek balak mengambil masa lebih kurang 1 jam. Trek selepas sungai ini adalah menaik tp masih boleh diterima akal hahaha. Sebelum kami melintas sungai terakhir utk sampai ke trek balak. Trek balak ni dah tumbuh lalang dah, tinggal sikit aje la mungkin sbb org asli selalu guna naik moto utk ke kebun mereka. Tp still lapang lagi la. Sekali lagi kami berhenti menunggu org belakang. Jam masa tu menunjukkan jam 3.30 ptg. Aku mengambil kesempatan utk berbual2 dgn guide masa ni. Sambil tanya berapa jauh lagi kem site kami ni. Jauh katanya Jauh katanya, lagi 4 jam sampai la. Menurutnya last group yg besar mcm kami ni masuk Bah Gading adalah 1 ½ tahun yg lepas. Selepas abg Fahmi datang, kami kemudian bergerak dan membiarkan Abg Fahmi menunggu org dari belakang. Dari Trek sungai jalan yg kami ambil adalah sebelah kiri, walaupun jln sebelah kanan tu nampak menaik. Kami bergerak menuruni bukit dlm 5 minit sebelum ambil simpang kanan utk menaik dan berjalan melalui jln balak sehingga tiba di last water point dlm jam 5.30 ptg. Disini kami mengambil kesempatan utk solat dan isi air utk kegunaan dapur dan kami pd mlm nanti. Jam jam 6.00 ptg kami bertolak menuju ke kem site kami. Wafi kawan aku pun membuat keputusan utk menunggu kawan dibelakang bersama2 Abg Fahmi. (Wafi aku tahu kau nak test headlamp kau) Trek disebelah menaik disebelah kanan sungai. Kesan hakisan pd jalan balk disini cukup ketara. Diatas permukaan yg keras masih lagi kukuh disitu tp yg lembut telah membentuk satu langkong yang besar. Jalannya yg berbatu2 agak menyakitkan kaki aku yg memakai kasut tapak nipis ni huhhuhu. Disetgh trek disini melalui kwsn curam yg mmg kena Xtra hati2, kalau kwsn sungai td, kwsn curamnya masih nampak dasarnya dimasa, tp disini gaung yg kami sendiri tak tahu dimana akhirnya. Perjalanan aku kemudian dihentikan oleh lambaian Abg Apip dan rakan2 lain yg berada didepan. “Hah dah sampai ke?” Cam tak caya aje aku sbb masih2 masih belum bukak beg pun. Rupanya diaorg tunggu guide pergi cari jalan disebbkan hakisan dan jalan dah tertutup jd, jln lama sudah tak ditemui. Lama jugak la kami berada disini, Aku sendiri dalam 30 minit la (yg depan lagi lama la) seblm guide dtg dan memberitahu jln dah ditemui.

Sebelum sampai ke trek tersebut kami terpaksa melompat satu longkang (terjadi akibat hakisan) seblm naik sedikit. Kami kemudian dihidangkan dgn trek kecil (muat2 kaki kami aje Disebelah kiri kami longkang yg dlm dlm 5 meter dan sebelah kiri gaung yg kami sendiri tak tahu dimana sudahnya. Aku dan Nina yg memiliki ketakutan kepada ketinggian atau dlm bahasa mudahnya GAYAT mmg tak boleh melangkah langsung. Nasib baik dgn bantuan Najib dan Sabri mampu jugak kami melangkah. Trek seterusnya pun lebih kurang tu jugak tp kira ok sikit la sbb ada pokok kiri kanan yg masih boleh pegang. Kemudian trek bergilir2 dari Balak masuk hutan lps tu keluar jln balak semula sebelum sampai di Kem Site kami. Kami sampai tu dlm jam 7 lebih, tp masih lagi boleh melihat. Dlm samar2 tu aku terus mendirikan kemah utk mlm tu. Dgn bantuan kawan2 akhir nya 5 kemah berjaya didirkan (kemah baru susah weh nak naik heheheh) tak termasuk kemah persendirian Abg Apip dan kemah Pisang dan Emma (pelik la nama bdk ni). Nina dan bdk2 pompuan sudah start memasak makan mlm kami. Abg Apip, Amad, Sabri dan Pakcik Burn turun semula, utk menolong group blakang bergerak. Group last sampai jam 9.00 mlm. Aku kemudain memanggil Wafi kawan aku yg baru sampai utk masuk ke kemah kami. Sementara menunggu makan siap, aku solat. Kawan2 lain ada yg siapkan diri sendiri ada yg siapkan flydan buat unggun api. Kat kem site ni line celcom penuh wooooo. Aku mengambil kesempatan utk call isteri aku, report keadaan aku disini heehehe. Mlm tu menu makan Nasi Putih, Kari terung, sayur kubis dan fucuk. Best gak budak2 ni masak, kenyang weh, terima kasih semua. Mlm tu kami lelap dlm jam 11 mlm lebih. Tunggu gak takut ada sesi pengenalan hehehehe. Tp mungkin sbb esok kami masih perlu bekerja keras jd mlm tu kami terus tido aje la,

15 July 2007 – Hujan, Sejuk dan Angin (hangin pun ada gak)

Aku sedar jam 6.00 pagi. Pagi tu hujan turun sederhana lebat. Bunyi alarm HP aku terlebih dahulu berbunyi berbanding bunyi alarm kawan aku Zafrul. Tp disbbkan kesejukan malas lak aku nak bangun. Mula2 aku cx beg aku Alhamdulillah tak basah pun. Aku adalah antara org yg pertama bangun dari tidur. Masing2 bwh fly masih tidur lagi. Tp aku rasa sapa yg tidur bwh fly semlm ada la yg kena hujan kut, nampak basah aje ground. Muzamil adalah antara yg kena hujan sbb dia tidur berbumbungkan langit adessss. Selpas Solat subuh dgn Zafrul, kami kemudian bersiap2 tukar baju utk trekking. Sementara menunggu makanan siap, Abg ramli telah membuka dapur haramnya dibelakang kemah hahahahaha. Menu pagi tu adalah nasi goreng dan air teh-o. Dlm jam 8.30 pagi kami bergerak, destinasi kami seterusnya puncak Bah Gading. Pagi tu suasana suram seperti nak hujan, jd ramai antara kami telah bersedia dgn baju hujan masing2. Aku malas nak bawak baju hujan aku jd basah2 pun basah la, kata Wafi kat aku. Jln yg kami melalui kali ini masih jln balak lagi sehingga kesatu persimpangan masuk kedlm jln hutan. Sepanjang jln balak kami dihidangkan dgn pokok bunga orkid yg agak menarik. Abg Rosmal yg sememangnya peminat bunga orkid siap bgtau kami nama saintifik dia hahahahaha. Dia akhirnya menjumpai satu specis yg masih blum ada dlm simpanan beliau. Jln hutan yg kami lalui kemudian tegak hamper 80 darjah. Tegak aduhhh masak2. Trek ni kami layan dlm 45 minit kemudain kami jumpa satu kawasan lapang. Selepas itu kami ambik simpang kanan utk ke permatang, layan dua bukit barulah sampai ke puncak Bah Gading.

Sepanjang trek hujan turun sekali sekala dgn angin menyebabkan aku kesejukan. Rasa menyesal gak tak bwk poncho tadi. Sebelum tiba dipuncak. Aku jumpa dgn Abg Mat yg turun, 10 minit lagi katanya. Kemudian aku jumpa Wafi dan Pakcik Burn. Lps tu baru la jumpa group yg lebih besar sikit Abg Apip, Abg Rosmal, Dr. M, Nina dan beberapa org yg aku tak tahu nama hehehehe. Aku sampai di puncak Bah Gading dlm jam 11.00 pagi, dlm 2 jam setengah la dari kem site. Bersama2 aku di puncak adalah Che Din dan isterinya Ona. Kami kemudian meraikan kejayaan kami dgn air kejayaan dan roti yg dibawa oleh Ona, aku makan kudapan yg aku bawa. Oleh kerana tak tahan dgn sejuk (akibat hujan dan angin, aku turun utk join group bwh tadi.. Takde apa yg dpt aku gunakan utk kesejukan selain dari Bendera Malaysia yg aku bwk (yg tu aje la kering pun isk isk). Terima Kasih Malaysia. Sementara menunggu kawan datang, macam2 cara kami gunakan utk menahan kesejukan, ada yg masuk dlm ponco org, ada yg pakai bra plastic giant. Group terakhir sampai setgh jam kemudian. Pak Atan selaku guide belakang kami rupanya membawa senapang rela, terkujat aku, rasanya 1st taim aku jumpa org bawa senapang wakakakaka. Kami kemudian berkumpul dipuncak utk group photo. Aku kemudian turun ke kem site dlm jam 12 tghari.

Ada diantara kami sebenarnya dah turun dari puncak awal lagi, antaranya termasuklah dua kawan aku tu Wafi dan Zafrul, Abg Mat, Abg Rosmal dan Pakcik Burn. Aku rasanya adalah antara peserta yg awal turun kebawah. Diikuti oleh Ona dan Che Din dibelakang aku. Turun kebawah agak senang sedikit kerana banyak trek menurun sahaja lagipun trek turun trek yg sama digunakan utk naik jugak, jd takde la aku termanggu mencari trek hehehehehe. Namun trek menurun ni byk licin wooo, Dgn trek yg kebykan melalui curam mmg kena xtra hati2 la (tak tahu la kut gayat semlm aku blm abis lg). Sekali sekala aku bersunway kat situ hahahahha. aku akhirnya sampai ke kem site dlm jam 1.30 ptg. Dua kawan aku masa tu dah meruntuhkan kemah kami. Beg dan alat2 lain telah diletakkan diatas ground. Abg Apip, Nina dan Amad yg sampai lebih awal mengemas2 barang2 dapur dan fly.

