logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 24 July 2013

L07: Ekspedisi G. Tangga versi Hafez

Orang Gunung Kuala Lumpur.
XPDC Mendaki Gunung Tangga
Tarikh : 16hb Februari 2007 hingga 19hb Februari 2007
Bilangan Peserta termasuk AJK :  25 Orang

Prolog.

16 Februari 2007
Aku renung jalan yang penuh dengan kelibat manusia dan jenteranya yang memenuhi jalan raya. Sekarang ni, musim cuti Raya Cina maka ramai orang tak kira bangsa dan agama balik kampung. Al maklumlah cuti panjang. Masih ada kurang 2 jam lagi pukul 10.30 malam. Hmm, lambatnya pukul sepuluh. Aku masuk semula ke Times Square sambil memonolog diri ku. Biar betul aku nak gi Naik Gunung Tangga, sambil memikirkan apakah laluannya macam naik tangga atau macam naik escalator kat Times Square, mesti senang letak kaki terus naik atas. Apa yang aku merepek ni? Teringat aku, rasanya tahun lepas aku tersua Abd Apip, Kak Eryn, Abg Paei, dan Mem Ita nak naik Gunung Tangga di Sungai Pauh. Kata Abg Apip nak cuba GPS baru katanya. Maknanya Gunung Tangga ni dah lama tak ada pendaki yang naik, sampai nak kena guna GPS. Hmmmmm


10.30 malam. Aku terpacak sampai di Restoran Yusoff Zakir. Aku menjenguk ke dalam restoran, agak sunyi di belakang sana. Tiba-tiba ternampak kelibat Nana and the Gang menuju ke restoran. Aku pun ikut. Rupa-rupanya Azizan sedang menunggu untuk menjamu kami semua sempena hari kelahirannya, begitu juga dengan Nina dan Pakcik Yusoff.. Alhamdulillah semoga perjalanan umurmu diberkati Allah S.W.T. Amin. Bak kata pepatah pucuk dicita ulam mendatang kami semua mula memesan makanan dan minuman sambil menunggu rakan-rakan yang lain tiba.


17 Februari 2007
12.30 Malam Penantian itu satu penyeksaan.  Pak Presiden masih belum muncul. Kesemua peserta sudah mula hingar-bingar di restoran. Aku pula terseksa kerana makin lama menunggu makin aku mahu pesan makanan dan minuman lagi. Ha hah aha. Ketawa dalam hati. Aku pula makin risau, awal-awal lagi Pak Presiden dah lambat sampai...(hmm) Akhirnya orang yang ditunggu tiba. Kami semua mula bergerak ke Restoran Teratai untuk berkumpul dan diberi taklimat perjalanan oleh Pak Presiden. Setelah ration dan peralatan dibahagikan kesemua peserta mula berkumpul mengikut kenderaan yang telah dibahagikan mengikut aturan. Aku diberi tempat bersama pasangan Suami Isteri Jus Nina and Kak Nina. Berapa banyak na la...Sebanyak tujuh kereta berkonvoi pada XPDC kali ini. Perjalanan pada musim cuti ini agak memeritkan. Ini kerana kereta bergerak ala-ala kura-kura gitu. Mengikut perancangan awal , seorang peserta akan dikutip (pick-up) di R & R Rawang, kemudian bak kata pepatah kita hanya merancang tuhan yang menentukan., tak jadi bertukar ke R & R Sungai Buluh, tak jadi juga ,R& R Tapah pun tak jadi juga. Akhirnya sebulat suara diambil, berjumpa di Exit Simpang Pulai dan orang yang dikutip namanya Fadil mengambil keputusan memandu sendiri. Alang-alang dah nak sampai bak kata pepatah Alang-alang memeluk pekasam, drive terus sampai kampung Raja la.


Kami berjumpa di Exit Simpang Pulai lebih kurang dalam pukul 4.30 pagi. Pemandu-pemandu mengambil keputusan merehatkan diri sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Raja.   


5.30 pagi kami mula bergerak semula kekampung Raja yang mana mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami tiba di Surau Kampung Raja dalam pukul 6.30 pagi. Apalagi sembahyang Subuh dan seterus mencari tempat untuk melengkarkan diri sebentar. Sebelum aku tidur aku terbayang betapa cantiknya Puncak Gunung Tangga nanti tapi tak mau terbayangkan laluannya. He heh Heh.


8.30 pagi . Bangun!! Masak!!! Makan!!! Breakast!!!. Ahh bunyi suara makcik kantin mengganggu tidur aku yang nyenyak itu. Baru tiga jam aku tidur dengan selesa dan nak layan Puteri Gunung Tangga,  ada ker? (kalau baby yang baru lahir mana cukup nasib baik aku dah besar tiga jam tu kira cukup la). Nampaknya makcik-makcik kantin sedang menyediakan sarapan pagi untuk para peserta. Makan apa ye? Pagi ini kita makan sandwich. Tapi nasi goreng simpan untuk tengah hari.


9.30 pagi. Setelah menukar uniform pergi kerja (pergi mendaki la) Kami semua mula bergerak ke Pos Brooke sebagai starting point ke Gunung Tangga. Sebelum itu sedikit taklimat dan pedoman dari Pak Presiden dan Abg Murdafi (Uncle?) diberikan kepada para peserta. Doa juga dibaca sebagai pembuka langkah dan keselamatan dari kesulitan dan memudahkan perjalanan. Amin


10.10 pagi kami tiba di Pos Brooke, dan setelah berbincang dengan En Fauzi seorang pegawai di situ untuk meminta kebenaran meletak kereta berhampiran kawasan itu. Sambil menunggu Pak Presiden balik dari Kampung Org Asli untuk berjumpa Juruarah kami (guide) ada peserta mula mengambil kesempatan bergambar dan beramah tamas mesra dengan beberapa ahli keluarga baru OGKL. Kalau yang dah kenal tu nak berkenalan lagi. Bagi para bapa pula beramah dengan bininya dan anaknya la. Takkan nak beramah mesra dengan dengan anak dara orang pula, tak pasal-pasal kena hempuk dengan beg gadang. (Haversack). Hujan agak lebat ketika ini. Hmm


10.30 pagi. Kami mula bergerak ke kampung orang asli untuk menunggu juruarah kami. Di kampung orang asli kelihatan beberapa lori hantu balak menunjukkan kawasan ini masih ada pembalakan dilakukan. Sambil menunggu juruarah kami di Gelanggang Bola Tampar (court?), para peserta mula melakukan pemanasan badan (warm-up) sebelum memulakan pendakian dengan diketuai oleh Saudara Sabrie.


10.45 pagi. Perjalanan XPDC Gunung Tangga akan menggunakan Dua Juru Pandu Arah dan seorang anak juruarah juga akan turut bersama. Pak Hasyan berumur dalam lingungan 60 tahun selaku ketua gaid dan Pak Asyui berumur dalam lingkungan 50 tahun selaku pembantu gaid. Alam berumur dalam lingkungan 15 tahun merupakan anak kepada Pak Asyui. Sedikit taklimat diberikan oleh Pak Hasyan untuk perjalan kali ini.


11.00 pagi. Para peserta mula bergerak untuk memulakan pendakian ke Gunung Tangga. Diawal perjalanan kami dihidangkan dengan sungai yang keroh merah dan deras disebabkan hujan yang lebat di awal pagi. Nampaknya berkat semangat setiakawan dan kerjasama semua itu tidak menjadi masalah. Seterusnya perjalanan kami di sajikan dengan laluan balak yang cantik (hmm). Sepanjang perjalanan kami dapat melihat beberapa kampung orang asli yang masih hidup luar dari arus pemodenan (ye ke tapi kenapa aku nampak Astro disk kat rumah diorang lepas tu siap dengar diorang karaoke lagi. he heh). Kami juga terserempak dengan ibu-ibu dan anak-anak orang asli yang berjalan macam pergi membeli belah (mana taknye peluh tak keluar aku punya peluh dah sebaldi). Aku siap kena tegur lagi.  Aku masih lagi di hadapan sebab radiator belum panas lagi. Sejam lebih kemudian kami mula keluar dari kawasan jalan balak menyusuri sungai yang agak merah mungkin kesan pembalakan (kejamnya manusia) di hulu sungai. Perjalanan dihidangkan dengan laluan buluh dan tebing sungai. Aku kira kalau sungai tu tak merah mesti cantikkan.

Laluan perjalanan melintasi beberapa anak sungai kecil dan di hidangkan dengan satu air terjun kecil yang cantik dan indah disulami tempat yang lapang penuh dengan flora. Sesuai untuk perkhemahan biasa aku fikirkan. Tiba di satu sungai yang agak deras tapi tidak merah seperti sungai tadi kami mula melintasi sungai itu satu persatu.

Pak Hasyan berkata tak lama lagi syampailah ke tempat air terakhir. (last water point)
Akhirnya kami tiba ke tempat air terakhir. Beberapa peserta melabuhkan diri di tepi trek berdekatan dengan sumber air yang kecil tapi jernih. Pak Presiden sampai dan seperti biasa tangannya gatal untuk menebas maka ditebasnya kawasan itu sampai lapang dan selesa. Kami mula mengambil air untuk disimpan sepanjang perjalanan. Ada yang menunggu waktu Zohor masuk dan bersembahyang. Ada yang makan dahulu, ada yang bergambar, dan pelbagai aktiviti sendiri dilakukan oleh peserta.


2.30 petang. Kami mula bergerak-gerak menuju kepuncak sambil menyanyi lagu Akademi Fantasia menuju Puncak. Hujan mulai turun semula dalm keadaan renyai-renyai. Kesejukan mula mencengam jiwa. Laluan perjalanan yang awalnya santai mula menukar rentak klasik  ke irama hip hop. Terlompat kesana-kesini. Tiba-tiba terlihat kelibat Fadil menunggu di tepi trek. Katanya nak minta tolong bawa khemah sebabnya kakinya macam dah nak sakit. Aku tanpa banyak soal ambik aja. Kami semua mula bergerak mengikut irama sendiri. Lebih kurang sejam kemudian laluan mula mencanak tak ingat. Adakah ini mimpi atau bayangan, aku tetap teruskan perjalanan. Peserta di belakang mula memotong aku satu persatu. Kasi peluang mereka bergerak dahulu. Perjalanan semakin perlahan tapi masih konsisten dengan canaknya bukit itu. Hujan masih lagi rintik-rintik bak menyapu sutera di muka ku yang gebu ini. Fadil mula membebel didepan. Aku malas nak layan. Jalan..........


5.15 petang. Apa yang aku khuatiri akhirnya terjadi. Hujan yang lebat membasahi jiwa dan batinku yang dahaga itu tapi tetap tidak membolehkan aku terbang bak merpati di awangan. Mimpi yang indah mula menjadi ngeri. Laluan semakin sukar. Hilang semua dahaga aku sebab semua air hujan aku telan. Sejuknya mula mengusik batinku. Janganlah hujan lama-lama. Kecut aku nanti. Si Fadil dah mula merengek bak bayi yang kelaparan. Suka minta ambil lima (take five), banyak pula tu. Pak Hasyan mula berkata lagi syetengah jam syampailah. Tapi kalau tak jalan tak syampaila. Aku pula membayangkan alangkah enaknya tidur di rumah masa hujan ini. Ciss aku masih bermimpi. Yang tinggal kat belakang pelan-pelan kayuh aku, Azmin, Fadil, Pak Presiden dengan Pak Hasyan. Hehehe mantap. Jalan....


