logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Thursday, 12 April 2018

Cara-cara Memasang Flysheet

Flysheet ini selalunya digunakan sebagai pelindung tambahan untuk khemah,ada juga diantara mereka yang diluar sana tidak menggunakan khemah dan menjadikan flysheet sebagai ‘Atap’ utama mereka.Sebenarnya tiada undang-undang khusus mengenai cara penggunaanya.Kebanyakan mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti luar ini mungkin tidak mengetahui cara lain untuk memasang flysheet.Oleh itu kami disini ingin berkongsi sedikit ilmu dan informasi sebagai rujukan tambahan kepada anda dalam menghadapi aktiviti luar nanti.Semoga dengan ilmu yang tidak seberapa ini dapat membantu dan kami memohon maaf jika ada yang tersalah dalam perkongsian ini.

                                                             

Mari kita tengok saiz dahulu,

Selalunya Flysheet didatangkan dalam 3 saiz:
7’x7’
7’x10’
10’x12’

Material nya biasanya dilengkapi dengan Silver Coating (lapisan warna perak)

**Digalakkan untuk pilih yang besar supaya ianya dapat merangkumi keluasan tapak anda.



Cara Pertama  


Cara paling asas untuk memasang flysheet.Kebanyakan orang didedahkan dengan teknik ini dan boleh dikatakan ianya teknik yang paling mudah.

-Cari 2 batang pokok yang kukuh.

-Ikat tali diantara 2 pokok berkenaan

-Tegangkan tali dan letakkan flysheet diatasnya

-Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah

-Siap dan boleh Kroooh Krooohh dengan selesa


Cara Kedua


Cara yang hampir sama dengan cara pertama cuma bezanya pokok kayu digantikan dengan tiang sebagai asas.

-Pacakkan tiang dengan kukuh dengan kedalaman sekurang-kurangnya 1 kaki dalam.

-Laraskan ketinggian tiang

-Buat tali pengimbang pada sisi tiang untuk mengukuhkan tiang

-Ikat tali diantara dua tiang itu dengan kuat dan pasang flysheet diatasnya

-Ikat ke enam-enam lubang pada flysheet dengan kuat dan kemudian pacangkan diatas tanah

-Siap


Cara ketiga


Cara sama seperti dua cara diatas cuma bezanya groundsheet digantikan dengan hammock (buai gantung)

-Pasang hammock dulu sebelum setup flysheet.

-Setup flysheet cun-cun

-Siap


Cara keempat


Dari segi cara pasang sama seperti cara pertama.

-Pasang khemah siap-siap

-Kemudian barulah setting flysheet ikut kesesuaian.

-siap 


Cara kelima


-ini adalah cara yang paling menarik

-cari pokok yang boleh dilentur seperti buluh atau pokok muda.lenturkan pokok atau buluh,kemudian ikat dihujung pokok dengan tali dan ikat tali pada pancang(tengok gambar)

-ikat tali pada 2 penjuru flysheet,kemudian gantungkan flysheet pada pokok yang telah di lenturkan

-cara sesuai jika anda kekurangan tali uatama.

siap.


Cara keenam


-untuk melalukan cara ini,anda perlulah mencari pokok yang mempunyai ranting atau dahan yang panjang

-ikat sedikit pada hujung flysheet dan gantungkan pada dahan(rujuk pada gambar)

-kemudian letak pacak kayu di bahagian belakang(rujuk pada gambar)

-tegangkan tali supaya flysheet berada dalam keadaan yang sesuai

-siap


Cara ketujuh


-untuk melakukan cara ketujuh ini,anda perlukan mencari pokok yang rendah atau berdahan rendah(rujuk pada gambar)

-ikat pada pertengahan flysheet

-cara ini sesuai jika tiada tali utama atau cara yang paling cepat

siap


Cara kelapan


-cara ini paling jarang dilakukan

-letakkan pacang kayu yang besar dan kukuh ditengah-tengah flysheet

-tarik keempat bucu flysheet

-ikat dan pacangkan pada tanah

siap dan boleh berehat ……. 


Cara kesembilan


-cara yang paling mudah dan cepat

-susun bag mengikut ketinggian yang anda inginkan

-pasangkan flysheet ikut cara biasa(rujuk pada gambar)

-kemudian ikat tali pada keenam-enam lubang dan pacangkan pada tanah

-siap

Cara kesepuluh


-cari tanah rata,kemudian terbalikkan kayak ke sisi

-buat penahan untuk mengelak kayak daripada tumbang,anda boleh letak kayu atau batu sebagai penahan

-kemudian pasang flysheet seperti biasa

siap


Cara kesebelas


-untuk melakukannya cari balak yang tumbang.

-bersihkan kawasan itu

-pasang flysheet seperti biasa dan tegangkan dengan tali atau batu

-Boleh buat cara ini jika kecemasan.