Aku difahamkan bahawa kami akan makan tghari dilast water point. Nina selaku makcik kantin, meminta kami membawa brg2 dapur utk digunakan dibawah nanti. Aku kemudian turun dari kem site bersama2 Pakcik Burn dan Julie. Aku bab turun ni mmg risau sikit tempat GAYAT semlm tu, tak tahu la camna Nina lalu sbb dia dah depan aku masa tu. Tp masa aku lalu buluh telah diletak dikiri kanan trek tersebut jd takde la gayat sgt aku nak lalu hehehehhe. Trek selepas itu menurun2 serta berbatu2 mmg sakit kaki aku ni hahahahaha. Ada satu tempat Julie jatuh akibat hilang keseimbangan badan. Jatuh tepat tempat sembunyi lipan. Besar gak lipan tu ada besar ibu jari aku, panjang dlm sejengkal. Nasib la takde apa2 terjadi, lipan tu pun terkejut lari dari tempat tu, manakala Julie ada la luka sikit akibat terkena batu. Kami kemudian tiba di last water point dlm pukul 3 petang lebih. (jam aku dah rosak dah masa ni masuk air jd aku agak aje la). Semasa aku tiba Nina dan start masak meggi, aku keluarkan bekas air aku utk masak air. Sementara menunggu meggi masak, aku berehat dan solat zohor asar. Meggi siap beberapa minit kemudian, sedap gak meggi PaMa ni tp takleh tambah sob sob. Lebih kurang jam 4.20 kami bergerak turun ke Pos Gedung. Kali ni 4WD akan tunggu kami di Pos Gedung. Kira lega lak rasanya, kalau kena menapak ke Pos Senta mau menangis kami hahahhaah.

Perjalanan turun agak senang la takde curam2 lagi, Jalan balak pun lebar la, Cuma bila disebut turun ni takde la semua turun, selps simpang kami naik dari trek sungai tu, trek balaknya naik naik walaupun tak pacak tp naiknya panjang sgt weh. Rasa dah jemu aku layan naiknya, ingat dlm sejam gak la aku layan trek balak menaik ni sebelum treknya menurun menurun tak hingat, sampai terketar2 dah lutut aku menahan. Trek balak ni jauh gak la, Sepanjang trek Balak ni aku berjalan bersama Wafi, dan Julie yg join kami lewat sikit ( laju plk budak ni) Mental aku ikut trek balak ni sbb tak sampai rasa mcm dah jauh dah jln. Plk tu sama tgh jln tu nampak lak sekolah Pos Gedong tu, tu yg kami harapkan bila la nak sampai, tp tak sampai2 hahahahah. Apapun dihujung jln balak kami lalui satu kebun getah sebelm jumpa satu perkampungan org asli. Disini Aku, Wafi dan Julie sempat berkelipan dgn anak2 org asli tu, kudapana aku yg lebih2 tu aku bg semua kat anak2 org asli disitu. Setelah bertanya arah dgn org disitu kami meneruskan perjalanan keseblh kiri kami melalui jalan balak???, balak lagi ingat dah sampai. Ketika ini aku berjalan bersama budak Kerisma Ain dan Ayong. Diaorg pun dah mental gak, betul ke jln ni, alamak menaik lagi la hahahahahaa. Aku lak pujuk diaorg takpe kita jalan depan sikit lagi, nasib la perpandukan sign yg dibuat diatas tanah, dan instinct aku hahahaha, akhir kami sampai ditempat pondok kami berehat sblm jumpa Pos Gedung semlm. Amad menyambut kedatangan kami. Durian yg dibeli oleh Abg Ramli dihidangkan sebagai hadiah kejayaan kami. Hureeeeeee.

Kami sampai di pondok tu dlm 7.30mlm dan difahamkan 1st group dah diambil oleh 4WD dlm pukul 7.00 mlm tadi. Sedap jugak durian ni, Wafi yg takut nak makan sbb takut panas telah pergi mandi dan smayang dulu. Dlm jam 8.00 mlm aku dan Amad plk mandi. 4WD dijangka plg cepat pun sampai dlm 8.30 mlm. Jadi kami kena cepat bersiap sedia. Abg Ramli dah mula membuka dapur haramnya hahahaha. Aku lak lps solat rehat kejap sambil makan meggi Abg Ramli. Tiba2 bunyi hon. Eh 4WD dah sampai ke. Kalut jugak la aku bersiap. Sampai di 4WD masing2 dah letak beg, yg pompuan ada yg dah masuk dlm. Aku lak kena duk balakng lagi la. Driver 4WD nampak mcm marah2, dia kata ni last trip, bini dia tunggu la, dia dah tunggu dari pukul 3 ptg la, Heran gak aku ni dari pukul 3 ptg dia tunggu, kalau ikut tentetif pun jam 6 baru dijangka turun.. Amad berusaha memujuk Driver supaya mengambil rakan2 lain yg masih belum sampai. Emma dan Pisang mmg terpaksa kami tinggalkan kerana tak muat. Setelah menyampaikan sedikit pesanan kepada mereka, kami pun bertolak ke Pekan Bidor. Dlm 4WD Amad duk pk camna nak ambik kawan2 kami tu, Aku lak duk layan pewai dlm 4WD, ada gak sekali aku rasa nak muntah tp tak jd. Aku bgtau Amad, kalau kita takleh cari 4WD, kita call la Denno, tanya pendapat camna nak selesaikan masalah ni. Sambil tu aku berharap Abg Apip dan Nina dah jumpa 4WD di pekan Bidor.

Sampai dipekan Bidor kira2 jam 9.30 mlm. Aku terus pewai, sambil meminta Wafi mengambil beg aku, Amad dan Abg Ramli cuba memujuk utk terus mengambil rakan2 kami. Tp nampaknya dia dah buat keputusannya. Di masjid, Bidor hanya Abg Rosmal yg ada, yg lain semua takde, mana lak diaorg ni. Aku cuba call Abg Apip utk tahu perkembangan mereka tp gagal, Nina mmg aku tahu bateri kong dari kem site lagi. Hanya Zafrul yg berjaya dihubungi. Itupun katanya Nina, Abg Apip ada kat KFC. Adesss. Buntu gak aku ni. Amad pergi rata2 cari 4WD, kedai cina pun dia pegi. Nina kemudian dtg dgn 4WD kami tu, rupanya diaorg ke Balai Polis lapor yg kami selamat tiba, dan Abg Apip juga ada kat sana sdg berusaha minta polis tu cari 4WD utk kami. Amad yg dah buntu call Deeno utk minta bantuan dan nasihat. Denno akhirnya setuju utk turun dgn 4WD. Apapun akhirnya Abg Apip telah berjaya membawa satu 4WD dari balai polis. Che Din lak berjaya membawa satu 4WD dari Pos Gedong. Denno lak tak payah dtg ke Bidor, Cuma tunggu di KL sahaja. Driver Bas pun setuju utk tunggu kami semua sampai sebelum bertolak balik. Sementara menunggu aku dan kawan yg lain telah ke kedai makan (takde lauk bosan gila) ditepi Caltex. Dlm jam 12 lebih aku dan Wafi bergerak semula ke masjid sambil belikan sedikit bekalan utk driver Bas. Sampai disana Nina sedang mengemas kemah. Aku bgtau dia suruh masuk barang2 kelab dlm Bas terus sbb pd perkiraan aku, sekejap lagi sampai la budak2 tu. Kawan2 lain yg ada dimasjid tu tidur sambil merehatkan diri masing2. Aku dan Nina masukkan brg2 kelab dlm bas.

Dlm jam 12.45 pagi 1st group tiba. Mula2 ingat Abg Apip, rupanya 4WD dari Pos Gedong. Abg Apip tiba 15 minit kemudian. Syukur masing2 dah sampai. Kami terus masukkan beg kedlm bas dan bertolak ke Kuala Lumpur. Dlm bas aku baru tahu yg 4WD yg kedua tu Abg Apip yg bawak. Driver dia tak reti bwk pun, adessss. Apapun tahniah kpd Abg Apip, tp kelakar gak dgr cite bdk2 yg naik Abg Apipnya 4WD. Lajuuuu mcm rooler coaster. Siap ada yg berdoa hahahhaha. Abg Apip nak kejar trip rupanya, takpelah, tapi kalau betul la ingat Abg Apip boleh cari Hilux sebiji, takde OGKL terpaksa cari 4WD mcm mlm tadi hehehehehe. Kami tiba di Kuala Lumpur jam 3 pagi. Kepulangan kami disambut oleh ahli2 OGKL yg dtg menjemput Deeno, Kak Leha, Kak Fazid dan Azmin. Aku tumpang kereta Kak Leha utk pulang ke Shah Alam, nasib2 kalau tak mau melayang 10-20 hinggit. Utk tidak menyusahkan Kak Leha aku minta Jijan menghantar aku kerumah. Aku selamat tiba dirumah jam 5 pagi. Isteri aku yg menunggu kepulanganku pun boleh la bersahur sekali sempena puasa 1 rejab. Aku lak tidurr, tgk baby aku dan 3 ari tinggal rindu woooo. Apapun thanks OGKL utk trip kali ini. Diharap boleh folo trip lain pula, dgn perancangan yg lebih elok InsyaAllah.

Nie Feng.  