6.30 petang. Adakah aku bermimpi. Kenapa macam ada orang tengah tidur kat tengah trek. Rupa-rupanya Abg Fahmi dan Abg Zaini melayan mimpi di tengah trek siap pasang ground dengan fly lagi. Hu hu. (Tak boleh ketawa kuat-kuat tak baik berdose tau). Katanya tak larat nak kejar .Semua letak jantung dalam poket mana larat nak kejar. Sambil menunggu Mereka bersiap aku berjalan pelan-pelan kayuh. Jalan. Si Fadil dah merapu kat trek. Lantaklah. Jalan..,


7.30 petang. Kami berehat seketika menghormati waktu azan. Aku pulak terasa memang aku dengar azan. Senyaplah, nanti diorang kata aku PMS pula. Si Fadil dah mula mengira waktu  katanya dari tadi setengah jam bila nak sampai. (Dia ni dah mental pecah bersepai jadi kami mengambil sedikit barang dalam beg dia untuk mengurangkan bebanan di samping membuat lawak jenaka supaya dia terhibur).He heh .Aku mengambil kesempatan mengisi minyak dan air.(pakai minyak angin ke kaki aku yang malas betul nak bergerak). He he rasa macam dah mengandung pula. Kuat betul bau minyak angin Pak Presiden. Ini kalau mem Presiden mabuk mesti okay kalau dia pakai.


7.45 petang. Trek masih lagi mencanak. Kami bergerak semula sambil ditemani lampu kepala (headlamp) kerana dah malam, dah mata orang bukannya mata burung hantu boleh nampak waktu malam tak payah pakai lampu. Aku menggunakan lampu kepala baru yang dibeli dari Jus. Cahaya lampu ini cukup cerah berbanding dengan lampu kepala lama aku kerana menggunakan single embedded LED berbanding pelbagai LED biasa di samping sifatnya cahaya menumpu. Disamping itu ianya mempunyai tiga mod iaitu biasa, terang dan kelip-kelip. Hanya menggunakan tiga AAA bateri lampu kepala ini mampu menyinari laluan yang gelap di samping membantu perjalanan. Lampu kelip-kelip itu hanya untuk kecemasan sahaja , jangan suka-suka pakai nanti helikopter datang masuk suratkhabar kata kita membazirkan duit kerajaan. Si Fadil dah mula jadi biawak. Tak sampai lima minit jalan dia suka-suka tidur kat tengah trek. (Rasa nak babap jer dia. Nasib baik besar kalau kecik dah aku babap jer die nie). Sambil jalan sambil tipu Fadil. Ha dah nampak lampu banyak nak sampai dah. Dia semangat sikit. Kali ketiga tipu, ibarat cerita seorang pemuda dengan kambingnya yang dimakan harimau dia dah tak percaya.Ahh . Jalan...


9.00 Malam. Kami akhirnya sampai ke Kem Site Fahmi. Terkejut juga melihat Cikgu Rashid (Kalau Abg Rashid orang lain). Katanya dah dua jam dia terjongok kat situ nak pergi tak nampak trek jadi dia tunggulah kat situ. Nasib baik Cikgu Rashid tunggu kat situ. Setelah bermusyawarah kami mengambil keputusan mendirikan khemah disitu untuk mereka yang tidak mampu bergerak lagi. Aku , Azmin dan Pak Presiden bersetuju bergerak meredah kegelapan malam untuk kepuncak dengan membawa peralatan memasak, selimut, toto, KFC, McD, Capucinno dan sebagainya(Yo la). Kesian difikirkan apa yang peserta dipuncak makan. Tak lapar ker?, Tak Dahaga Ker? Takkan makan biskut sama meggi ke atas puncak. Apa kes..


10.00 Malam. Setelah siap makan dan minum dan bergurau dengan si Fadil dah seronok balik sebab takyah kena jalan. Kami mula berkemas dan bergerak. Kata Pak Hasyan dari Kem Site , kalau lenggang Cik Minah 1 jam 45 minit syampaila. Kalau biasa 2 jam. Jadi Kami menjangkakan 3 jam perjalanan ke puncak disebabkan hari sudah lewat malam. Kami mula bergerak sepantas yang mungkin. Ini dah kira tahap berlari tau. Trek agak sukar kerana tiada tanda baru. Kami bergerak berdasarkan pengalaman menjejak trek kasut, tambahan pula duri-duri tidak terusik yang suka mengusik begitu banyak. Untuk memastikan muka gebu saya tidak bercalar saya menggunakan tangan untuk melindunginya. He heh.


12.45 tengah Malam. Puncak masih belum berjumpa, trek naik mencanak tiba-tiba kena turun balik. Alahai.  Pokok masih besar-besar tapi kesejukan angin malam mula mencengkam jiwa. Sejuk macam ini tidur mesti sedap dan selesa. Dari jauh kelihatan satu tempat bercahaya . Hatiku rasa lega mungkinkah tempat yang dituju dan dicari hampir tiba. Rupa-rupanya pakar kem site OGKL Bulat membuka kem site baru bersama isterinya Kak Lin ditemani Abg Amir. Siap tidur lena dengan tukar pakai baju bersih lagi. Mereka sudah tidak mampu mengharungi cabaran mencanak lagi. Pak Presiden bertanya kalau periuk belanga yang ada kat Bulat sampai kat puncak dia nak tidur kat sini tak ada masalah punya. He hehe. Ayat.. Saya dan Azmin meneruskan perjalanan naik turun naik turun naik membiarkan Pak Presiden bersama mereka. Setelah hampir 2 jam berjalan saya dan Azmin rasa begitu mengantuk sekali dan kami tiba di satu tempat yang lapang, saya dan Azmin mengambil keputusan tidur sekejap atau dalam bahasa kampung saya take a nap. Tiba-tiba terdengar suara gegak gempita di belakang rupa-rupanya Pak Presiden berada tak jauh dibelakang. Lebih setengah jam juga kami take a nap. Kami bergegas dan bergerak segera supaya mereka tak jumpa kami sedang tertidur. He hehe. Dalam setengah jam akhirnya kami sampai ke puncak setelah bersusah payah mencari penyakit. Layan.


18 Februari 2007
2.00 Pagi. Rasa nak gelak tengok mereka terkebil-kebil kena nasihat dengan Pak Presiden kerana tak tunggu orang belakang. Aku gelak dalam hati aje, kena berlakon muka sedih sikit supaya tak kena senduk dekat kepala. Pak Presiden dan Azmin pergi berpatah balik kerana Abg Amir sudah tidak mampu bergerak lagi. Mujurlah tak berapa jauh. Makcik-makcik Kantin mula memasak diketuai Abg Murdafi (Uncle?) . Ada yang mencari bawang yang tak jumpa. Padahal ada kat tepi. Cari senduk tak jumpa. Si Ahmad jadi kambing Hitam, Pak Am jadi pengembala. Macam-macam ada. Anak Abang Zaini , Si Syamil dah tidur, sampai hati kau tinggal bapa kau kat trek. Hebat juga si Syamil nie umur baru 15 tahun dah mula pergi mendaki siap bapa ajak lagi. Dengarnya demam sambil sebut nama ayahnya. He hehe.Sambil tu aku melayan air teh o panas dan biskut dan meggi sambil menunggu mereka masak dan bersalin pakaian. Sedap dan nikmatnya.Hmm Malam tue eh silap pagi tu kami makan sahur Nasi sama ayam masak kicap dan sayur-sayuran. Sambil tu dengar cerita diorang masa dekat trek. Aku dengar ada yang kena ditinggalkan oleh bini. Sumpah trek dan sebagainya.He heh layan dan makan.


5.00 pagi.  Kami semua mengambil tempat masing-masing dan tidur dibawah satu fly dan ground. Nasib baik ground dan fly itu besar boleh menampung kami seramai 23 orang. Tidur pun satu cubaan juga rupanya, berlapis aku pakai rupanya lemak aku tidak berguna langsung. Lemak aku sudah tidak mampu untuk menahan kesejukan. Perlukah aku tambah lemak lagi? (Yo la) . Asal nak lena sikit kremp satu badan aku. Menyampah betul. Tapi pedulikan. Zzzz


6.45 pagi. Aku tersedar. Dah pagi rupanya . Ish cantiknya pemandangan, Tak sia-sia ada kat puncak pagi-pagi. Aku melihat sekeliling masih ada yang dibuai mimpi lagi. Makcik kantin macam biasa mula bekerja diketuai lagi oleh Abg Murdafi (Uncle?). Masak apa ya? Bihun goreng dan Nasi Goreng serta kebab untuk makan on trek masa tengah hari. Sambung balik baring. Tapi tak tidur sebab layan jiwa. Memanglah layan jiwa dah diorang masak atas kepala.


 8.00 pagi. Kami mula bersarapan dan berkemas sambil menunggu yang tidur di kem site sampai dipuncak. Sambil tu sessi bergambar atau lebih dikenali sessi kilat-kilatan dilakukan oleh para paparazi dan mamarazi in the future. Ada yang menelefon orang tersayang dan sebagainya. Ada juga kena marah sebab tinggal baju bini kat rumah.Bini sehelai sepinggang kat Cameron Highland. Nasib baik yang teman bininyer sais XL, bininya sais M buat sementara bolehla pakai baju XL.  Macam-macam ada. Lebih kurang pukul sembilan Abg Fahmi, Abg Zaini, Cikgu Rashid, Fadil dan Pak Hasyan tiba di puncak. Semua begitu ceria dan seronok sekali sampai di puncak. Akhirnya kesemua peserta sampai kepuncak. Kami semua bersiap-siap untuk turun. Dah penat-penat menyusahkan diri naik kena turun pulak. Turun


12.00 tengah hari. Aku tiba di kem site semalam. Perjalanan hari ini agak baik sikit sebab dah nak balik. Abg Murdafi (Uncle?) ditugaskan menyapu (sweeper). Rehat dan makan sikit disini, sambil menunggu mereka yang dibelakang sampai.


1.30 Tengah hari. Aku terus turun sambil pelan-pelan kayuh, Sekejap aku potong sekejap kena potong sekejap kat belakang sekejab kat depan sambil layan borak sorang-sorang. Abg Amir pun jalan pelan-pelan . Aku suka sangat menyodok jalan. Asyik-asyik jadi biawak. Jalan dah licin kasut pun licin.Abg Murdafi (Uncle?) kata kau pakailah kasut tanjen baru grip kuat dan laju. Azam. Aku terus berjalan takda ambil lima, jalan je. Sambil memonong . Jalan dan jalan.


5.50 petang. Aku sampai di last water point. Orang lain nampaknya dah kehadapan. Cikgu Rashid semakin perlahan. Tegang (Cramp) kakinya. Jus demam, nasib baik bininya otai . Aku terfikir dan bayang dalam kepala gamaknya masa orang lain takda si Ina ni mesti pikul Jus . Ye kot?. Aku terus bergerak dan bergerak sambil melilau mana tau jumpa bunga palma tapi hampa jumpa pokok sahaja dan akhirnya sampai ke trek balak.


6.45 petang. Aku sampai di kampung orang Asli. Siap ada pasar malam lagi pusing sekejap kat situ. Nasib baik aku tak bawak duit, tidak mesti aku dah shopping kat situ. Macam-macam ada. Aku. Azizan dan Abg Amir di kutip oleh Jus untuk dibawa ke Pos Brooke. Sampai Pos Brooke, mandi, solat dan sebagainya. Kami bermalam di Chalet Kampung Pos Brooke, mengikut perancangan awal bermalam Sungai Pauh akan tetapi penuh masa cuti ini. Pada perkiraan saya bermalam di Pos Brooke agak menarik kerana kami tinggal di Chalet (kononnya) ada eletrik, tak sejuk macam di sungai Pauh serta ada kemudahan air. Turut kelihatan Abg Apip dan Ibuk Eryn yang bersama-sama dengan kami pada malam itu.


