logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday, 30 September 2013

L09: Berita Ringkas 2009

Training ke Gunung Hitam
Trip pertama aka pembukaan Tahun 2009.
Dianggotai seramai 40 org. Trip yg penuh dugaan dan halangan pada para peserta yang akhirnya membuahkan kenangan manis jua. :)




BOT III di Extreme Park 
Basic Outdoor Training III (Rope Management) yang dirancang, telah berjaya dilaksanakan dengan tenaga pengajar dari Extreme Park Shah Alam, Sek13. Sekumpulan kecil ahli OGKL yang mengikuti program ini turut tidak melepaskan peluang mendaki tembok tiruan selain menimba asas pengenalan peralatan mendaki (tebing), absailing serta wall climbing. 






OGKL bersama medal - KL Towerthon 09
Ahli-ahli OGKL yang menyertai KL towerthon 2009 pada 1 Mac lalu gembira dapat menamatkan acara dan mendapat medal. Running Vest tajaan Adidas yang bewarna merah garang memang menaikkan lagi semangat.




OGKL @ Scoreboard TV3 - 31 Mac 2009
Ahli-ahli OGKL yang diundang memeriahkan program bual bicara Scoreboard TV3 menggamatkan lagi suasana di Sri Pentas.





Gng Chemendong & Belumut
Alhamdulillah syukur, satu lagi kejayaan manis telah tercatat dalam memori OGKL pada minggu lepas. peserta2 ekspedisi telah berjaya menawan dua2 puncak dalam dua hari, satu trip yang nampaknya senang pada kertas tapi mungkin sukar pada peserta2 yang melaluinya. Sampai ada yang bertanyakan, betul ke trip ni gred B hehehehe ... apa tidaknya, perjalanan ke dua gunung yg telah dipadatkan dalam dua hari. 

secara peribadinya saya merasa amat puas dgn trip ini, ini adalah kerana trip ke Gunung Belumut telah terpendam dalam hati selama setahun. dan apabila dapat berpeluang untuk pergi pada tahun ini, dapat pulak bonus tambahan satu lagi gunung iaiti Gng Chemendong. Rasa terharu juga apabila ada kawan2 dari MT yg peka dgn kehendak ahli, sob, sob : ( 

setinggi2 perhargaan saya berikan pada pengarah program, tidak lupa juga pada AJK program, abg2 guide, peserta2 yg cuma mengikuti ataupun menyumbangkan tenaga jadi 'geng penebas'. 

saat yang tidak boleh dilupakan iaitu di puncak Gng Belumut apabila salah seorg guide menunjukkan koleksi2 keratan akhbar yg memaparkan aktiviti2 ogkL. ada saya lihat keratan2 akhbar tersebut seawal seawal 
tahun 1996. boleh tengok keadaan rupa fizikal2 ahli lama masa muda/bujang dulu hehehehe. antaranya wajah & susuk tubuh Pak Presiden - Azizan




Pendaki ke Puncak 3 S, Wonosobo, Jawa Tengah 
Masa senggang antara trip Kelab, 8 orang pendaki, Apip, Eryn, Husin, Zura, Shuk, Su, CikguRosli & Amir memanjang langkah ke Wonosobo mendaki, G. Sumbing, 3371m, G. Sekunir 2605m dan G. Sunduro 3136m. Sempat juga ronda-ronda sekitar Dataran Tinggi Dieng melihat Wisata Alam dan Candi-candi Mataram. 




Cerita eksplorasi di Air Terjun Perlus 
Nak dengar cerita trip Air Terjun Perlus ye... Misteri kehilangan trekker tiba-tiba, riang-ria gedebushhh, pengalaman menangguk udang sungai memalam.




KL Marathon 2009 
Pengalaman pertama mengadap 42.195 km
seawal 230 am beri dah call aku,huhuhuh..awal nye.. aku pun bangun la dan mandi n makan nasi goreng...yum yum yum.. 
kul 3 pagi pun beri sampai ngan peja dan kitorang pun bergerak ke dataran merdeka.. hati aku berkkata betul ke ape yang aku buat ni..huhuhuhuh ..kul 4 pagi kitirang dah pun sampai kat dataran ..wah...dah ramai orang... yang paling menarik perhatian aku ade satu group xsalah aku daru kelab orang buta.. tak tau dari mana...dorang tengah tangkap gambo...perghhhhh... orang buta pun nak layan 42 km..huhuhuhuhuh..





Majlis Berbuka puasa meriah 
Majlis berbuka puasa OGKL yang diadakan di rumah Penasihat Kelab, Hjh Zaleha di Seksyen 24 Shah Alam berjalan dengan lancar dan penuh dengan kemeriahan. Lebih kurang 60 orang warga OGKL serta ahli keluarga meramaikan majlis. Selain juadah utama dari tuan rumah, sate & ayam golek dari Kelab, ahli-ahli turut membawa juadah menjamu sahabat-sahabat. 




Pendakian Gunung Liang & Tumangbatak berjaya! 
Kesakitan tu bersifat sementara...tapi kejayaan tu kekal selamanya!








OGKL ke G. Benom via Krau 
Perlawaan PERHILITAN merasmikan trail ke G. Benom melalui Rezab Perhilitan Krau sebelum dibuka untuk ekopelancongan tahun 2010 tidak disia-siakan. OGKL seramai 8 orang diikuti 2 staff perhilitan dan 2 jurupandu arah mendaki mengikut rentis Jeneris hingga ke puncak Benom. Perjalanan turun mengikut rentis Perlok dan sempat singgah di Lata Bujang sebelum menamatkan ekspedisi.

Sunday, 29 September 2013

L09: Fiesta@15

Seulas Pinang
Assalamualaikum WBT & Salam Sejehtera!



Alhamdulillah fiesta@15 telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan penuh kemeriahan & warna warni!Dengan kehadiran seramai 102orang dewasa serta hampir 30orang kanak-kanak, menjadikan acara ini sebagai yang paling besar sejak penubuhan ogkl 15tahun lepas!

Crew mengucapkan setinggi penghargaan diatas sokongan semua yang menjadikan fiesta@15 ini satu kenyataan. Special thanks to all crew&marshall bertugas yg bertungkus lumus merancang, mengatur,menyusun, serta memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran fiesta@15 ini.Juga kepada penaja-penaja hadiah samada individu mahupun organisasi.

Bermula dengan treasure hunt & sukaneka di sebelah siang terus diikuti dengan pelbagai costume yang menarik ketika berlangsungnya BBQ dinner.Semuanya sempoi & sporting..memang terangkat!! :)

Acara OGKL Amazing Factor pada pagi ahad juga tak kurang hebatnya dengan menyaksikan ramai warga ogkl yang hebat(?)kecundang bila terpaksa memakan makanan yang pelik.:)Outdoor Quest di sekitar kawasan hotel telah menjadi penutup kepada sambutan 15tahun OGKL!

Kepada semua, anda telahpun menjadi pemenang bilamana anda hadir ke PD ini tanpa mengambilkira kekalahan dalam games yang disertai.Memetik kata-kata Pierre de Frédy, Baron de Coubertin iaitu pengasas kepada Sukan Olimpik Moden, "Kemenangan & kekalahan itu tidak begitu penting..yang paling penting adalah penyertaan" Kepada yang menang tahniah, kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun depan. Bagi pihak OGKL, crew menyusun sepuluh jari diatas sebarang kelemahan dan kesilapan dalam menganjurkan Fiesta@15 ini.

Salam Rekreasi,

crew@ogkl.com.my

Komen sikit ... 
memang happening OGKL fiesta@15 di PD ni. ...thank you very much jugak pada para peserta yg memang the bomb....gamat casa rochado dibuatnya. ... jangan tak caya ...kami dari no 5 ke numero UNO.... [nornita_abdul_manaf]

ANyway thanx to all, memang happening, memang pening, semua the Best !!![ahad]

happening n enjooyyyy.....[nisa]

Treasure Hunt 
Pengalaman lebih kurang 300KM dari Shah Alam ke Port Dickson melalui jalan negeri singgah di Jugra, Kota Lukut dan berakhit di Casa Rachado. Tugasan-tugasan yang diberi di beberapa checkpoint serta tulip-tulip untuk diselesaikan menguji fizikal & mental peserta-peserta.

Fiesta Costume 
Kemunculan watak-watak dalam animasi, karikatur mahupun watak filem fiksyen StarWars bukan saja mengemparkan suasana Malam Majlis Sejiwa Berdansa OGKL, pelawat-pelawat lain yang turut berada di Casa Rachado turut tak melepaskan peluang bergambar dengan watak-watak animasi pilihan masing-masing.

Aktiviti Kolam 
Waktu senggang yang ada. bukan saja anak-anak seronok di kolam renang. ahli-ahli OGKL juga tak lepaskan peluang menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Sempat pula main polo air.

Sukaneka 
Sukan apa ni! yang penting ada semangat kesukanan serta kreativiti dalam bersaing.

Sumbangan & tajaan 
Kemeriahan susasana Fiesta@15 bertambah meriah dengan pelbagai sumbangan & tajaan dari Goodies item, hadiah Treasure Hunt khas barangan adidas, hamper sukaneka, hadiah cabutan bertuah serta hadiah pakaian kostume khas dari H&I Design Creative. Semua yang hadir pulang dengan hadiah. Antara penaja hadiah, Adidas, Eiger Malaysia, Lafuma, Starbuck, TheStar Publications, ACP Megazines Pte Ltd. Tak lupa juga barangan sumbangan orang perseorangan. Semuanya menyerikan Fiesta@15.


CEO fiesta@15 
Izza Safinaz Ibrahim inilah orang besar Fiesta@15. Tak banyak komen yang didengari dari ceo program ini tapi banyak komitmen yang dikeluarkan untuk menjaya dan memastikan Fiesta@15 digerak dengan jayanya. Bekas setiausaha OGKL ini walaupun kini sibuk sebagai editor majalah cosmopolitan kepercayaan yang diberi meneraju program kelab amat dilaksanakan dengan penuh komited dari pemilihan tempat, tema, persediaan fiesta, penajaan serta pengisian aktiviti hingga fiesta@15 melabuhkan tirainya.



Thursday, 19 September 2013

L09: Trans Aceh Medan - Part II

Sambungan dari Part I 


Gunung Burni Telong. Foto Shuk Abemu
Pendakian yang di dambakan...

Ketika kami sampai di Meunasah Tangsaran (surau lama), di Desa Rembune, iaitu permulaan masuk ke Gn Burni Telong matahari dah pun tegak di kepala. Selesai berjanji dengan supir untuk menjemput kami keesokan harinya kami langsung bergerak menuju ke rumah kebun milik rakan pendamping kami. Rumah ini hanya sekitar 5minit dari surau lama itu. Disini kami mula membuat persiapan untuk mendaki..ada yang solat jamak, susun semula muatan haversack, melepas hajat, di samping para ibu yang sibuk menyediakan menu tengahari - roti pita!.. barang-barang yang tak mahu dibawa langsung ditinggalkan saja di rumah pekebun sayur itu..(lupa pulak namanya..).selesai semuanya, "sedap?..lazat? ayuh kita mulakan trekking.." dengan sedikit senaman poco-poco pimpinan tok gajah serta doa dari Syuk Abemu kami mula mengorak langkah menuju ke pintu rimba.