Monday, 1 July 2013

L07: Ekspedisi G. GAP - Ulu Semangkuk + Sg. Chiling



Ekspedisi G. GAP - Ulu Semangkuk + Sg. Chiling

7hb april 2007
gap ulu semangkok pun beshh
seronok tgk peserta eco extream yg laju2 belaka. seronok dpt borak ngan abg + amoi ajk nomad yg ada. trek gap tu mencanak tahap boleh tahan lagi ahh sampai puncak gap lebih kurang sejam dari bawah lunch nasik ayam (jgn marah aa.. mkn nasi ayam lg kelas gituk!! ehehee) yg ditapau dr pekan kuala kubu selesai mkn, borak2 kejap dan terus bertolak ke ulu semangkok pulak trek ke ulu semangkok lebih santai sket cuma amik masa lama lebih kurang sejam setengah-2jam la.. sepanjang perjalanan semua peserta ogkl memberikan kerjasama yg baik dlm memberi laluan kepada peserta2 eco xtream tu..

puncak ulu semangkok adalah check point ke 11 bagi peserta eco xtream. lepak2 tunggu peserta lain sampai.. carik spek mata abg aizad (btui ke ejaan ni ekk?? klau salah soweyy..) puas carik tp tak jumpa.. tp bila nk gerak turun tu baru la jumpa sik baik cik yam tak terpijak.. klau idak sory naik lori la bang eheheeee..

sampai gap lepak2 kejap sambil tunggu geng2 yg kt belakang borak2 pasal bukit kutu ngan abg ajk nomad tu pastu turun dan sampai di bawah dlm pkol 7pm. lepak2 borak2 jumpa geng lama yg masok eco xtream ni then dpt berita drpd abg apip suh kami masak kt situ je aku menjerit ala2 ajk je yg dengar pasal gas tadak carik punya carik ada la stok sket pastu roger2 abg apip sbb dia yg pegang dan tahniah pd abg apip yg turun dgn lajunyer utk menyerahkan gas yg dia pegang.. dan bermulalah kelentang kelentung (bunyik periuk belanga ahh ehehe..) dinner dlm pkol 9pm.. alhamdulillah semua kenyang

kebetulan kt rest house tu ada makanan yg disediakan utk peserta eco xtream dan ada yg telah dipelawa menapau mkanan di situ.. sempat la jugak pegi menapau air sirap setelah dipinta oleh rakan2 yg begitu teruja nak merasa air sirap ais tu eheheeee.. dlm masa menapau air sirap yg dh tinggal ala2 nak tak nak keluar ja tiba2 kak seri & kwn nyer (lupa sory..) dan ju dtg melawat kawasan sambil menapau sandwitch.. ehehe terima kasih pd adik & abg kt situ yg memberikan kepada kami makanan yg ada..

gerak ke sg chiling dlm pkol 10.30pm sampai situ tgk kereta banyak sangat. ada sorang hantar report bgtau kemsait semua penuh pak syeikh, jus & muzammil pegi riki kemsait dan alhamdulillah ada cuma kena tebas2 sket la. pasang khemah & fly pastu pegi mandi.. disebabkan kemsait tak berapa besar maka ada setengah drpdnyer mengambil keputusan tidur di atas (dekat dgn kereta) pastu lepak2 minum nescafe + kopi sambil dengar cerita dr otai lama uncle ucop yg sempoi berkenaan dgn sejarah kuala kubu & mcm2 lagilah sampai membuatkan aku serander (baca:surender) mata dh ngantok tahap garfield mata stim eheheheeeeee..

8hb april 2007
zzzzzzzzz.. dan esoknyer seawal pkol 6.45am udah bangun pagi, solat subuh dan kelentang kelentung utk brekpes (baca:breakfast) utk kwn2 semua. mkn2 borak2 gosip2 gelak2 sampai nak pecah perot baru kami bergerak secara berjemaah pegi ke sg chiling..

teruja tgk jambatan gantung (awas... jgn gantung baju ekkk) & rumah rehat yg ada di situ.. udah maju ekk.. hmm bagus.. len kali leh datang dan lepak sini je siap ada pangkin besar utk merehatkan diri setelah penat berjalan

setelah meredah utan dan melintas air sebanyak 4/5 kali. kami pun tiba di destinasi yg ditujui.. batu bentuk kepala monyet masing2 seronok dan bertambah seronok bila dpt pelampong yg dibawa oleh abg apip.. siap ada pam sumbangan ikhlas incik (baca:encik) bulat lagi eheheheeeeeeee.. teruja sungguh mereka ni.. seronok melihatnyer

kelepak kelepuk (mkn, mandi, tiruk...) kami turun lebih kurang dlm pkol 2.30/3pm dan singgah sekejap kt pangkin utk solat zuhur dan mandi manda.. di sini aku rasa seronok melihat semua kwn2 gumbira. semua berjiwa "sengih". ada yg berendam mcm dugong, ada yg memerhati dan kemudian disimbah air, ada yg gelakkan org, ada yg main lawan hanyut kasut sape paling laju, ada yg takmo naik2 duduk dlm air & mcm2 lagilah yg membuatkan aku tersenyum keseronokkan..

disebabkan sesi suai kenal tidak dpt dilaksanakan mlm semalam maka kami lakukan pada waktu petang setelah semua selesai menukar pakaian utk balik ke KL. selesai je, dlm pkol 4.30pm masing2 bergerak secara berjemaah dan ada jugak yg bergerak solo kerana nak cepat sampai rumah..  alhamdulillah semuanyer berjalan lancar.. cuaca pun elok dan yg paling penting semuanyer selamat pergi dan balik..

sekian.. wassalam..

p/s: terima kasih kepada kwn2 yg memberikan kerjasama yg cukup mantap terutama kepada geng2 lelaki yg bertungkus lumus menebas lalang serta mendirikan khemah. yg perempuan pun thums up to u olz la geng!! mengerah tenaga memasang khemah dan membantu makcik kantin dlm bab potong memotong.. tq semua..

Oleh Nina Spycute

Minggu lepas punye aktiviti memang sonok (sebab sumer dah jadik mcm budak2)...... dari gunung ke sungai..... thumbs up ler utk sumer....Thanks to all AJK & AJK sokongan serta para peserta..... korang memang kelakar... Kali ni Gred yg dicanangkan sebagai santai tu bole diterima pakai.....Ok... looking forward to OGKL's next outdoor activity..... kalau santai confirm join..... hehehe [Cuna]

Ke Gunung GAP-Gunung Semangkok & Sg Chiling, memang best.. Nak nak
lagi under OGKL.. Memang seronok & enjoy walau terpotong jari, x kisah
la.. Bak kate Muzamil, lg tambah sodap, jadi perisa.. Hahahahaha.. [TunTeja]

 
Foto Hiasan

Sunday, 30 June 2013

L06: Berita Pendek 2006

Trans CH 
OGKL mulakan tahun 2006 dengan bersantai mendaki gunung.
20 pendaki Orang Gunung Kuala Lumpur memulakan tahun 2006 dengan bersantai di atas gunung-gunung di Cameron Highland. G.Perdah - G.Jasar dan G. Berembun didaki dalam masa sehari. Aktiviti BBQ dan lawatan sekitar CH memeriahkan lagi aktiviti .





Riang-Ria Hari Raya OGKL 
Program hari Raya OGKL akan dijayakan di Desa Anthurium, Tanah Rata Cameron Highland pada 18 dan 19 Nov. Kemeriahan berkumpul di Cameron Highland berserta keluarga memang seronok. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga menyeronokkan diserikan dengan hadiah-hadiah yang tak kurang hebat.




Team Endau Rompin Suksess
"trip yg paling enjoy.........layannnnnn" Arey.
"mmg best betul.........:). trekking sikit, makan, mandi, trekkking sikit, makan, mandi, tido...begitulah rutin selama 4H 3M di sana...happening laaa...hehehe" Deeno.
"Memang Best..
Alhamdulillah, cuaca pun cantek,
Makan pun sodap..
geng2 yg turut serta hapening..
view memukau, air jernih, sejuk dan nyaman..
apa lagi nak.. banyak yg kami dapat di Endau-Rompin.." Jusrixaldo




Recce Team OGKL di G. Tambuyukon - G. Trusmadi
7 ahli OGKL telah berjaya menjejaki kaki ke puncak kedua gunung ini. Gunung ke-2 dan ke-3 tertinggi di Malaysia ini menjanjikan pemandangan Kinabalu dari sudut berlainan serta cabaran pendakian yang mesti dirasai. Kisah dan pengalaman pendakian ini akan dikongsi di Perjumpaan Mingguan Kelab, ketahuilah perjalanan dan pengalaman untuk pendakian anda pula.




Cabaran Sg Nenggiri berjaya dilepasi
OGKL mengharungi cabaran Sg. Nenggiri dan sempat  berkelah Pantai Kuala Jendera. Keseronokan bersaing dikalangan peserta yang masing-masing bersemangat mendayung.




Team Proton Edar berjaya ke Puncak G. Ledang
Pendaki dari Team Proton Edar seramai 54 orang bersama Pendaki-pendaki Pengiring dari OGKL seramai 14 telah berjaya ke G. Ledang pada 3-5 Mac 2006. Kumpulan pertama tiba dipuncak sekitar jam 5 petang dan julat 1 jam dengan kumpulan terakhir. TAHNIAH!


Wednesday, 26 June 2013

L06: Sessi dgn Wira Everest


Sessi Ramah Mesra dgn Wira Everest (solo)

Pada hari Jumaat 18 Ogos 2006, jam 9.00 malam bertempat di hadapan Restoren Teratai Dayabumi, En. T.Ravichandran iaitu pendaki Everest solo pertama Malaysia dan di rantau Asia Tenggara ynag melalui Utara-Tibet dengan berbesar hati sudi meluangkan masa bersama OGKL. Beliau telah berjaya menawan puncak everest dan memacakkan jalur gemilang pada 16 Mei 2006 yang lalu. Dengan kejayaan beliau telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga setanding dengan pendaki antarabangsa yang lain. Anak Malaysia juga mampu menjayakan dan mencapai hasrat negara bagi membuktikan Malaysia Boleh!

Meriah sungguh suasa malam itu apatah lagi diserikan dengan juadah tak tak seberapa dari ibuk eRyn... dan dijuga dirai dengan lagu Heppy Birthday to eRyn.. heheheh.. dah lepas daaaa... sajek jek suka-suka masak Kek Batek dan Puding Triffles.

Satu pengalaman yg hebat dan buleh dijadikan pedoman untuk pendaki-pendaki OGKL yg nampaknya begitu bersemangat untuk mengikuti jejak langkah Wira everest kita... Yeahhhh! 




Monday, 24 June 2013

L06: AGM ke-10

Mesyuarat Agung ke-10, 2006
Majlis Mesyuarat Agung ke-10 Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur serta Majlis Penyerahan Banner Ekspedisi Kalapatar-E.B.C yang diadakan di Bilik Merbok, Majlis Sukan Negara berjalan dengan lancar. Barisan kepimpinan OGKL yang diundi membariskan kembali ajk sebelumnya bagi jawatan AJKT dan majoriti ajk lama masih kekal setelah diundi untuk menyandang jawatan ajk.