8.30 Malam. Abang Murdafi (Uncle?) tiba bersama Cikgu Rashid yang agak teruk saya kira teruk tegang (Cramp) kakinya. Malam itu kami dihidangkan dengan makanan yang sedap disediakan oleh Ibu-ibu Ogkl (Kak Saf, Kak Fazid, Kak Fida, Ibuk Eryn) semua ada Western sama Eastern Food. Sambil melayan Baby-baby Ogkl sekejap mami, sekejap ibu sekejap mak dah bermacam telatah lagi.


10.30 Malam. Sesi suai kenal dijalankan. Semua bercerita pengalaman dan pahit manis perjalanan yang ditempuhi. Ada yang gatal sikit dia tanya la macam-macam. Baru aku tahu Abg Murdafi (Uncle?) pasang dua. Pasal tu power. Azam. Auww.Habis sessi suai kenal kami menjalankan aktiviti masing-masing. Ada yang main UNO, layan gelak, layan baby, mengurut dan sebagainya. Saya dan beberapa orang menjalankan aktiviti rahsia. heheh.


6.30 Pagi. Semua orang mula bangun dan bersiap nak berjalan-jalan ke Cameron Highland dan sebagainya. Aktiviti Sendiri.


5.30 petang. Kami semua tiba di Sungkai untuk meraikan Majlis Besar Ahli Ogkl Majlis Perkahwinan Abg Paei dan Mem Ita. Orang dah habis majlis baru nak sampai. Terpaksa jadi penangga. Habis makan kenduri kami mula bergerak balik ke destinasi masing-masing. Bye bye


Akhirkata saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan ajk Ogkl yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti Bersantai ke Gunung Tangga. Memang hebat walaupun pesertanya ramai dan bermacam ragam ditambah pula dengan kemeriahan baby-baby Ogkl yang ramai itu.

Kita jumpa di lain ekspedisi. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bak kata Pepatah

USAHA TANGGA KEJAYAAN
  

Disediakan oleh : Hafez




Tuesday, 23 July 2013

L07: Ekspedisi G. Tangga versi Nina

Gunung Tangga (16-19 Februari 2007) 

16 Februari 2007 
Peserta yang akan menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tangga telah diminta oleh pihak urusetia OGKL agar berkumpul di restoran Teratai sekitar jam 10.30 malam. Setibanya saya disana, kelihatan masih ramai yang belum hadir kerana masalah kesesakan jalan raya sedang melanda ibukota Kuala Lumpur sempena cuti Tahun Baru Cina. Sesetengah peserta dan ahli OGKL berada di restoran Yusof Zakir (YZ) untuk mengisi perut dan sambil2 tu kami menunggu kedatangan Pak Presiden selaku Ketua Ekspedisi kali ini. Pada malam tersebut, saudara Azizan a.k.a PakcikKayo telah sudi untuk mensponsor kami untuk makan dan minum di restoran tersebut sempena menyambut hari kelaharan beliau yang ke-29 pada 13 Februari 2007. Tunggu punya tunggu, perut pun dah naik buncit asyik minum je (maklumle ada orang yang payungkan.. bantai sampai lebam ahh ehhee..) tak muncul juga dan akhirnyer kami menerima khabar berita yang mengatakan dia on the way, jalan jem. Pak Presiden pun muncul dalam pukul 12.30 pagi. Kami terus berjemaah menuju ke Teratai tempat asal berkumpul. Kelihatan ramai peserta dan penyeri suasana sudah menunggu kedatangan kami. Taklimat ringkas diberi oleh Abg Deeno dan kemudiannyer Pa`am orang silap otak mengedarkan limau kepada para peserta. 

17 Februari 2007 

Setelah selesai mengagihkan barangan ration dan peralatan yg hendak dibawa, kami pun di arahkan ke kereta masing-masing dan bersiap sedia untuk bergerak ke destinasi yg dituju. Sebanyak 7 buah kereta digunakan utk xpdc kali ini. Konvoi dikepalai oleh kereta Pa`am dan Abg Deeno sekeluarga. Aku bergandingan bahu dengan Kura2@baby menaiki kereta Jus dan isterinya, Ina. Pada awalnya kami diarahkan agar berjumpa dan menjemput sorang lagi peserta di R&R Rawang akan tetapi hajat itu terpaksa dibatalkan kerana jalan jem tak hengat punyer. R&R Rawang pun yarabbi banyak betul kereta. Jus menelepon geng2 lain supaya meneruskan perjalanan dan berjumpa di R&R Tapah tapi tak jadi jugak sebab penuh, jalan pulak takyah cerita lah jem gegiler. Kedengaran Mat2 motor asyik meng"hon" je, eii kasik panas ini hati saje tau, mentang2lah dia boleh main cilok2, berlagak ceeesss!! 

Akhirnyer keputusan bersama dibuat untuk terus "shoot" dan berjumpa di Tol Simpang Pulai. Perjalanan mengambil masa tak tau berapa lama yang pasti MEMANG cukup lama sebab mata aku dah ngantok, tak perasan sampai mana cuma sesekali tu terdengar dengkuran si kura2 dan juga suara2 sumbang Jus menyanyi sengsorang. Alahaii kesiannyer dia.. aku pun turut nyanyi sengsama.. suara kejap ada kejap tadak.. pepaham je la ekk mana pegi suara tu ehheee.. Ina pulak udah sangap, lelap terus, maklumle dia udah letih bertungkus lumus menyiapkan segala barang2 persiapan untuk trip kali ini. 

Konvoi kami berhenti di selepas tol Simpang Pulai sekitar jam 4 pagi. Masing2 sibuk melepaskan hajat dan sesi melegakan kepala otak bersama2 dengan Pa`am ehehehee.. Kemudian perjalanan kami diteruskan menuju ke Kg Pasir Raja dan tiba di Surau Kg Raja dalam pukul 6.30 pagi. Selesai menunaikan Solat Subuh, aku terus mengambil kain batik yang kelihatan tergantung untuk dijadikan selimut. Baru je nak lelapkan mata tiba2 terdengar satu suara yang amat dikenali memanggil- manggil namaku.. "Nina.. ninaa.." Alahaii Ina.. Aku terus bingkas bangun dan menuju ke arahnyer dan terus memulakan jeritan mencari barang-barang untuk menu sarapan pagi iaitu Sandwich Sardin hmm nyummieeee.. Sesambil tu Ina, Lin & Support Crew; Kak Fazid sedang menyediakan makanan sebagai bekalan tengahari nanti. Setelah selesai mengagih-agihkan makanan kepada peserta, aku mengambil kesempatan untuk menukar pakaian tradisi panjat gunung aku. Sejuknyer yarabbi Tuhan saje yang tau. 

Taklimat ringkas diberi oleh Abg Mudafi (Otai lama OGKL) dan juga Abg Deeno berkenaan dengan perjalanan panjatan kali ini. Kami bergerak menggunakan kereta untuk sampai ke kampung orang asli Pos Brooke. Keadaan cuaca yang mendung, hujan renyai-renyai serta berkabus menyebabkan perjalanan kami menjadi perlahan kerana jalan raya yang licin. Kami parking kereta di untuk ke rumah guide kami iaitu Pak Hasyan & Ahsui. Hujan semakin lebat, kami meneruskan perjalanan dari jalan raya besar kemudian masuk di persimpangan kampong orang asli. Kedatangan kami disambut meriah oleh penduduk di situ (meriah kah? Ehehee) Sempat jugak Azizan mem'fotogedik'kan orang2 asli di situ. Sementara menunggu Pak Hasyan & Ahsui, kami membuat sedikit senaman gedik2 untuk regangan otot yang diterajui oleh Sobrie. Pada masa ini, hujan sudah mula reda sedikit. 

Selepas sesi suai kenal secara rambang bersama dengan Pak Guide, kami meneruskan perjalanan menuju ke sungai. Ketika itu jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Baru 5 minit berjalan tiba2 perjalanan kami terhenti dek arus sungai yang deras. Bantuan Pa`am amat dihargai. Abg Deeno pun turut serta membantu dan menghulurkan tangan kepada semua peserta tak kira lelaki atau perempuan (ahakss..). Kami berjaya melintasi sungai pertama yang deras. Seterusnyer pacaaaakk huhuhuuu.. Kaki aku dah menggegel, maklumla kan, teman ni gayat eheheee.. Nasib baiklah saat mencanak tu kejap je kalau tidak mau pecah mantel dibuatnyer! Tup tuup keluar kat trek balak. Alahaiii, layankan aje lah! Sesambil tu dapat jugak melihat suasana perkampungan orang asli. 

Sesekali terdengar jugak sayup2 suara sumbangan mereka menyanyikan lagu yang tidak dapat kami tangkap apakah tajuk lagunyer itu tapi takpe, terhibur juga hati yang kecut ini. Kami melalui 2 jambatan buluh dan setelah sejam setengah perjananan kami berhenti rehat bagi menarik nafas yang sudah semput2 ayam di satu kawasan lapang. 10 minit take 5 Abg Deeno dah jerit suruh jalan, masing2 angkat haversack dengan penuh semangat. Sebelum tu sempat jugak la kami ber"fotogedik". Setelah setengah jam perjalanan melintasi 2 sungai kami tiba di last water point. Di sini kami mengambil kesempatan mengisi air pada botol masing2 dan berehat makan tengahari serta menunaikan solat Zuhur. 

Aku mendekati Pak Hasyan dan bertanya "Berapa lama lagi nak sampai puncak yea?" Pak Hasyan menjawab "Hmm dalam pukul 8 malam syampai la kita di puncak". Erkk glup! Biar betiikk huhuhuuuu!!! Aku menghilangkan rasa gelisah di hati dengan memerhatikan satu air terjun yang berhampiran serta tersorok sedikit yang ketinggiannya sekitar 50 meter. Sejam kemudian kami meneruskan langkah. Cuaca yang mendung dan kadang kala hujan renyai2 itu cukup membuatkan kami TEGAR untuk tidak berehat lama. 

Kami melintasi satu jambatan kayu yang sudah retak menati belah. Sampai je giliran Syamil.. "prakkk gedebukkk.." Ehh kayu balak patah dan Syamil terjatuh! Alhamdulillah mujur tiada sebarang kecederaan kerana haversack telah menyelamatkan dirinyer daripada terkena batu. Dalam 20 minit perjalanan, aku terdengar suara ahsui yang berkata "Haa.. jalannyer macam ni la syampai ke puncak". Aku dongak.. hati aku terus menjerit "Omak aiii biar betik!! Pacak dan pacaakkk, huhuhuu..". Masa ni Abg Fahmi dah surrender suruh kami jalan dulu. Tanpa berpikir panjang, aku terus melangkah dengan penuh semangat (penuh kah?? Eheheeee). Naik canak pacak naik canak dan pacaaaakk. Aiiyaaaaaarkk!! Masa ni hati aku dah berkata macam2.. bzz ziungg aku tune semula otak supaya jangan mantel. Sabar, langkah slow2. 

Take 5 takyah cerita la, banyak kali, tak sampai 15 langkah dah take 5. Apa kes? Huhuhuuuu.. Ini bukan pecah mantel tau, tapi satu percubaan untuk mengawal nafas serta langkah supaya tak penat (cehh alasaaann!). Terima kasih pada sobrie sebab rajin memerhatikan langkah aku serta memberikan sokongan padu tanpa mengira penat lelah dia. Lama2 tu aku suruh dia jalan dulu takyah tunggu sebab aku udah kehilangan 0.5 daripada 5 suara atau dalam erti kata lain "mintak nyawa". Ada satu tempat tu kita boleh tengok view dan dari sini aku berkata pada Ina, "Eh Ina, dah dekat lah! Tu ha puncaknyer kot!?" Sambil memuncongkan mulut pada arah yang diperkatakan. Ina mengiya pun tidak menidakkan pun tidak. Senyap seribu bahasa. Ok paham dah.. tengah layan mantel la tuh! Takpe nasib kita serupa.. tulah sape suruh cari penyakit kan?? Hambik ko habuan! 

