logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 29 November 2017

OGKL Trans 3 States (Status - Cancel)




Assalamualaikum dan hai semua !

Hujung tahun bakal menjelma. Mesti bestkan adventure life kalian sepanjang tahun ni. Macam mana dengan trip penutup tahun 2017? Trip opening tahun 2018 korang pulak, dah ada ke? Kalau belum ada plan, moh ler sertai kami.

Dengan rasa berbesar hati Kelab OGKL ingin menjemput saudara/i untuk bersama kami ke pendakian OGKL Trans 3 States !

Lokasi : G. Besar Hantu - G. Hantu Kecil - G. Nuang
Tarikh : 30,31 Disember 2017 - 1 Januari 2018 (3h2m)


Yuran Penyertaan : 
Ahli OGKL: RM220 
Bukan Ahli OGKL: RM240
Deposit : RM120 
*deposit tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri
Tarikh bayaran penuh : 21 Disember 2017

Bayaran Meliputi:
* Pengangkutan (KL- Langat - KL)
* Guide / Pemandu Arah
* Permit Pendakian
* 4WD (Langat - Kenaboi)
* Makanan Sepanjang Pendakian
* Group 1ST AID KIT
* Insuran Perjalanan
* Pengurusan

Sila hubungi AJK berikut untuk maklumat dan tindakan lanjut :
1. Shahruizwan (FB Shahruizwan Ibnu Sharudin) : 012 4203541
2. Mustafa Kamal (FB Mustafa Kamal Saedon) : 017 3044325
3. Rosmawati Hamzah (FB Semut Merah) : 012 9644970

Deposit dan bayaran penuh boleh dibuat ke akaun:
Shahruizwan Bin Sharudin
1622-4571-5452 (Maybank)

So guys, tunggu apa lagi? Mari laa register cepat-cepat before terlambat !

~ KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI ~

#OGKL #2018OGKLturns25 #since93

Saturday, 25 November 2017

OGKL PAINTBALL BATTLE !



Hai Guys !

Korang terasa geram sebab tak dapat mendaki pada bulan Disember? Banyak hutan ditutup atau permit tak lepas? Misi memburu awan karpet atau trip tiruk terpaksa kena lipat sebab cuaca tak mengizinkan? Mungkin jugak sebab stress kerja? Ataupun, kekasih hati lari bersama pendaki hipster?
Chillex bang. Kami ada solusi. Kikiki 

Jom ramai-ramai join aktiviti kami di OGKL Paintball Battle 2017 !

Ajak kawan-kawan yang paling korang marahkan sangat tu join sekali. Kita lepaskan geram dalam Paintball Battle. Selain dapat lepaskan tekanan korang, dapat jugak peluhkan badan kasi sihat. 

Nah details yang korang nak tau:-

Tarikh: 17 Disember 2017
Lokasi: Action Sports Kemensah

Harga Penyertaan
Ahli: RM90
Bukan Ahli: RM95
Deposit : RM50

Target Maksimum peserta: 30pax

Yuran penyertaan HANYA meliputi :
📣 Marker sewaan yang canggih
📣 500 pallets untuk di habiskan
📣 Arena pertempuran yang menarik
📣 Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan
📣 Lokasi yang mudah untuk di akses
📣 Tempat letak kenderaan yang selamat

Deposit boleh bank in ke akaun :
Muhammad Haziq b Yahya
Maybank Berhad
1645 4807 6369

Bayaran deposit : RM50
Bayaran penuh : Selewat-lewatnya 8/12/2017

⚠ Perlu diingatkan bahawa :
➡ Bayaran deposit perlu disertakan sekiranya anda ingin booking nama
➡ Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya peserta menarik diri selepas tarikh 8/12/2017
➡ Pergerakan ke lokasi adalah tanggungan peserta sendiri

Jika terdapat soalan, hubungi:-
Arejib kenya - 012 942 3732
Shahruizwan - 012 420 3541

~ KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI ~
#OGKL #paintball #since1993 #2018OGKL25TAHUN #roadtoOGKL25TAHUN

Wednesday, 15 November 2017

Logo awal OGKL

sumber dari fb M Rozai Hj Sulaiman


Saturday, 11 November 2017

Kalendar Aktiviti OGKL 2018


Koleksi video-video OGKL sepanjang penubuhan

Salam,

Video kenangan ahli-ahli OGKL sejak dari dahulu.


Transpek V2 2009 Part 1


Transpek V2 2009 Part 2

Gunung Daik 2006 dari Jusrizal

Monday, 30 October 2017

Koleksi gambar-gambar OGKL sepanjang penubuhan

Salam,

Gambar kenangan ahli-ahli OGKL sejak dari dahulu.