Ucapan Presiden

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih atas sokongan semua dan saya mengambil jawatan ini sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Saya sebenarnya tidak kesah siapa yang akan terajui kelab (OGKL). Walau siapa pun yang menerajui kelab, saya tetap akan memberi sokongan untuk kelab.

Saya harap anda dapat berkerja bersama saya. Harapan saya untuk dapat meneruskan program-program mantap untuk tahun ini seterusnya tahun hadapan. Sama-samalah kita saling bantu-membantu.

Jadikan minat kita dalam aktiviti rekreasi gunung ini sebagai satu platform untuk bersatu-padu. Dari ramai-ramai rakyat Malaysia, hanya sekitar 3000 orang sahaja pengiat aktiviti mendaki ini. Kemana kita pergi, lambat laun suatu masa kita akan tersua juga. Jagalah peribadi, adab, tuturkata dan hubungan kita sesama pengiat aktiviti mendaki ini. Saya tidak mahu sebab kelab atau minat kita berpecah-belah.

Tahniah juga buat barisan kepimpinan baru. Selamat bekerja. Terima kasih juga kepada hadirin yang melapangkan masa menghadirkan mensyuarat agung hari ini.

Sekian,wassalam

Deeno



Thursday, 20 June 2013

L06: Trans G.Gerah - G.Bieh

Trans G. Gerah - G. Bieh

‘ALAH BISA, TEGAR BIASA’…Ungkapan ini sudah sebati dalam diri semua pendaki dan kepada semua peminat aktiviti rekreasi ini.Ianya menjadi satu semangat yang kuat untuk mereka merealisasikan matlamat sesuatu ekspedisi. Itulah yang di pegang oleh pendaki tegar yang menyahut cabaran mendaki Gunung Gerah (6,898 kaki) dan Gunung Bieh (6,800 kaki) pada 28 Januari hingga 3 Febuari 2006 lalu yang dianjurkan oleh kelab rekreasi yang dikenali ramai iaitu Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur. Seramai 11 orang peserta telah mengikuti pendakian pada kali ini 10 orang dari Kuala Lumpur dan seorang dari Penang. Berikut adalah catatan perjalanan ekspedisi yang kami jalankan :-

27 Januari 2006 :

Kami dimaklumkan oleh penganjur, peserta hendaklah berkumpul di tingkat 2, Stesen KLSentral jam 9.00 malam. Lantas, tanpa membuang masa saya terus melangkah keluar menuju ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh sudah kelihatan beberapa orang peserta dan beberapa orang ahli kelab yang datang untuk memberi semangat kepada peserta pendakian.Terdapat juga beberapa buah kelab rekreasi yang turut berada di KLSentral ini kerana mereka juga mempunyai program pada tarikh yang sama. 

Jam di tangan menunjukkan pukul 10.00 malam. Kami mula meninggalkan KLSentral dan kawan-kawan menuju ke Stesen keretapi Sungai Siput kerana mengambil saudara Zaidi yang datang dari Penang. Perjalanan menaiki van yang di pandu sendiri oleh ketua kelab iaitu saudara Zainuddin (deeno) ini agak perlahan kerana tarikh perjalanan kami ini kebetulan hampir dengan perayaan tahun baru cina, jadi kenderaan penuh sesak sepanjang lebuhraya utara/selatan. Kami berhenti berehat seketika di perhentian RNR Ladang Bikam. Setelah selesai kami teruskan perjalanan ke stesen keretapi Sg.Siput. Perak

28 Januari 2006 :

Jam 2.30 pagi, kami selamat tiba di stesen keretapi dan kelihatan saudara Zaidi sudah lama menunggu. Ada juga beberapa pendaki yang masih menunggu pengangkutan untuk membawa mereka ke lokasi pendakian. Tanpa melengahkan masa, kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Pekan Lasah, di mana kami akan bertukar pengangkutan untuk masuk ke perkampungan orang asli Kampung Lerlar. Setibanya di Lasah, kami terus bersiap, mengagihkan peralatan perkhemahan yang di bawa. 

Setengah jam kemudian, pemandu 4WD yang dikenali sebagai Ah Hi tiba untuk membawa kami ke Kampong Lerlar. Selesai urusan pembayaran dengan pemilik 4WD ini, kami terus di bawa masuk ke kampong Lerlar. Pukul 4.30 pagi, kami mula bergerak ke kampong Lerlar. Awal perjalanan, kami sudah rasakan cabarannya, empat jam perjalanan menaiki kenderaan ini membuatkan kami agak bosan. Melayan laluan berbukit, merentas sungai membuatkan kami hampir loya.Tetapi ini adalah satu cabaran untuk mereka yang belum pernah merasai keadaan ini.Sejuknya hingga ke tulang.

Jam 8.30 pagi, kami tiba di Kampung Lerlar.Sementara itu pengarah ekspedisi iaitu saudara Hadzrey (arey) pergi mendapatkan jurupandu orang asli peserta yang lain terus menyiapkan kelengkapan untuk memulakan perjalanan. Berita malang yang kami terima, jurupandu yang dikatakan akan membawa kami ke tempat dijanjikan tidak ada di sini. Lantas Arey mengarahkan kami bersiap dan membuat sedikit senaman ringkas. Plan kedua terpaksa digunakan dengan mengambil jurupandu dari Kampong Agik yang dikenali sebagai Pak Uda. Tapi kata Arey, “ini nasib..Kalau ada orangnya,adalah….kalau tak,kita naik sendiri”. 

Kami mula bergerak ke kampong Agik pada jam 9.30 pagi. Pada amatan saya, kami perlu merentas sebuah bukit sahaja,tetapi jangkaan saya tersasar jauh. Selesai merentas satu bukit,kami menyeberangi sungai yang agak besar dan deras.Perjalanan diteruskan lagi, kami makin pelik kenapa kami belum tiba di kampong Agik. Rupa-rupanya,kampong ini terletak betul-betul di dalam kawasan hutan. Tepuk dahi dibuatnya mendengar penerangan dari saudara Rafaie (paie) yang juga merangkap sebagai pembantu program ini. Hendak ataupun tidak,perjalanan harus diteruskan. 

Kami berhenti makan tengahari di Kem Lebah. Selasai makan dan solat kami meneruskan perjalanan ke simpang kampong Agik.Perjalanan ke simpang ini agak santai kerana treknya tidak begitu susah.Tiba saja di tempat tersebut,Paie memberitahu saya,satu jalan lagi adalah laluan bagi pendaki yang selesai mendaki dari Gunung Ulu Sepat. Langkah diteruskan ke destinasi seterusnya.Tercungap juga dibuatnya melayan laluan mendaki ke Bukit Panorama.

Sepanjang perjalanan, kami ditemani oleh nyamuk hutan dan agas yang mendiami kawasan hutan ini. Jam 7.00 malam,kami tiba di bukit Panorama ini. Pada ketinggian 4040 kaki dari paras laut ini kelihatan Gunung Ulu Sepat tetapi tidak pasti dari arah hadapan atau belakang. Kami melepasi waktu maghrib dan mula bergerak pada jam 7.40 malam.Empat peserta telah sampai seawal 7.00 malam kerana ditugaskan untuk menyediakan kawasan perkhemahan.

Kali ini kami terpaksa melayani trek menurun dalam keadaan gelap dan berbekalkan lampu suluh. Kami di sambut oleh Paie lalu di bawa ke kawasan perkhemahan. Belum terfikir untuk berehat kami di arah menyeberangi 2 sungai dengan meniti laluan kayu balak tumbang. Tercabar rasanya kerana kegelapan malam.Tetapi,ianya perlu diteruskan.Tiba di kawasan perkhemahan, kami terus dijamukan dengan makan malam dan diarahkan tidor seawal yang mungkin.

29 Januari 2006

Seawal 6.30 pagi kami telah dikejutkan dari lena mimpi malam. Sarapan disediakan oleh Paie & Fahmi. Dalam kelekaan peserta mengemas peralatan & kawasan kemah, saya terpandang 1 orang lelaki orang asli yang datang dari arah bukit dalam samar-samar lalang yang tinggi. Inikan Pak Uda dalam benak hati saya berkata. Arey menyapa lelaki berkenaan. Memang benar, ini adala jurupandu kami iaitu Pak Uda. 

Kami diarahkan segera bersiap dan menuju ke hadapan rumah Pak Uda. Kami melakukan senaman ringan sementara menunggu Pak Uda pula bersiap. Sempat juga kami bergambar kenangan di hadapan rumah buluh yang hanya tinggal 2 buah sahaja di kampong Agik. Menurut carita Pak Uda, kesemua penduduk Kampung Agik telah berpindah ke kampong yang telah dirancangkan oleh kerajaan. Selesai penerangan ringkas oleh ketua program, kami memulakan perjalanan seterusnya iaitu Kem Sarsi dengan menyusuri kebun ubi gajah yang menjadi sumber makanan harian masyarakat orang asli selain dari hasil sungai dan tumbuhan lain dari hutan. 

Perjalanan agak laju kerana trek yang landai. Lebih kurang 1 jam kami menyusuri Sungai Agik. Kami di beritahu perjalanan selepas ini agak mencanak. Kami meneruskan perjalanan dengan melayani bukit bukau, sungai untuk sampai ke kem ini. Sekali lagi kami tiba lewat di kawasan perkhemahan. Syukur,tepat jam 10.00 malam kami tiba di kem Sarsi. Makan malam telah tersedia. Selesai makan kami diarahkan berehat dan tidur seawal mungkin. Kepenatan membuatkan kami terlena dengan pantas.