Selepas puas layan pacaaaaaakk tak hengat, kami dapat juga merehatkan kaki serta tune mantel ketika melalui jalan santai ditepian permatang. Dalam pukul 5 petang hujan mula turun dengan lebatnyer. Ina yang pada awalnyer nak jadi sweeper telah berada di sisi aku. Laju sungguh minah ni berjalan. Di tinggalkan suaminyer, Jus di tengah2 trek, ishkk ishkkk!!! Sukasuki dia ja! Eheheeee.. Walaupun jalan kali ni banyak yang turun naik turun naik tapi aku tetap merasakan keletihan tahap lampu otromen dah jadi merah. Jalan yang santai pun aku dah tak larat nak angkat kaki. Asyik nak berenti je. Tapi saat yang paling paaaaaling menguji kekuatan mantel aku ialah ketika berenti dalam hujan lebat dalam pukul 7.30 malam bagi menghormati waktu solat Maghrib. Sejuknyer yarabbi, Tuhan saje yang tau, sehingga ke tulang. Lutut kiri dan kanan udah mau berlaga, gigi plak dah terketap ketap. Pakaian dah basah tak hengat tahap perah boleh dapat sebaldi penuh. Akibat kesejukkan yang teramat, aku tak sanggup nak berpeluk tubuh. Aku cuma mampu menegangkan tangan serta berpegangan jari kiri dan kanan. Masa ni aku mengambil kesempatan menumpang kasih poncho Ina. Hilang sikit rasa sejuk tu.. terima kasih Ina! Hang la sahabat aku dunia dan akhirat ehehheee.. 

Selepas 15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan yang tidak diketahui entah bila nak sampai puncak. Masa ni mantel aku udah pecah bersepai-sepai. Begitu juga Ina. Kebetulan pulak Pak Ahsui tak bawak headlamp, maka aku dengan penuh rasa prihatin terus menghulurkan headlamp pada dia. Aku dengan Ina hanya mengharapkan lampu suluhan dari Kak Seri & Abg Mudafi. Kaki masuk lobang, terselit kat celah2 balak, tangan calar balar dek pokok duri yang tak geti bahasa semuanyer dirembat lekat selagi boleh serta trek yang asyik mencanak je membuatkan aku semakin mantel. 

Masa ni aku dah terpikir "Kenapalah aku boleh terjebak naik gunung ni?, Eii duduk rumah baring2 sambil tengok tv cerita Kungfu Hustle kan best!, Ehh tarik selimut ni pun layaaann.." Ehh jangan.. Aku cuba tune mantel supaya tidak berpeleseran entah kemana. Aku berikan kata2 semangat pada diri sendiri dengan berkata "Sabar Nina.. sampai atas nanti ok lah.. alahh macam panjat gunung2 sebelum ni, masa kat trek je tak larat tapi bila dah sampai puncak hilang semua keletihan tu apabila melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Aku meneruskan langkah dengan berbekalkan sedikit semangat yang hampir pulih. Dalam pukul 9 malam kami take 5 lagi di satu kawasan yang lapang. Di sini juga kami hampir2 mendirikan khemah, tapi setelah mendengar kata-kata Ahsui "syetengah jam lagi syampai la..". Hooyeeeeeehhh.. hatiku menjerit kegembiraan. 

Tapi aku kehampaan. Setelah penat mendaki stok canak & pacak ehh tiba2 pulak turun menjunam. Ehh chop!!?? Apa kes ni? Entah2 dah salah jalan kot??! Tapi Ahsui meneruskan perjalanan tanpa sebarang komen. Masa ni segala ayat dah terkeluar dari mulut aku & Ina. Kami beristiqfar sengsama setiap kali melangkah balak atau kaki termasuk dalam lobang. Lama kelamaan mantel aku semakin menjunam sehingga PH0.1 sampai tahap merangkak lah! Balak yang rendah takleh lepas pun aku gagahkan diri untuk merangkak dan tetap kata boleh lepas. Aku dah tak peduli orang nak kata apa. Masa nak melangkah satu balak besar, aku sempat menoleh pada Ina dan ketika itu dalam kesamaran cahaya malam aku dapat melihat Ina mengangkat kakinyer menggunakan tangan! (Can u imagine that??) Uikkk!! Apa kes?? Wooo udah pecah mantel tahap otromen lampu merah jugak kah?? Huhuhuuu.. 

Langkah tetap diteruskan, perjalanan harus diteruskan. Nak berhenti pun kena pikir seploh kali, sanggup ke nak mengalami kesejukkan tahap beku tu?? Adakalanyer Kak Seri berhenti lama menyuluh lampu, aku ingatkan dia nak mencari semangat yang telah hilang tetapi silap! Rupanyer dia terlelap daaaaa ishkk ishkk sempat lagi tuh! Sebenarnyer aku dan Ina pun mengalami benda yang sama.. ngantok giler! Jalan jalan dan jalaaannn.. layankan ajek! Aku dapat agak sah itulah puncak yang bakal kami tawan. Sebab daripada tadi lagi kami tuju tang tengah cuma yang mantelnyer asyik turun dan naik sehingga menyebabkan puncak kelihatan sayup2 je. Lumut2 pun dah semakin tebal. Ini bermakna kami sudah semakin hampir tapi.. kenapa pokoknyer masih tinggi2?? Huhuhuuu? Kebiasaanyer kalau dah nak sampai puncak, kita akan dapat melihat pokok2 bonsai tapi ini tidak.. uhh tolooooongggg dengarlah jeritan batinku ini.. aku udah pewaiii! 

Ahsui bagitau 15 minit lagi akan sampai puncak. Tapi sebelum nak sampai tu, kami terpaksa menempuh satu trek stok rock climbing punyer. Adooooii hai.. gayat nyah!! Dengan bantuan Kak Seri serta Ina, aku berjaya memaut serta mengangkang laluan itu dengan jayanyer. Tak lama kemudian aku terdengar suara Amat & Ain berkata "weii puncak weii.. sikit lagi.." Akhirnyer puncak berjaya ditawan!! Alhamdulillah kami (Ahsui, Abg Mudafi, Amat, Sobrie, Taha, Kak Seri, Ain, Ina & Aku) selamat tiba tepat pukul 10.30 malam.Yes yesssslah!! Puncak tak berapa luas. Takde Beirut cuma yang ada hanya batu tanda dan kelihatan juga Plat peringatan daripada Kasih Hutan Kita (KHK). Amat & Sobrie sibuk memasang fly manakala Abg Mudafi memasak air. Kami yang perempuan ni mengambil kesempatan untuk menukar pakaian yang kebasahan akibat hujan berpanjangan. Alhamdulillah juga kami tiba di puncak hujan dah reda. View tak berapa clear ditambah pulak dengan mantel yang masih under treatment eheheeee.. Lalang tinggi2. 

Selesai mengemas, aku ingat nak masak lah. Keluarkan segala barang2 yang ada tapi.. macam mana nak masak?? Periuk belanga takde, beras pun takde, yang ada hanya ayam & gula sahaja huhuhuuuuuuuuuu.. Nasib badaann. Kami layan teh mangga panas perrghh memang layaaann.. hilang sikit rasa sejuk. Masing2 layan teh cicah biskot. Hmm syedap jugak! Eheheeeee.. Tak lama lepas tu dalam pukul 11.30 malam, group yang diketuai oleh Pa`am silap otak tiba. Dan wahh tak sangka.. Zana & Maiza warga OGKL yang baru belajar menceburi bidang panjat memanjat gunung ni telah berjaya sampai. Tabik spring kat mereka. Semangat kuat tu.. Tahniah beb! 

Dalam keadaan kecoh2 tu, tiba2 aku teringat stok ruski yang aku bawak. Apalagas dengan cergasnyer aku keluarkan dan masak. Kasik sikit pada Ahsui dan yang lainnyer kami berjemaah makan pusing satu bulatan. Masa ni jelas kelihatan semangat persahabatan yang cukup kuat antara satu sama lain. Aku seronok melihat keadaan begini. Aku sengih sengsorang. Ina dah memejamkan matanyer. Aku tau dia keletihan yang amat, maklumle member dah lama tak panjat gunung semenjak kahwin kan, mau tak lemau beb! Eheheee.. 

Pada masa ni sempat jugak la Pa`am memberi teka teki teka tekuk nyer. Semuanyer kami berjaya bagi jawapan. Pa`am tak mampu nak buat sesi silap otak ini kerana otaknyer pun telah disilapkan, hambik ko habuan eheheeeee.. Bila masing2 dah keletihan, kami membetulkan posisi bagi memuatkan semua orang. Ada di antaranyer terpaksa berkongsi kasih sleeping beg kerana kebasahan. Aku cari port nak tidur. Huhuhuu penuh. Mana nak landing neh?? Tup tupp ternampak satu ruang di antara barang2 dapur dan juga Ina. Aku pun apalagas cergas landing situ lah! Nak kata selesa tu idakle tapi apa nak buat kan.. mau selesa?? Balik umah laaaa.. Hajat di hati nak layan main daun terup tapi mata takleh nak ditahan lagi. Letak je kepala aku dah terasa berada di awing-awangan. Tiada lagi kedengaran suara2 mereka. Sah semua dah belayar entah kemana. Dan akhirnyer aku pun turut zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz? 

18 Februari 2007 (Ahad) 

"Hoi bangun banguuuuuuunn.. semua bangun. Ini apa ni? Apa yang korang kejar sangat nak sampai puncak sampai sanggup tinggalkan kawan2 lain? Ini ke yang di katakan semangat setiawakan?? Bla bla bla dan blaaaaaaaaaa.." Suara Abg Deeno telah mengejutkan kami semua. Tengok jam henpon pukul 3.30 pagi. Tanpa sebarang bantahan, masing2 bangun, duduk dan terus buat kerja potong sayur. Ada jugak terdengar suara2 sumbang Amat meng'offer' meggie untuk Abg Deeno. Ekekekeeeee lawak lawak.. Tak pepasal Amat kena jadi kambing hitam dan Abg Mudafi jadi gembala.. sukasuki Pa`am je bagi gelaran. Kak Seri pulak cari bawang tak jumpa2. 3 4 kali selongkar tapi tak jumpa jugak. Seingat aku, semuanyer dah disusun, memang bawang ada. Bila Abg Deeno turun, ehh tup tuup terus jumpa bawang. Cehhh apada Kak Seri ni.. musti gelabah ekk? Kuat sungguh aura Abg Deeno ketika itu sampaikan bawang merah bawang putih pun menyorokkan diri ehehhee.. Aku terus memotong bawang dicelah2 pokok. Menu malam yang dibawa ke pagi ialah ayam masak kicap halia, sayur campur. Ina mengambil tempat sebagai chef trip kali ini. Masing2 memberikan kerjasama yang cemerlang. Sekejap je dah siap. 

Kedatangan mereka yang lain kami sambut dengan air teh panas dan biskot kering. Tahniah untuk kura2@baby@apis kerana berjaya sampai ke puncak. Tabik spring kat ko beb! Sape kata kegemukkan adalah salah satu masalah untuk join aktiviti sebegini?? Kini terbukti semua anggapan itu tidak benar belaka. Yang penting adalah semangat, minat serta AZAM yang kuat. Kami di fahamkan, Abg Fahmi, Abg Zaini, Abg Rashid, Fadzil dan Pak Hasyan mendirikan khemah di kemsait pertama (lebih kurang 3 jam perjalanan) dan mereka akan naik pada keesokan paginyer. Siap makan, beramah mesra lebih kurang, terus layan tidur. Susun posisi tidur untuk memberikan ruang kepada kawan2 yang baru tiba dan Alhamdulillah muat. Aku tengok Abg Deeno dah menjadi sebahagian daripada warga DIGI (jaket kaler kuning), tidur dicelah2 pokok, dah tak mengira selesa ke idak, asal boleh lelap sudah. Tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Apa?? 5.30 pagi?? Huhuhuuu.. nak kena tidur neh, esok pagi tenaga diperlukan untuk turun pulak. 