Gunung Tangga Februari 2007 ... KP Deeno gambar dari Amir Abidin
Gunung Semeru Mei 2008 ... KP Deeno, gambar dimuat oleh Fahmi , gambar asli Arrey
Gunung Serundum Julai 2016 ... gambar dari Norema
Gunung Ulu Jernih November 2010... KP Wan Ahmad Fauzi atau Besek Sarina peserta 15 org...gambar dari Eija 
Gunung Bujang Melaka Januari 2011, KP Besek Sarina. gambar dari Razman
Gunung Tapis 2009, KP Jay Hamid
Gunung Angsi 2016, KP Zahid dan Ayong
Gunung Shoid dan Kasai 2017, KP Shamil 

Gunung Liang Timur dan Barat  2002 , KP Uncle Rashid 

Gunung Besar Hantu 2005 , KP Che Din 

Trans Inas 2015, KP Zahid dan Ayong

Gunung Kinabalu 2002, KP Uncle Rashid

Gunung Tapis 1996

TransV2 Reverse
Trans Bintang 2012, KP Besek Sarina 

Gunung Ulu Jernih 20156, KP Nizar

Gunung Condong Ogos 2016, KP Jay Hamid

Trans Cecil Mac 2017, KP Scapek Sapex

Trans Gandik Februari 2016, KP Nizar

Trip Reece Gunung Sunting Buloh 2016, KP Razman

Gunung Palas 2014, KP Razman

Gunung Welirang Mei 2008, KP Deeno dan Fahmi

Gunung Belatoh Februari 2010, KP Deeno

Gunung Gerah Februari 2010, KP Arrey Guide Pak Uda

Gunung Suku 2009


3 gambar dari Gunung Yong Yap pada tahun 1997 .... gambar dari Asmawi Affendi
Gambar Stong-Ayam pada tahun 1996 .... gambar dari Asmawi Affendi

Gunung Tapis 1996
Barisan MT & AJK 1996 antaranya yg dapat di'tangkap' di fb, mantan penasihat uncle Mohamed Yunos, presiden abg Omar Osman, naib pres abgAsmaruddin Jamaluddin, setiausha kak Izza Safinaz Ibrahim, ajk - abg Adanan Sidek Nan kak Diela Suria Mohd Dazin

Bendera/banner GKL yg rare dan sempoi 🌹
Terima kasih kepada mantan-mantan barisan MT & AJK atas sokongan kalian dan tanpa mereka (gabungan orang lama & baru) tiada la OGKL yg masih relevan sehingga kini. Apa yg penting-KERJASAMA!!



Trans Inas 2015, KP Zahid dan Ayong



Trans Inas 2015, KP Zahid dan Ayong





















XPDC Gunung Sanggul - Kerjul


Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak kelab OGKL ingin menjemput tuan-puan ke pendakian:

Gunung Sanggul (1496 m) & Gunung Kerjul (1451 m)
Tarikh: 25 & 26 November 2017

Berkumpul di LRT Gombak jam 9.30mlm (24 November 2017)

Harga trip:
RM190.00 (Bukan Ahli)
RM170.00 (Ahli)

Deposit RM 100.00 sebelum 13 November 2017 ke akaun Maybank:
162085532923
AHMAD ZULFADLI AHMAD HUSAINI
Rujukan: Deposit Sanggul - Kerjul

Sila lampirkan bukti pembayaran dengan Whatsapp ke no: 017-6162894
#Deposit tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri di saat-saat akhir.
#Seat Confirmed by Deposit. FIRST COME FIRST SERVE!!

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AJK berikut:
Zulfadli - 017 616 2894
Cikgu Rosmawati - 012 964 4970
Shahruizwan - 012 420 3541

Kos Meliputi:
- Ration & Tapau
- CARPOOL KL-BEHRANG-KL
- 4x4
- Jurupanduarah, first aid, handy communication, permit,
- Kelengkapan perkhemahan (set fly dan ground sheet) dan
- Insurans perjalanan.
- Perkongsian ilmiah, sepaduan ummah, kawan2 yang ramah, penuh kasih sayang fana abadi~

Limited seat utk 24 orang peserta sahaja.