30 Januari 2006

Seperti hari yang lepas, 6.30 pagi adalah masa yang telah disetkan untuk kami bangun dan berkemas. Kami sempat berborak dengan Pak Uda, katanya “ hari ni, hari jadi yek…” . Kami mengucapkan selamat hari lahir kepada Pak Uda tetapi tidak pasti yang ke berapa tahun. Selesai sarapan pagi kami mula bergerak jam 10.00 pagi meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Gerah. Sajian pertama perjalanan kami ialah Bukit Good Morning. Belum sempat panas badan kami,peluh membasahi baju kerana kami diarahkan berjalan ke kawasan berlumut (pematang) tanpa henti. 1 jam lebih perjalanan, kami tiba di permatang. 

Melihat lumut-lumut hijau membuatkan kami hilang penat dan terus melangkahkan perjalanan menyusuri laluan yang memukau pandangan. Kami berehat betul-betul di tengah permatang untuk makan tengahari, agak lama juga kami berehat kerana kami di jangka sampai ke puncak sebelum matahari terbenam. Indah ciptaan tuhan. Terpukau dengan kejadian yang dijadikan olehNya. Sedang mata melayan lumut-lumut hijau, kami terdengar jeritan rakan kami yang telah sampai ke Puncak Gunung Gerah. Dalam hati berkata tidak jauh lagi perjalanan kami. Langkah di hayun sepantas mungkin. 

Sungguh menakjubkan, kelihatan deretan pelbagai spesis Periuk Kera yang tersidai di dahan-dahan pokok. Makin lama perjalanan, kami tiba di kawasan pohon renek(bonsai).Makin jelas suara rakan di puncak berborak tentang perjalanan hari ini. Kami selamat tiba ke puncak jam 5.00 petang.Belum sempat berehat, mata terpandang sesuatu yang menarik. Sebiji periuk kera berukuran saiz lengan manusia. Besar sungguh!!!.sebagai peminat tumbuhan ini, saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar tumbuhan ini sebagai koleksi periuk kera yang pernah saya jumpa. 

Terdapat beirut dan batu sempadan yang memisahkan 3 buah negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang. Terpukau mata memandang. Kelihatan Gunung yang sering di daki oleh pendaki iaitu gunung disekitar banjaran Titiwangsa, Gunung Chamah & Ulu Sepat. Ini adalah di antara gunung yang mencapai ketinggian lebih dari 7000 kaki selain Gunung Tahan. Dalam mata dijamahkan dengan pemandangan yang indah, kami di kejutkan dengan kehadiran sahabat pendaki dari kumpulan lain yang baru sahaja tiba ke puncak gunung ini. 

Malam yang agak sejuk tidak memaksa kami untuk menyediakan santapan yang enak. Nasi putih, ayam masak merah bersama Nescafe panas menjadi pengalas perut untuk malam ini. Selesai makan, kami teruskan agenda dalam jadual ekspedisi. Sesi suaikenal ini mengeratkan lagi hubungan antara kami. Jelas terpancar kegembiraan di wajah semua peserta. Gelak tawa di sulam dengan tiupan angin yang sejuk membuatkan kami agak lewat tidur. Selesai semuanya, kami diarahkan tidur dan bersedia untuk perjalanan esok. Suhu 14.5 darjah dari ketinggian 6,898 kaki dari paras laut ini membuatkan kami tidak tidur lena.

31 Januari 2006

Dalam kesejukan pagi, kami di paksa bangun untuk persiapan ke destinasi seterusnya iaitu Gunung Bieh. Selesai sarapan pagi, kami bergambar kenangan di Puncak Gerah. Selasai semuanya, kami mulakan perjalanan ke puncak Gunung Bieh.

Setengah jam perjalanan, kami diberitahu untuk meninggalkan beg yang kami galas pada satu tempat dan berjalan dengan berbekalkan air dan makan ringan untuk ke Gunung Bieh. Kalau mengikut sahabat kami yang telah sampai ke gunung ini pada tahun 1998 lalu, 3 jam masa perjalanan diperlukan untuk ke Gunung Bieh. Tetapi, jangkaan kami meleset kerana kami terpaksa menambah 1 jam lagi bagi operasi pembersihan trek yang semak. 4 jam dalam trek, kami tiba di Gunung Bieh. Tetapi tidak ada Beirut, Cuma batu sempadan sahaja. Kawasan puncak gunung Bieh ini seakan-akan sama dengan Puncak Gunung Liang Timur di Tanjung Malim, Perak.

Selesai bergambar, kami bergegas ke tempat beg galas kami ditinggalkan. Tanpa membuang masa kami ke lokasi seterusnya iaitu Kem Ubat Nyamuk. Deruan air Sungai Gerahmemecah kesunyian petang. Seawal jam 5.30 petang kami tiba di kem ini. Spesis nyamuk hutan yang banyak menyambut kehadiran kami di kem ini. Bantuan kepakaran Pak Uda untuk menghidupkan api diperlukan bagi menghalau serangga ini. 

Peluang membersihkan badan tidak disia-siakan walaupun air sungai Gerah ini sejuk di tahap beku kerana kem ini terletak pada ketinggian 5050 kaki dari paras laut. Senja berlalu, nyamuk semakin menganas menyerang kami. Bekalan ubat nyamuk yang di bawa oleh Arey diperlukan sebagai pembunuh serangga ini. Kami dijamukan dengan hidangan tomyam daging, daging masak kicap, telur dadar,nasi putih dan teh tarik sebagai santapan untuk malam ini. Badan direhatkan setelah selesai semua kerja dan kelengkapan untuk perjalanan esok disediakan.

01 Febuari 2006

Bulan kedua untuk tahun 2006, kami teruskan langkah untuk pulang ke Kampung Agik. Perut di alas dengan bihun tomyam bersama teh tarik sebagai sarapan pagi sebelum kami meneruskan perjalanan. Bekalan tengahari telah diagihkan kepada semua peserta kerana kami akan berhenti untuk makan tengahari, semuanya dalam masa sendiri. Sekali lagi kami perlu mengemas dan menebas laluan lama yang digunakan oleh orang asli untuk memburu ataupun mencari hasil hutan. 3 jam kami berjalan tanpa henti kerana trek yang tidak begitu susah. Pelbagai jenis kulat, cendawan, tumbuhan yang kami temui. 

Tepat jam 12.00 tengahari, kami berhenti berehat. Perjalanan kami diteruskan dengan melalui kawasan berbukit bukau. Merentasi sungai. Perjalanan kali ini agak membosankan kerana kami terpaksa melayani bukit-bukit untuk sampai semula ke Kampung Agik. Lewat 6.00 petang kami semua selamat tiba di hadapan rumah Pak Uda. Saya juga sempat memetik pucuk-pucuk ubi kayu di sepanjang laluan ke rumah Pak Uda untuk dijadikan ulam sebagai santapan malam nanti. Bekalan kayu ubi dan keledek bakar telah disediakan oleh isteri Pak Uda untuk kami semua. 

Malam ini kami di jamu dengan hidangan yang menarik,ulam pucuk ubi, kari sardin, ikan masin dan Nescafe ‘O’ panas membuka selera kami. Pak Uda juga di jemput makan untuk bersama. Selesai makan, mata dilelapkan & badan direhatkan. Dalam sedang menyiapkan tempat untuk merebahkan badan, hujan mula turun, kelam-kabut sebentar kami kerana beg kami semua berada di luar tanpa penutup beg. Selesai semuanya, kami semua terus melelapkan mata.

02 Febuari 2006

Hari kedua dalam bulan febuari ini memang di tunggu oleh semua peserta ekspedisi ini. Kami bersiap lebih awal . Nasi lemak panas menjadi sarapan pagi kami. Dalam pada kesibukan kami mengemas,Pak Uda sempat menunjukkan hasil tangan untuk dijualkan kepada kami. Beberapa orang peserta sempat membelek dan membeli untuk dijadikan barang kenangan dari Kampung Agik. Perjalanan kami diiringi Pak Uda yang secara kebetulan hendak ke rumahnya berhampiran dengan Kampung Lerlar. 

Perjalanan kami harus dipercepatkan kerana 4WD yang akan membawa kami ke Lasah akan tiba pada jam 2.00 petang. 5 jam kami berjalan menaiki bukit, menyusuri sungai, akhirnya kami tiba di Kampung Lerlar tepat jam 2.00 petang dan kelihatan Ah Hi telah lama tiba. Selesai saja menyusun beg di dalam kenderaan pacuan ini, kami terus bergerak meninggalkan Pak Uda & kampong Lerlar dengan kenangan pendakian yang indah. Tiba saja di Lasah, kami bergegas ke stesen bas berdekatan untuk mengambil bas di mana kami perlu ke stesen keretapi Sg.Siput.

Pukul 6.00 petang adalah masa terakhir untuk bas ini di kawasan ini beroperasi. Kami terus di bawa terus ke Pekan Sungai Siput. Sejurus tiba kami terus ke stesen keretapi. Sambil menunggu ketibaan keretapi ini, kami mengambil kesempatan membersihkan badan, berehat dan menjamu selera di restoran yang berhampiran.

Kami memulakan perjalanan jam 1.00 pagi untuk ke Kuala Lumpur.Keletihan yang amat sangat membuatkan kami terlena dengan pantas. Tepat jam 6.50 pagi, 3 febuari 2006, kami selamat tiba di Stesen Keretapi KLsentral.

Sesungguhnya, ekspedisi kali ini banyak meninggalkan kenangan yang susah untuk dilupakan

Sekian Lapuran oleh
Mohd Khairulhazri b. Ramli
Ahli Ekspedisi

Bersama Guide - Pak Uda



Tuesday, 18 June 2013

L06: Ekspedisi Gunung Daik

Ekspedisi Gunung Daik



Gunung Daik Bercabang tiga
Jejak OGKL ke Kepulauan Riau untuk menawan Gunung Daik berjaya mendekati dan mendaki gunung yang sering disebut dalam pembayang pantun budi. Sahihlah gunung ini wujud dan bercabang tiga. Kejayaan OGKL turut diraikan oleh masyarakat setempat dengan majlis makan di Muzium Riau sebaik sahaja selamat turun dari gunung tersebut. 
Photo Paei.   