Sedar2 je dah pukul 7.30 pagi. Abg Mudafi tanpa disuruh-suruh terus memasak meehon. Haii trauma malam tadi tak hilang lagi ke? Aku sengih sengsorang sambil mengelap segala pinggan2, mestin2, cawan2 yang kotor untuk diberikan kepada mereka bagi menikmati sarapan pagi. Kawan2 perempuan yang lain turut serta melakukan tugas tanpa disuruh. Bagus diorang ni.. sesuai untuk dijadikan menantu. Menu pagi ini, Meehon goreng dan juga nasik goreng. Menu tengahari, roti pita + nasi goreng lebihan. Semua siap dimasak. Tiba2 aku terasa macam ada sesuatu yang tak lengkap je. Pikir punya pikir.. "Ehh terlupa nak ambik gambar pemandangan lah!!" Detik hatiku. Aku bingkas bangun dan menjalankan tugas yang diluar dari suruhan. Terima kasih kepada paparazzi Azizan kerana sudi menjadi mentorku ketika itu. Hasilnyer bolehlah dikatakan memuaskan, maklumle aku ni baru belajar nak jadi mamarazi tanpa batasan. 

Tak lama selepas itu, kedengaran suara para pendaki yang baru naik. Kami menyambut kedatangan mereka dengan tepukkan semangat sambil menjerit "Cayalaaahh.. selamat datang.." Aku terus pergi tukar pakaian trekking semalam. Uhhh sejuk giler aaaaaahhh!!! Selesai menjamu sarapan pagi, sesi wajib iaitu sesi ber'fotogedik' pun diteruskan. Terserlah kepuasan di wajah masing2. OT ke shif malam ke kami tak kisah janji selamat tiba puncak. Bunga Pakma tidak ditemui. Mengikut kata guide, bunga pakma ketika ini sudah kering, layu menanti gugur. Hmmm takde rezeki nak tengok. Takpe, kepuasan setelah berpenat lelah sampai pecah bersepai mantel telah dicapai ketika berada di puncak gunung tangga. InsyaAllah kalau sudah hilang rasa calar balar ditangan dan juga di mantel serta telah melupakan trek gunung tangga, aku akan datang semula ke sini (sanggup kah??). 

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami bergerak turun sedikit demi sedikit. Kepala lutut aku dah terasa getarnyer. Penyakit gayat sudah marii.. Kegayatan aku terserlah ketika melalui trek ala2 rock climbing tu dan berbekalkan semangat serta sokongan kawan2, aku berjaya juga turun.. yeslah!! Agas mengiringi langkah kami. Aku menjadi tidak selesa. Bak kata Azizan "Agas ni duk merempit kat telinga aku je.. duk prengg preeenngg dan ada jugak yang kamikaze terus seludup masuk tanpa kebenaran dalam lubang hidung dan juga telinga. Lubang hidung?? Hmmm.. setakat itu, lubang hidungku yang menjadi pujaan ramai terselamat daripada keganasan kamikaze agas, cuma mulut dan muka aje yang kena serang. Kak Seri memberikan ubat sapu bagi mengelakkan gangguan serangga sebegini tapi hampeh tak makan saman jugak! Sah agas ni memang spesis degil macam gembala dan juga kambing hitam tu eheheee.. Terpaksa ambik daun besar untuk dijadikan kipas bagi menghalang serangan agas. Kami berhenti untuk menikmati makanan tengahari di kemsait "Fahmi". Layan air syedap, borak2 gelakkan orang itu orang ini. Pukul 2.30 petang aku meneruskan perjalanan. Masa ni dan aku dah terasa seperti nak "yayak". Hmm takleh jadik ni, udah berada dihujung tanduk. Aku pun mengambil keputusan bergerak secara pantas. Habis semua orang yang dijumpai aku kasik "hon" kecemasan. Lama kelamaan aku keletihan. Trek semakin lunyai. Stok asah bontot beb! Alaaahaii.. Terus terbantut hajat murniku itu. Perjalanan diteruskan. 

Tepat jam 4 petang aku bersama2 dengan zana, maiza, kak seri, pa`am tiba di last water point. Kami mengambil masa untuk berehat menikmati kesejukkan air. Hajat di hati nak terjun tapi terpaksa aku simpan disebabkan airnyer sejuk tahap air dalam peti ais lah! Aktiviti rendam2 kaki je la sambil membasuh stoking & kasut yang sudah dipenuhi lumpur. Kami mejadi pembajak yang berjaya pada hari ini ehehee.. 4.30 petang aku meneruskan langkah. Tak sabar rasanyer nak sampai bawah. Lutut dah semakin longgar. Semasa melalui trek balak, kami terserempak dengan sekumpulan anak2 gadis orang asli. Kami difahamkan mereka hendak pergi ke pasar malam yang di adakan di perkampungan orang asli berdekatan iaitu di kawasan rumah pak hasyan. Pergghh selamber je mereka ni meredah hutan & air yang agak deras. Kagum aku bila melihat 2 orang kanak2 ribena lebih kurang berumur 5/6 tahun dengan penuh selamba menuruni bukit dan meredah sungai. Ahh dioarang boleh, takkan kita tak boleh kan?? Lepak2 layan air sat, abg deeno & pa`am telah bersiap sedia membuka t'shirt untuk memulakan penerjunan mereka. Eii tak sanggup teman, syejuk lah!! 

Dari kejauahan sudah kedengaran lagu alunan dari pasar malam berhampiran. Aku, maiza dan yanti berlegar2 melihat pasar malam itu. Sempat la jugak melayan goreng pisang rangup. Borak punya borak sampai lupa diri.. aku keseorangan. Maiza dan yanti dah bergerak dulu. Aku pun melangkah slow2 menuju ke pos brooke. Ketika melayan blues di jalan raya, abg polis memberikan satu hon yang cukup kuat dan menjerit "Nak tumpang ke?". Aku sengih je dan memberikan isyarat tak mengapa. Cehh jual mahal!! Kaki sudah terasa sengal. Selekoh pos brooke semakin hampir, langkahku semakin laju, tak sabar nak mandi wehhh. Ehh tiba2 je saf menghon aku dari belakang dan mengajak aku pergi ke perkampungan orang asli tu sebab tak jumpa laki dia katanyer. 

Orang asli situ sudah tipu sama dia lah! Kesian ko saf.. eheheee. Tak pepasal aku jadik mangsa kena patah balik ishk ishkk. Rugi aku berjalan kaki tadi tauu. Sambil tunggu turn mandi, aku berborak dengan kak? orang asli yang bertanggungjawab menjaga balai orang ramai di situ. Seronok berborak dengannyer sebab bahasa yang digunakan sama seperti bahasa kita. Kemudian aku difahamkan kemsait di Jabatan Perhutanan telah penuh, dan kami sebulat suara bersetuju untuk menyewa sebuah rumah dengan harga RM5 sekepala. Kira orait la tu.. lagi best lepak kat rumah, dapat jugak melepaskan rasa kerinduan pada rumah. 

Kemeriahan semakin terasa.. Support crew pun ada. Terima kasih kepada makcik kantin (saf), makcik cashier (kak fazed), makcik sehelai sepinggang (wife pa`am.. apa nama dia ekk?) dan juga makcik kecoh sekampung + stok makanan tambahan (kak eryn) kerana tanpa mereka kami tak dapat nak berehat dari memasak. Terima kasih kawan2. Masa ni dapat dilihat cara jalan masing2 dah lari dari biasa. Kengkang daaaaaa ekekkeeeeee.. itulah penangan gunung tangga. Sempat jugak aku bukak "kedai urut mengurut" dalam bilik perempuan eheheeeeee.. 

Selesai makan, sesi suai kenai dimulakan. Masing2 mengambil port yang selesa. Macam2 cerita yang ada. Sesi silap otak tidak perlu di adakan ini kerana melihatkan otak peserta + ajk yang sudah pun disilapkan tanpa perlu kerja keras dari prof silap otak, pa`am. Walaupun kedengaran suara anak2 support crew menangis pada malam yang meriah itu kami tetap tidur dengan penuh selesa. Itu bukanlah satu gangguan mantel yang begitu teruk. 

Kisah2 lawak yang tak diceritakan:- Bulat pecah mantel bersama-sama suaranyer yang hilang bersepai di tengah trek. Sepasang suami isteri + abg amir menukar pakaian untuk tidur di tengah trek dan kemudiannyer telah di jerit oleh abg deeno dan memaksa mereka menukar pakaian basah bagi meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Ini kerana periuk belanga ada pada mereka. Kami pecah mantel apabila pak hasyan menjawab setiap persoalan berapa lama lagi nak sampai puncak dengan jawapan 1/2 jam memanjang huhuhuu.. mantel mantel!! Kes isteri meninggakan suami di tengah2 trek ahakss..! Kes orang silap otak tertinggal pakaian isteri dan anak membuatkan mereka sehelai sepinggang ketika tiba di Cameron highland. KBA telah menjadi perhatian setiap orang yang memandangnyer dipam minyak brinchang hanya kerana kesan calar balar di kedua2 belah tangannyer. Di antara perbualan yang aku ingat:- Gadis pam minyak: "Ehh abg kenapa tangan ni?" KBA: "Entahla, abg pun tak pasti kenapa.." Gadis2 disitu kehairanan.. tiba2 KBA jawab: "Abg terkena gangguan kat atas tu la.." Mereka ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Eeheheeeeeeeee ganas la lu beb! 

Berpegang pada kata2 abg deeno "Gunung gunung jugak, kawan kawen jangan dilupakan", dari brinchang kami terus bergerak ke sungkai untuk menghadiri majlis perkahwinan paeisan & eita. Alhamdulillah semua selamat tiba dan pengantin pun telah selamat didera oleh kami.. mintak lauk pauk ekekeeeeee.. nasib la ek! 

Pukul 6.30 petang kami berpecah dan meneruskan perjalanan menuju ke destinasi masing2. Aku tiba di rumah pada pukul 9.05 malam. Terima kasih kepada Jus dan Ina kerana sudi menumpang kasihkan diriku yang begitu berharga ini serta menghantar aku sehingga depan pintu pagar rumah. Toche toche? 

Pada pendapat aku, trip kali ini memang cukup mencabar dari segi mantel dan fizikal. Walaupun mantel telah bersepai tapi kami berjaya menawan puncak gunung tangga yang sememangnyer TANGGA turun naik turun naik. Trip ini jugaklah yang mencipta sejarah paling meriah dengan keluarga yang membawa anak2 mereka. Dah macam family day la pulak eheheeee.. Pada mereka yang nak memanjat gunung tangga ini dinasihatkan supaya memastikan anda mempunyai AZAM dan mantel yang cukup kuat. Tapi aku rasa kalau otai2 yang pergi takde masalah la.. tapi.. jangan pandang "enteng" pada mana2 gunung yang kurang dikenali atau dijelajahi seperti tangga ni. Disebabkan pandangan "enteng" itulah ramai yang pecah mantel. Tak kira la guide ke otai ke hape ke semua kasik pukul sama rasa dan sama rata ekekekeeeeeeee.. Tahniah pada syamil pelopos generasi baru yang berumur 14 tahun kerana telah berjaya menawan gunung tangga bersama-sama ayah kesayangannyer abg zaini resaksa. Otai lama abg mudafi pun mengagumkan aku, walaupun umur sudah menjangkau ke angka 50 tapi masih lagi gagah serta menurut perintah abg deeno yang menyuruhnyer menjadi sweeper bagi menebus kesalahannyer menjadi pengembala kambing hitam eheheeee.. Sehingga kini kebas di ibu jari kaki kiri dan kanan masih terasa. Itulah hadiah dari gunung tangga yang tidak mungkin dilupakan.

Nina sepai


Monday, 22 July 2013

L07: Ekspedisi G. Tangga versi Abg Zaini




CATATAN PERJALANAN:

EKSPEDISI GUNUNG TANGGA, CAMERON HIGHLAND

16hb Feb ~ 19hb Feb 2007

Baru-baru ini saya berpeluang melakukan ekspedisi menawan puncak Gunung Tangga di Cameron Highland bersama Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan OGKL. Kali ini saya membawa bersama anak saya yang berumur 15 tahun bagi pendedahan awal dalam aktiviti lasak ini.

Eskpedisi bermula di tempat letak kereta Bangunan Daya Bumi, Kuala Lumpur pada hari Jumaat 16hb Feb 2007. Kami dikehendaki berkumpul di hadapan Restoran Teratai, Daya Bumi sekitar jam 10 malam dan dijadualkan bergerak ke Cameron Highland jam 11.00 malam. Dan kami di jangka tiba di Kg raja, Cameron Highland jam 3.00 pagi.

Oleh kerana keadaan jalan raya yang sesak sempena cuti Tahun Baru Cina, majority peserta tidak dapat tiba di Restoran Teratai seperti yang di jadualkan kerana tersekat di dalam kesesakkan lalu lintas.

Jam 12.00 malam barulah semua peserta dapat berkumpul termasuklah seorang peserta, sdr Taha, yang datang dari Kelantan. Taklimat ringkas mengenai perjalanan diberikan oleh sdr Deeno selaku president kelab OGKL yang juga bertindak sebagai ketua ekspedisi pada kali ini.

Ekspedisi kali ini akan disertai oleh 17 orang peserta lelaki dan dibantu oleh 8 orang peserta perempuan. Selepas bekalan makanan diagihkan oleh AJK, kami bertolak ke Cameron Highland menaiki 7 buah kereta. Sorang peserta telah memberitahu bahawa beliau akan menunggu konvoi kami di R&R rawang.

Disebabkan keadaan lebuh raya utara selatan agak sesak sempena cuti panjang, kami terpaksa berpecah dan berjanji akan berkumpul di Tol Simpang Pulai, Perak.

Kami tiba di Tol Simpang Pulai sekitar jam 5.00 pagi. Di sini kami terpaksa menunggu semua kenderaan konvoi sampai sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Raja, Cameron Highland.

Jam 5.30 pagi, setelah semua kenderaan konvoi tiba, kami bergerak ke Kg Raja yang terletak lebih kurang 1 jam perjalanan. Kami tiba di Masjid Kg Raja jam 6.30pagi. Tanpa membuang masa, saya menunaikan solat subuh di situ.

Sebahagian dari AJK mengambil kesempatan ini untuk menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari (pack lunch). Selesai solat subuh, peserta di arahkan untuk menukar ke pakaian trekking kerana kami difahamkan akan berhenti sekejap sahaja di Kg Pos Brooke.

Kami disajikan dengan sandwich sardine sebagai sarapan pagi dan nasi goreng untuk makan tengahari. Sedikit kudapan telah diberikan sebelum ini untuk makanan “on trek”.

Kami bergerak ke kg Pos Brooke sekitar jam 9.30 pagi dari masjid Kg Raja. Setelah meletak kereta di kawasan sekolah kg pos brooke. Kami bergerak ke starting point iaitu rumah pemandu arah (guide),Pak Hassan.

Guide kami kali ini ialah Pak Hassan yang pada anggaran saya berumur sekitar pertengahan 50an. Pak Hassan dibantu oleh dua orang guide lagi iaitu Asoi dan Alam yang hanya berumur 15 tahun.

Setelah melakukan sedikit regangan kami memulakan penjalanan ke puncak Gunung Tangga sekitar jam 10.30 pagi. Gunung Tangga mempunyai ketinggian 2104 meter dari aras laut.

Dari kampung pak hassan, kami terpaksa menyeberangi sebatang sungai yang pada ketika itu agak deras arusnya oleh kerena hujan di hulu. Tetapi berkat semangat setia kawan, kami dapat menyeberanginya dengan selamat.

Selepas sungai kami terpaksa menempuh trak balak yang agak landai kecerunannya tetapi jauh. Perjalanan menjadi semakin sukar.

Hampir 1 jam berjalan trek bertukar menjadi semakin kecil tetapi masih mendatar dengan sedikit menegak. Sepanjang trek ada beberapa anak sungai yang terpaksa kami lintasi. Itu tidaklah menjadi masalah kepada kami.

Setelah berjalan hampir 3 jam kami tiba di “Last Water Point (LWP)”. Ianya hanyalah sebatang sungai kecil di tepi trek. Di sini kami mengambil kesempatan untuk makan tengahari dan solat zohor/asar secara jamak.

Jam 2.30 petang, kumpulan pertama sudah pun bergerak meneruskan perjalanan ke puncak. Terdapat beberapa peserta yang masih lagi belum selesai menunaikan solat zohor.

Sdr fahmi telah di tugaskan sebagai “Lead Trekker” bersama-sama guide Asoi. Manakala Deeno telah mengambil posisi selaku “Sweeper” dibantu oleh guide Pak Hassan.

Setelah 30 minit berjalan, trek tiba-tiba bertukar menjadi semakin menegak. Anggaran kasar kecuramannya sekitar 60 ke 70 darjah. Perjalanan menjadi amat sukar. Kelajuan kami terpaksa di kurangkan.

Oleh kerana agak penat sdr fahmi terpaksa memperlahanakan pergerakkan beliau dan melepaskan beberapa peserta lain untuk mendahului bersama Asoi.

Disebabkan agak kepenatan saya mengambil keputusan untuk berjalan bersama-sama sdr fahmi kerana kelajuan kami agak sama. Adalah penting untuk mengekalkan “phase” semasa mendaki supaya kita boleh berjalan dengan selesa tanpa banyak berhenti.

Hampir 1 jam kami terpaksa meredah trek yang menegak tadi barulah trek bertukar menjadi agak landai tetapi masih mendaki. Kami tingkatkan sedikit kelajuan berjalan berbanding dengan tadi kerana khuatir kami tidak dapat sampai ke puncak sebelum matahari terbenam.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 4 petang, bayangan puncak masih belum kelihatan. Trek sekali lagi bertukar menjadi tegak seperti sebelum tadi. Perjalanan sekali lagi menjadi perlahan.

Jam 5.45 petang, hujan telah turun dengan lebatnya. Oleh kerana kesejukkan dan agak sukar mendaki, saya dan fahmi mengambil keputusan untuk berteduh dahulu sebelum meneruskan pendakian. Kami terpaksa membuat perlindungan dengan fly-sheet yang telah dibawa oleh fahmi kerana tidak ada pokok besar untuk berteduh di sekitarnya.

Sementara menunggu hujan reda, kami sempat melelapkan mata dalan keadaan duduk di bawah fly-sheet. Mungkin kerana kami kurang tidur semalam.

45 minit berlalu, kami dikejutkan dengan suara sdr Azmin yang tiba-tiba menyelak flysheet kami. Rupa-rupanya Azmin, Deeno, Hafiz dan Fadzil sudah pun sampai bersama Pak Hassan. Mereka merupakan orang terakhir.

Deeno mengarahkan kami meneruskan perjalanan kerana menurut Pak Hassan jarak dari situ ke kem site hanyalah 30 minit. Saya dan fahmi bergegas bangkit dan menyambung pendakian didalam hujan renyai-renyai. Pendakian menjadi semakin sukar kerana keadaan trek menjadi semakin licin disebabkan hujan.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 6.45 petang. Saya telah pun mengeluarkan lampu suluh bagi membantu pendakian kerana hari semakin gelap.Pendakian diteruskan. Target kami adalah kem site yang terletak dihujung trek “canak” itu. Kami tiba di kem site sekitar jam 9 mlm. Setiba di kem site, kami dapati hanya sdr Rashid sahaja yang menunggu kami kerana kesemua kumpulan hadapan sudah pun bergerak ke puncak.

Oleh kerana sdr fadzil sudah tidak mampu berjalan, Deeno sebagai ketua ekspedisi mengarahkan kami untuk bermalam di situ sahaja. Akan tetapi setelah mengeluarkan barangan dari beg kami, hampir semua peralatan-peralatan memasak seperti dapur, periuk, kuali dan lantern berada dengan kami. Ini bermakna kumpulan hadapan tidak akan dapat memasak makan malam kerana ketiadaan peralatan.

Setelah berbincang, Deeno, Hafiz dan Azmin mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke puncak memandangkan kumpulan hadapan akan kebuluran jika peralatan memasak tidak sampai kepada mereka pada malam itu.

Fahmi dan saya ditugaskan untuk menunggu Fadzil dan Rashid di kem site dan akan meneruskan pendakian ke puncak pada besok pagi. Kami ditemani oleh Pak Hassan pada malam itu.

Kami mengumpulkan makanan yang ada untuk makan malam. Maggi, bubur nasi, soup cambel dan roti pita merupakan menu kami pada malam itu. Deeno bersama-sama Azmin dan Hafis meneruskan pendakian. Dua khemah telah didirikan di atas trek.

Setelah mengalas perut secara ala kadar, kami semua masuk tidur kerana kami terpaksa memulakan perjalanan ke puncak seawal jam 6 pagi. Pak Hassan telah membuat unggun api untuk tujuan keselamatan dan memanaskan badan. Beliau hanya tidur di tepi unggun api beralaskan ground sheet dan di tutup kan dengan fly sheet sahaja.

Jam 6.00 pagi kami bangkit dan bersiap untuk ke puncak. Selepas membuat kopi panas sebagai alas perut , kami berempat meneruskan pendakian ditemani oleh Pak Hassan. Sekitar jam 7.30 pagi kami memulakan pendakian.

Perjalanan agak laju kerana kami telah meninggalkan beg di kem site dan hanya membawa botol air sahaja.Setelah hampir 2 jam mendaki, kami akhirnya telah sampai di puncak Gunung Tangga jam 9.30 pagi.

Saya difahamkan kumpulan pertama sampai di puncak semalam sekitar jam 10.30 malam dan Syamil tiba di puncak sekitar 11.30 mlm.

Oleh kerana pada masa itu peralatan memasak masih belum sampai, beliau telah memasak maggi yang telah saya masukkan kedalam beg beliau. Alhamdulillah segala tunjuk ajar saya selama ini beliau dapat mempraktikkan.

Walaupun baru berusia 15 tahun, pada satu ketika beliau mampu mendaki berseorangan. Dan berkat latihan yang diberikan di Gunung Nuang, beliau dapat cekalkan hati untuk meneruskan perjalanan sehingga ke puncak. Di harap ekspedisi ini menjadi sebagai titik permulaan bagi beliau untuk meneruskan aktiviti mendaki gunung.

Saya juga difahamkan bahwa sdr Deeno tiba di puncak sekitar 2 pagi bersama peralatan memasak. Dan mereka hanya dapat menjamah makan malam sekitar jam 4 pagi. Sesuatu yang kita perlu ucapkan terima kasih kepada Deeno kerana bersusah payah demi kepentingan semua peserta.

Sekitar jam 11 pagi, setelah makan sedikit sarapan yang disediakan dan mengambil gambar, saya, Syamil dan Fahmi, Rashid dan Fadzil memulakan perjalanan turun kerana kami perlu sampai awal ke kem site semalam untuk kemaskan barangan kami.

Peserta yang lain masih lagi belum siap berkemas. Oleh kerana Syamil agak kepenatan saya mengambil keputusan untuk membawa beg beliau sehingga lah ke kem site.