#OGKL
#2018ogkl25Tahun
#OGKLsince1993

Thursday, 12 October 2017

⛰XPDC Santai Gunung Jua OGKL (830m) 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak kelab OGKL ingin menjemput tuan-puan ke pendakian:

Lokasi: Gunung Jua (Raub ,Pahang)
Tarikh: 18 November 2017 ditukar ke 29 Oktober 2017 kerana penutupan hutan di Pahang bermula 1 November
Gred: C (mengikut penilaian OGKL)

Peserta: 15 orang minimum & 30 orang maximum (pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)

Tarikh tutup: cukup 30 orang

Berkumpul di LRT Gombak jam 9.30mlm (28 Oktober 2017)

Bayaran:
Ahli OGKL: RM 70
Bukan Ahli OGKL: RM 90
Deposit : RM 50
*Deposit tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri

Bayaran Meliputi:

* PENGANGKUTAN DARI KL - RAUB - KL
* GUIDE
* PERMIT
* 4WD
* BREAKFAST AND LUNCHPACK
* GROUP 1ST AID KIT
* INSURANS PERJALANAN


Sila hubungi AJK berikut untuk maklumat dan tindakan lanjut:
1. Mustafa Kamal (FB Mustafa Kamal Saedon) : 017 3044325
2. AJ (FB Jay Hamid) : 012 6863831
3. Rosmawati Hamzah (FB Semut Merah) : 012 9644970

Deposit dan bayaran penuh boleh dibuat ke akaun:

Mustafa Kamal Bin Saedon
7012404778 (Cimb Bank)

~ KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI ~

Tuesday, 12 September 2017

Pendakian Gunung Shoid & Gunung Kasai



Assalam dan salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia. 

Alhamdulillah kita diberi nikmat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan merasa nikmat yang Allah berikan. 

Sehubungan itu, pihak OGKL ingin menjemput rakan-rakan pendaki untuk menikmati keindahan alam semulajadi dalam pendakian Gunung Shoid dan Gunung Kasal yang terletak di KELANTAN. 

Maklumat pendakian adalah seperti berikut:

Tarikh : 17.10.2017 (Selasa malam) - 22.10.2017 (Ahad)
Lokasi : Pos Gob, Gua Musang
Gred : A (mengikut penilaian OGKL dan sumber yg asli)
Peserta :12 orang max (pengesahan tempat berdasarkan deposit atau bayaran penuh yg diterima terlebih dahulu ("first come first serve")
Tarikh tutup penyertaan : 6.10.17 (Jumaat)

Sila hubungi AJK-AJK berikut utk pengesahan tempat, pertanyaan dan sebagainya:

MOHD SHAMIL @Ana Ibnu Samad :0192673916
ROSMAWATI HAMZAH @Cikgu Ros:0129644970

BAYARAN
RM 370 :AHLI
RM 390 :BUKAN AHLI
Deposit : RM 150

BAYARAN MELIPUTI :
* PENGANGKUTAN DARI KL-GUA MUSANG-KL(perubahan transport akan dimaklumkan)
* GUIDE
* PERALATAN KHEMAH(FLY DAN GROUND)
*PERMIT
*4WD
*RATION SEPANJANG TRIP
*INSURAN PERJALANAN SHJ (PERJALANAN DARI KL-GUA MUSANG-KL)

Bayaran deposit atau full payment boleh dibuat ke akaun
MOHD SHAMIL BIN SAMAD
164276514169 (Maybank)
*DEPOSIT tidak akan dipulangkan kembali sekiranya peserta mengundur diri di saat-saat akhir.

**Pihak kami boleh membatalkan program jikalau berlaku kejadian alam yang tidak diingini dan peserta tidak mencukupi.
Jika terdapat perubahan kos atas sebab-sebab tertentu, akan dimaklumkan dari masa ke masa.

NOTA PENDAKI
*peserta diminta utk mengosongkan ruang beg sedikit utk ration dan barangan yg diberi oleh kelab(beg yg sesuai utk trip ini)
*membawa botol air kosong 1.5L utk kegunaan memasak
*membawa daypack(akan dimaklumkan kemudian)
*mempunyai kecergasan dan kesihatan yg baik


~KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI~

Ikuti teaser trip ni di bawah

Friday, 18 August 2017

XPDC OGKL TRANS TT SELATAN FASA 1


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

OGKL menjemput semua pendaki untuk menikmati keindahan alam semulajadi di dalam XPDC TRANS TT SELATAN FASA 1 iaitu GUNUNG BAH GADING - GUNUNG BONGKOK - GUNUNG BANLAK DAN GUNUNG ULU KINJOR.
Maklumat XPDC adalah seperti dibawah:

Tarikh : 21 Sept (mlm) - 24 Sept 2017
Lokasi : Pekan Bidor,Perak
Gred : A (mengikut penilaian OGKL)
Peserta : 12 orang minimum & 20 orang maximum (pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)
Tarikh tutup : 12hb Sept 2017 atau cukup 20 orang.(Mana yang terdahulu)

Sila hubungi AJK berikut untuk pertanyaan dan pengesqhan seat :
Razman - 017 - 314 9540 FB - Razman Arsad
Shamil - 019 - 2673916 FB - Ana Ibnu Samad

Bayaran ALL IN :
RM 230 (ahli)
RM 250 (bukan ahli)
Deposit : RM 150

BAYARAN MELIPUTI :
* PENGANGKUTAN DARI (KL - BIDOR - KL)
* GUIDE
* PERALATAN PERKHEMAHAN
* PERMIT
* 4WD
* RATION SEPANJANG TRIP
* GROUP 1ST AID KIT
* T-SHIRT XPDC
* INSURANS PERJALANAN

Bayaran deposit atau penuh boleh dibuat ke dalam akaun:

RAZMAN BIN ARSAD 114339035686 (MAYBANK).