Menjadi orang belakang selalunya ada dua kemungkinan, samada beruntung atau pun kerugian...aku berada dalam situasi yang kedua bila tiba-tiba jer terpandang ada 2 biji khemah lagi yang tak dibawa..masih berada dalam haversack. Aduhai...terpaksa la memikul khemah ni lagi..dah la beg penuh dengan berliter-liter air sebab kat kemsite & puncak tiada air. Sudahnya Amad ambil satu khemah, aku pun ambil satu..mulalah berjalan mengikuti jalur kebun sayur & ladang kopi menuju ke pintu rimba..aku, Amad, Toim serta Tengik..trek menarik, cuma bebanan tu yang tak menarik langsung..apapun, lawan tetap lawan...pelan-pelan kayuh...

Menurut Mayonk Alfinsyah selaku guide, perjalanan ke kemsite hanya kira-kira 3-4jam bergantung pada kelajuan..kiranya taklah jauh sangat dah aku optimis semua orang boleh sampai sebelum gelap. Benchmark aku untuk pendakian ke Burni Telong tentunya Shobrie..:))

Melewati pintu rimba, perjalanan semakin mencanak...kayuhan makin lama makin lemah..tapi bila terdengar sahutan dari kawan-kawan yang diatas menaikkan semula semangat. Dalam hati berkira-kira "jauh lagi ke ni..macam takde chance nak kejar Shobrie jer.." jalan je laaaa....kejap2 melepak ngan amad..take five..mata asyik tengok jam, dah berapa lama mendaki...kurang 10minit ke puncak nampak Arey turun nak membantu kot-kot ada yang dah pewai..atas pelawaan Arey aku lepaskan jugak pikulan haversack tu dari bahu...kalo tak bagi nanti takut Arey kecik hati pulak! (hahahhahaa)..dan sampai di campsite macam biasa la, seperti yang aku jangka Shorie bukan main ketawa lagi bila tengok beg aku orang lain yang tolong pikulkan....macam menang loteri gayanya...aku gelak jugak la tengok gelagat dia tu...takpe..takpe..perjalanan jauh lagi, macam2 boleh jadi! 

Beringat sebelum kena bahan...berjimat sebelum habis tenaga...

Dari campsite pemandangan Burni Telong tersergam indah depan mata. Nampak jelas jalur untuk ke puncak dengan rimbunan pohon2 bonsai serta taman edelwiess liar yang tumbuh melata. Namun pemandangan indah itu seringkali terhalang dengan kabus yang seringkali menutupi puncak gunung pada ketinggian itu. Selesai mendirikan khemah, serta persiapan diri para ajk dapur mula memasak untuk makan malam nanti. Semestinya menu istimewa untuk malam ke dua di Aceh...Sekitar jam 1730, muncul 4orang pendaki Aceh yang mempunyai tujuan sama, selesai bertegur sapa cara rakan gunung, mereka melanjutkan perjalanan ke gua kira2 sejam dari puncak Burni Telong.

Selesai makan kami teruskan malam itu dengan sessi suaikenal seperti kebiasaannya..Yang membezakan malam ini seperti malam2 lain adalah kerana ianya malam istimewa untuk rakan2 berkenal lebih mesra selain dari mengetahui lebih lanjut tentang diri masing2. Fokus malam itu terarah kepada sessi 'dari hati ke hati' jejaka dari Temerloh serta seorang gadis dari Bandar Rahman Putra. Sessi malam ini bukan setakat sessi biasa, tetapi juga terdapat elemen2 kasih sayang, cinta, serta pengharapan! Sokongan dari kawan2 lama serta baru menambahkan lagi perisa malam ini. Shobrie yang pancit bermula dengan perlahan (tu la sapa suruh gelakkan aku..), tapi bila dah panas bukan main sakan hinggakan menjadi wakil pihak lelaki..hahahaha..bukan setakat itu, kak fazid & uncle usop pun dapat gelaran baru - veteran perang...sekitar jam 2200 kami mula bersiap untuk tidur kerana akan mula mendaki seawal jam 0300am.

Menuju puncak...........

Pagi itu semua bangun dengan bersemangat untuk menawan puncak pertama di Aceh. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 0415 pagi. Memang ada sedikit tentangan pada awalnya, namun kesemuanya kelihatan bersedia dan penuh yakin untuk menakluki Burni Telong. Ketika ini bila memandang ke atas nampak cahaya headlamp yang bersusun dalam satu barisan panjang seolah-olah mendaki Gn Kinabalu. Selepas hampir sejam setengah kami sampai di gua batu. Kelihatan rakan-rakan pendaki Aceh yang berempat itu masih lagi lena diulit mimpi. Sambil menantikan rakan-rakan yang jauh di belakang, kami mengambil kesempatan untuk melepaskan lelah, makan snek serta melelapkan mata. Seperti dijangka langit tak selalunya cerah...giliran Shobrie termengah-mengah sambil diawasi oleh Tok Gajah untuk sampai ke gua (hahahahaa). Uncle Usop yang diam2 ubi diletakkan di bawah pengawasan Adzmin. Disitu semuanya menarik nafas panjang sebelum bertukar ke mode kayuhan terakhir atau summit attack! Menurut Mayonk hanya kira-kira sejam dari situ kami akan sampai ke puncak Burni Telong. Perjalanannya semakin curam, namun semuanya boleh diatasi berkat keazaman. Yang menjadi halangan hanya di satu kawasan berhampiran gua dimana semua peserta perlu memanjat dan menggunakan tulang empat kerat untuk ke atas. Yang tersangkut agak lama hanya Azreen..namun atas bantuan (???? hahaha) Acong halangan ini berjaya di atasi dengan sempurna!

Alhamdulillah, kumpulan pertama OGKL tiba di puncak Burni Telong sebelum terbit matahari. Hafez atau Baby Mod melaungkan azan disini seterusnya kami menunaikan kewajipan kepada Maha Pencipta. Sungguh, tanpa kekuatan serta kesempatan yang diberiNya, nescaya kami belum tentu akan sampai kesini. Aminnn..ya Rabbal Alaminnnn...Semua selamat sampai ke puncak sekitar jam 0700. Bagaimana pemandangan dari atas ini?? Memang indah, memang mengagumkan...kami melihat kepulan awan dan kabus di bawah kami, melihat gunung2 yang berbalam balam dari kejauhan, nampak Danau Laut Tawar di sebelah Takengon juga keseluruhan Kabupaten Bener Meriah! Mungkin boleh meminjam tagline Konsert Search disini..."Berbaloi-baloi" pemandangan 360darjah dari puncak Burni Telong. Suhu sekitar 12darjah Celsius dengan tiupan angin yang kencang membuatkan semua pendaki menggigil kesejukan. Namun itu bukan halangan untuk semua bergembira di puncak dengan sessi bergambar samada secara solo, berduet mahupun berkumpulan. Hanya selepas 2jam di puncak baru kami melanjutkan perjalanan turun. Masih ada 2 gunung lagi yang perlu kami tawan - Gn Sibayak & Gn Sinabung di Medan.

Perjalanan turun merbahaya dengan trek berbatu yang boleh mengelongsor bila- bila masa.Macam tak percaya beberapa jam sebelum itu kami naik melalui trek yang sebegitu curam dan berbahaya. Merasa jugak tergelincir 2-3kali...tak seperti semasa mendaki, perjalanan turun aku, Saf, Rabia serta cewek Gainpala (lupa lak nama dia..:)) mengambil alih tempat di hadapan. Semua peserta turun ke campsite dengan selamat seterusnya menurunkan khemah serta flysheet untuk persiapan pulang ke Desa Lampahan.

Perjalanan melebihi kebiasaan......jauhnya Aceh nak ke Medan.....

Kami sampai di madrasah lama kira2 jam 1330 tengahari. Supir-supir van telahpun menunggu kami untuk menempuh perjalanan seterusnya ke Aceh. Sekitar jam 1400 kami mula bergerak meninggalkan Gn Burni Telong dengan perasaan puas. Aku terus menghubungi kenalan kami di Medan untuk mengatur pendakian berikutnya. Menurut supir, perjalanan kami ke Medan akan mengambil masa sekitar 10jam. Jesteru, selesai membayar permit atau karcis pendakian juga makan tengahari di Desa Lampahan kami meneruskan perjalanan ke Medan..sebelum itu sempat juga singgah mandi di sebuah jeram dalam perjalanan kesana. Jadi lah mandi koboi pun...asalkan tak berbau hapak dalam perjalanan 10jam!

Sampai di Lhoksuemawe sebelum gelap, kami singgah menurunkan Mayoung dan team Gainpala yang lain.Menurut Mayonk mereka akan bermalam dirumahnya sebelum kembali semula ke Banda Aceh. Walaupun kami hanya bersama mereka hanya 3hari 2malam, namun segala budi baik serta keramahan mereka membuatkan aku berazam untuk kesana lebih lama lagi satu hari nanti. :)..pendekata, orang-orang Aceh..BEST! Begitu juga pak supir yang bercerita tentang perihal dirinya masa Tsunami melanda Aceh, sungguh menyedihkan dan menginsafkan...

Perjalanan seterusnya melalui Aceh Utara, Aceh Timur sebelum memasuki Medan. Memang terasa sangat jauhnya perjalanan kami ke Medan. Boleh dikatakan semua peserta terjaga, tidur, terjaga, tidur dan terjaga namun destinasi masih lagi jauh dari yang disangka. Memang Trans Aceh-Medan ini bukan tantangan pada pendakian, namun lebih kepada perjalanan menaiki van. Tiada keraguan tentang itu - that's the journey beyond the limits! Yang pasti kami sampai di Kota Panton Labu, Aceh untuk makan malam sebelum meneruskan lagi perjalanan. Dek risau kena sembelih oleh tuan kedai/restoran yang curang dalam urusan, rata-rata mengambil keputusan untuk makan ikut selera serta berpecah dari kumpulan. Aku, Shobrie, Saf dan Adzmin sempat minum dan makan di sebuah restoran yang sama begitu juga Nisa dan Azreen yang nampak berselera berselang meja. Begitupun, tak sama enaknya dengan apa yang selalu kita makan disini....;)

Sedang asyik melayan laluan berliku, sempit mahupun lebar ke Medan, aku sempat bersms dengan kenalan di Medan untuk menguruskan penginapan kami disana yang dijangka sampai sekitar jam 0100 atau 0200 pagi. Dalam perjalanan juga beberapa kali van kami ditahan oleh pihak berkuasa memandangkan van itu datang dari Aceh dan dikatakan terkeluar dari laluan yang sepatutnya.. namun sekali lagi 'wang pelinciran' menjadikan perjalanan ini lancar...:)) Alhamdulillah setelah lebih 10jam berada dalam van kami sampai dengan selamat ke Labana Inn, Medan...

p/s nama serta watak yang disebutkan adalah benar semata2...cuma mungkin berlaku sedikit kekeliruan dlm menamakan watak-watak tersebut..almaklumlah..dah dekat sebulan baru nak mengarang semula...
Salam mesra,

-deeno-


Tuesday, 17 September 2013

L09: Trans Aceh Medan - Part I


Gunung Burni Telong. Foto Arey
Ulasan Ketua Ekspedisi 

Harini baru berkesempatan nak menulis  berkenaan trip Trans Aceh-Medan ni... rasanya semua dah pun tengok gambar-gambar dari sana, dengar coretan-coretan dari kawan yang pergi separuh mahupun full...:)

Secara peribadinya, saya sebagai ketua ekspedisi nak ucapkan tahniah serta berbanyak terima kasih atas sokongan semua yang menjadikan xpdc ni satu kenyataan. Tahniah kepada semua peserta yang mampu mengikut rentak samba, rentak kalut, rentak techno, rentak dangdut, rentak rock & macam-macam lagi rentak ketika ekspedisi ini dijalankan. Tanpa anda semua pasti trip ini tak sukses seperti adanya! :)

Perjalanan TAM ini penuh dengan ujian... bermula hari berangkat yang dilewatkan oleh pembatalan penerbangan, ditambah lagi dengan flight delayed, semuanya menjadi rencah ekspedisi kali ini. Namun satu persatu ujian (?) dihadapi dengan tenang, & penuh bersedia oleh para peserta & organizer (mungkin semua ujian ini sekadar menguji pengalaman & tindakan...Wallahualam)

Sampai di Aceh di sambut team Gainpala yang pernah berhubungan dan mendampingi Kak Leha semasa lawatan yang lalu. Walau kenal tak berapa lama, namun cepat menjadi mesra. 4 orang peserta yang sampai sehari lebih awal via Penang (shobrie, uncle usop, adzmin & taha) bersama 3-4 anak-anak Gainpala arRaniry girang menyambut kami di Airport Iskandar Muda Banda Aceh.

