Saturday, 30 April 2016
Minda Environmentalist 6
Selamat Hari Pekerja kepada semua
Monday, 4 April 2016
AGM OGKL 2016 -2017
Monday, 29 February 2016
Hadiah Ekslusif OGKL 2016
2. Bayaran yuran boleh dibuat kepada nombor akaun di bawah:
4. Maklumkan bahawa anda sudah jelaskan bayaran yuran dan beri saiz baju. **Material baju adalah cotton.
5. Hadir AGM OGKL pada 27hb MAC 2016 untuk dapatkan Baju-T Eksklusif "Loyalty Version" anda.
Sunday, 28 February 2016
Minda Environmentalist 5
Tuesday, 23 February 2016
Minda Environmentalist 4
Sunday, 21 February 2016
OGKL #pickitup Sg Pisang 21 Feb 2016
Sunday, 31 January 2016
Minda Environmentalist 3
Thursday, 21 January 2016
Santai Meneroka ke Trans Gandik OGKL
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Sebagai Warga Pendaki tegar kita tidak lari dari mencari sesuatu yang baru. Kami di OGKL ingin merealisasikan impian anda... Anda inginkan gunung yang 'rare', masih dara, tidak terlalu 'hardcore', TRANS?, DAYPACK? (kali ni bukan daypack trip 2H1M) :) ~ Julung2 kalinya kami bawakan Ekspedisi Trans Gandik...
Ekspedisi kali ini melibatkan 3 gunung yang terdapat di daerah Ringlet. Mengikut peta gunung-gunung ini adalah, Gunung Bunting - Gunung Tanggung - Gunung Gandik.
Laluan Trek berdenai... jelas dan mudah di daki bersambung antara tiap gunung. Jangan risau tiada tempat merbahaya untuk mengambil gambar merakam kenangan... apa yang lebih penting adalah anda merasai sendiri keindahan denai dan keunikan hutan ini.
*Kemungkinan akan ada aktiviti tambahan sekiranya berkesempatan
Santai Meneroka ke Trans Gandik
Tarikh: 26 Februari (mlm) - 28 Februari 2016
Lokasi: Ringlet, Cameron Highland
Bayaran:
Ahli OGKL: RM140.00
Bukan Ahli OGKL: RM160.00
Deposit: RM80.00
Peserta: 24 orang (sila sahkan tempat anda dengan pembayaran deposit)
Tarikh tutup: 19 Februari 2016 (JUMAAT)
Gred: C mengikut penilaian OGKL
Bayaran meliputi Guide, Peralatan perkhemahan, permit, insuran, Makanan semasa ekspedisi, Pengangkutan (KL-Cameron Highland - KL), Groups First Aid Kits & TSHIRT XPDC
pendek kata ALL IN ~
Sila hubungi AJK berikut:
Nizar(ad) - 017 318 3418: FB Muhammad Nizar
Ajib- 012 942 3732: FB - Arejib Kenya
Cikgu Ros - 012 964 4970: FB - Semut Merah
Pembayaran MBB 162151677725 MUHAMMAD NIZAR
Sila maklumkan selepas pembayaran dibuat & simpan slip pembayaran untuk pengesahan.
*Semua peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.
*Semua peserta diminta untuk membawa sekurang-kurang
Tentatif: TBC
Wednesday, 20 January 2016
Ogkl Roadtrip ke Krabi & Hiking Naga Peak, Thailand.
AGM OGKL ke-20 2016
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Khas buat AHLI-AHLI OGKL.
Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.
Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2016 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.
Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 MAC 2016 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 12.00pm – 5.30pm
Agenda:
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2015
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2015
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2016/2017
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain
Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/email/
Razman –
Tel : 017-3149540
FB : Razman Arsad
Email: g_man2877@yahoo.com
Hadiah misteri menanti AHLI bertuah yang hadir!! Jangan lepaskan peluang ini!!
PickItUp Sungai Pisang oleh OGKL & #pickitup Initiative
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Bersempena kempen yg diterajui oleh #pickitup Initiative, kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) berbesar hati menyambut baik kempen tersebut dengan penganjuran program pembersihan #pickitupSelangor di Air Terjun Sungai Pisang, Gombak.
Berikut adalah butiran program;
Tarikh : Ahad, 21 Feb 2016
Masa : 8 AM
Tempat : Air Terjun Sungai Pisang
Butiran Program : TBA (Secara kasarnya, program pembersihan akan bermula dari Pusat Rekreasi Alang Sedayu, dan sepanjang trek hingga ke Air Terjun Sungai Pisang.)
