logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday, 15 July 2019

XPDC Gunung Lebah


Assalamualaikum dan salam rekreasi.

Mari menfaatkan cuti Hari Malaysia 2019 anda bersama kami dalam XPDC Gunung Lebah OGKL 2019 ini. Detail aktiviti adalah seperti berikut :

Tarikh : 14, 15 & 16 September 2019 (3H2M)
Lokasi : Slim River, Perak
Yuran : RM 180 (Ahli OGKL) // RM200 (Belum Ahli)

Sila ambil maklum bahawa yuran penyertaan adalah MELIPUTI:
⛰ Pengangkutan (LRT Gombak – Tg Malim – LRT Gombak)
⛰ Permit Mendaki
⛰ Guide
⛰ 4WD (Parkir – Starting Point – Parkir)
⛰ Makanan Sepanjang Aktiviti
⛰ Basic 1st Aid Kit
⛰ Insurans Perjalanan
⛰ Camping Gears (Fly, Ground etc)
⛰ Pengurusan

Bayaran deposit: RM100 (sebelum 23 Ogos 2019)
Bayaran penuh: 04 September 2019
Deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya peserta menarik diri selewatnya 10 hari sebelum xpdc berlangsung

Bayaran yuran boleh dilaksanakan ke akaun seperti berikut:
Nama Bank : Maybank
No. Akaun : 1622 4571 5452
Nama akaun : Shahruizwan Bin Sharudin
Sila maklumkan kepada AJK OGKL yang bertugas sekiranya pembayaran telah dibuat.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 September 2019 @ jam 11.59 pm ATAUPUN setelah penyertaan mencapai 14 orang (yang mana dahulu)

Jika terdapat sebarang soalan, boleh berhubung dengan no seperti berikut atau mana-mana AJK OGKL yang dikenali :
Shahru : http://bit.ly/ShahruizwanOGKL
Nanu : http://bit.ly/NanuOGKL
Azim : http://bit.ly/AzimOGKL

Ayuhhh, moh kiter pewai barai tersungkur berdengkur bersama!
Register lekaih!

~ KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI ~
#ogkl #khazahalamwarisanrekreasi #gununglebah #outdoor #hiking #camping

Thursday, 11 July 2019

Minda Trivia 11 Julai 2019


#MINDATRIVIA 11 JULAI 2019

Tuesday, 9 July 2019

Minda Trivia 9 Julai 2019


#MINDATRIVIA 9 Julai 2019 - Pencemaran Plastik
Adakah anda mahu plastik sebagai rantai makanan anda? renung2kan..

Thursday, 4 July 2019

Minda Trivia 4 Julai 2019


#MINDATRIVIA 4 JULAI 2019
Semakin hari, semakin hilang sumber di bumi kita. Inisiatif bermula dari kita sendiri. Sedikit walaupun kecil akan bercambah menjadi sebuah perubahan yang akan memberi impak untuk masa hadapan.

Tuesday, 2 July 2019

Minda Trivia 2 Julai 2019


Seperti kita tahu, pemanasan global memberi impak yang besar terutama di kawasan kutub utara

Monday, 1 July 2019

Lawit Batil OGKL-KGK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua warga dan peminat rekreasi gunung.

Buat pertama kalinya Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dan Kelab Gagau Kemaman (KGK) bergabung tenaga dan idea untuk merealisasikan impian para pencinta alam ke Gunung Lawit dan Gunung Batil, Setiua, Terengganu.

Kami dengan berbesar hati menjemput anda semua bersama-sama kami untuk menikmati keindahan alam dan mengagumi ciptaan tuhan di Lawit-Batil.

Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 25-28 Oktober 2019
(Bertolak dr KL 24hb, Khamis malam)

Kos :
(Dari Terengganu) :RM250
(Dari KL) :RM360

Gred : A++ / hardcore (mengikut penilaian guide)

Maximum : 30 orang
Tarikh akhir penyertaan : 25 August 2019 atau sehingga penyertaan penuh.

Penyertaan diambil kira setelah mendahului dengan deposit (RM150) sebelum tarikh tutup penyertaan atau sehingga penyertaan penuh. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta memarik diri selepas tarikh akhir penyertaan.
Bayaran akhir hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 29 september 2019.