Di Aceh kami menginsafi akan kebesaran yang Maha Esa... melihat kepada kesan kemusnahan Banda Aceh ketika  Tsunami 2004, menambahkan iman tentang kewujudan satu kuasa yang maha hebat dari Sang Pencipta planet ini. Melihat Masjid Raya (Baiturrahman) yang tetap utuh ketika tsunami meranapkan seluruh bandar, kapal kargo yang mendarat 5km dari pantai, serta bot nelayan yang tersangkut di bumbung rumah menghadirkan satu perasaan teruja yang amat sangat... Ya Allah! Hebatnya pukulan tsunami ini... sampai begini sekali jadinya... penghujungnya hanya kata-kata, ' Subhanallah'..'MasyaAllah'.."Allahuakbar".

Kesempatan yang kami ada begitu terhad, 1/2 hari naik memusing Banda Aceh pastinya tak cukup. Apapun tetap bersyukur, dapat jugak jejak kaki kesana & melihat sisa-sisa tsunami. Malam kami solat jamak taqdim di Masjid Raya sebelum pulang ke sekretariat Gainpala. Sempat jugak beli pack dinner + durian Aceh untuk santapan malam. 

Jam 22:00, van yang nak membawa kami ke Takengon sampai di Sekretariat. Selesai loading barang kami terus menuju ke terminal van di Banda Aceh. Disebabkan pak supir tak berani letakkan beg di atas bumbung van, kami terpaksa berhimpit-himpit. Tapi setakat setengah jam mungkin ok, lebih dari itu sure ada yang KO...hehehe...kat situ kami di uji lagi, team OGKL 27 orang, pak supir 6 orang (campur yang co pilot), team Gainpala pengiring 7 orang. Jumlah kesemuanya 40 orang... aduhhh... mana nak muat ni... kapasiti satu van =12org, 3 van = 36 orang, tak termasuk haversack yang kalau ditotalkan akan menjadi 20org! :)

Saranan dari rakan disana, satu row duduk 4 orang...atau tambah lagi satu van.....2-2 options terpaksa di reject memandangkan perjalanan yang akan mengambil masa sekitar 7 jam ini selain akan meningkatkan budget. Keputusan yang nampak mudah tetapi sukar terpaksa dibuat "saya tak kisah berapa ramai yang nak ikut ke Burni Telong, tapi tolong pastikan untuk team OGKL, 1 row = 3 orang bagi tujuan keselesaan. Noktah! " Bergelut dengan situasi sukar, 3 rakan disana terpaksa di rehatkan oleh ketua Gainpala, Mayoung Alfin Syah. Yang jadi co-pilot terpaksa tidur di atas haversack peserta...

Jam 23:30 kami mula perjalanan dari Aceh & tiba di Kabupaten Bener Meriah, 6 atau 7 jam kemudian. Berhenti di hot springs sementara menunggu siang untuk ke kaki Gunung Burni Telong. Kena air panas yang menyegarkan kami meneruskan perjalanan ke Kota Takengon kira2 sejam++ dari situ untuk melihat Laut Tawar... seumpama ke tasik kenyir, begitulah pemandangan indah yang ada di Takengon, bezanya di sini ditepi danaunya ada sebuah kota yang padat dengan bangunan & penduduk. Sempat kami melihat sekitar wisata di Laut Tawar (masuk gua pun ada..) sebelum kembali ke Lampahan untuk pendakian Gn Burni Telong. Dari jauh sudah terlihat Gn Burni Telong yang nampak tajam & bergigi2 bentuknya...memang nampak gunung itu seakan ada kesan terbakar dari jauh!

sambung... Part II



-deeno-

Tuesday, 10 September 2013

L09: Cerita Gunung Rajah


Cerita Ringkas 

Jumaat 19 Jun 09
- 11mlm :  Perjalanan ke Bentong bermula setelah pembahagian kereta di hadapan Restoren YZ, KL.

Sabtu 20 Jun 09
- 1pg : Rombongan tiba di perkarangan Air Terjun Chamang.

- 2pg : Kami memulakan perjalanan ke trek balak ( semua berjalan sambil menguap mungkin ada yg berjalan sambil tutup mata... ada sessi mengurangkan berat beg peserta kerana bekalan peribadi, susu kotaknya yang banyak...hehehhe siapa? cik Salasiah... dia yang pertama kali bertreking boleh dimaafkan... Langkah demi langkah seterusnya masing-masing menunjukkan tanda-tanda tak berdaya berjalan macam-macam kekesalan... heheheh tapi tetap tegar meneruskan perjalanan..)

- 6pg : Kesemua pendaki tiba di Lata Naning ( ada yang terus baring melelapkan mata dan ada yang terus menyiapkan sarapan pagi lantas menyiapkan sekali menu tengahari... 2 orang tukang masak yang tak tidur 24 jam dan hampir 24 jam... yang lain dapat lelapkan mata ada yang terdampar diatas batu dan ada yang lena di dalam hayunan hammock... setelah dikejutkan untuk bersarapan... masing-masing bersiap untuk teruskan perjalanan)

- 2ptg : Kami terus melangkah menghayun kaki ke Kem Hijau ( sedang melangkah terjumpa seorang jejaka dari kumpulan lain sedang berhenti untuk turun. Dia yang keseorangan... ditanya hendak kemana lalu jawabnya "nak amik first aid" maka di biarkan... hampir separuh perjalanan terjumpa pula 2 orang gadis yang sedang melepaskan lelah... ditanya kenapa lalu jawabnya "nak turun balik kaki sakit" masing-masing berkata sesama sendiri mengapa dibiarkan tanpa sweeper? lantas jejaka OGKL yang bujang mahupun sudah berkahwin mengajak mereka terus naik bersama...)

- 4ptg : Tiba di Kem Hijau ( setelah kata sepakat diambil maka kami bermalam di sini... macam-macam cadangan diberikan untuk keselesaan bersama... akhirnya 2 gadis yang ditinggal kan oleh kumpulannya datang bertandang bersama kami dan diterima sebagai ahli homestay... maka sume bermesra... jejaka yang sakit terus segar dan bersiap dengan penuh segak berbaju "tuck-in"...)

- 6ptg : Acara makan malam disediakan & sesi beramah-mesra ( sebelum makan dimulakan dengan aktiviti perkenalan oleh pengacara amy...masing-masing berwajah ceria dan gembira)

- 8mlm : Semua bersiap untuk tidur bagi mengembalikan tenaga.
- 3pg : peserta dikejutkan dengan bunyi mercun ( sarapan disiapkan dan masing-masing bersiap sedia untuk menawan puncak)

- 4am : Kami memulakan perjalanan dalam gelap lagi sejuk ( ada yang tersasar... perjalanan ke puncak mencabar mental di pagi hari...tapi semangat tegar meneruskan langkah)

- 7pg : tiba di puncak ( masing-masing selamat sampai termasuk peserta homestay... mereka sampai ke puncak tanpa berjumpa rakan sepasukan... mungkin seronok bersama kami)
- 8am : turun ke Kem Hijau untuk bersiap-siap ke Lata Naning.

- 12tgh : tiba di Lata Naning ( menyiapkan makan tengahari... lepas makan acara terjun tiruk beramai-ramai oleh peserta lelaki... macam-macam ragam)
- 3ptg : masing-masing bersiap untuk pulang ( kaki dihayun walaupun berat... melangkah dengan laju supaya dapat mengejar mereka didepan)

- 6ptg : Sampai di Air Terjun Chamang (sambil bergossip bersama Ayong, kami terus melangkah hingga sedikit tersasar ke laluan keluar sebenar... nasib masing-masing berasa mungkin terlepas dr laluan... berpatah balik sambil terdengar pekikkan guide dr jauh "patah balik...nak pergi bersiar-siar ker atau tak puas lagi nak bertreking"...difikirkan kami saja yang tersasar... rupa-rupanya kumpulan terawal juga terus tersasar sampai ke pintu pagar... masing-masing tergelak... jawapan pelbagai "makan angin, buka trek baru, saja nak bawa tunjuk jalan lama"...peserta terakhir Amy & Abg Jjusz masih tak sampai... sedangkan mereka tak jauh dr laluan keluar...amad segera mencari... rupanya mereka juga tersasar sampai ke pintu pagar... akibat masuk malam sume tak perasan di mana pintu masuknya... hanya riben merah kecil yang diikat pada sebatang kayu sebagai tanda..manakan perasan bila suma keletihan)

- 8pg : masing-masing pulang dengan seribu kenangan walaupun dalam kepayahan...

* masa hanyalah anggaran pencerita

Nisa



Tuesday, 3 September 2013

L09: Laporan G. Cantik-G.Centuk Topo Reading Class


Cerita Sikit 

Salam Rekreasi;

Alhamdulillah program terakhir sebelum bulan ramadhan ini berjaya dilaksanakan walau tarikh asal terpaksa ditunda.

Jam 10 pagi ahli-ahli mula berkumpul di Restoren Teratai, Dayabumi, KL, konvoi bergerak ke BOH Plantation. Jam 3 semua sampai di BOH-MNS Field Study Center. Lepas pekena welcome drink jam 4:15 ptg pendaki-pendaki mula trekking melalui pohon-pohon teh. Yang kejar puncak sekejap aja dah sampai di sempadan hutan. Yang suka layan panorama yang cantik, kena pula cuaca tidak berkabus, layan berfoto aja, ditambah pula selingan atas kepala, kapal terbang ala-ala zaman perang dunia kedua asik melintas aja. pergh!.