Sila buat pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran dan maklumkan kepada AJK yang bertugas setelah bayaran dibuat beserta saiz T-Shirt.

Nota kaki:
*Peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.
*Peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1.5 liter bekas air untuk kegunaan memasak.
*Peserta diminta membawa beg daypack untuk ke puncak.
*Peserta hendaklah mempunyai kecergasan yang secukupnye.

~KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI~

Thursday, 27 July 2017

Laporan XPDC Santai Syawal Tok Bereh



Catatan oleh Zurainie Mat Jusoh di petik dari facebook

Perghhh! Apehal trek dia mencanak dr starting pt hingga ke puncak weh?😂 Tok Bereh ni padu betul walaupn ketinggian setakat 853m.

Bwk bertenang...Meh sini nak citer CP kt sini

CP LWP
Warm up smbil2 lyn bunyi air sg kecik yg mengalir. Lagi syok weh layan bau hutan buah dreyan kt sini. #lapar

CP Batu Lereng
Cantiknya! Batu2 kt sini besau dan menawan. 😍Lepas je batu, layan trek daun2 kering. Dah mcm cerita hindustan lak. 😂

CP Duri
Seronok merangkak tikus kt sini. Nak2 jln dia ngam je beg depek dgn badan. Mohon jgn sagat muka kt sini ye 😂

CP Mengkuang
Trek sblm view

CP View Batu
Wokeyh. View dia ohsemmmmmm!

CP Balak
Ada 1 balak melintang kt sini. Boleh melepak smbil pose acah2 buskers. 😂
Balak ni besau. Kena panjat. Thrill sikit. Bile lagi?

CP Permatang
Nah hambik la nak. Dia bagi pacak nau kat sini. Kayuh pelan2. Janji sampai 😂

CP Puncak Tok Bereh
Sekeliling ada pokok buluh. Cantik tempatnya. Nyaman sgt. 🍀🍃🌼

Tak cukup dgn cerita cp kan?
Meh nk tambah.

Camping di Lata Perahu, mak aihhhh. Air terjun dia lawa seyh! Cun habis. Yg ni mmg xleh nk move on. 😂 Walaupun mandi kt bwh air terjun tu dan kena tampar berdas2, mak cik rela. 😂

Apa yg special trip ni?
KP yg cool
Masakan sedap tahap super saiya
Ada ayaq terjun yg cun utk diusha
Tidur lena betul. Letak kepala bgun je dh pagi. 😂
Udara ayaq terjun waktu pg kt sini sedap betul 
Ada water abseiling!
Mandi dlm kolam besau!
Hutan dia dara lagik!
Bau hutan dia, mak aih, manis2 lemak gittew.
Trek dia, lembut kau. Syok lagi nk memijak. Daun2 kering merata, cantiknya alahai~
Batu2 gunung yg besar dan memukau.
Trek balak, trek batu, trek daun kering, trek mengkuang... Masing2 bagi bau yg berbeza. Syoknya bau hutan kt sini!

Terima kasih Orang Gunung Kuala Lumpur utk trip yg sukar disagat dari fikiran.

Berjuta2 lemon terima kasih utk:
KP : Abg Ferhad Muhammad Nizar
AJK : Cikgu Ros Semut Merah dan SyaruShahruizwan Ibnu Sharudin

Nota khas:
1) Terima kasih team MOUNTAIN AD kerana bertungkus-lumus membuka laluan Tok Bereh
cc
Abg Ferhad @muhammad nizar
Abg Sapex Sekapek Sapex
Abg Khal El Khal El
Ainul Azlif Azman
Aireen Aireeng Ahmad
Kem Mustafa Kamal Saedon

2) Sila hubungi MOUNTAIN AD utk keterangan lanjut ke sini
IG : https://www.instagram.com/mountain.ad/
FB : Mountain AD Adventure

3) Awesome trip with: Sharifah Salwa Sy Mustaffa,Amir AbidinSitirahmah HanapiahFarhana Fz,Red XcaliburOthman NaimMohamad AlifMuadzAmrus, Faizal Fbk Rekreasi AlamFarhan Razif