   Pulau Pandan jauh ke tengah, 
   Gunung Daik bercabang tiga;
   Hancur badan dikandung tanah, 
   Budi yang baik dikenang jua,

Pantun masyarakat ini mungkin sinonim dijiwa rakyat Malaysia namun Gunung Daik yang seringkali disebut di dalam pembayang pantun rakyat ini masih asing malah sering menjadi tanda tanya samada ianya benar wujud atau pun sekadar pembayang pantun sahaja.

“Gunung Daik sememangnya bercabang tiga” itulah kata-kata pertama yang terungkap oleh kami setelah melihat Gunung Daik dengan mata kepala sendiri. Gunung yang terletak di Repulauan Riau-Lingga ini menjadi impian bagi ahli Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur bagi meneroka sebuah gunung yang baru dan masih jarang-jarang didaki oleh pendaki lain. Impian kami menggunung tinggi setinggi gunung tersebut.

 Rakyat Indonesia amnya masih tidak mengenali gunung ini memandangkan pantun budi tersebut menggunakan pembayang yang berbeza. Masyarakat setempat pula hanya melihat gunung ini tanpa ada hasrat untuk menawan puncaknya. Faktor ketinggian gunung ini pula jauh lebih rendah dari senarai utama gunung-gunung tertinggi di Indonesia. Ketinggiannya hanya 1165m dpl, namun ia tetap berada didalam kelasnya yang tersendiri yang begitu istimewa, jika tidak masakan ianya diabadikan di dalam serangkap pantun yang begitu popular bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh Kepulauan Melayu termasuk Riau-Lingga.

OGKL dengan kekuatan 24 orang bukan sahaja menggalas cabaran untuk mendaki gunung ini malah turut berazam mengunjungi tempat-tempat bersejarah sekitar Kepulauan Riau-Lingga, mengunjungi tempat-tempat menarik serta mengenali masyarakat Daik dengan lebih dekat serta menjalinkan hubungan silaraturahim.

Perjalanan kami bermula dari Stesen Keretapi KL Sentral ke Johor Bharu. Seawal jam 8.30 malam kami telah berkumpul dan bertolak pada jam 10.00 malam. Jam 6.15pagi keesokannya, keretapi sampai di Stesen Keretapi Johor Bahru. Masing-masing bersiap untuk mandi dan menunaikan solat subuh sebelum kami menaiki teksi pada pukul 7.00 pagi menuju ke Pelabuhan Stulang Laut dan seterusnya bersarapan pagi di sana.

Jam 9.30pagi kami menaiki bot ke Tanjung Pinang, Pulau Riau dan tiba jam 11.15pagi waktu tempatan. Selepas makan tengahari yang amat mengasyikkan setelah berubah selera juadah kami bersiap sedia untuk bersiar-siar di Pulau Penyengat, Indonesia. Kira-kira 20 minit perjalanan dari Pengkalan Tanjung Pinang.  Pengalaman menaiki bot  bersiar-siar sambil menikmati keindahan Tanjung Pinang dari arah laut satu percutian yang menghiburkan walaupun keadaaan bot kami tidak semewah mana. 

Pulau Penyengat kaya dengan sejarah lampau. Ianya dikatakan dimiliki oleh Engku Puteri, permaisuri kepada Sultan Mahmud kerana pulau ini dihadiahkan suaminya Sultan Mahmud Syah sebagai mas kahwin sekitar tahun 1801-1802.

Dari jauh tersergam indah sebuah masjid yang menjadi kebanggaan orang Melayu-Riau iaitu Masjid Raya Sultan Riau. Didalam masjid ini tersimpan khazanah-khazanah lama yang merupakan kitab-kitab kuno, serta kitab suci Al-Quran bertulisan tangan. Masjid ini pada asalnya didirikan dengan  mengunakan bahan pelekat seperti campuran putih telur dan kapur dan ianya masih asli dan dapat dilihat di ruang utama masjid.

Kami merasakan amat bertuah kerana ekspedisi kali ini tidak semata-mata memfokuskan kepada mendaki gunung semata-mata sepertimana selalunya. Kami dibawa sekeliling Pulau Penyengat bagi melihat kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan oleh mayrakarat lampau. 

Pemandung pelancung kami adalah dikalangan ahli OGKL sendiri yang sudah biasa dengan persekitaran Pulau Penyengat menerangkan kepada kami satu persatu akan sejarah monumen-monumen lama yang ditinggalkan. Antara tempat-tempat bersejarah yang kami sempat kunjungi adalah Makam Engku Puteri, Makam Raja Haji dan Raja Jaafar, bekas Istana Sultan Abdurrakhman Muazzam Syah, Bekas Gedung Tengku Bilik, Kubu dan parit pertahanan serta Balai Adat Indra Perkasa yang terletak ditepi pantai menghadap laut lepas. Pemandangannya amat mempersona.

Hari berikutnya, seawal jam 5.30 pagi kami telah bangun, mandi, solat dan bersiap-siap bagi meningkalkan Asrama Haji yang menajdi tempat penginapan kami. Jam 8.00 pagi Angkutan Kota (van) sampai dan kami bertolak ke pelabuhan Tanjung Pinang. Sebelum menaiki feri, kami patut mengisi perut yang sudah berbunyi meminta diisi. Agak sukar mencari tempat makan yang diyakini halal disini. Kami memutuskan untuk bersarapan di sebuah restoren makanan segera yang bernama Fast Food Chicken 88. Ianya halal dan tanda harganya jelas kelihatan dan menyenangkan hati kami yang kerap kali ditekan dengan harga yang mahal setiap kali menjamu selera memandangkan kami orang asing disini.

9.30 pagi kami telah diarahkan berkumpul kembali ke jeti. Feri berlabuh tidak jauh dari jeti memandangkan keadaan air yang cetek. Ini memaksa kami menaiki “Pong-Pong” sejenis bot pancung untuk menaiki feri. Oleh kerana kami orang luar, sekali lagi kami ditekan dengan harga yang tidak munasabah. Berunding adalah perkara yang terbaik. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi dan feri mula meninggalkan Tanjung Pinang. Cuaca juga tidak begitu memberangsangkan dengan hujan mula turun dan ombak mula bergelora sekaligus menimbulkan rasa bimbang dihati kami. Apatah lagi ketika feri berlabuh ditengah laut. 

Agak lama dan entah kenapa didalam hati tertanya-tanya. Keadaan laut tidaklah begitu membimbangkan ketika itu. Penantian satu penyiksaan, setelah kira-kira 30 minit tidak bergerak akhirkan feri memulakan perjalanannya kembali dengan tenang membelah lautan dan menyusuri jajaran kepulauan Riau di kiri dan kanan. Pemandangan sungguh indah dengan disajikan dengan perkampungan nelayan dan kehijauan laut di ribuan pulau yang berpenghuni mahupon tidak berpenghuni.

Perjalanan yang cukup panjang dengan banyak perhentian yang harus dilewati. Dari Tanjung Pinang menuju ke Pulau Bukit seterusnya ke Pulau Medang, kemudian ke Pulau Biru, diterus pula ke Rejai, bersambung ke Senayan dan destinasi terakhir Phancur yang turut menjadi destinasi kami yang seterusnya.

4.15ptg kami sampai di Phancur. Menikmati keindahan jeti Phancur serta  menikmati hidangan makan tengahari aka minum petang disini. Jam 5.00 kami menaiki bot kecil lagi dengan memudik Sg. Resun. Pemandangan amat indah sekali. Kami leka menikmati keindahan alam semula jadi. Melalui Sg Resun mengingatkan kami situasi menaiki bot  kecil di Taman Negara, Pahang. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 20 minit.

Sejurus selepas itu kami sampai disebuah jeti kecil di Desa Resun. Sesampainya disana kami mengambil kesempatan menunaikan solat jamak takhir disurau kecil ditepi sungai. Penduduk Lingga didiami kire-kire 60% umat Islam. Di Kepulauan Riau kami tidak merasa begitu asing kerana percakapan masyarakat disini lebih kurang sama kerana pengaruh Riau-Johor masih begitu kuat disini. 

Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki pacuan 4 roda dan lori kecil menuju ke Kota Daik. Bunyinya umpama sebuah kota besar, tetapi Kota Daik hanyalah sebuah perkampungan biasa yang terletak kira-kira 45 minit dari Sungai Resun. Kota Daik asalnya adalah bekas Pusat Kerajaan Riau-Lingga hampir seratus tahun yang lampau. 

Pembangunan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Tanjung Pinang. Dari sebuah Kerajaan besar Riau-Lingga, Pulau Lingga kini hanyalah sebuah pekampungan biasa. Namun penduduk setempat tetap tidak kalah dengan teknologi terkini. Malahan telefon bimbit mereka lebih canggih dari kami. Kami begitu kagum dengan usaha mereka untuk membangunkan dan memajukan desa mereka yang letaknya begitu jauh dari tanah besar. Biarpun dikatakan suara mereka “dihalang’ oleh jajaran gunung di Gunung Daik, namun itu tidak melemahkan semangat mereka untuk lebih maju kehadapan seiring dengan perkembangan zaman.

Hari beransur senja, perjalanan masih jauh. Gunung Daik masih belum kelihatan. Seringkali kami terjenguk-jenguk di jajaran gunung seumpama tidak sabar untuk menyaksikan Gunung Daik. Selama 3 hari perjalanan dari darat, laut dan sungai namun Gunung Daik masih begitu jauh untuk dinikmati keindahannya. Gunung Daik mula menampakkan dirinya. Hati girang tidak terkata hajat dihati hampir terlaksana. Esok menjadi saksi kami bakal mendaki gunung yang kami hajati.

Lewat senja kami sampai dirumah Mak Usu, saudara kepada pemandu pelancong kami Abok. Ianya boleh dikatakan homestay bagi kami. Sambutan yang diberi oleh penduduk setempat amat mesra. Penduduk disini saling tidak tumpah seperti masyarakat baik dari segi budaya, pertuturan, adat, mahupon sajian makanan. Malam itu kami dikunjungi oleh ketua kampung serta orang kuat masyarakat Kota Daik.

Makan malam disediakan dan kami makan beramai-ramai serta beramah mesra bagi menguatkan lagi ukhwah Islamiah antara dua rumpun Melayu yang sekian lama telah terpisah jauh. Sebahagian peserta lagi sibuk menolong di dapur untuk penyediaan makanan semasa pendakian dengan diketuai oleh AJK OGKL.

Hari ke-4, seawal jam 4 pagi kami telah bangun untuk persiapan diri.  Kami kenalah bergilir-gilir untuk mengunakan bilik air. Jam menunjukkan 6 pagi tetapi hari telah mula cerah. Waktu Indonesia Barat yang lebih awal sejam dapat kami sesuaikan diri dengan baik. Sarapan Nasi Goreng disediakan oleh Mak Chu sungguh sedap sekali. Apatah lagi dihiasi dengan keropok dan telor goreng maka semakin lajulah kami menyuap nasi ke dalam mulut. Sementara itu AJK OGKL juga sibuk menyediakan bekalan makanan tengahari ketika mendaki.

Jam sudah menunjukkan 8.00 pagi dan lori kecil sudah datang untuk mengangkut beg kami. Ramai orang datang bagi menunjukkan sokongan moral mereka kepada kami. Dari rumah Mak Chu jelas kelihatan Gunung Daik. Cuaca begitu baik sekali. Jarak diantara rumah mak Chu dan Objek Wisata Gunung Daik tidaklah begitu jauh. Kira-kira 15 minit sahaja. Sepanjang berjalan kaki kami leka mengambil gambar dan merakamkan keindahan Gunung Daik dari kejauhan. Bagi penduduk setempat, Gunung Daik juga dikenali sebagai Gunung Lingga.

Setibanya di Objek Wisata Gunung Daik ( gerbang bermulanya pendakian), kami telah memulakan upacara bacaan doa selamat oleh Penghulu Kota Daik. Pendakian awal sangat santai. Kira-kira sejam setengah trek hanyalah mendatar sahaja. Sekali sekala kami terserempak dengan jejaka-jejaka gagah pengangkut kepingan kayu balak. Kagum dengan semangat dan jati diri yang ada pada diri mereka bagi mencari sesuap nasi. 

Kami dikhabarkan oleh guide kami bahawa penduduk di Lingga masih bersih dari kes pencuri dan perompak. Tidak ada kebimbangan dalam diri mereka untuk meninggalkan harta benda dimana-mana kerana ianya selamat dari dikhianati. Taraf hidup yang tidak ada yang terlalu kaya dan tidak ada yang terlalu miskin menjadikan tiada jurang yang dalam antara penduduk desa. 

Tidak lama selepas itu kami tiba di Sungai Lubuk Fatimah. Airnya begitu jernih sekali yang begitu mengujakan hingga ada teman kami pura-pura terjatuh di dalam air. Masing-masing kehairanan melihatkan keasyikkan beberapa teman bersuka-sukaan bermain dengan air sungai. Peserta lain pula begitu asyik merakamkan Gunung Daik dari arah tengah sungai kerana disinilah Gunung Daik jelas kelihatan utk dirakam didalam kamera mahupon dikotak ingatan. Perjalanan diteruskan lagi kira-kira 30 minit selepas itu kami perlu menyeberangi sungai dan sekali lagi teman kami yang ‘hantu air’ terjun ke dalam sungai. 

Perjalanan kami juga diekori dan ditemani oleh seekor anjing betina yang tidak diketahui tuannya. Begitu setia anjing ini mengikuti kami dari jauh. Kami namakannya Munah walaupon ada diantara kami yang memanggilnya Joni. Tak kisahlah asalkan jangan menggigit sudah!

Selepas menyeberangi sungai yang ke-3 penjalanan sudah mula mendaki. Sedikit demi sedikit jarak antara peserta semakin menjauh. Yang dihadapan mendorong jurupandu arah terus kedepan, perserta ditengah mengekalkan kelajuan malar, manakala peserta dibelakang mengekalkan kemengahan dan  banyak berhenti lelah. 

Apa pun dengan bantuan walkie talkie sebanyak 4 biji yang dibawa sedikit sebanyak tidak memperlihatkan jarak yang cukup menjauh. Walkie Talkie juga digunakan untuk bergurau senda serta membakar semangat sahabat-sahabat yang tertinggal jauh dibelakang. Gurau senda yang diselangi berbalas pantun cukup memeriahkan pendakian kami.

Kami tiba di kemsite Gunung Daik kira-kira pukul 1.30 petang. Sementara menunggu peserta dibelakang sampai kami memasak air, mendirikan khemah, memasang fly dan makan tengahari. Keadaan kemsite yang berakar dan tidak rata tidak memungkinkan kami mendirikan khemah. Hanya sebijik khemah dapat didirikan dan yang lainnya tidur dibawah fly dan hammock sahaja. 

Jam 3 petang kami mula bersiap-siap untuk mendaki ke puncak. Jarak diantara kemsite ke puncak kira-kira 2 jam. Pergerakkan lebih laju dan lancar kerana bebanan sudah ditinggalkan dikemsite. Kira-kira 5.30 petang kami sampai dikaki batu juram Gunung Daik. Ketua ekspedisi mengistiharkan setakat ini sahaja pendakian kita kerana sedari awal kami menyedari Gunung Daik puncaknya sukar didaki kerana untuk menakluki puncaknya memerlukan kepakaran dalam bidang memanjat dinding batu pula. Kami mencuba sejauh mana yang kami boleh lakukan dan tidak akan mengambil risiko-risiko yang boleh membahayakan nyawa mana-mana ahli ekspedisi. 

Setakat ini hanya seorang pendaki dari Belgium yang telah berjaya menakluk Gunung Daik. Ekspedisinya memakan masa selama 12 hari dengan 3 hari dihabiskan hanya untuk set route untuk rock climbing. Tebingnya terjal dan basah serta merbahaya untuk didaki.

Selain daripada itu Gunung Daik juga dikenali sebagai nama Puncak Mahkota. Sungguh tepat sekali gelaran itu kerana dari kejauhan Gunung Daik yang mempunyai 3 puncak sememangnya kelihatan bagaikan sebijik mahkota.  Cabang tertinggi disebut sebagai “Gunung Daik”, cabang yang menengah pula disebut sebagai “Penjantan” manakala cabang yang terendah dikenali sebagai “Cindai Menangis”

Dahulunya Gunung Daik bercabang 3 apabila patah satu maka tinggallah dua cabang yang jelas. Kenapa dan mengapa cabang Gunung Daik ini patah  boleh dibaca didalam Cerita Rakyat kepulauan Riau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Patahnya Gunung Daik” karangan Drs. Abd Razak, M.PD.

Berada di atas gunung membuat kami seronok bergambar tanpa henti dengan memberi pelbagai aksi samada terbang, meniarap mahupun berbaring dikubang babi tanpa disedari. Hari beransur senja, para photographer handalan OGKL masih tidak jemu-jemu merakamkan keindahan pemandangan. Masing-masing berlumba-lumba memperlihatkan kepakaran dan berusaha memberikan gambar yang terbaik dan tercantik bagi memenangi pertandingan photo terbaik yang diadakan diperingkat dalaman kelab sahaja.

Hari beransur gelap, ramai ahli sudah turun ke kemsite. Tinggal jurufoto-jurufoto masih menunggu dan tercari-cari lokasi terbaik merakamkan pemandangan diwaktu senja. Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke panggal lengan. Jarak perjalanan ke sini cukup jauh dan tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja dengan merakam keindahan alam sepuas hati.Kami turun dari batu juram kira-kira jam 7.30 malam. Perjalanan lancar sampai ke kemsite. 

Hari seterusnya, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Diwaktu begini memang enak tidur dan menarik sleeping beg. Tapi ada juga dikalangan ahli yang sudah bangun semata-mata mahu mencari sudut terbaik merakam aksi rakan-rakan yang tidur. Pukul 5 pagi seorang demi seorang mula bangit untuk menunaikan fardhu Subuh dan menunggu matahari terbit untuk merakam gambar. Malangnya kabus tebal hingga menutupi sinaran cahaya matahari.

Setelah bersarapan kami bergegas bersiap memandangkan langit mula mendung. Hujan mula turun rintik-rintik dan tidak berlengah lagi kami melangkah meninggalkan tapak perkhemahan G. Daik. Kami harus sampai awal memandangkan kami juga berhasrat untuk melawat Air Terjun Resun yang begitu popular ketika di bulan Safar dimana ramai pelawat akan datang ke air terjun ini untuk mandi Safar pada setiap tahun.

Sebaik sahaja kami tiba kembali di kaki G. Daik. Beg kami tinggalkan di Pej. G. Daik dan berjalan pula ke air terjun Resun. Setiba di air terjun, terus kami berendam dan memanjakan badan. Sesuai sekali buat kami yang baru kepenatan mendaki gunung. 

Kepulangan kami ke Kota Daik sekembali dari gunung, disambut dan diraikan dengan kenduri di Muzium Mini Lingga. Sempat juga kami melihat barangan-barangan di dalam muzium. Antara objek menarik disini adalah, rangka gajah laut yang terdampar semasa tsunami di Aceh selain barangan-barangan purba dan klasik sumbangan penduduk setempat.

Hari terakhir kami disini, perasaan sedih dan pilu menyelubungi kami sebaik sahaja meninggalkan bumi Daik serta saudara yang baru kami jalinkan ukhwah. Dalam perjalanan pulang, bot kami melintasi P. Pandan yang berada jauh ketengah laut. Cabaran dan pantun budi G. Daik tidak kami lupakan. Budi yang baik dikenang jua.

EKSKLUSIF: 
Pulau Pandan jauh ketengah

Kerabat OGKL, Azizan Zolkipli, sudi berkongsi gambar Pulau Pandan yang dirakam serta zoom semasa perjalanan pulang xpdc G.Daik, OGKL 2006. Pulau ini sebahagian dari pulau-pulau di Kepulauan Lingga, Indonesia. Kedudukannya yang jauh ketengah membuatkan sahabat-sahabat OGKL sudah tertidur kepenatan dalam bot.

