Gunung Tapis
Salah satu gunung popular di negeri Pahang dengan ketinggian 4960 kaki dari paras laut. Gunung yang terletak di Sg. Lembing ini menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Keindahan flora terutama pepohon bonsai di atas gunung ini amat dikagumi.
Pendaki yang hendak mendaki, perlu datang ke Pekan Sg. Lembing. Di Sg. Lembing pendaki boleh mendapatkan bekalan makanan dari pasar/kedai makan atau kedai runcit. Pendaki juga boleh mendapatkan khidmat lori atau pacuan 4 roda untuk masuk ke tengah hutan.
Bermula dari Sg. Lembing ke starting point G. Tapis perjalanan dengan lori mengambil masa kira-kira 45 minit menyusuri laluan batu kerikil dan laluan tanah merah serta sungai yang perlu dilintas.
|
Mula RIver Crossing
|
Starting Point Kebiasaannya bermula dari tepi sungai besar, pendaki perlu menyeberang sungai kemudian terus berjalan menyusuri laluan balak tinggal. Bagi mereka yang memiliki 4WD hardcore masih boleh terus menaiki kenderaan. Kem 2Starting Point ke Kem 2 kira-kira 3 - 4 jam. Kem 2 berada bersebelahan sungai dengan berjeram kecil. Didapati lubuk ikan tengas di sini 1 - 2 kilo boleh dikail sambil berehat makan tengahari / malam. Kem site ini agak beragas. Kumpulan pendaki yang sederhana besar boleh bermalam disini, 30 - 40 orang boleh muat di kem ini. * Tanah yang terhakis boleh mengecilkan saiz kem site. Kem 33 - 5 Jam perjalanan dari kem 2. Bermula laluan di dalam hutan dari kem 2 ke kem 3 bentuk muka bumi banyak yang mendaki dari menuruni. Kem 3 berada di satu kawasan lembah. Sumber air dari sungai kecil yang dingin dan jernih bersebelahan kem site mudah sekali bagi pendaki yang bermalam dikem ini. Kem ini agak besar dan boleh memuatkan kumpulan pendaki 70 - 90 orang.
|
Puncak Gunung
|
Puncak Gunung Dari kem3 ke puncak mengambil masa 5 - 7 jam pendakian. 1 jam sebelum puncak ada simpang ke sumber air terakhir, bagi pendaki yang berkeupayaan boleh menuruni lurah untuk mendapatkan sumber air dan kembali ke simpang asal. Makin hampir ke puncak gunung pendaki akan melintasi kawasan pohon bonsai. Puncak gunung ditandakan dengan beirout atau stesen trigonometri. Keadaan beirout ini agak uzur dan sudah terduduk ke bumi. Taman Bonsai10 minit dari puncak gunung. Satu kawasan penuh dengan bonsai-bonsai paras kaki dan pinggang. Antara tempat wajib dilawati bagi pendaki gunung tapis terutama mereka yang berjaya ke puncak. Air Terjun Pelangi (ATP)Air terjun ini dimanakan Air Terjun Pelangi kerana diwaktu pagi akan muncul pelangi di percikan air terjun ini. Waktu yang biasa ada pelangi sekitar jam 9pagi ke 11 pagi bergantung pada cuaca. Kolam dibawah air terjun ini ada pelbagai peringkat kedalaman. Dari paras betis hingga melepasi paras kepala. Arus di kolam agak tenang, air pula begitu dingin walaupun diwaktu tengahari. Perizinan Balai Polis Sg. Lembing & Jabatan Hutan Negeri Pahang
Disediakan: Apip Embi
Photo: Apip Embi
Kemaskini 2010
|
Assalam OGKL..sy ad sedikit pertanyaan..brape lamakah tempoh trip ini ?
ReplyDeleteTAS boleh bikin 3hari atau compress jadi 2 hari kalau berkeupayaan.
DeleteHi. OGKL..dimana saya blh dapat guide untuk ke G. Tapis.? TQ..
ReplyDeleteBoleh guide sya yg nak naik gunung tapis ni.?
DeleteAslm ogkl nk tnya, trek dia single or banyak simpang?
ReplyDelete#savegunungtapis
ReplyDelete#basecamp2destroy
Ogkl bila lg open
ReplyDelete