Penyertaan : Terbuka
Kos : Tiada bayaran (Makan & Minum adalah tanggungan sendiri)
Peralatan : Tali, Plastik & Guni Sampah akan dibekalkan.
Sila berhubung dengan AJK bertugas untuk penyertaan.
AJK :
1. Zul (FB - Zulfadli Ahmad Husaini; 017 6162894)
2. Hadri (FB - Hadri Aswad Salim; 012 9183949)
Ini adalah satu langkah yang kecil, berpaksikan niat yang besar. Semoga usaha sekecil ini dapat membina kekuatan untuk diteruskan pada skala yang lebih besar nanti, demi memelihara dan memulihara warisan semulajadi dunia, serta menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar kepada para penggiat rekreasi.
#pickitup #pickitupSelangor #ogkl
Minda Environmentalist 2
Kembara Hari Kebangsaan OGKL ke Jirisan & Seoraksan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ayuh lebarkan sayap pendakian anda bersama OGKL ke Korea Selatan sempena Hari Kebangsaan 2016.
Kembara 7 hari 6 malam ini bakal menjelajah Taman Negara Gunung Jirisan & Gunung Seoraksan, gunung ke-2 dan ke-3 tertinggi Korea Selatan.
Perjalanan program secara kasar adalah seperti berikut :
Tarikh : 26 Ogos - 1 September 2016
Lokasi : Jirisan National Park, Gyeongsangnam Province & Seoraksan National Park, Gangwon Province
Penyertaan : Terbuka
Bayaran : RM840 (Ahli OGKL), RM880 (Bukan Ahli OGKL)
Maklumat Penerbangan
Pergi :
Jumaat 26 Ogos 2016
Flight Air Asia D7518 (Kuala Lumpur to Busan)
0115 (KUL) - 0830 (PUS)
Balik :
Khamis 1 September 2016
Flight Air Asia D7507 (Seoul to Kuala Lumpur)
0935 (ICN) - 1505 (KUL)
Kos meliputi pengangkutan darat sepanjang perjalanan program, penginapan sepanjang program, guide, group first aid kit, serta pengurusan (hanya ground arrangement).
*Kos TIDAK termasuk makan minum sepanjang program, tiket penerbangan, city site-seeing, shopping, serta perkara yang berada diluar jadual kumpulan
*Kos berdasarkan anggaran semasa, pertambahan kos semasa program adalah secara perkongsian bersama.
Kepada yang berminat, sila maklumkan urusetia program, tertakhluk kepada pertimbangan kelab.
Deposit : RM300 selewat-lewatnya 30 APRIL 2016
Bayaran Penuh : Perlu dijelaskan selewat-lewatnya 30 JULAI 2016
Sila hubungi AJK berikut untuk pendaftaran
Zul : 0176162894 : FB - Zulfadli A Husaini
Zahid : 0126203706 : FB - Fish Cake
Cikgu Ros : 0129644970 : FB Semut Merah
Bayaran Deposit/Penuh boleh dibuat ke akaun
Maybank 162085532923 - Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini
Pastikan anda membuat pengesahan tempat dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran, dan simpan slip pembayaran untuk rujukan dan pengesahan.
*Tentatif akan dimaklumkan kemudian kepada peserta yang komited.
~Khazanah Alam Wawasan Rekreasi~
Tuesday, 12 January 2016
Minda Environmentalist
Thursday, 3 December 2015
Saturday, 14 November 2015
10 Interesting Facts about Mount Fuji
10 Interesting Facts about Mount Fuji
Famed for its elegant symmetrical cone, Mount Fuji is actually an active stratovolcano last erupting in December 1707. First climbed by a monk in 663, the sacred mountain is beset upon by an annual pilgrimage to climb its peak during the short two and a half month climbing season. Visitor numbers have spiralled over the years and more so recently since its official inclusion as a UNESCO World Cultural Heritage Site in 2013. The volcano straddles Yamanashi and Shizuoka prefectures which means plenty of buck passing about how to deal with the accumulated garbage and effectively manage the fragile mountain ecosystem. I had the good fortunate to climb Mount Fuji back in 2000 and hope the following run-down provides some new insights around this majestic mountain.