Di tengah perjalanan beberapa peserta yang agak laju telah memotong kami termasuklah sdr Deeno. Kami tiba di kem site sekitar jam 12.30 tengahari. Saya terus mengemas khemah dan barang-barang lain. Sementara menunggu peserta lain yang masih belum sampai, saya mengambil keputusan untuk makan pack lunch yang telah disediakan di puncak tadi.

Jam 1.30 tghahri, saya, Syamil dan Fahmi bersama abg Soi bergerak turun. Kami berada dibahagian hadapan kerana kami berjalan agak perlahan. Syamil mengambil keputusan untuk bersama saya kerana beliau agak kepenatan dan ingin memperlahankan kelajuannya.

Perjalanan turun agak mencabar kerana kecuramannya. Perjalanan menjadi perlahan kerana keadaan trek yang licin disebabkan hujan semalam. Beberapa kali saya tergelincir. Nasib baik saya membawa walking stick yang banyak membantu mengimbangi berat badan saya semasa turun. Walking stick jugak dapat mengurangkan tekanan kebahagian lutut.

Semasa turun kami agak jarang berhenti “take five” seperti mendaki kerana perjalanan turun tidaklah memenatkan.

Kami tiba di last water point sekitar jam 4 petang. Pada mulanya saya ingin berehat agak lama disini dan menunaikan solat zohor / asar tetapi apabila abg Soi memberitahu bahawa perjalanan hanya tinggal lebih kurang 1 jam sahaja lagi kami meneruskan perjalanan ke Kg Pak Hassan.

Setelah hampir 1 jam berjalan kami tiba di trek balak. Oleh kerana kaki sudah agak sakit saya dan syamil mengambil keputusan untuk menukar ke selipar. Kami memperlahankan perjalanan kerana kami sudah tahu Kg Pak Hassan hanyalah 20 minit dari situ.

Kami tiba di sungai yang kami lintas di hari pertama jam 5.30 petang. Di situ beberapa peserta mengambil keputusan untuk membersih diri dan mandi. Kami turut mandi dan menunaikan solat ditepi sungai tadi.

Pukul 6.30 mlam saya dan Syamil tiba di Kg Pak Hassan. Saya meninggalkan beg di situ untuk pergi mengambil kereta yang kami tinggalkan di sekolah Pos Brooke. Saya tiba di Sekolah kampong Pos Brooke sekitar jam 7.30 malam.

Menurut Deeno, kami sepatutnya akan bermalam di kem Sungai Pauh di kg Raja tetapi oleh kerana peserta terakhir masih belum sampai Deeno mengambil keputusan untuk bermalam di Pos Brooke sahaja. Lagipun kemudahan di situ boleh dikatakan cukup memuaskan.

Sdr Rashid yang mengalami kejang otot yang agak teruk tiba di sekolah sekitar jam 8.30 malam bersama Abg Murdafi. Pihak AJK telah menyewa sebuah rumah untuk kami bermalam. Lengkap dengan kemudahan air dan bekalan elektrik menggunakan generator. Jadi tak payahlah kami mendirikan flysheet atau khemah.

Kamidihidangkan dengan makan malam yang agak lazat. Menu makan malam kami pada malam itu ialah rendang daging, ikan kering goreng, sayur air dan popedum. Setelah kenyang makan malam, kami telah mengadakan malam suai kenal yang tidak dapat dilakukan di puncak semalam seperti kebiasaannya.

Keesokkan hari nya setelah selesai membeli sedikit sayur untuk dibawa pulang kami semua secara konvoi menuju ke rumah sdr Paie yang melangsungkan majlis perkahwinan beliau di Sungkai. Selesai menjamu selera, kami semua bertolak menuju ke Kuala Lumpur. Ekspedisi Menawan Gunung Tangga tamat di sini.

Sekian dan jumpa lagi di lain ekspedisi.

Oleh Mozaini

Tuesday, 16 July 2013

L07: Kronologi sakit Uncle Usop di GGT

Tarikh: 17 Jun 2007
Tempat: Puncak G. Gajah Terom


Sedang yang lain mula turun, uncle mula mengadu sakit di bahagian lutut. Azizan yang kebetulan masih berada disitu cepat-cepat mengeluarkan steteskop doc. untuk memeriksa keadaan uncle usop.


Sakit yang pada awalnya bermula di lutut terus naik kebahagian dada... namun uncle masih mampu bertahan


Setelah menyerang bahagian dada, kesakitan terus menular ke bahagian ketiak... ketika ini Dr Azizan merasakan beliau perlukan khidmat pembantu untuk menghilangkn penyakit uncle. hehehe


Pok Ya & Pok Kadir terus menghulurkan bantuan kepada uncle usop. Dengan tak semena-mena sakit itu terus menular ke tubuh Pok Kadir. Dr Azizan terus memeriksa dada pak kadir. Kata pak Kadir rasa geli di bahagian dada. Tu yang tersengih jer tu.. :)


Dr Azizan mula memeriksa uncle & mendapati tekanan jantung & darah beliau mula stabil... mungkin atas bantuan 2 guide berjaya menakutkan & menyembuhkan sakit beliau.


Uncle dah ok & kembali meneruskan perjalanan menuruni puncak GGT...Syukur sakit GGT (Gurau-Gurau Tu) sekejap jer..kalo lambat memang dah kena jerit la!!! hahhahhaha

"dah!dah! turun cepat!! nak kemas khemah lagi nak jwb trek turun lagi..jadi jadi la tu...@#%^^&(())&%$###!!!! " hahahhaha

-deeno-


Friday, 12 July 2013

L07: Ekspedisi Bah Gading versi Cuna



Report XPDC Bah Gading versi Cuna. Jalan cerita yang menarik dan penuh dengan unsur-unsur suspen. Walaubagaimanapun, tahniah kepada Cuna kerana berjaya sampai ke puncak Gunung gred C, trek balaknya pula gred A, dan pulang dengan selamat.


13th July 2007 [Jumaat] 
Petang Jumaat tu, semakin rancak plak jantung aku ni berdegup, iyelah malam ni nak bertolak ke Bidor dah dan seterusnya ke Gunung Bah Gading. 1st time ni nak pegi aktiviti Gred A anjuran OGKL. Perasaan masa tu antara seronok + seriau… huhuhu.

Lepas kerje, tepat pukul 4.30pm aku kuar opis dan balik ke rumah dulu (tapi aku bukan keje gomen ye). Lepas maghrib, aku drive ke bangunan MAA, nak mintak tumpang parking kete kat situ. Dah buat appointment ngan Muzammil. Lepas tu, member MAA kitaorg yg lain tolong hantar aku & Muzammil ke Restoren Teratai. On the way, DeenDang tepon Muzammil, tanya kat mana dah. Takder org kat sini katanya, masa tu kalau tak silap baru pukul 8.30pm lebih. Kami ahli2 yg baru join ni takut nak datang lambat, nanti apakata OGKL plak... hehehe. Aku & Muzammil mungkin org yg ke-3 & ke-4 yg sampai. Masa tu DeenDang dah borak2 ngan Amir.

Deeno (Presiden OGKL) bagi taklimat tapi dia tak pegi. Rupanya kali ni kitaorg ikut ketua rombongan Che Din… erk bukan rombongan Cik Kiah ye. Malam tu bas kami bertolak lebih kurang pukul 11.00pm. Singgah di Rawang R&R (kalau tak salah ler) utk minum2 dan buat apa2 yg patut dulu. Sebelum turun bas, Abg Fahmi berpesan, “kat campsite nanti saya nak nengok 39 botol air 1.5 liter ok”. Laku sungguh kedai yg jual air mineral 1.5 liter malam tu.

14th July 2007 [Sabtu]
Sampai di Bidor dalam pukul 1.00am. Lebih kurang dalam 15minit sebijik 4WD datang. Group pertama berlepas dulu, tak tau pukul berapa dah masa tu. Aku naik 4WD trip yg kedua. Masa tunggu ketibaan 4WD tu, mak oiii… lama sungguh rasanya. Dalam hati aku, mesti jauh giler ni. Rerupanya dorang sesat, pasal tu lama ke main… Hehehe. Kitaorg yg menunggu di anjung Masjid sampai terlena2 dibuatnya. Tiba2, (saspen ni), dengar bunyi sesuatu menghampiri kami di Masjid, ingatkan 4WD tu dah sampai, rupanya penduduk tempatan situ (gaya macam ala-ala org Masjid) dgn menaiki motor datang ke arah kami dan bertanya itu-ini. Nina ler yg menjawapnya.

Akhirnya, dalam kul 4.00am lebih baru 4WD utk trip yg ke-2 sampai. Mak oii… ni kul berapa baru nak abis angkut semua org ni. Tapi yg peliknya kitaorg sampai ader ler dalam ½ jam jer ke tempat dorang (the 1st group) berkumpul. Patutler cepat, tempat tu bukannya Pos Gedong rupanya. Sarapan pagi tu disediakan oleh Kakak Kantin OGKL iaitu Nina, sedap masakannya.

Selepas berkemas, berexercise (diketuai oleh Pakli) dan bacaan doa, kami pun memulakan perjalanan kami ke Pos Gedong. Aku jalan ngan Ida. Dia ni 1st time join trip ngan OGKL. Seperti biasa, lepas sorang2 potong aku dan Ida. Kitaorg jln mcm kat tepi pantai jer… Kekeke. Akhirnya, tinggal aku & Ida… kat belakang sket bebudak UTK & AJK Sweeper.

Dipendekkan cite, masa kat trek balak tu, kitaorg jumpa sorang penduduk situ & bertanya pasal Pos Gedong tu. Dia cakap tak jauh dah, sini ada jln shortcut, dia pun tunjukkan. Rupanya itu jalan pintas ikut laluan semak. Erk… semak ke hutan yek. Kami berdua jer plak tu, Ida dah panic dah… dia cakap takmohlah. Aku pun sama jugak sebenarnya. Kang tak pasal2 sesat, sure kena marah nanti. Tup-tup kat belakang lalu ler si Pisang & Emma. Aku citer lah kat dorang ader shortcut, tapi suh dorang lead the way pasal dorang lebih experience. Mamat tu kata dekat jer, kitorg suh dia tunggu belah sana. Dalam hutan tu… kitaorg trekking, dengar dia jerit dari sebelah sana. “Ok ker?” Pisang jawap, “haaa… Ok Ok”. Mamat tu “Saya pegi dulu ye…” Kami balas… “Ok, Ok.. jumpa di Pos Gedong” (Memang jumpa pun… hehehe). Mcm thrill jer jln shortcut tu kan kekeke. Kuar jer dari situ, trekking kat laluan balak balik, pastu kat depan dah jumpa Pondok Durian tu. Baby ader ler kat situ, terus jadi kitaorg punya guide plak. Sebab kitaorg jalan berdua jer, lagipun depan tuh dah nak sampai dah. Aku nampak ramai yg dah lepak2 bawah pokok durian tu. Sebelum meneruskan perjalanan kami makan dulu bihun goreng yg telah ditapau sambil bergurau senda dan berkenalan sesama kami.

Lepas rehat, sambung trekking… nak kuar dari Pos Gedong kena lalu celah2 kebun durian. 1st time aku trekking kepala dongak ke atas… hehehe. Aku trekking ngan Ida lagi… adalah sekali-sekala terserempak ngan yg lelain. Untuk ke campsite, kami melalui laluan sungai. Keluar masuk sungai, menyebabkan kaki aku mula terasa sakit… kasut abis basah kuyup. Tak terkira berapa banyak sungai dah aku randuk. Ada diantara kami yg amik peluang berendam. Tapi aku tak mandi atau berendam dlm sungai tu… dalam kepala cuma pikir, bilalah nak sampai ke campsite ni. Laluan sungai yg terakhir, kitaorg berdua jalan dulu… sebab bebudak UTK dan AJK Sweeper nak berpiknik dulu. Takpelah, aku cakap jumpa lagi nanti sebab kitaorg jln slow2 aje.

Keluar dari trek sungai, sampai kat trek balak balik, kitaorg dah tak tau jln mana satu. Ada anak panah tunjuk ke arah kiri tapi yg ke arah kanan tu mcm menaik… takkan campsite arah menurun plak. Takleh nak buat decision, aku dan Ida pakat lepak tepi jalan balak tu tunggu bebudak UTK & AJK Sweeper. Lebih kurang 45minit kitaorg tunggu… jam nak dekat pukul 5.00pm waktu tu, dorang tak muncul2 gak. At last, yg muncul Jus & Che Din. Aku dah mula sebak dah… Je je jeng… hehehe. Mana taknya, dah ler kitaorg tunggu lama… rerupanya dorang buat makan2 tepi sungai tu… dan tak ajak kami pun… hehehe.

Jus & Che Din jadik kitaorg punya sweeper plak… Trekking punya trekking… Che Din hilang. Jus cakap dia tunggu yg lain2 kat belakang. Trekking lagi kami bertiga, jumpa anak sungai… Jus turun kat sungai tu (amik air kot)… sebab tak sure yg tu last water checkpoint ker. Aku dah amik air siap2 dah kat sungai yg last tu. Kitaorg pun jln dulu, sebab aku ada penyakit takleh berenti lama2 nanti berenti terus… hehehe. Kat depan, iaitu kat yg betul punya last water check point, bertembung plak ngan Abg Fahmi, Syuk & Wafi (kawan NieFeng). Syuk & Wafi tido2 ayam masa tu, Abg Fahmi amik air pastu siap masak2 air kat situ. Wah… dalam hati aku, ooo ni nak dekat dah ni. Aku pun tanya Abg Fahmi, berapa jauh lagi. Dengan selambanya… sambil mengangkat air sungai… 2 jam je lagi… jawap Abg Fahmi. Masa tu aku rasa “dunia bukan ana yg punya”… biar benar abg Fahmi ni. Aku bagitau Ida, ala dia saja jer cakap 2 jam sebab nak suh kita cepat. Siap tanya Ida, nanti dah sampai campsite nak turun balik ker kat sini nak mandi2… sebab ingat dekat dah dan kitaorg dah berjalan 1jam dah masa tu… (Fairos bagitau jalan balak tu sejam jer sampai campsite….. tapi dia tak bagitau, itu sejam kalau kita berlari ler… isk haru betul ler).

Abg Fahmi suh kitaorg lepak dulu ngan dorang kat last water checkpoint tu, tapi aku & Ida nak terus jugak naik sebab takut kena OT… Waktu tu dah kul 6pm lebih dah… Kitaorg naik jer berdua… sampai ketika mental dah “0” (zero) dah. Dekat satu trek, mcm semak sket… jln trek dah tak nampak dah. Ida taknak naik… dia nak tunggu org belakang. Aku pun sama ler jugak hehehe. Tunggu punya tunggu (lama gak lah kitaorg tunggu), bebudak kat bawah tak naik2 lagi… aku nekad pegi riki dulu trek semak tu, nampak jalan tapi mcm genting jer jalan tu. Aku tak kira, nak gak lepas dari area tu. Kami pun lepas… (rupanya takder ler genting sangat, tapi sebab kitaorg punya mental dah zero, sumer benda jadi genting… hehehe). Hari dah gelap, jalan-jalan ke depan, tup-tup Wafi & Syuk dah ada kat belakang kami. Ida depan sket dari aku. Aku dah nak nangis dah… sebab hari dah gelap… kena OT. Headlamp plak tak se-terang lampu kat bilik umah aku tu… huhuhu. Wafi offer nak tolong bawak beg aku, aku cakap takper aku boleh bawak lagi. Cuma kalau 2 jam lagi nak sampai ke campsite takperlah, aku taknak pegi campsite. Syuk tegur, “eh.. macamanapun kita kena pegi campsite jugak” katanya. Aku jawap “erkk iye ke.. kena pegi gak ker? Tak pegi takleh ker?”… (Teringat kes kat Pine Tree Hill… hehehe) Pastu aku buat2 batuk sebab nak elak dorang tau aku nak nangis dah… kekeke. (Isk… tapi aku tak nangis ler). At last, Wafi bawak beg Ida, sebab Ida pun cam aku gak dah tak larat dah dan Ida tolong bawakkan beg air aku.

Kat belakang kami rupanya, Abg Fahmi & beberapa yg lain lagi dah sampai dah. Melihatkan keadaan Wafi yg agak payah juga nak bawak beg Ida… Abg Fahmi suggest, bahagi2 kan barang2 Ida kat beg2 lain. Pastu Ida bawak balik beg dia yg dah kurang sket muatannya tu. Beg air aku tu dipaskan kepada Wafi plak. Jalan depan lagi, kitaorg berjumpa ngan Ramli yg sibuk membuat unggun api… aku happy ler sebab ingat kita dah sampai… rupanya itu hanyalah campsite tiruan sahaja. Hampeh tul. Kami port kat situ, supaya dapat bersatu kembali dgn org2 yg dibelakang semua sekali sebab kat depan tu ada “longkang” besar nak kena lompat… Je je jeng… Masa lepak kat campsite tiruan tu, Ida duduk tekup muka….mesti dia nak rest. So, aku bukak beg, hantar beg ke seberang dulu… pastu lompat. Duk lepak kat sebelah sana dgn Baby, Zizan, Wafi… borak2 melepaskan lelah… sambil tunggu kengkawan dari campsite datang.

Tiba masanya kena bergerak ke campsite… kengkawan dari campsite dah datang. Masing2 mula melompat “longkang” tersebut. Masa time Ida nak lompat, aku dah seriau dah tapi dia berjaya melompat, cuma mungkin terasa sebak sket kot. Maka bermulalah adegan air mata. Isk… aku pun terkedu kat situ, tetiba rasa nak nangis sekali. Tapi kedengaran suara… “Cuna, pujuk dia… tengokkan dia tu”… Erk, aku ker yg kena pujuk… mana ler aku reti semua ni, tapi ngan selamba aku cuba mengcomfortkan dia, sesambil mengcomfortkan diri aku sendiri jugak. Ida bagitau aku, dia dah mula sebak masa kat trek semak tu, masa kitaorg nak lepaskan kat genting yg tak seberapa genting tu. Well, lepas tu kami ok jer… org pompuan memang camtu… hati lembut… especially org yg lahir bulan July… sentimental… hehehe (ayat cover line ni). Akhirnya sampai juga ke campsite hasil kerjasama semua pihak.

Malam tu sementara menunggu dinner, Ida bagitau dia taknak shoot ke puncak. Aku pun macam terkena tempias gak. Tapi aku ingat baik tanya AJK dulu, boleh ker? Belum abis tanya dah kena sergah… “Haa… tak naik puncak, satu tahun jadi bahan dalam milist nanti” “Sebut Bah Gading, tau dah sapa yg tak sampai puncak”. “Ni kategori Gred C jer ni”. Dalam hati aku sejak bila plak jadi gred C ni. Tapi pikir2 kan… betul gak, rugi jer, ala setakat 2-3 jam jer lagi nak sampai puncak. Alang2 menyeluk pekasam. Semangat beb, semangat….. ZZZzzzzz.

15th July 2007 [Ahad] 
Bangun pagi, bersiap nak ke Puncak. Sarapan sekali lagi disajikan oleh Makcik Kantin Nina. Kami pun memulakan perjalanan ke puncak.. Pada awalnya, Ida stay kat dalam khemah tapi akhirnya berjaya dipujuk oleh AJK Sweeper (Fairos). Wah, seronoknya… kesemuanya sampai ke puncak walaupun ujan lebat, badan sejuk, trek licin dan lain-lain. Tapi arrivals time kat puncak tu lain2 ler. Seperti biasa aku punya flight delay, so sampai pun dah nak akhir2 dah. Ahh tak kira, janji aku sampai puncak… hehehe. Kul berapa pun dah tak ingat dah waktu tu… penampilan diri pun dah herot-bengot dah. Kenangan dipuncak diabadikan bersama2 yg lain yg menunggu dgn minum air kemenangan. Gambar diabadikan dgn mcm2 gaya. Tetiba plak ader kontraktor pegang plan kat puncak tu… hehehe (lawaklah Zizan). TAHNIAH buat OGKL dan peserta diatas kejayaan. Kini tiba masanya, utk kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke rumah. Masa tu aku target rumah terus, bukan Pos Gedong dah… hehehe. Perjalanan menuruni gunung (tapi adakala kena gak mendaki) berjalan ngan lancar… Ida, hmm lajulah plak dia kali ni… Aku seperti biasa jalan2 dgn gaya sentimental aku… Waktu take 5, aku tak take 5 tapi bukan nak tunjuk terer… kang stop, terus stop nanti… lagi haru. Lagipun aku tahu dorang tentu dapat potong aku balik, sebab tu… kalau dorang take5, nampak jer aku datang… maka kedengaran suara Abg Fahmi melaung… “Jom kita jalan, Cuna dah sampai dah… dia takleh berhenti”… Sabar aje laaa… Hehehe. Tapi ada ketikanya, aku berenti gak… wuishh… giler apa jln tak renti2.

Akhirnya, kami sampai di Pos Gedung lebih kurang kul 9.00pm. Tapi ada perkhabaran yg kurang menarik, 4WD tu dah taknak amik kitaorg. Last departure was 8.30pm malam tu. Alamak… pasal aku lambat ker jadik camni. Gabra dan takut org marah2 aku plak. Tapi AJK OGKL memang “CLASS”, walaubagaimanapun mereka berusaha jugak bagi mendapatkan transport utk menge’pos’ kami keluar dari Pos Gedong tu. Kalau nak suh aku trekking keluar… takperla… aku memang dah tak larat dah… bermalam ajerlah di pondok durian tu. Tapi dgn syarat, OGKL bagi pinjam lampu bulat besar tu dulu… kasi terang mcm dalam bilik kat umah aku… Heheheh… ZZZZzzzzzz

16th July 2007 [Monday]
Tepat kul 0000 hours, aku dikejutkan sebab transport kitaorg dah sampai. 2 transport katanya sebab bas nak tunggu sampai kul 1.00am jer. Aku naik transport yg pertama, lebih kurang dalam 45-50minit kut kitaorg dah sampai kat Masjid yg mula2 tu. Tak sampai 15minit “Pick-up” satu lagi dah sampai dah. Dasat betul ni sebab seingat aku ler, kitaorg yg gerak dulu. Masa tu aku tak tau lagi sapa yg bawak pick-up yg dasat lagi terer tu… hehehe.

Dalam bas, aku mengambil peluang membuta… Maklum ler esok nak kerje weh…. Terasa sekejap dah sampai KL atau adakah aku tak cukup tido… Sampai di stesen bas di Dayabumi… Masing2 menunggu pick-up masing2… Aku tunggu van MAA ler, nak amik kete di MAA… disebabkan Ramli duk Puchong, aku hantor ler dia ke rumah. Tapi dia bagi aku duit teksi plak… apalah Ramli ni, org dah kata tak payah bayor. Sampai umah kul 4.30am… masuk opis kul 11.30pagi… hehehe. Sekian.

Nota: Terima kasih diucapkan buat OGKL serta peserta2 kerana pengalaman serta pengajaran yg diberikan. Maaf dipinta sekiranya ada menyinggung sesiapa. Kalau ada fakta2 yg tidak betul didalam cerita diatas, harap dapat diperbetulkan.


Mazlina Mohamed-Razally aka Cuna