Laluan hutan G. Cantik nampak seperti dah lama tak ada kumpulan yang masuk. Tebas bagi mudah sikit lebih-lebih lagi buat adik A'afia Amra, 2 tahun & kakaknya Ayra Adeena 5 tahun. 20 minit termasuk menebas dah sampai puncak. kalau tak tebas 10 minit nie. Sesekali bergilir pengasuh melayan dan adakalanya mengendong anak berdua ni. Terima Kasih.

Lepas G. Cantik ke G. Centuk pula. Mossy forest pula puncak dia. Tak jumpa pun tanda trigo di puncak ni. Kawasan puncak penuh belumut. Ada beberapa ahli yang cuba dapatkan kepastian dengan membesarkan radius. Sahih tiada puncak lain. Lepas official declare puncak. Bergambar beramai-ramai termasuk si Combi, anjing pengiring. Pulang hari dah masuk senja. Yang awal dapat sampai sebelum gelap. yang belakang dekat jam 8 kabarnya.



Sekali lagi kejutan budaya. Water heater guna gas memasak disediakan di kamar mandian. Pandai-pandailah masing-masing gunakannya. Lepas pakai pakaian malam. berkumpul di Conferance room. Ketua memasak dan pembantu dah sibuk di dapur conferance room. Tunggu makan malam sempat juga layan foto-foto siang tadi dari kamera Azad.

Nasi ayam jadi santapan makan malam kami. Suhu dalam bilik sekitar 21 darjah celcius tak berapa menyejukkan kami. Suasana malam dihanggatkan lagi dengan senda-gurau. Cik Sasky,20 atau nama Melayu dia Saskiah, gadis berbangsa Inggeris kerakyaan Hong Kong ini agak kurang berbicara dan nampak kesejukan serta selubung dengan gebar.

Jam 10:40 kelas asas membaca peta topo dimulakan. Taaruf atau sessi memperkenal diri secara ringkas jadi agenda pertama. Apip memulakan kuliah terus diajukan pelbagai soalan ingin tahu dari ahli-ahli yang ada. Sedangkan silibus belum habis lagi.

Hampir jam 12 malam kelas masih lagi hangat. Bagus perhatian, tumpuan dan minat yang ditunjukkan. Tekak terasa kering. Minuman malam dan biskut disaji semasa kelas berehat. Kelas malam diteruskan untuk pelajar-pelajar sudah berusia, yang kurang berminat diberi ruang untuk pergi tidur. Majoriti masih lagi mahu dihabiskan kuliah walau jadual esok jam 8 pagi nak mula praktikal mendaki ke G. Beluat.

Kuliah diteruskan hingga habis silibus jam 1 pagi. Semangat pelajar-pelajar untuk meneruskan lagi kelas amat memberansangkan. Latihan teori diberi bagi menduga, membiasakan dan sebagai latihan buat pelajar. Jam 2 pagi baru kelas tamat selepas semua jawapan latihan dibincangkan satu-persatu walau tenaga pengajar menawarkan untuk membincangkan jawapan yang musykil sahaja. Jarak G. Centuk dari G. Cantik 50m sahaja, beginilah jawapan dari pelajar-pelajar, tak lari dari puncak yang dideclare siangnya. Tiada kesangsian lagi.

Pagi di tengah ladang teh, Lembah Bertam memang seronok, lebih-lebih lagi kurang kabus. Yang nak berfoto sempat mendaki lagi ke ladang teh. Yang tidur tak ingat-ingat dekat jam 10 baru muncul. Sarapan pagi yang tersedia dah sejuk baru semua datang menjamah.

10:15 pagi mula ke G. Beluat. Pelajar-pelajar masih belum menonjolkan diri untuk mengepalai praktikal. Menaiki kereta kami bergerak ke arah G. Beluat. Dari jalan berturap ke jalan tidak berturap. Lajak lagi ke jalan tanah merah sejauh yang mungkin.

Masih diladang teh jam 11:20 pagi mula mendaki kemudian tembus kembali ke jalan berturap di atas ladang teh. Dari jam 12 tgh, sambil berjalan sambil berfoto, lebih -lebih lagi foto kapal terbang yang semakin dekat terbang di atas kepala. Tengahari baru sampai di G. Beluat. Sekali lagi terpegun bila berada di landasan kapal terbang di atas gunung. Proses bergambar cukup lama.

Titik puncak sebenar tak dapat dijejak memandangkan ada tak cukup masa. Jangkaan 1 jam paling laju untuk ke puncak yang kelihatan dari denai berhampiran landasan kapal terbang. Puas bergambar di landasan dan kapal terbang. Sempat juga berbual dengan pemandu yang berhenti rehat makan tengahari.

Langkah pulang ke kereta agak laju. ada yang berlari. ada yang berjalan. Jam 2:50 ptg sampai ke BOH-MNS FSC kembali. Mandi dan kemas barang. Majlis penutup yang ringkas. 3:40 ptg bersurai.

-Apip Embi-

Monday, 2 September 2013

L09: Air Terjun Perlus

Cerita Sikit 

Salam

Nak dengar cerita trip Air Terjun Perlus ye...

Ok begini kisahnya.

Seawal jam 8.30pagi, kami berkumpul di port biasa Batu 18, Hulu Langat, Selangor. Semua perserta tiba sebelum jam 9.30pagi. Masing-masing ambil sarapan sambil metunggu nasi goreng tapau untuk tengahari nanti. Kesemuanyer ada 14 orang peserta termasuk seorang rakan lama yang sekarang terlalu sibuk dengan basikalnya iaitu encik Tauuteeeeeeeekk@Acong.

Selesai membuat pembayaran masok di Pos Ranjer, kami mengemas peralatan serta bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai rintangan. “SEAWAL” jam 11.30pg, baru kami memulakan langkah. 15 minit kemudian, kami masuk ke simpang belah kanan. Treknyer sangat luas tapi...

Trip kali ni sememangnya sangat santai. Kami boleh melepak selama sejam setengah di tepi sungai yang berhampiran dengan simpang belah kanan tadi. Trek tidak dijumpai. Encik Guide @ Pak Sheikh sambil ditemani oleh penebas tegar iaitu Encik Amy & Kudin pun pergi menjalankan tugas. Setelah puas mereka mencari akhirnya memutuskan untuk melalui jalan mencanak seberang sungai kemsait santai kami. Layan kembang kempis hidung selama 10 minit *huh!!*

Kemudian kami lalui lereng-lereng bukit & akhirnya berjumpa trek lapang yang dipenuhi lalang & resam. Aku menyanyi kegirangan lalalalaa... sebab trek ni memang betul & penah aku lalui 5 tahun lalu. Amy pulak kata salah sebab dulu dia pergi tahun 2007 lalu trek lain. Hanya aku, Ida & Pak Sheikh aja yang kata betul. Sedang seronok berjalan tiba-tiba gerabak depan sekali iaitu encik Kudin hilang dari pandangan sambil diiringi bunyi “gedebuuuuukkk”. Aduuuuyaii encik Kudin telah terjatuh dalam lubang besar setinggi dia. Kalau aku jatuh confirm semua pening nak cari & angkat naik semula. ahakss!!

Selepas itu kami melangkah secara berhati-hati akan tetapi kejadian “gedebukk” berulang kembali. Kali ni encik guide kita pula yang kena ahahaaaaaaaa. Jalan punya jalan akhirnya kami tiba di dam. Disebabkan mereka tidak membenarkan kami masuk melalui jalan gate depan, kami terpaksa meredah selama 3 jam untuk sampai di dam yang sepatutnya hanya 15 minit aja uhuhuhuu.

Perjalanan melalui jalan tar diteruskan di bawah panas terik matahari *aduyaii rentong*. Kami sempat merehatkan diri di satu “kelong” bot sambil membelanda air syedap yg ada.. erkk glup!! *ada 2 org umat yg belanda, nama dirahsiakan*.

Tepat jam 3.30pm kami meneruskan perjalanan. Kali ni trek agak redup sambil menikmati keindahan dam di belah kiri. Sejam setengah perjalanan kami tiba di starting point. Giler canak woooo00oo.. kali ni memang takde ampun punyer. Menonggek serta memanjat menggunakan kuku & menahan menggunakan dagu terjadi *ada??*. Trek kejam ni dilalui selama +-30 minit, selepas itu treknyer landai & tidak terlalu kejam.

Kami tiba kemsait pada jam 6.30 ptg. Memasing teruja melihat ketinggian Air Terjun Perlus dan tanpa membuang masa terus gedebuuuuuuuuuuushhhh secara berjemaah. Dulu, ada port untuk di tiruk tapi kali ni tiada lagi. Tiada lagi tempat yang begitu dalam. Aku yang bersaiz comel masih boleh jejak di bumi yang nyata tapi dengan keadaan terjingkit-jingkit laa.. ahakss!

Seperti biasa, selepas makan malam sesi suaikenal dimulakan. Yang menariknya trip kali ni adalah sesi perbincangan topik pemakanan serta topik yang bersangkut-paut dengan kimia. Bahan rujukan kami adalah 2 rakan baru (bukan ahli) iaitu encik Azly & Hafiz (pelajar UM jurusan Kimia) serta cik Tasha (lecturer IKBN Alor Gajah Melaka). Pelbagai pertanyaan serta kemusykilan yang ditanya & banyak benda yang kami pelajari. Tapi paling takleh blah bila encik Hadri bertanya “Kenapa perempuan ngidam?” Nak tau apa jawapannya?? Cuba fikirkan… *wink2*

Perbincangan ditutup jam 12 tengah malam dan nelayan tegar pun memulakan langkahnyer. Tanpa disangka ramai yg terjebak tertonggeng-tonggeng, terbongkok-bongkok.. Apa yg mereka buat?? Jawapannya... mereka termasuk aku sedang berusaha menangkap udang daaa... ahaahhaaaaa.. Hasilnya amat lumayan yek kengkawan. Tak percaya?? Tunggu gambarnyer nanti. Malam tu ramai yang tidur lewat gara-gara teruja teruja menangkap udang.

Menu pagi adalah cucur udang ikan bilis beserta nasi briyani goreng & ikan tengas goreng garing *nyum nyuuuuuuuumm.. daaaaaaaapp!!*

Sebelum meninggalkan air terjun kami gedebushh secara berjemaah serta mengambil gambar kenangan.

Gerak turun dari kemsait +- 1pm dan tiba di dam jam 3pm. Berehat sebentar di kelong bot serta membelanda rakit pusing dam. Jam 3.30 petang gerak keluar melaui gate Syabas.

Selesai membersihkan badan kami bergerak berjemaah ke Kajang bagi sesi makan sate 170 pucuk (daging, ayam, pewot & rusa). Cik Tasha yg belanja, bukan kami yang mengepaw dia tau tapi atas kerelaannyer. Semoga murah rezeki dia. Amin!!

Kesimpulannyer trip ni saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat besh, sape tak pegi memang rugi mampuuuuuuihhh. Betui tak Kak sabmarine@flinestone?? Ahakss!!

Nota: Sila berikan tepukan gemuruh pada encik Guide @ Pak Sheikh kerna inilah kali pertama dia sampai awal dan tidak lari dari waktu2 yg tidak sepatutnyer.. Tahniah!! *clap clap clappp*

sekian..