# 1. Buddhist monk christens Kyoto as the 19th Prefecture.
# 2. Starting back in 2005, steps were taken to clean up the mountain.
# 3. Training playground for the hardiest of climbers.
# 4. A short window of opportunity.
# 5. Not for the geographically challenged.
# 6. Ensure to bring plenty of fluid to hydrate.
# 7. A long shot of visibility prevails.
# 8. The Meiji restoration lifts the ban.
# 9. Best enjoyed in the company of thousands.
# 10. Attempts to stem the tide through punitive fees.
Credit: http://ridgelineimages.com/musings/10-interesting-facts-about-mount-fuji/
Selamat Berhujung Minggu
Sunday, 25 October 2015
Thursday, 2 July 2015
XPDC Ambang Merdeka di Gunung Yong Belar & 3 Boundaries
Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
OGKL bakal menganjurkan trip tahunan, Merdeka di Puncak! Kali ini pendaki bakal disahut untuk menyertai XPDC Yong Belar dan 3 Boundaries yang terletak di sempadan negeri Perak , Pahang dan Kelantan dengan ketinggian 2181m. Diharap XPDC ini dapat dimeriahkan lagi dengan penyertaan anda semua.
Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 Ogos (Malam) – 31 Ogos 2015
Lokasi: Masjid Keputeraan Lojing, Kelantan
Gred : B+ (mengikut penilaian OGKL)
Bayaran:
Ahli OGKL: RM160
Bukan Ahli OGKL: RM180
Deposit: RM100.00
Tarikh tutup:21 Ogos 2015 (atau penyertaan penuh)
Bil Peserta : 15 orang minimum & 20 orang maksimum
(pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)
Bayaran meliputi:
-Guide
-Peralatan perkhemahan
-Permit
-Insuran
-Makanan semasa ekspedisi
-Pengangkutan
Sila hubungi AJK berikut untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan tempat:
Atikah – 017 297 0427 FB Atikah Mahdzir
Razman – 017 314 9540 FB Razman Arsad
FBK – 017 609 1473 FB Faizal Fbk Rekreasi Alam
Pembayaran: MBB 112558117031 WAN NOR ATIKAH MEGAT MAHDZIR
(Sila maklumkan selepas pembayaran dibuat & simpan slip pembayaran untuk pengesahan)
Tentatif:
28 Ogos (Malam)
10mlm -Berkumpul di LRT Gombak
12pagi -Bertolak menuju ke Masjid Keputeraan Lojing, bermalam di situ.
29 Ogos
-Parking kereta di Sekolah Kg Raja, menaiki 4wd menuju ke starting point.
- Bermalam di Puncak Gunung Yong Belar
30 Ogos
- Menuju ke Kem Gurkha
31 Ogos
- Bergerak menuju ke Gunung Challi
- Melalui Puncak Gunung 3 Boundaries
- Menuju ke trail entrance (starting point)
- Menaiki 4wd untuk ke Sekolah Kg Raja
- Sesi membersihkan diri dan bersurai
**Nota kaki:
*Sebarang pindaan tentatif bergantung kepada perjalanan XPDC dan keperluan semasa.
*Peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.
*Peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1.5 liter bekas air untuk kegunaan memasak.
*Peserta hendaklah mempunyai kecergasan yang secukupnye.
~KHAZANAH ALAM WAWASAN REKREASI~
Ekspedisi Gunung Besar-Pukin OGKL 2015
Dengan rasa penuh hormat, Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur kali ini ingin menganjurkan pendakian ke Gunung Besar (1035m / 3,398 ft) & Gunung Pukin (967 m / 3,173 ft) yang terletak di bumi Segamat, Johor.
Berikut adalah butiran ekspedisi :-
Tarikh : 14hb - 16hb Ogos 2015
Lokasi : Kg.Tenang, Labis Johor
Gred : B+ (mengikut penilaian OGKL)
Peserta : 15 orang minimum & 20 orang maximum
(pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)
Tarikh tutup : 8hb Ogos 2015 atau cukup 20 orang.