Cara kedua belas

-untuk melakukan cara ini,cari pokok atau penahan

-dijadikan bingkai untuk khemah

-pasang flysheet dan cerutkan pada pokok atau penahan

-tegangkan dengan tali atau batu

-Boleh buat cara ini jika kecemasan.

-siap

Wednesday, 11 April 2018

XPDC Bukit Lentang



*NOTIS PENUKARAN LOKASI PENDAKIAN*
Salam jumaat dan salam rekreasi.

Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan permit pendakian OGKL Bukit Chenuang, Hulu Langat tidak medapat kelulusan dari pihak Pejabat Hutan Selangor Tengah disebabkan ‘keadaan kerosakan trek dan cuaca tidak menentu yang membahayakan’ - (rujuk Lampiran)

Sehubungan itu, pihak OGKL telah membuat keputusan untuk menukar lokasi pendakian ke sebuah lokasi yang baru iaitu BUKIT LENTANG, BENTONG, PAHANG. Manakala TARIKH dan YURAN PENYERTAAN tetap tiada perubahan!

Jika anda masih ingin meneruskan penyertaan, sila reply ‘MASIH ON’.
Manakala jika sebaliknya, sila maklumkan kepada kami dengan kadar segera agar pemulangan bayaran dapat dibuat kepada yang telah bayar.

Kami percaya dan akur dengan keputusan pihak Jabatan Hutan yang tidak membenarkan pendakian dibuat di lokasi asal. Dengan itu, kami mengharapkan penyertaan anda masih dikekalkan dengan lokasi baru yang telah diganti.

info:
Jika bilangan penyertaan mencapai jumlah maksima iaitu 25 orang, maka pihak OGKL akan sediakan transportation KL-Bentong-KL tanpa perlu tambahan wang!


Sekian terima kasih
Muhammad Haziq Yahya
Ketua Program

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

Sunday, 8 April 2018

Carta Organisasi Kelab Sessi 2018-2019



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. . 

Sehubungan dengan kelangsungan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur 2018 pada 11 Mac yang lalu, berikut adalah barisan MT, AJK dan AJK Sokongan (yang telah dilantik secara bersama oleh pihak MT) untuk mengemudi gerak kerja kelab bagi penggal 2018/19 . 

Penasihat : Zainudin Lot 
Pengerusi : Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini 
Naib Pengerusi : Abdul Jalil Abdul Hamid 
Setiausaha : Rosmawati Hamzah 
Bendahari : Mohd Khairul Nizam Ismail . 

AJK Lantikan 
Muhamad Shafeeq Mohd Sapian 
Mohd Khalili Zakaria 
Mustafa Kamal Saedon 
Shahruizwan Sharudin 
Nurfarhana Amiruldin . 

AJK Sokongan 
Muhammad Nizar Syawal Hamid 
Muhammad Haziq Yahya 
Muhamad Azim Jalil 
Mohamad Alif Mu'adz Amrus 
Ahmad Qois Zawawi 
Mohd Aireen Ahmad 
Izwan Muhamad Shukor Norfasihah Raob 
Nur Aliani Che Sab 
Azizan Azman . 

Webmaster 
Amir Abidin . 

Juruaudit 
Mohd Hafez Zulkefey' 
Faiz Zaidan Ali . 

Tahniah bagi semua yang terpilih. Semoga diberi izinNya untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi sebuah organisasi yang bakal diwarisi sampai bila-bila. Diharap kita dapat bekerjasama untuk membawa OGKL ke dimensi yang lebih luas di samping menjadi gedung ilmu dalam arena pergunungan dan pengembaraan. . Khazanah Alam Warisan Rekreasi. . #2018ogkl25tahun

Wednesday, 4 April 2018

Perbincangan pertama jawatankuasa OGKL 2018-2019




“Sesuatu perkara yang dilakukan secara perbincangan dan kerjasama di dlm kumpulan lebih baik dari di lakukan secara berseorangan”
.
~Orang Gunung Kuala Lumpur~
.
“ Khazanah Alam Warisan Rekreasi"
.
#Salamsubuh #throwbackpic #MeetingJawatankuasaBaruSiri1 #ogkl#2018ogkl25tahun #sahabatrekreasi #vsco #vscofriends #vsconature#vscocam #igdaily #ignature #igmalaysia

XPDC Gunung Chepar di Lenggong Perak

Salam,

XPDC ke Gunung Chepar yang terletak di Lenggong Perak adalah trip bukan dalam jadual OGKL tapi menggantikan Gunung Duri atas sebab-sebab tertentu. Warga OGKL seramai 20 orang cuba mendaki gunung yang berketinggian 763 meter dari aras laut.