Teks: Khairinah Chumari
Ahli Ekspedisi 


Saturday, 8 June 2013

L06: Ekspedisi G. Benom

Ekspedisi G. Benom

Jumaat, 22 Dis 06
Kami bertolak dr KL jam 10++mlm .Terima kasih pada yang mengantar & melambai... biasa la bila cuti 3 hari pasti jalan nak keluar dari KL punyalah sesak. Apapun kami selamat sampai ke Kg. Sg. Klau, Raub jam 1++pagi. ...dari sini terus naik 5 biji 4WD hardcore ke Lata Berembun. Perjalanan selama sejam yang menyiksakan. Kami umpama kena ayak kaw2 atas 4WD. Nasib baik 4WD kami naiki lepas juga melalui trek yang licin & lunyai tu. Terus kami bermalam d Lata Berembun.

Sabtu, 23 Dis 06
Bangun sarapan, stretching sikit, kendian pukul 9++ terus mula trekking. Kebetulan masa ni ada lagi satu geng dari KL pun masuk dlm 20 org. Campur2 dr GO. Diketuai Budin & Reen. Mereka terpaksa menapak dari jambatan bawah sebab Hilux mereka tersangkut dekat tempat yang licin tu. Kesian woo, nasib baik semuanya bersemangat waja..terus jugak menapak ke Lata Berembun...

Masa mula-mula trekking dah pacak tak hingat. Dalam linkungan 1 jam berjalan kami sudah lost trek.  Tuju punya tuju terus sampai air terjun. Terpaksa backtrack semula. Masa nak patah balik ada yang jatuh terhantuk batu, tangan terhentak batu lah, pipi tergesel batu pun ada ...almaklumlah jalan merentasi sg berbatu.. :)

Sampai di sungai terakhir dalam pukul 1++tgh. Masa ni geng lagi satu tu dah di depan dah coz sebab mereka memang rancang naik ikut trek baru. Ogkl rancang nak naik trek lama. Sepatutnya trek tu berpecah di sini tapi mungkin dah jarang org pakai, guide kitaorg tak jumpa trek tu. Bila jadi macam tu saya putuskan untuk ikut trek baru. Bukan apa, bila pikir2 balik tak perlu pikirkan sangat pasal trek yang mana, yang penting sampai puncak...secara tak langsung saya pulak yg jd guide secara tak rasmi..hahaha..

Buat pengetahuan, ini kali ke-3 saya naik dari trek Kem Bulat(2001 & 2002) cuma bila tahu ada kumpulan lain(Reen) naik juga tarikh yang sama kami cuba ubah ikut trek lama sebab campsite kat atas tu sempit - Kem Bulat (sempena nama Bulat masa recce thn 2001 dulu..) masa ni kelajuan xkresma junior - briee, pejai, amad, najib memang tak dapat dibendung lg...:) (takpe ada 2hari lg.mcm2 bole jd..hangpa tunggu!!hehehe) sampai di last water point(LWP) pukul 7++mlm. Sebelum LWP ni kami ada jumpa 2 orang dari group Reen dah tersadai tepi trek..husband&wife (Abg Safwan & Kak Ima)..kami kata "pelan2 kayuh bang..layannnn"..hahaha

Di LWP budak-budak yang sampai awal sudah terus shoot ke Kem Bulat. Dalam 4 org termasuk xkresma junior...hampeh betoi..:).tak bertindak mengikut arahan langsung..hehehe apapun sejarah berlaku di LWP, bila kami masak centralized untuk 30 orang punya makan..menu: nasi+ayam goreng bawang+sayur lemak kobis+kopi O=energy!! lepas makan terus cergas trek ke Kem Bulat..lawan tetap lawan..mana boleh suka-suka hati nak tidur atas trek geng..rosak la reputasi macam ni..hahaha

Pukul 10malam kami naik sampai saja di permatang jumpa 2 abang guide yang dah tersadai buka fly tepi trek...jadi lagi sekali sejarah berlaku bila guide terpaksa ditinggalkan tidur tepi trek..hahaha...maaf abg guide.. kami tiada pilihan..:)..peserta 31 orang terus trekking & sampai Kem Bulat 2pagi..layannnn...tebas lebih kurang, terus port di situ..syukur muat juga untuk semua orang.. nasib baik team lagi satu sahabat2 juga..jadi, kongsilha apa yg patut..:))

Ahad, 24 Dis 06
Kami terjaga pukul 7++pagi...almaklumlah malam dah OT baik punya...pagi susah nak bagun..:). Lepas sarapan, jam 10pagi kami mula trekking freehand ke puncak. ...trekking yang biasanya 2jam jadi 3.5jam paling cepat ..mungkin sebab tenaga banyk habis hari sebelumnya..:) sampai puncak pukul 1.30 tgh..syukur sampai ke puncak benum..

Kami tunggulah disana sampai semua geng lain sampai...layan view yang cun dari helipad tepi puncak tu..lepas layan bergambar dan sebagainya..masa ni ada lagi satu group Cina dari KL naik dari trek lama yg telah dibarukan..masuk dari simpang sebelum Lata Berembun. Dalam 27 org..semuanya peramah laa..best layann..sekitar jam 4ptg kami mula turun semula ke Kem Bulat..

Saya & Hafiz baby paling last smpai kul 8mlm..dia kejar saya lari,dia kejar saya lari..tau2 dah smpai campsite..kan baby kan...hehehe menu mlm tu: nasi grg kg+daging masak kicap+papedom+teh O= kenyang&mengantuk...zzzzzz...mimpi balik Shah Alam..hehehe

Isnin, 25 Dis 06
lps sarapan,dlm kul 8++ turun kem LWP..air dah habis laa...yg mana jln dulu semua shoot tak hingat..kalo naik 6-7jam, turun dlm 2++jam jer...bukan smpai ke LWP jer, tp terus ke sg last tu...fuh power giler..hehehe..nmpaknya xkresma junior mmg tak mkn saman..sbg denda yg mana laju2 tu telah berjaya diperlahankn secara paksa...caranya: kena sweep peserta paling slow sekali...tak boleh tidak..hahaha..apapun tq coz semuanya patuh dgn arahan..lps lunch mihun sup terus turun ke Lata Berembun..dlm kul 5pm semua smpai termasuk mmber2 dr team lagi satu...lps terjun tiruk puas2, settle packing semua, buat suaikenal sikit then terus naik 4wd keluar ke sg Klau..smpai dlm kul 7.30pm bas blm smpai..kul 9.15pm bas smpai terus menuju ke pekan raub, mkn2 terus balik KL...12++am smpai KL & terus ke destinasi masing2...

trip yg memang happening, penuh adventure, penuh kasih sayang, penuh semangat juang, penuh pengertian...tahniah buat semua!!!! 

p/s 
1. kengkawan warga GO lead by reen & budin, gua caya sama lu org semua...mcm ni punya trip kalo bertembung pun mmg syok..mcm satu family..tahniah kerana semua peserta yg kita bwk menjunjung penuh etika rekreasi & pergunungan...kwn2 takmau lawan...InsyaAllah ada peluang kita jumpa di lain trip k...:) 
2. semua peserta Benum jgn lupa, kita semua jumpa hari Jumaat minggu pertama tahun depan di rest.YZ dpn CM...teh tarik utk perjumpaan pertama ni kelab akan sponsor..AZAMMM!!! :)

salam calar balar,
deeno 

ni antara rekod yg sempat catatkan... 

1. peserta teramai utk trip benum..ikut kata uncle 4wd tu ler...:) 
2. masak mkn mlm mcm kenduri utk 30++org atas trek jer.. 
3. tinggalkan guide tido kat trek..sblm ni mana penah woi!! :) 
4. kem bulat sebenarnya bole di huni lebih dr 50org..hahaha 
5. peserta smpai puncak tp guide tak sampai..:) 
6. ogkl membawa 18org 'bukan ahli' ke trip ni - lebih dr separuh peserta ahli 
7. gng benum merupakan gng pertama bagi 4-5 org peserta xpdc 
8. bilangan Ajk ogkl tersikit yg mengikuti xpdc - hanya tiga org ajk utk peserta seramai 28org...; deeno, yassir,arey 
9. puncak benum dinaiki oleh seramai 80org dlm 1hari dlm 3kumpulan berlainan

Azizan


Thursday, 6 June 2013

L06: Program Derma Darah OGKL 2006

Program menderma darah di Tabung Darah Negara

Sepanjang tahun 2006 Kelab OGKL telah 3 kali menjalankan program derma darah dari kalangan ahli-ahli dan keluarga ahli. Program ini dijayakan dengan bantuan staff di Pusat Tabung Darah Negara. Pihak Kelab berasa bangga dengan penglibatan semua.

1. Program Derma Darah Januari 2006
Orang Gunung Kuala Lumpur turun ke Tabung Darah Negara 7 Januari lalu untuk menderma darah. Rekod menderma kepantasan darah keluar dicatatkan dibawah 10 minit untuk mengeluarkan 450ml darah. Ada juga darah yang keluar dengan malas menjankau masa setengah jam untuk jumlah darah yang sama. Pihak kelab OGKL mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua.


2. Program Derma Darah April 2006
Alhamdulillah, kempen derma darah anjuran OGKL pada 22 April 2006 yang lalu telah mendapat sambutan yg menggalakkan dari semua. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kerana sudi sama-sama kita menderma darah. Ada juga yang tak boleh menderma kerana mempunyai masalah yg tertentu tetapi datang memberi sokongan kepada rakan2 lain. Tak lupa juga kepada Waheeda kami ucapkan terima kasih kerana memberi layanan yang baik dan cenderamata dari PDN. 

3. Program Derma Darah Julai 2006
Kempen derma darah anjuran OGKL pada Sabtu 22 Julai warga OGKL telah berjaya menderma darah di Pusat Tabung Darah Negara. Berbagai aksi dihari kejadian. Terima kasih kepada warga OGKL yang turut hadir memberi sokongan dan kepada Saudara Yasir dan Pn Sarimah kerana telah menjemput kami makan tengah hari di kediaman beliau.