Kos meliputi:
Permit
Guide
Pengangkutan (dari KL)
Insurans perjalanan (dari KL)
Lori (ke starting point)
Ration
Breakfast & Lunch (hari pertama)
Basic First Aid Kit
Fly&Ground

Sila hubungi AJK yang terlibat untuk sebarang pertanyaan.

Rosmawati Hamzah (OGKL) : 012-9644970
Hamdan Azmi (KGK) : 019-9441420

Terima kasih,
Jumpa di sana...

Gunung Rabung



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua warga dan peminat rekreasi gunung.

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) akan berkunjung ke Gunung Rabung untuk kali ke-3.

Kami dengan berbesar hati menjemput anda semua bersama-sama kami untuk menikmati keindahan alam dan mengagumi ciptaan tuhan di Gunung Rabung.

Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh : 13-14 Julai 2019
(Bertolak dr KL 12hb, Jumaat malam)

Kos :
Ahli OGKL :RM200
belum Ahli:RM220

Gred : B+ (mengikut penilaian OGKL)

Maximum : 15 orang
Tarikh akhir penyertaan : 29 Jun 2019 atau sehingga penyertaan penuh.

Penyertaan diambil kira setelah mendahului dengan deposit (RM100) sebelum tarikh tutup penyertaan atau sehingga penyertaan penuh. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri selepas tarikh akhir penyertaan.
Bayaran akhir hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 5 Julai 2019 ke akaun:

Maybank Berhad (Rosmawati Binti Hamzah)
157139641644

Kos meliputi:
Permit
Guide
Pengangkutan (KL-Gua Musang-KL)
Insurans perjalanan (dari KL)
4x4 (ke starting point)
Ration
2xBreakfast & 2xLunch (hari pertama dan kedua)
1xDinner (hari pertama)
Basic First Aid Kit
Fly&Ground

Sila hubungi AJK yang terlibat untuk sebarang pertanyaan.

Rosmawati Hamzah : 0129644970
Alif Muadz Amrus: 0132004820

Terima kasih,
Jumpa di sana...

Laporan Gunung Peninjau


Alhamdulillah, tanggal 29 Jun, kelab OGKL berjaya menamatkan ekspedisi pendakian ke Gunung Peninjau (1058mdpl) sekitar jam 6 petang. Ekspedisi ini telah disertai oleh 6 orang pendaki yang telah memulakan perjalanan sekitar jam 9 pagi. Alhamdulillah sarapan pagi ini amatlah sedap dan berkhasiat. Perjalanan dimulakan usai regangan dan bacaan doa. 20 ke 30 minit pertama adalah melalui denai disamping kanan sungai sehinggalah sampai di lintasan air yang juga merupakan punca air akhir bagi mereka yang ingin bermalam. Pendakian kemudian bermula menegak lebih kurang 2 jam untuk ke "group point". Perlu diingat adalah tatkala pendakian tiba pada bahagian yang bertali, ini bermakna anda berbaki lebih kurang 30 minit pendakian ke Puncak Gunung Peninjau. Para peserta selamat tiba dipuncak sekitar jam 2 petang dan disambut cuaca yang baik serta awan membiru walaupun ada sesekali rembesan hujan lalu menyapa. 

Pemandangan indah dari puncak Gunung Peninjau menyaksikan pekan Chemor yang semakin membangun meniti arus permodenan. Satu perkara yang menarik perhatian adalah puncak ini terbina penanda puncak yang masih kukuh berdiri. Saujana mata memandang dari puncak ini adakalanya dapat menyaksikan hamparan Gunung Korbu ketika tidak berjerebu atau dilapisi awan. Perjalanan menurun bermula sekitar jam 3.15 petang usai makan tengahari dan sesi bergambar berkumpulan dan selamat tiba kesemuanya di tapak meletak kenderaan sekitar jam 6 petang. Pun begitu, seorang peserta (kak ina) telah tercedera dan diharapkan tiada yang serius. Usai bersiap, kami menuju ke kedai makan berhampiran dan telah dijamu 2 biji durian kampung oleh sahabat dari Kuala Kangsar. Perjalanan pulang ke kuala lumpur bermula sekitar jam 8.15 malam setelah masing-masing selesai mengisi perut. Selamat tiba di Rawang sekitar jam 10.40 untuk menghantar khal dan lainnya akan terus ke Stesen LRT Gombak. Peserta terlibat : Ayu, Kak Ina, Harmizi, Afiqah Ajk terlibat : Zulfadli, Khalili Guide : Safuan (Kuala Kangsar) Laporan pendakian dibuat di : Balai Polis Kuala Kuang (05-2012322) Penyediaan sarapan dan makan tengah hari : Che Sab & keluarga Lokasi berehat sebelum ekspedisi : Masjid Ar-Rahmaniah di Kampung Ulu Chepor