Kami berhenti di Petron Padang Rengas untuk berehat. Selepas ketua program Nizar atau Ferhad dan juru pandu arah Ainol melapor diri di balai polis kami tiba di permulaan trek di Kampung Ulu Chepor untuk meletak kereta dan sessi taklimat.

Laluan meletak kereta dialihkan kerana diberitahu ada lori akan lalu lalang nanti.

Tepat pukul 10 pagi seperti jadual kami bergerak di ketinggian 200 meter. Laluan melalui kebun orang dan ditutup dengan wayar-wayar. Kurang sejam setengah kami menuju ke tempat mengambil air terakhir. Selepas itu perjalanan mula menaik dan menaik. Ada satu tempat AJK kami ada di serang tebuan tapi keadaan beliau tidak kritikal.

Kami berhenti di Batu Kelawar@gua untuk makan tengahari. Selepas makan kami meneruskan perjalanan menaik lagi sehingga sampai ke Kem Shahrul dan menuju ke puncak pada pukul 5 petang. Puncak nya besar cuma beirut sudah hilang dilanggar gajah dan terdapat laluan binatang di sebelah sana. Sekitar 12 tengah malam ade khemah kami di serang semut besar yang datang entah mana. Malam ini hujan sikit-sikit tapi sekejap. 

Esoknya kami turun pukul 10 pagi. Kami tersesat beberapa kali namun dapat tiba di tempat letak kereta. Sebelum itu kami singgah makan tengahari selepas melaluo jambatan. Selepas makan dan berenti di masjid kami berpisah. Jalan dilaporkan agak sesak. 

Sekitar 1 pagi ramai yang baru tiba di rumah. Sekian perjalanan hari ini.

Gambar-gambar adalah dari rakan-rakan yang terlibat.  

singgah di Petron Padang Rengas untuk agih makanan 
rehat 5 minit 
dari jauh nampak puncak Gunung Chepar memanggil-manggil 

antara spesis-spesis yang ditemui

puncak view 
makan tengahari di Batu Kelawar



meneruskan perjuangan 
tiba di puncak dan menyaksikan tapak kemsite yang luas dan beirut yang rosak 
menyiapkan kelengkapan
pasang khemah di puncak

bergambar di puncak  

gambar kumpulan
bergerak turun kena loop dan regroup dan meneruskan perjalanan semula
panaskan kuah kacang masa tengahari sebelum keluar tak sampai 20 minit perjalanan dari sini


Saturday, 10 March 2018

AGM OGKL 2018

Salam,

Dapatkan Agenda AGM di AGM OGKL 2018.

Sekian

Saturday, 3 March 2018

XPDC Gunung Chepar OGKL



Assalamualaikum dan salam sejahtera

SALAM 1 MALAYSIA
KELAB ORANG GUNUNG KUALA LUMPUR ingin menjemput anda ke pendakian Gunung Chepar(763) di lenggong, Perak sambil menikmati keindahan ciptaan yang Maha Esa.

Tarikh : .31.3.2018 hingga 1.4.2018
Tahap kesukaran: Gred B mengikut penilaian OGKL
Yuran penyertaan:
*Ahli : RM 150
*Bukan Ahli: RM 170
*Deposit : RM 100 (untuk tempahan penyertaan)


Kos meliputi:
*transport KL-lenggong-KL
*guide yg awesome
*permit perhutanan
*ration sepanjang xpdc
*insuren perjalanan
*group first-aid
*AJK yg peramah dan segak bergaya


Bilangan Peserta: 15 orang max
(pengesahan tempat berdasarkan deposit atau bayaran penuh yg diterima terlebih dahulu). Siapa cepat dia dapat. Tarikh tutup penyertaan pada 23.03.18 atau berdasarkan penuh kuota.


Sila hubungi AJK-AJK yang berikut untuk pengesahan tempat dan sebarang pertanyaan.



Sekapek Sapex : 0132222834
Muhammad Nizar : 0173183418
Semut Merah(cikgu ros) : 0129644970
Mustafa Kamal (kem)017 304 4325


Deposit dan full payment boleh di buat ke akaun
Muhammad Nizar Bin Shawal Hamid 
162151677725 (Maybank)

"Khazanah Alam Warisan Rekreasi"

#orang.gunung.kuala.lumpur

Monday, 19 February 2018

AGM OGKL ke 22


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat AHLI-AHLI OGKL.

Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2018 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 MAC 2018 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 9.30am – 3.00pm

*MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN*

Agenda: 
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2017
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2017
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2017/2018
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain

Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/whatsapp ke nombor di bawah.

Razman 
Tel : 017-3149540 
FB : Razman Arsad

Hadri Aswad
Tel : 012-9183949
FB : Hadri Aswad Salim

Sekian, terima kasih

Razman Bin Arsad
Setiausaha,
Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

#khazanahalamwarisanrekreasi
#2018ogkl25years
#oranggunungkualalumpur