Saturday, 31 August 2013

L08: Berita Ringkas 2008


Diskaun 10% barangan Lafuma untuk ahli OGKL 

Untuk makluman, pihak Lafuma berbesar hati untuk menawarkan discount 10%
terhadap sebarang pembelian barangan Lafuma (bagpack/haversack) di outlet
Lafuma, Bangsar kepada semua ahli OGKL. Disamping itu juga, untuk
pembelian barangan Millet (bagpack/haversack),anda boleh mendapat diskaun
hingga 25%.

Diskaun utk pembelian ini adalah sah sehingga CNY nanti.
Untuk mendapat diskaun, sila maklumkan kepada sales asst. anda ahli kelab
OGKL. Pihak Lafuma akan memeriksa dari senarai keahlian OGKL untuk
mengesahkan anda layak menerima diskaun bg sebarang pembelian yang dibuat.





Aktiviti pembuka 2008: Basic Outdoor Training II - (BOT II)

Syukur program BOT II telah pun selamat dilaksanakan. Tahniah atas
sokongan para peserta dalam menjayakan program ini. Begitu juga kerjasama
erat antara OGKL-Puncak Event dalam memastikan kelancaran program ini
untuk mencapai objektifnya.

Semoga ilmu asas rekreasi ini akan dimanfaatkan sebaiknya dalam kegiatan
outdoor anda pada masa-masa yang akan datang.Adalah menjadi harapan kelab
juga untuk melihat semua ahli mempunyai asas rekreasi yang baik dalam
bidang ini. Semoga apa yang dipelajari turut dikongsikan dengan
rakan-rakan lain yang tidak turut serta.

Bagi pihak kelab, kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada sebarang
kekurangan atau kelemahan dalam menganjurkan program BOT II ini.Jumpa lagi
di BOT yang akan datang!!!






Kempen Derma Darah
Pihak krew ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian rakan sekalian bagi menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN) pada hari Sabtu lepas. Lebih 25 orang yang hadir dan separuh daripadanya berjaya melepasi berat menderma iaitu 45kg. Manakala bagi rakan yang tidak melepasi had menderma juga turut serta memberikan semangat kepada rakan-rakan yang “cuak” dengan darah dan juga jarum suntikan. 







Corporate Trip Organised by OGKL
Basic Outdoor Training (BOT) - Proton Edar

Lembaran tahun 2008 dimulakan dengan BOT. Seramai 25 orang peserta dari Proton Edar mengesahkan penyertaan bagi aktiviti Biro Rekreasi Kelab Proton Edar. Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) diberi amanah mengelola BOT dengan kerjasama dari Puncak Event Sdn Bhd.






Team Recce Gunung Panggang Paku Berjaya!
Gunung ni terletak di Hulu Jelai, Lipis, Pahang. Apip, Pak Sheikh, Herol & Wak Jan Alhamdulillah, trip semua selamat, selamat sampai puncak yang dituju, selamat kembali ke rumah masing2. Photo mungkin tak banyak. dan tak dapat nak tunjuk keadaan sebenar. Cerita cukup banyak. Terima kasih buat isteri dan sahabat2 yang memberi sokongan.




Mesyuarat Agong OGKL 2008
Syukur alhamdulillah, kelab ogkl telahpun selesai melaksanakan AGM bagi sessi pemilihan pucuk pimpinan ogkl bagi tahun 2008. Buat yang dipilih tahniah diucapkan, manakala yang tidak terpilih teruskan menyokong barisan kepimpinan baru. Moga berkat sokongan serta tolak ansur semua, kelab ogkl akan bertambah teguh dari masa kesemasa.

Tak lupa buat semua ahli yang menghadiri agm ogkl, berbanyak terimkasih diucapkan. Tanpa kehadiran anda semua pastinya agm tidak dapan berjalan dengan lancar. Rata-rata yang hadir kelmarin pastinya berbau harum pagi ini dengan shower gel adidas yang diberikan sebagai menghargai kehadiran anda di agm.;) Namun goodies yang disertakan semasa agm terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan peranan yang dimainkan oleh semua ahli.




XPDC Terjah Gunung Hitam
11.00 pg : Paking kereta kaki gunung Itam - 700ft/kaki dari aras laut.
4.00 ptg : Puncak Gunung Itam - 4040ft/kaki dari aras laut




Laporan Ekspedisi G. Chamah - G. Ulu Sepat
Cuti umum CNY kalau tak ada aktiviti memang tak sah. Kalau ada aktiviti tak ada cerita pun tak sah. yang sahnya ikuti




Gunung Swettenham Sukses!
TAHNIAH kepada pendaki2 yang mencari penyakit menyertai XPDC Sweettenham yang berjaya menawan puncak swettenham. TAHNIAH semua.. ANDA BOLEH! IMPOSSIBBLE IS NOTHING!!
Gunung Swettenham yang mempunyai ketinggian 6434ft ini terletak bersempadan antara negeri Pahang & Kelantan. Details tentang gunung boleh dilihat di:




OGKL JUARA BOWLING KHK
SEKALUNG TAHNIAH utk wakil OGKL yg bermain boling di Kejohanan Boling
anjuran KHK pada 01 mac 2009. Mereka telah menjadi JUARA keseluruhan, dan utk
makluman, Kak Nita memenangi Top Score Wanita.. and tidak lupa juga otai bowling kita chikong score terbanyak dalam group kita tapi kalah tipis jer bagi kategori lelaki by 6 point... tak per la lagipun tangan dia tengah sakit... FYI total grp score 1672 tuk 3 game semuanya... Average 500++ per game. TAHNIAH, TAHNIAH & TAHNIAH!!





Gunung Peninjau : Trip yang sangat canak bagi aku
Pada pagi 5hb Julai 2008 bertempat di Restoran Teratai, Bangunan Dayabumi, peserta-peserta Trip OGKL ke Gunung Peninjau telah pun berkumpul bersama deretan kereta-kereta yang akan menyertai "Car-Pooling" ke Hutan Rekreasi Chepor, Chemor- Perak.





OGKL cuba khemah LAFUMA edisi 2009
Lafuma Malaysia telah memberi peluang OGKL mencuba khemah edisi 2009 di Pantai Kelanang sempena perkelahan BBQ. Khemah-khemah setiap satunya berlainan model, jenis dan bentuk bukan saja menarik perhatian 60 orang warga OGKL yang hadir malah mencuri perhatian pengunjung yang melintas kawasan khemah tersebut. 


BBQ seafood Kelanang amat meriah 
Acara makan-makan bermula!Udang XXL masak merah yang sedap, ikan bakar yang garing, sotong yang manis & kenyal, ikan cencaru+pari+kembung dll yang menunggu untuk dicecah air asam, pepahat yang kecil isinya tp
lazat, serta kerang bakar enak! Berbaloi nampaknya penantian BBQ Seafood bermodalkan RM10..:)



OGKL di Uhuru Peak, Mt. Kalimanjaro
Age turn to 61 but mountaineering not to turn off. Appasamy most known as Uncle Appa reach Uhuru Peak, Mt Kalimanjaro, Africa's higest point using hard & most challenging trail.



Corporate trip: Standard Chartered Bank staff enjoy at Mt. Besar Hantu
Kelab OGKL organise trip for them 2 times, 26-27 April & 10-11 May. Most of the participant which is Philippines named themself as Pinoy's dedicate the expedition





Ziarah Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan
Arryazua dan beberapa teman OGKL yang lain telah ziarah rumah anak yatim Baitul Ehsan, di Padang Terap, Kedah.



Ekspedisi BSAW (Bromo-Semeru-Arjuna-Walirang) Indonesia

BSAW: Kepulangan dirai di LCCT disambut meriah
Sungguh Meriah! terasa seperti artis di malam gala berjalan di atas karpet merah. Cuma pakaian dan wajah saja tak seglamer mereka.. tanpa secalit mekap pun hanya yg ada bekas sopakan yg tidak la begitu ketara & itulah “hadiah” yg begitu bermakna bagi kami.. [Nina]. Banner 'IMPOSSIBLE IS NOTHING' direntang di LCCT. Kegamatan suasana di LCCT turut menarik perhatian orang ramai yang berada disitu.

BSAW: Kesemua pendaki berjaya ke puncak Mahameru, G. Semeru, G. Bromo, G. Arjuna & G. Walirang
Satu sejarah besar 2008, ekspedisi besar yang terdiri pelbagai peringkat umur dari 60an hingga 20an membuktikan usia bukan penghalang untuk menyahut cabaran ini. Lebih memeranjatkan Uncle Yusuf, 64 menjadi pendaki ke-10 berjaya ke puncak Mahameru.

BSAW: Tajaan dari PowerBar & ADIDAS
Pihak kelab telah pun mendapatkan tajaan dari dua organisasi korporat diatas. Antara barangan yang akan diedarkan kepada peserta ketika  berada di LCTT ialah PowerBar berperisa Pisang serta minuman tenaga berperisa oren, strawberri serta fruit punch. Manakala tajaan dari Adidas merupakan sehelai rainjacket@windbreaker untuk kegunaan peserta semasa disana.




Corporate outdoor expedition organised by OGKL 
OGKL organised trip, Mount expedition for corporate company, Proton Edar to Mt. Irau the mossy forest. 38 member from Proton Edar with 7 support crew from OGKL and a few crew from Biro Rekreasi Kelab Proton Edar.




when the tigers don't distribute cars..yet went to irau instead
bukan rimau betul ye..but proton edar staff from Kelab Rekreasi Proton Edar made a trip to Gunung Irau on 19-20th April. About 33 Edar people joined this corporate trip organized by OGKL. Besides Abang Apip, Tok Gajah, Adzmin, AmyBurgers, Yaser, Sherrie, Kak Ieda, I represented OGKL as one of the ajk's as well. Ramli pulak president Kelab Rekreasi Proton Edar....also worked really hard to make things flow smoothly. Alhamdulillah...everything went well. walaupun hujan di tengah malam sampai lenjun sleepingbag ku...but as long as the journey was a safe one for everyone, it doesn't matter anymore. Seems like semua pun seronok je...yeayy.. [arryazwa]



Majlis Berbuka Puasa OGKL di Rindu Alam

Syukur majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Makanan pun banyak sungguh varietynya... sampai tak tau nak makan mana dulu..hehehe..mungkin ni nikmat & berkat berbuka posa bersama-sama warga ogkl semua,kenyang makan &  minum juadah yang dibawa bersama.
Terima kasih memeriahkan suasana, seramai 68 orang yang hadir tak termasuk anak2 kecil. Sempat juga kita solat berjemaah di ruang yang kukup, paling lama makan berjemaah. Alhamdulillah melimpah ruah rezeki kita ye' pelbagai jenis juadah dah berjenis-jenis jus buahan hasil tangan hairul.

Yg ringan tulang bantu di tempat membasuh. Senang majlis berjalan lancar walau pada mulanya agak bersesak di meja makan. Tuan rumah sediakan bekas kosong tup tup makanan bukan takat tak cukup bekas tapi tak cukup meja. perghhh. 



Majils Aidilfitri OGKL & Sambutan 15 tahun penubuhan kelab.
Majlis yang diadakan di Rimba Kayangan, kediaman Fahmi & Fazid dihadiri lebih 80 orang ahli serta 30 orang anak-anak ahli. Bekas-bekas Pengerusi kelab, Kamil, Adenan, AJK-AJK lama, ahli-ahli lama, ahli-ahli baru serta beberapa pengiat-pengiat outdoor yang lain turut memeriahkan majlis. 





