Gunung Padang Temambong
Ketinggian : 2300 kaki(701 meter)
Gunung ini terletak dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Ada 2 laluan untuk mendaki gunung ini: Pertama, melalui Laluan Sungai Marong yang terletak dalam Taman Negara Endau-Rompin. Bagaimanapun laluan ini tidak berapa popular kerana treknya agak kabur kerana tidak di upgred oleh pihak Taman Negara. Kedua, Laluan Sungai Lemakoh. Laluan ini terletak diluar Taman Negara dan dijaga oleh Jabatan Hutan dan Tok Batin Kampong Peta.
Pada ekspedisi saya mendaki Gunung Padang Temambong tahun 2003, saya telah mengikut laluan yang ke-2. Untuk mendaki gunung ini mesti mengambil guide Orang Asli Kampong Peta dengan menghubungi Tok Batin Kampong Peta iaitu Batin Sangka Bin Chuka. Ini kerana tidak ada trek yang betul-betul terang untuk sampai ke kaki gunung. Untuk sampai ke kaki gunung pendaki terpaksa melalui jalan balak lama yang penuh semak samun dan resam tebal.
Disediakan / Photo:
Noh B Hj Ismail Pembantu Hidupan Liar Taman Negara Johor Pulau Kukup Kukup, Pontian, Johor 2008 |
0 comments:
Post a Comment