Sebarang perkara boleh berurusan dengan AJK :
1. Cikgu Ros - 012 964 4970 / FB Rosmawati Hamzah
2. Zulfadli Ahmad - 017 616 2894 / FB Zulfadli A Husaini
3. Shahru - 012 420 3541
Bayaran : RM 140 (ahli) RM 160 (bukan ahli)
Deposit : RM 100
Bayaran meliputi :
- Makanan sepanjang ekspidisi
- Pengangkutan (KL-Labis-KL) / 4wd (ke starting point)
- Permit Hutan
- Penginapan
- Guide/Jurupandu
- Insurans perjalanan
- Pengurusan
- Medical Kit
**(perlu diingatkan bahawa deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan bagi memastikan kelancaran urusan penganjuran)
Bayaran deposit atau penuh boleh dibuat ke dalam akaun:
MAYBANK
1622-4571-5452
SHAHRUIZWAN BIN SHARUDIN
Sila sahkan pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran dan maklumkan kepada AJK yang bertugas setelah bayaran dibuat (beserta gambar resit bayaran).
Berikut adalah tentatif ringkas :-
14/8/2015 (9.00 malam)
- Berkumpul di LRT Gombak
- Bertolak ke Johor
1st Day (15/8/15)
- Tiba dan berkumpul di Dewan Labis (bersebelahan masjid Labis)
- Felda kg Tenang (ekspidisi bermula) > campsite A-team > G. Besar-Pukin > campsite A-team (bermalam)
2nd Day (16/8/2015)
- Campsite A-team > Felda Kg Tenang
- membersih diri > carbo loading > post mortem
- Pulang ke KL (ekspedisi tamat)
p/s : segala pindaan tentatif akan dimaklumkan kepada peserta mengikut keperluan semasa. jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan AJK bertugas ataupun mana-mana AJK OGKL 2015/2016.
sekian :)
~KHAZANAH ALAM WAWASAN REKREASI~
Ekspedisi Gunung Ulu Kinjor OGKL
OGKL akan menganjurkan satu Ekspedisi ke Gunung Ulu Kinjor yang jarang di daki yang bertempat di daerah Bidor, Perak.
Di jemput semua untuk sesama kita menikmati keindahan alam, flora dan fauna disana...
Butiran lanjut seperti berikut:
Tarikh: 31 julai (mlm) - 2 ogos 2015
Lokasi: Kampung Poh, Bidor Perak.
Bayaran:
Ahli OGKL: RM130.00
Bukan Ahli OGKL: RM150.00
Deposit: RM100.00
Bil. Peserta: 24 orang
Tarikh tutup:26 julai 2015 (atau penyertaan penuh)
Gred: B+ (mengikut penilaian OGKL)
Bayaran meliputi Guide, peralatan perkhemahan, permit, insuran, makanan semasa ekspedisi, pengangkutan (KL-BIDOR-KL), Lori & Groups First Aid Kits.
Sila hubungi AJK berikut:
Ijam - 018-2023079 FB - Mohd Khairul Nizam
Ajib - 012-942 3732 FB - Arejib Kenya
ferhad - 0173183418 FB - Muhammad Nizar
Pembayaran: MBB 1621511677725 MUHAMMAD NIZAR BIN SHAWAL HAMID
Sila maklumkan selepas pembayaran dibuat & simpan slip pembayaran untuk pengesahan.
**Nota kaki:
*Peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.
*Peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1.5 liter bekas air untuk kegunaan memasak.
*Peserta hendaklah mempunyai kecergasan yang secukupnye.
Tentatif:
31HB Julai 2015 (JUMAAT MLM)
21.30PM - Berkumpul di Heritage Restaurant Cafe (HRC) - Bertolak ke Bidor Perak
01 Ogos 2015 (SABTU)
Balai polis bidor(lori) - Kg.Poh(kuari)(mula treking) - Puncak Gunung ulu Kinjor (Bemalam)
02 Ogos 2015 (AHAD)
Puncak Gunung Ulu Kinjor-Kuari-Balai Polis Bidor-kl
~KHAZANAH ALAM WAWASAN REKREASI~
Monday, 29 June 2015
IFTAR OGKL 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang dan ruang untuk kami menjalankan Majlis IFTAR OGKL 2015 dengan jayanya. Terima kasih juga kepada tuan rumah En Ramli dan Isteri yang sudi menjadi host bagi tahun ini, Terima kepada para penyumbang ringgit dan juadah, Terima kasih kepada para petugas yang bertungkus lumus pada sebelum, semasa, dan selepas majlis, Terima kasih kepada semua yang hadir dan memeriahkan majlis Iftar OGKL 2015, Kehadiran anda semua amat kami hargai..
Semoga berjumpa lagi di lain waktu.
Salam Ramadhan.















