Sekian

Disediakan Oleh Khalili

Wednesday, 29 May 2019

Minda Trivia 30 May 2019

Tuesday, 28 May 2019

Minda Trivia 28 Mei 2019

Minda Trivia 23 May 2019

Wednesday, 22 May 2019

Minda Trivia 21 May 2019

#MINDATRIVIA PENCEMARAN ALAM 
Peliharalah alam sekitar, demi kesihatan anda ðŸ‘¥ðŸŒˆ

XPDC BERAYA OGKL DI GUNUNG PENINJAU


TARIKH : 29-30 JUN 2019
LOKASI : ULU CHEPOR, CHEMOR, PERAK
KOS : RM150 (Ahli), RM160 (Belum Ahli)

Assalamualaikum & Salam Rekreasi..

🎶 Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa 🎶

Ramadhan saban hari ingin mengundur diri, sebulan beribadah dengan penuh dedikasi. Ingin dijemput saudara saudari, sahabat sekalian untuk sama sama meluangkan sedikit masa untuk tadabbur alam dan menikmati keindahan semula jadi di bulan Syawal yg akan menjelang tak lama lagi. Buat yang merindui bau manis masam pahit masin ketika di hutan, janganlah lepaskan peluang anda untuk mendaki bersama OGKL di tanah Perak ini. Moh le Yop dan Yong sekalian!

Ekspedisi kali ini melibatkan pendakian secara daypack ke Gunung Peninjau yang akan melibatkan juga peluang celup kaki di dalam air sungai yang cukup menyegarkan. Sesudah selesai ekspedisi bermulalah sesi beraya di Perak style kampung bersama OGKL!

Hubungi AJK OGKL berikut bagi sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan tempat :
📞 Amir https://wa.me/60132465388
📞 Syahmi https://wa.me/60142299884
📞 Aliani https://wa.me/60167940203

Deposit penyertaan bernilai RM50 (mohon simpan resit) hendaklah dilakukan sebelum 31.05.2019 dan bayaran penuh sebelum 22.06.2019 ke akaun berikut

Nama: Nur Aliani binti Che Sab
No akaun : 760 5967 248
Nama bank : CIMB

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran
🔮 Jurupandu Arah
🔮 Permit
🔮 Ration XPDC - 1x Bfast, 1x Lunch
🔮 Insurans perjalanan
🔮 Pengurusan
🔮 First aid kit (asas)
🔮 Penginapan - Homestay
🔮 Pengangkutan (KL-Chemor- KL)

*bertolak dari KL 28 Jun 2019 (malam).

Ayuh hubungi no tertera untuk mengesahkan tempat anda!

Sunday, 12 May 2019

Sekitar majlis IFTAR Ogkl di Puncak Alam

Alhamdulillahh~ IFTAR OGKL 2019 / 1440H berlangsung dengan jayanya.
🔹Terima kasih cik @zaida_255 & keluarga sudi menjadi tuan rumah IFTAR
🔹Terima kasih barisan AJK OGKL dan rakan2 volunteer yg turun merewang sejak jam 9 pagi
🔹Terima kasih kengkawan & family tak kira baru lama, tua muda, penggiat2 rekreasi, yg sanggup hadir dari jauh dekat memenuhi jemputan
Semoga ukhwah kita berterusan, n diberkati sepanjang Ramadhan ni~ ðŸ˜˜ðŸ’–

Gambar-gambar sekitar suasana persediaan sehingga ke berbuka dan malam sebelum masing-masing pulang