Kumpulan pendaki terbesar OGKL di Puncak G. Bt Puteh
OGKL yang dibarisi hampir 40 orang pendaki mengharungi cabaran pendakian ke puncak G. Bt Puteh, tanpa seorang pun gagal menjejaki puncak walau turut dibarisi 2-3 pendaki baru. Semangat kerjasama & setiakawan dari semua ahli ekspedisi amat membanggakan. Cabaran tak terhenti di puncak gunung sebaliknya, jadual turun dari puncak dalam sehari turut menjadi cabaran terutama buat mereka yang baru dan kurang cergas mental dan fizikal lebih-lebih lagi di musim hujan. Sekali lagi semangat setiakawan, sedia menanti berjam-jam mereka yang tertinggal di belakang dapat dibanggakan.




Demo Hammock OGKL depan Central Market, Kuala Lumpur
Batch pertama hammock OGKL yang ditempah telah pun sedia awal bulan Nov yang baru lepas. Sessi demo selain penyerahan kepada mereka yang telah menempah diadakan semasa perjumpaan mingguan OGKL. 

Tengok photo di sebelah. Deeno menunjukkan logo kelab di baby hammock. Hammock turut ditambat pada pokok pinang di sisi Central Market (Jalan Pasar) untuk tontonan ahli kelab dan orang ramai. Suasana malam yang agak kelam tak menjadi halangan untuk pameran ditengah ibukota hingga ke tengah malam. 



Bowling OGKL 2008
Bowling OGKL 2008 telah pun berlangsung dengan jayanya malam semalam. Sekitar 50++ warga ogkl turut serta dalam kejohanan tahunan ini, namun yang bermain hanya 36 manakala selebihnya menjadi penonton & tukang sorak. Memang meriah! memang gamat! penuh emosi! penuh strategi! Permainan dimulakan sekitar jam 9.30pm selepas taklimat ringkas dari Chikong selaku ketua penyelaras. Bermula dengan pendaftaran yang dikendalikan Nina, agihan baju & kudapan berjalan lancar serta mengikut masa yang ditetapkan. Bermain dalam 3game setiap seorang,memang menguji kekuatan tangan & mental peserta baru terutamanya. Aksi cuci longkang,terlepas bola, terhempas bola, strike, jeritan, sorakan semuanya silih kedengaran. Peserta dibahagikan kepada 9 kumpulan (4 orang setiap pasukan) melalui cabutan semasa pendaftaran. Setiap kumpulan dinamakan sempena nama gunung-gunung G7..manakala dua lagi mengambil nama gn Nuang serta gn Tambuyukon. Permainan berakhir sekitar jam 11.30pm. Selain hadiah utk pemenang acara bowling, terdapat juga hadiah untuk kategori kurang penting.



OGKL @ adidas: Run For Love
Tahun 2008, Kelab OGKL yang menerima sejumlah kad jemputan untuk penyertaan Adidas, Run For Love di Taman Tasik Permaisuri, Tapak A, Cheras, KL. 14hb Disember 08, beberapa ahli OGKL tidak melepaskan peluang dengan aktiviti rekreasi ini. Pihak Kelab turut mengambil kesempatan menjadikan latihan pertama untuk program Trans Titiwangsa Reverse V2. 




White Water Rafting Sg. Slim penutup aktiviti rasmi OGKL 2008
Hampir sepanjang tahun, OGKL sibuk mendaki, penutup aktiviti 2008 OGKL sempat laksanakan aktiviti White Water Rafting (WWR) di Sg. Slim. Tunggu catatan riang-ria tidak lama lagi... 

Wednesday, 7 August 2013

L08: Ekspedisi G. Tahan 08.08.08


Kata Pengantar:
Tarikh 8hb Ogos 2008, atau lebih dikenali sebagai 08.08.08, mungkin merupakan tarikh keramat bagi sebahagian besar penduduk dunia. Bagi pengamal ‘feng shui’, susunan tiga angka lapan merupakan angka ‘ong’ atau bertuah mereka. Ramai mengabdikan tarikh ini melalui cara tersendiri, ada yang bertunang, tidak kurang juga yang mendirikan rumahtangga. Sukan Olimpik Musim Panas Beijing 2008 yang gilang gemilang juga dimulakan pada tarikh ini. 

Idea untuk ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL ini terlintas di minda saya pada tahun 2007. Saya pernah menyuarakan idea ini kepada saudara Fahmi yang merupakan seorang ahli MT OGKL. Apabila jadual aktiviti OGKL 2008 dikeluarkan, saya agak terkejut apabila melihat ianya dimasukkan sebagai aktiviti bagi bulan Ogos. Pucuk dicita, ulam mendatang. Saya mula merancang jadual kerja & cuti dari awal tahun bagi membolehkan diri untuk menyertai program ini.

Beberapa bulan sebelum ekspedisi, saya dan saudari Nina telah dilantik sebagai Pengarah Program untuk ekspedisi ini. Pada mulanya terasa sukar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini kerana belum pernah menjejakkan kaki ke Gunung Tahan. Ditambah dengan pekerjaan saya yang selalu ditugaskan untuk kerja luar, membuatkan pembahagian masa antara kerja & perancangan serta perlaksanaan ekspedisi begitu payah dirasakan.

Mujurlah rakan – rakan dalam MT & AJK OGKL serta rakan – rakan penggiat rekreasi lain banyak membantu, terutamanya dalam memberi info bagi merangka jadual perjalanan serta perkara berkaitan logistik. Pada saudari Nina dan saudara Zulhelmi (Amy) selaku AJK penganjuran program ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL dan juga encik Bakaruddin (Din Kulop) selaku guide, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada mereka kerana telah banyak membantu saya sepanjang ekspedisi ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik mereka. 

Catatan perjalanan ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL ini telah disediakan oleh saudari Rabi’atun. Secara peribadinya saya telah meminta beliau menyediakan catatan perjalanan untuk ekspedisi ini kerana beliau merupakan peserta yang paling ‘junior’ dari segi pengalaman dalam pendakian. Sudah pastinya pelbagai cerita menarik dimuatkan menurut
perspektif beliau sebagai seorang yang baru menjinakkan diri dalam bidang rekreasi luar.

Salam rekreasi,

Azizan Zolkipli @ Wakjan
Pengarah Program Tahan 08.08.08 OGKL

ni pula catatan perjalanannya.
Cerita asal oleh Rabia, dgn tambahan citer oleh Nina.
Saya pulak memeriksa tarikh & masa serta edit bahasa. Maaf sbb ada bahasa rojak, saje nak bagi bersahaja dgn mengekalkan keaslian bahasa oleh penulis asal.

Harap korang semua terhibur dgn citer ni, selamat membaca...

5 Ogos 2008, Selasa.
KL Sentral – Merapoh:

Semua ahli ekspedisi Tahan 08.08.08 OGKL yang terdiri daripada Wak Jan, kak Nina, Amy, abg Azmin, abg Vijay, Pojie, Hadri, Wan, abg Am dan aku berkumpul di KL Sentral untuk menaiki keretapi menuju ke Merapoh. Kami berkumpul di restoran KFC, di situ juga ration dan peralatan diagihkan kepada semua peserta.

Jam 8.30 malam kami bergerak sambil memberikan lambaian ‘ala ratu cantik’ kepada rakan OGKL yang menghantar. Dalam tren keadaan agak riuh dengan kehadiran kami. Kalau dah geng ‘belanda’ tu mana-mana pun jadi. Kami berborak tanpa henti, kemudian bergerak ke kafe tren untuk membasahkan tekak manakala aku terus belasah nasi goreng telur mata yang tak begitu menaikkan nafsu makan, tapi terpaksa ditelan sebab dah terlalu lapar.
Aku dan Kak Nina cabut awal ke tempat duduk untuk melaksanakan sesi tidur, sejuk giler aircond, nak tidur pun seksa. Aku siap lengkap pakai glove lagi hehehe. 

Tidur punya tidur sedar-sedar baru sampai Gemas, semua pakat turun beli nasi lemak bungkus yang dikatakan sedap.
Pada mulanya aku malas nak beli tapi akhirnya terjebak juga membeli bihun goreng, ahaksss ... Lepas makan kami berjemaah sambung tidur semula. Sedar lagi sekali ingatkan dah sampai Merapoh tapi tidak, tren berhenti agak lama untuk memberi laluan kepada tren yang datang dari arah bertentangan. Kami sampai di stesyen Merapoh pada jam 9.00 pagi, lewat 3 jam dari waktu yang dijadualkan. Adatlah kalau naik tren ni ...

Hari pertama, 6 Ogos 2008, Rabu
Merapoh – Sg. Relau - Kuala Juram - Kem Kor:

Di Merapoh, kami menanti kedatangan Abg Roslan, orang yang bertanggungjawab membawa kami ke Pejabat Hutan Taman Negara Sg Relau untuk urusan pendaftaran dan declare barang serta peralatan yang dibawa. Sebelum bergerak ke Sg Relau, kami sepakat menerjah kedai makanan yang ada untuk bersarapan. 

Selesai mengisi perut, kami di bawa terus ke Pejabat Hutan Sg Relau. Perjalanan mengambil masa setengah jam sahaja. Sepanjang perjalanan pelbagai cerita yang Abg Roslan khabarkan kepada kami termasuklah gambar ikan kelah daripada kameranya. Teruja melihat ikan kelah, banyak giler !!

Setibanya di Pejabat Hutan, sesi punggah memunggah barang dan peralatan pun bermula. Semua harta yang ada perlu diisytiharkan. Bagi beginner macam aku ni memang menghadapi simptom blur ‘tahap dayak’, sampai plastik gula-gula yang cinonit pun diambil kira. Sabar je la, dah procedure macam tu jadi kenalah ikut.

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami gerak menaiki powil (4WD) Abg Roslan menuju ke Kuala Juram iaitu starting point untuk ke Gunung Tahan. Sementara menunggu guide kami iaitu Din Kulop bersiap kami di bawa melawat kawasan larangan memancing ikan kelah yang begitu meriah. Kemudian tanpa melengahkan masa, kami memulakan senaman regangan yang diketuai oleh Din Kulop. 

Selesai senaman diikuti bacaan doa oleh Hadri, perjalanan kami dimulakan tepat pada jam 12.00 tengahari. Kalau mengikut itenerary yang diberikan oleh Wak Jan, ada dicatitkan yang kami perlu berjalan sejauh mungkin untuk hari pertama ni. Aduhaii krem kaki gue !! Perjalanan agak santai tapi terpaksa melintas beberapa sungai sehinggalah tiba di Kuala Luis kami berhenti seketika untuk membedal tapauan makanan tengahari. 

Sesi ‘dapur haram’ pun bermula. Selesai lunch kami meneruskan perjalanan yang boleh dikatakan jalan bahagia tapiii kakiku tak berapa nak bahagia, lutut dah mula lembut.

Akhirnya lebih kurang jam 6.30 petang kami tiba di Kem Kor, Alhamdulillah lepas seksa hari ini dan nasib baik sampai sebelum Maghrib. Say “NO” to Overtime (OT) please ahakss!! Sampai je semua sibuk memasang khemah dan menyediakan makan malam. Selesai mandi dan makan, sesi perkenalan pun bermula. Banyak jugak cerita serta pengalaman yang dikongsi bersama termasuklah cerita daripada guide kami Din Kulop. Disebabkan terlalu letih semua tidur awal.

Hari kedua, 7 Ogos 2008, Khamis.
Kem Kor – Permatang – Kubang – Belumut – Bonsai – Botak:

Sambil menikmati sarapan yang disediakan oleh chef Nina, Din Kulop memberikan sedikit taklimat mengenai perjalanan yang akan kami lalui pada hari ini. Hati aku dah berdebar-debar, perasaan seram sejuk dah menerjah, tak dapat nak membayangkan trek pacak yang bakal ditempuhi itu. Redha je laa ...

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami memulakan langkah kaki. Layan punya layan tup tup, SURPRISE !!! Aduhai pacaknya! Aku mula memotivasikan diri, tiba trek pacak, pandang bawah untuk bagi mental tak bersepai, kalau tidak mau aku patah balik ke Merapoh huhuhuhu. 

Perjalanan kami diteruskan hingga ke Permatang, dari Permatang menuju ke Kubang dan di sini kami menikmati makanan tengahari yang telah ditapau. Kemudian meneruskan perjalanan ke Belumut. Hmm...memang kena la dengan namanya sebab begitu banyak sekali lumutnya, bukat setakat lumut, treknya pun berlopak serta ditakungi air, silap langkah memang terperusuk masuk ke dalam lah kaki tu. 

Jalan punya jalan sampai di Bonsai, boleh tahan cantik view kat sini, semua pokok lebih kurang tinggi kami je (paras lelaki dewasa la kot, takdela rendah macam aku ni hahahaa). Masa ni semua dah agak pewai tapi masih lagi boleh bergerak, guide tak kasik buat khemah kat sini sebab takde punca air jadi nak tak nak kenalah cargas gerak ke Botak. Maka nya malam ni kita OVERTIME !!! Cuaca dah semakin gelap, perjalanan masih jauh huhuhu sedihnyaaaaaaaa ...

Akhirnya jam 11 malam kami tiba di kem Botak. Boleh dikatakan semua kepewaian gara-gara dilanda hujan sejak petang tadi. Cuaca pun sejuk tahap ‘parkinson’, uihh ya ampun!! Walaupun parkinson namun semua tetap bekerjasama pacak khemah & flysheet. 

Masa nak keluarkan ration ada terjadinya insiden yang memalukan diri aku. Semua sibuk cari garam sambil menjerit ”Mana garam, sape pegang garam??” Aku yang baru nak keluarkan ration terus lenggang kangkung menuju ke arah mereka sambil berkata dengan penuh konfiden ”Nah gula ...” lalu disambut oleh Abg Am. Tiba-tiba Abg Am bersuara dan tak pepasal aku kena bahan hanya kerana ration yang ku sangka GULA itu adalah GARAM!! Aduh, dah le tulisan kat plastik tu punya besar tertulis GARAM, sah pewai melanda diriku ini, hehehehe sorry geng!! Lepas makan malam semua cabut tidur melalui mimpi-mimpi indah zZzZzZz ...

Hari ketiga, 08.08.08, Jumaat.
Botak – Puncak Tahan – Kem Gedong:

Seawal jam 9 pagi (awal ke? Ahakss...), aku bangun & menikmati keindahan alam ciptaanNya. ”Subhanallah” itulah ayat yang mampu aku katakan setelah melihat keindahan alam yang memang cantik dengan matahari mulai terbit, view gunung-ganang rasa tak puas memandang.

Seperti hari sebelumya, selepas sarapan, packing & melakukan sedikit senaman ringan, kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak Tahan, azaaaaamm!! Kalau dilihat dari Botak, rasa macam dekat je puncak Tahan tu, alahh kira kacang je la ... sekali jalan, hambik habuan, dah rasa macam mau mangkat!!! Huhuhuhu ...

Akhirnya lebih kurang jam 12.15 tengahari kami mencatat sejarah bertarikh 08.08.08 berada di puncak gunung Tahan !! Alhamdulillah, tak sia-sia pengorbanan dan kepenatan yang dilalui. Tiba-tiba aku terasa sebak apabila menyaksikan dengan mata kepala sendiri keindahan alam ciptaanNya, memang cantik !! Dan aku akui, sebab itulah ramai yang sanggup bersusah payah memanjat Gunung Tahan kerana kita pasti akan merindui suasana yang aman damai ini. Lama jugak kami lepak dipuncak, maklumlah bukan selalu dapat ke sini. 

Kami minum ‘air kemenangan’ dan masing – masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan. Yang menariknya, kami memegang ‘nombor keramat’ 08.08.08 untuk dikongsi bersama rakan OGKL dan rakan-rakan lain nanti (saja bikin panas ... ). 

Seperkara yg menarik kat atas puncak dan di kem-kem yang kami lalui adalah toilet free, tiada bayaran diperlukan, anda cuma perlu cangkung & nikmatilah keindahan alam semulajadi. Tapi jangan lupa angkut air sebab tak semua tempat ada air. Di puncak juga terdapatnya tapak kaki seperti di Gunung Datuk, tapi di sini tapaknya lebih lebar. Siapa punya tapak lah yang tertinggal hehehehe ...

Perjalanan diteruskan menuju ke kem Gedong. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan yang dipenuhi dengan pokok periuk kera kecil berwarna putih kemerahan yang sangat cantik. Perjalanan kali ini sama seperti semalam iaitu melalui trek lapang dan terbuka. Kami berhenti untuk lunch di satu tempat terbuka sebelum sampai di Bukit Berapit. Ketika inilah Kak Nina membuat satu panggilan kepada Abg Deeno. Riuh rendah dibuatnya. 

Tiba di Bukit Berapit kami berehat lagi dan selepas mendapat info mengenai jarak perjalanan serta keizinan dari guide maka sekali lagi ‘dapur haram’ dibuka ( boleh gitu ?? Ehehehe ... ). Kami menikmati meggie & air teh berperisa mangga (hmmm syedaappp...) sambil menikmati keindahan alam dari Bukit Berapit, perghhh aman damai... Dari sini juga kita boleh lihat Kem Padang yang sudah ditumbuhi pokok- pokok hijau kerana telah lama tidak dilalui oleh pendaki. 

Puas bergambar kami beredar sehingga ke kawasan serpihan jet pejuang terhempas pada zaman Perang Dunia ke-2 (kalau tak salah laaa...). Kami mengambil peluang bergambar di sisi bangkai jet pejuang itu untuk kenangan peribadi dan juga tatapan rakan-rakan lain hehehehe .... Perjalanan ke kem Gedong tidak begitu jauh daripada bangkai jet pejuang ini.

Sampai di kem Gedong, pasang khemah serta flysheet dan terus memulakan aktiviti memasak yang diketuai oleh chef Nina. Kawan - kawan lelaki memulakan kerja mencari dan menceduk air hasil daripada lopak-lopak yang ada di situ bagi digunakan untuk memasak dan kegunaan lain. Selepas makan aku tidur awal sebab dilanda keletihan yang amat sambil mengenangkan apa lagi nak jadi esok huhuhuhu...


Hari keempat, 9 Ogos 2008, Sabtu.
Gedung – G.Reskit (GR) – G. Tangga 15 (GT15) – Pangkin – Kuala Teku (KT):

Seperti biasa pagi kami dimulakan dengan breakfast dan aktiviti rutin lain. Tapi kali ini suasana dirasakan begitu menggembirakan sekali dengan cuaca yang cantik, view yang indah. Kelihatan sana sini rakan- rakan membawa cawan atau botol untuk mendapatkan air daripada lopak bagi menggosok gigi. Seronok sangat melihat suasana sebegini.

Guide memaklumkan perjalanan hari ni agak jauh dan kami akan melalui banyak gunung sebelum tiba di Kem Teku untuk bermalam.  Memang perjalanan hari ini sangat mencabar, treknya berbatu-batu dan berakar, kena panjat dicelahan batu sebelum tiba di Gunung Tangga 15 (GT15). 

Tangga pertama yang dilalui bikin jiwaku bergolak seperti dilanda ribut taufan. Perasaan gayat menerjah, tangga pertama yang wajib dilalui ini terlalu tinggi dirasakan, ku pandang ke bawah, aduhh sayup je. Masa turun tu ketaq jugak la lutut ni, perasaan takyah nak cerita, masa ni lah ada rasa nak terkucil, memerut, kira semua rasa adalah tapi ku tahan jebat !!! Bila dah berjaya sampai bawah aku tarik nafas lega. 

Selepas beberapa minit trekking, aku terpaksa melalui tangga–tangga yang lain lagi dan lagi sehingga menyebabkan aku lupa untuk membuat kiraan bilangan tangga serta jumlah anak tangga yang dilalui gara-gara ‘ketaq kulop’ (ayat sebenar ‘ketaq lutut’ tapi gara-gara seram punya pasal sampai tersasul daa ...).

Daripada GT15 ke Gunung Reskit (GR), dari GR ke Gunung Pangkin (GP) dan akhirnya ke Kem Teku (KT). Aduhh jauh lagi... Perjalanan hari ni agak membosankan sebab terlalu banyak layan trek turun, tambahan pulak kaki dah mula menjerit mintak tolong. 

Aku tanya pada Din Kulop ketika berehat di kem Pangkin Bawah, ”Jauh lagi ke?”. Jawapan dia yang bisa membuatkan aku terkelu dan tersengih ialah ”Kalau tak angkat beg memang tak gerak la kita” hehehehe, terkena aku !! Jadi tanpa banyak songeh, selesai je lunch kami cargaaaaaaass!! 

Oh ya ada kisah lucu yang nak dikongsi bersama. Din Kulop guide kami yang best itu telah terkantoi dengan Wak Jan ketika dia sibuk membersihkan telur yang pecah di dalam begnya. Tanpa di sangka-sangka, Kak Nina memerhatikan tingkah laku Wak Jan dan tiba-tiba Kak Nina tergelak besar apabila Wak Jan mengangkat bekas gas biru sambil menunjukkan permukaan sebelah bawahnya yang tertulis dengan perkataan ”DIN KULOP PUNYER”. Aduhh lawak sungguh !!! Patutla semasa di GT15 Din Kulop senyap je bila aku tersasul sebut ayat tu, rupanyer gelaran dia daaa ... aduh mak lawak sungguh!! Dan akhirnyer Din Kulop telah menjadi ‘bahan utama’ kami pada hari itu dan seterusnya.

Akhirnya sampai juga kami di Kem Teku (KT) pada jam 8.00 malam, dengan sedikit OT.  Seperti biasa naikkan flysheet, pasang khemah dan sediakan makan malam. Lepas tu apalagi aku pun terjun sungai la, fuhhhh bestnyer dapat mandi, almaklumlah dalam hutan ni bukan selalu dapat mandi hehehehe... 

