logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 12 February 2020

Minda Trivia 12 Feb 2020

#MINDATRIVIA 12 FEBRUARI 2020
Pernahkah anda melalui Rawang Bypass? Mungkin ada yang bertanya kenapa dibinanya laluan sebegitu.. Ada yang mengatakan demi menjaga alam sekitar yang kian hari kian tenat tapi ada juga sebab lain yang mungkin kita tidal tahu.. Jom ketahuinya dengan lebih lanjut 🛣️
#mindatrivia


Monday, 10 February 2020

Laporan Gunung Angus

Gunung Angus OGKL
8 februari 2020

Gunung Angus OGKL (8.2.2020)
Alhamdulillah, kami dari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur seramai 24 orang termasuk guide berjaya sampai ke puncak Gunung Angus dengan selamat.
Perjalanan menaiki pacuan 4 roda yang mampu meredah jauh hingga menghampiri permatang gunung mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Dari situ kami meneruskan ke puncak.
Sepanjang perjalanan menuju ke puncak, kami dihiburkan dengan muzik hutan yang indah. Lantai hutannya amat selesa untuk kaki melangkah. Sedar tidak sedar dalam masa 3 jam kami sudah sampai di puncak.
Perjalanan turun ke kaki gunung pula mengambil masa 1jam setengah. Rezeki kami dipermudahkan lagi apabila pacuan 4 roda yang kami naiki menemukan jalan singkat ke jalan besar. Hanya 1jam sahaja kami habiskan untuk keluar dan tiba di masjid.
Ringkasan:
Jumaat 7.2.2020
11:30 pm (Jumaat) bertolak dari LRT Gombak
Sabtu 8.2.2020
2:00 am Tiba di Masjid At Taqwa, Felda Kota Gelanggi 2
7:40 am Bertolak ke starting point
10:00 am Tiba di starting point
1:00 pm Tiba di puncak Gunung Angus
3:00 pm Turun
4:40 pm Menaiki 4x4 ke masjid
5:50 pm Tiba di masjid
7:30 pm Bersurai

TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada:
Semua peserta Gunung Angus OGKL.
Guide Cikgu Mohd Awi dan rakannya Syukor.
AJK yang banyak membantu, Shahruizwan Ibnu Sharudin, Amir Abidin, Jant Rock.
AJK yang memberi sokongan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas trip.
Pejabat Hutan Daerah Jerantut.
Pacuan 4roda Jerantut.
Masjid At-Taqwa Felda Kota Gelanggi 2.

Kerjasama yang tak berbelah bagi dari semua pihak saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH.
Saya sebagai Ketua Program kali ini memohon maaf atas segala kekurangan dalam anjuran program kali ini.

Semoga Kita Berjumpa Lagi.
Khazanah Alam Warisan Rekreasi





























Saturday, 8 February 2020

Mesyuarat Agong Tahunan ke 24



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Jemputan buat semua ahli kelab untuk sama-sama meluangkan masa hadir ke mesyuarat tahunan kelab.
Selain dari menunaikan tanggangujawab dalam pengundian untuk perlantikan ajk baru bagi sesi 2020/2021, ini juga adalah masa terbaik untuk kita sama-sama merapatkan silaturrahim.
Jumpa kalian disana.😉

XPDC G. YONG YAP VIA GEPEH HILIR


Assalamualaikum  dan Selamat Sejahtera.
Orang Gunung Kuala Lumpur berbesar hati menjemput anda bersama-sama mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap via Gepeh Hilir. Jom rasai keseronokan menaiki pacuan 4x4 menikmati keindahan Kampung Orang Asli,  panorama semulajadi banjaran Gunung menghijau.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran:
RM130 AHLI
RM150 BELUM AHLI

Bayaran termasuk:-
Permit memasuki hutan simpan,
Pacuan 4 roda,
Ration, Sarapan dan makan tengahari hari pertama,
Snack (jajan),
Guide,
Basic First Aid,
Pengurusan.

Bayaran deposit sebanyak RM130 ke akaun
Maybank Berhad
Mohd Khalili Zakaria
162740111086

sebelum penyertaan penuh.
Bayaran penuh perlu diselesaikan sebelum atau pada 11 March 2020.

Tentantif Ringkas:
20/03/2020
09.30:PM Berkumpul di LRT Gombak
10.00:PM Bertolak ke Masjid Bawong, Sungai Siput (perjalanan lebih kurang 3 jam)
12.00:AM tiba diMasjid Bawong. Pembahagian Ration dan berehat.

21/03/2020
5.30:AM Bersiap sedia diMasjid Bawong
** solat subuh (ikut waktu semasa)
6.50:AM bergerak ke "trailhead"
08.30:AM tiba di "trailhead", briefing dan mula pendakian.
16.00:PM tiba di Kem Pondok
Dirikan khemah untuk bermalam.
Berehat dan tidur.

22/03/2020
0300:AM Bangun dan Bersiap untuk "Daypack ke Puncak G. Yong Yap
0320:AM Bergerak ke G. Yong Yap
0620:AM Berhenti Solat Subuh
0700:AM Tiba di Puncak Yong Yap
Bersarapan, Bergambar.
0830:AM Mula turun ke Kem Pondok
1030:AM tiba di Kem Pondok dan bersiap untuk pulang.
1130:AM Mula bergerak turun ke "Trailhead"
1430:PM Tiba di "Trailhead"
Menaiki powil ke Masjid Kg. Bawong.
1630: tiba di Masjid Bawong, bersiap dan makan sebelum pulang.

Nota: Tentatif ini adalah anggaran perjalanan. Sebarang perubahan tertakluk kepada cuaca dan keadaan semasa.