Malam tu semasa makan malam kami turut menikmati ‘air sarsi original’ (kami kikis sikit kulit pokok sarsi masa turun tadi). Agak sedap cuma ada rasa herba sikit. Aktiviti biasa, lepas makan, borak ala kadar dan kemudian aku terus masuk tidur. Tengah malam tu aku terjaga ketika hujan turun dengan lebatnya. Dalam hati berdoa agar hujan kembali reda sebab sekiranya hujan turun dengan lebat dan air naik kemungkinan besar perjalanan tidak dapat diteruskan kerana perjalanan esok akan melintas dan melalui sungai.

Hari kelima, 10 Ogos 2008, Ahad.
Kuala Teku (KT) – Kuala Puteh (KP) – G. Rajah (GR) – Kem Tengah (KT):

Alhamdulillah, hujan malam tadi hanya sekejap dan perjalanan kami boleh diteruskan tanpa apa–apa halangan. Seperti biasa pagi kami dimulakan dengan sarapan dan aktiviti rutin yang lain.  Kami juga telah dimaklumkan oleh guide bahawa perjalanan kami hari ini akan melalui 8 batang sungai.

Perjalanan agak membosankan, kena redah 8 batang sungai, sampai naik kembang kuku kakiku ni, kemudian melalui batu-batuan di tepi sungai yang teramat lah licin, silap sikit memang terseliuh la jawapnya. Amy banyak membantu aku ketika melintas sungai, nak tak nak aku terpaksa pegang beg dia, kalau tidak confirm basah kuyup. Disebabkan cuaca hujan malam tadi, ada beberapa sungai yang mempunyai kedalaman tahap paras pinggang dan arus deras. Nasib baik ada tali disediakan untuk berpaut, takdelah rasa terlalu gayat. 

Tiba di Kem Putih (KP), macam biasa rehat sekejap dan sesi ‘dapur haram’ pun bermula. Patut la tempat ni diberi nama Puteh, airnya sangat jernih, putih bersih. Perjalanan diteruskan menuju ke Gunung Rajah(GR).

Lebih kurang hampir jam 7.00 malam kami tiba di puncak gunung Rajah (GR), sementara berehat sambil menghormati kedatangan waktu Maghrib, Amy dan Wak Jan sepantas yang mungkin membuka ‘dapur haram’. Ketika ini terjadinya insiden yang pada aku agak kelakar lah. Amy dan Wakjan ingin menguji dan mencabar sejauh manakah masa terpantas untuk Hadri memanaskan air dan seterusnya menyediakan air minuman. 

Semasa Hadri nak menyalakan api, entah macam mana tetiba api dapur menyambar terus terkena ‘jambul cari makan’ si Hadri, hmmm apa lagi terbakar la jambul kawan tu. Takde siapa pun yang menunjukkan reaksi simpati, kami semua bantai gelak berjemaah tak ingat dunia sampai sakit perutlah Selesai menghabiskan minuman lebih kurang dalam jam 7.30 malam, kami pun meneruskan perjalanan ke Kem Tengah.

Akhirnya lebih kurang jam 8.15 malam kami tiba di Kem Tengah untuk bermalam. Di campsite, seperti biasa kami naikkan flysheet, pasang khemah dan menyediakan makan malam. Malam tu kami berborak macam trip dah selesai je, semuanya bergembira kongsi pengalaman. Cuaca malam tu agak panas, ramai yang melepak dan tidur di bawah flysheet kecuali aku dan Kak Nina masuk ke kepompong (khemah), berpeluh-peluh kami dalam khemah, macam buat sauna pulak.

Hari keenam, 11 Ogos 2008, Isnin.
Kem Tengah (KT) – Melantai – Kuala Tahan

Hari ni merupakan hari terakhir bagi kami semua mengakhiri ekspedisi yang boleh dikatakan seronok tapi agak memeritkan, mental beb !! Rutin di waktu pagi seperti biasa, breakfast dan packing barang. Kemudian perjalanan ke kem Melantai pun bermula. Sepanjang perjalanan, kami melalui 27 bukit dengan keadaan trek yang turun dan naik, sampai naik krem kakiku ini. Akhirnya kami tiba di Melantai dan berehat untuk menikmati makanan tengahari. Ada yang makan tepi sungai dan terjun mandi. Pada mulanya 2-3 orang je yang mandi, sekali lepas kena racun, habis semua gedebushhh!! Tak tahan dugaan tengok kawan-kawan bergembira mandi hehehe ...

Selesai mandi, perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Tahan dengan trek sejauh 12km. Trek permulaan banyak turun naik dan kemudian menemui jalan bahagia yang tiada berkesudahan.. Terasa jaaaaaaaaaaaauhhh sangat!! Paling menggembirakan hati bila tengok signboard ”Kuala Tahan 2km”, yeeehaaaa bestnyerrr !!! 

Masa tu walaupun kaki dah lenguh tapi kerana ingat dah nak sampai, masing-masing berdesup, laluan berbukit bukau pun diredah dengan penuh senyuman. Jalan punyer jalan punyer jalan, tak sampai-sampai lagi, rasa macam dah berjalan lebih 5km, aduhh Tipah Tertipu !!! Nak tak nak perjalanan harus diteruskan.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di Kuala Tahan. Alhamdulillah, azab dah selesai, esok tak ada lagi benda yang perlu difikirkan. Kami terus pasang khemah dan membersihkan diri. Sepantas yang mungkin kami cargas berjemaah untuk menikmati makan malam di restoran terapung yang terletak diseberang sungai. 

Sebelum bergerak, kak Nina ada mengingatkan pada kami supaya simpan beg di dalam khemah bagi mengelakkan barang-barang dari disondol oleh khinzir. Masa tu aku dah keletihan memang dah tak terfikir nak kemas beg, dalam kepala duk terbayang makanan yang sedap-sedap dan disebabkan itu aku tak perasan pesanan Kak Nina tu.

Makan malam kami hari itu ditaja oleh abg Adzmin sempena meraikan tamatnya himpunan pendakian gunung –gunung G7nya. Selesai makan kami singgah sekejap di kedai souvenir berhampiran Masing-masing membeli stok makanan dan minuman untuk di’belasah’ pada malam itu. 

Malam tu aku seronok sangat. Perut dah kenyang, esok dah tak perlu redah jalan yang meletihkan, dapat merasa naik bot walaupun sekejap tapi siapa sangka malang tidak berbau menanti aku apabila tiba di campsite. Kelihatan barang-barang aku bersepah dan beg aku?? HILANG !!! 

Kelam kabut aku dibuatnyer. Tak sangka bukan aku seorang aje yang kena, Wak Jan pun sama tapi beg dia tak hilang cuma isi kandungannya bertaburan disana sini. ‘Skuad pengesan beg’ ditubuhkan dengan segera dengan diketuai oleh Abg Am. Cari punyer cari ... jumpa dalam semak berhampiran sungai. Habis koyak rabak zip beg aku. Masa tu keluarlah macam-macam ayat yang tak sepatutnyer dituturkan sampai semua yang ada terkejut mendengarnyer, sebab  marah punyer pasal. 

‘Skuad menyamak beg’ ditubuhkan segera, kawan – kawan pun terus turun ke sungai berdekatan bagi mengadakan sesi samak dengan diketuai oleh Hadri. Untuk info, akibat dari kejadian inilah beg aku digelar ‘Lafuma B’ manakala beg Wak Jan ‘Deuter K’. Nasib, nasib...

Selesai sesi samak menyamak, kami pun lepak berborak sambil menikmati kudapan (french fries & keropok) serta air kotak/tin yang di’tapau’ tadi. Ada la seekor khinzir yang begitu rajin mengusha kami dengan harapan dapat diberi makanan barang dua–tiga ketul. Sorry naik loriiii, mampus tak layan. 

Pada masa tu juga ada la berlaku satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Ada la seorang hamba Allah ni (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan hehehehe ...) sampai tunggang terbalik ‘tergolek dog’ berlari nak memanjat tunggul gara-gara khinzir datang mengintai. Giler lawak beb!! Ehehehehe ... 

Selesai sesi borak, kami terus berkemas untuk tidur. Semua beg dan peralatan diletak atas rak tong sampah atau disangkut atas pokok untuk mengelakkan dari disondol.

Hari ketujuh, 12 Ogos 2008, Selasa.
Kuala Tahan – Jerantut – Pekeliling, Kuala Lumpur:

Pagi tu kami bangun seawal jam 7 pagi untuk mandi dan bersiap-siap. Selesai mengemaskan barang, kami menuju ke Pejabat Perhilitan Taman Negara untuk urusan yang berkaitan. Selesai urusan tersebut yang dilakukan oleh Wak Jan dan kak Nina, kami menuju ke kafe yang terletak bersebelahan pejabat untuk menikmati sarapan pagi. Selesai bersarapan, kami bergerak ke arah jeti untuk ke seberang sungai dengan menaiki bot dan selepas itu kami berjalan kaki sedikit untuk ke perhentian bas. Bas yang akan kami naiki bagi menuju ke Jerantut tiba hampir jam 10.00 pagi. Kelihatan beberapa pemuda dari suku kaum orang Asli turut menaiki bas itu. Pada mulanya kami rancak berbual di dalam bas tapi selepas 10 minit keadaan dalam bas kembali tenang aman damai gara-gara semua pendaki telah dibuai mimpi.

Tiba di Jerantut lebih kurang jam 12 tengahari. Masing – masing melilau mencari tempat penjualan tiket bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang untuk ‘pusing–pusing’ pekan Jerantut dengan berjalan kaki. Tiket pulang berjaya dibeli dengan waktu bas berlepas dijadualkan pada jam 2.30 petang. Sementara menanti ketibaan bas, kami berjemaah ke restoran yang berdekatan untuk makan tengahari. Beg – beg kami ditinggalkan di tempat agen penjualan tiket untuk memudahkan perjalanan. Pada mulanya kami bercadang nak makan KFC tapi hasrat terbantut gara-gara tulisan besar tertera ”UNDER CONSTRUCTION” huhuhuhu melepasss ...

Jam 2.30 petang bas kami bergerak meninggalkan Jerantut. Sepanjang perjalanan kami melelapkan mata. Sedar-sedar dah sampai di hentian Pekeliling, Kuala Lumpur jam 5.30 petang. Yang kelakarnya, kami termanggu-manggu dan masing – masing dilanda blur ketika turun di Pekeliling. Macam tak percaya inilah hutan batu yang kami huni selama ini. Bising, pencemaran serta hiruk piruk adalah merupakan lumrah kehidupan di Kuala Lumpur. Ketenangan jiwa selepas seminggu berada
dihutan rimba telah rosak dengan sekelip mata huhuhu ...

Beberapa orang antara kami ada yang balik dan kebanyakkannya menuju ke KL Sentral untuk menikmati ayam goreng KFC. Mahu balas dendam sebab tadi tak dapat nak makan semasa di Jerantut.. Ramai juga rakan OGKL yang datang ke KL Sentral menyambut kepulangan kami pada malam itu. Terima kasih semua. Akhirnya jam 10 malam kami bersurai dengan pelbagai kenangan yang terpahat dan tersemat kukuh di jiwa setiap peserta.

Terima kasih pada semua rakan OGKL yang memberikan semangat untuk kami
semua.

Disediakan oleh:
Rabi’atun Ismail
Peserta program Tahan 08.08.08 OGKL