Wednesday, 5 February 2020

Minda Trivia 5 Feb 2020

#MINDATRIVIA 5 FEBRUARI 2020
Anda kenal pokok senduduk? Bukan hanya cantik dipandang tapi boleh digunakan sebagai alternatif dalam menyembuhkan luka.. Jom ketahui fakta menarik mengenainya 🌸
#mindatrivia



Thursday, 30 January 2020

Minda Trivia 30 Jan 2020

#MINDATRIVIA 30 JANUARI 2020
Iktiar hidup atau lebih dikenali sebagai 'Survival' amat penting dan merupakan asas pendakian.. Anda seorang pendaki? Jom kenali apa perlu dilakukan untuk ikhtiar hidup didalam kawasan hutan 🏞️
#mindatrivia






Thursday, 23 January 2020

Laporan Gunung Telapak Buruk (1193m) dan Gunung Berembun (1004m)

18 Januari 2020
Berkumpul di Masjid Kariah Pantai seusai solat subuh, lunchpack dan sarapan siap dibungkus untuk tidak melengahkan waktu.
Kereta bergerak ke pondok ranger dihadkan supaya tidak terlalu sesak untuk parking. Selesai urusan permit di pondok ranger, peserta naik lori 3 tan ke puncak Telapak Buruk.
Perjalanan 11km mengambil masa 1jam lebih untuk tiba, nasib naik lori kalau tak. Hmm
Tiba di puncak, ambil gambar kumpulan dan sarapan dulu. Jam 9.30am kaki bergolek langkah menuju ke denai untuk permulaan pendakian.
Berhenti di bangkai pesawat Liberator B-24, dan diteruskan ke puncak Berembun. Lunch di puncak sebelum turun mandi di Lata Berembun.
Orang terakhir tiba di pondok ranger pada pukul 6.30pm, sesi post mortem sebentar sebelum peserta bersurai menuju ke destinasi masing-masing.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kesemua 28 peserta dan terima kasih Razman Arsad sudi guide untuk ekspedisi kali ini.
Khazanah Alam Warisan Rekreasi




Wednesday, 22 January 2020

Minda Trivia 22 Jan 2020

#MINDATRIVIA 22 JANUARI 2020
Jom ketahui trivia menarik mengenai tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir.
#mindatrivia




Friday, 17 January 2020

Minda Trivia 15 Jan 2020

#MINDATRIVIA 15 JANUARI 2019
Jika kita tidak mengancam hidupan liar ini, mereka juga tidak akan menganggu kita.. Peliharalah hidupan liar yang kian pupus, pelihara habitat mereka untuk terus hidup 🐯

Wednesday, 15 January 2020

Gunung Sambau


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pihak kelab OGKL berbesar hati utk menjemput anda ke pendakian (dayhike) seperti berikut:-



Lokasi :
Gunung Sambau (1110 mdpl), Ulu Slim, Perak

Tarikh: 22 Feb 2020 (Sabtu)

Yuran : RM70 (Ahli) // RM75 (Belum Ahli)

Yuran Meliputi :
✅ Jurupandu
✅ Permit Mendaki
✅ Lunch
✅ Snek
✅ Refreshment di puncak
✅ Basic 1st Aid
✅ Pengurusan

Optional tambahan RM25 untuk :
✅ Carpool
✅ insuran perjalanan

Sila whatsapp no tertera atau mana-mana Crew OGKL yang dikenali

Khazanah Alam Warisan Rekreasi

Friday, 10 January 2020

Minda Trivia 8 Jan 2020

#MINDATRIVIA 8 JANUARI 2020
Kebakaran hutan yang meluas di Australia. Bukan sekadar manusia, malah jutaan haiwan turut terkorban. Semoga semuanya selamat buat #australia 🇦🇺.
🐨🦘🦥🐿🦝🦜🦌🐎
Punyai info, pandangan dan idea yang ingin dikongsikan? Ayuh DM kami segera

Wednesday, 8 January 2020

Gunung Angus


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Orang Gunung Kuala Lumpur berbesar hati menjemput anda bersama-sama mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Angus yang terletak di Jerantut, Pahang. Jom rasai keseronokan menaiki pacuan 4x4 menikmati keindahan panorama semulajadi banjaran Gunung menghijau.



Setiap penyertaan dikenakan bayaran:
RM140 AHLI
RM150 BELUM AHLI

Bayaran termasuk:
Permit,
Permit kenderaan (4x4) memasuki hutan simpan,
Pacuan 4 roda,
Sarapan dan makan tengahari,
Snack (jajan),
Guide,
Basic First Aid,
Pengurusan.

Bayaran deposit sebanyak RM100 ke akaun
Maybank Berhad
Rosmawati Binti Hamzah
157139641644

sebelum penyertaan penuh.
Bayaran penuh perlu diselesaikan sebelum atau pada 31 Januari 2020.

Tetantif Ringkas:
07/02/2020
10.30:PM Berkumpul di LRT Gombak
11.00:PM Bertolak ke Surau Kota Gelanggi 4 (perjalanan lebih kurang 2 jam)

08/02/2020
5.30:AM Bersiap sedia di Surau felda kota gelangi 4
** solat subuh (ikut waktu semasa)
6.50:AM bergerak ke starting point
9.00:AM mula pendakian
1.30:PM sampai puncak G. Angus. Makan Tengahari dan bergambar.
2.30:PM Bergerak turun
5.30:PM Bergerak ke parking kereta (masjid)
7.30:PM Tiba dikereta dan bersiap untuk makan dan pulang.

Nota: Tentatif ini adalah anggaran perjalanan. Sebarang perubahan tertakluk kepada cuaca dan keadaan semasa.

Lokasi Masjid Al-Taqwa Kota Gelanggi 1&3: